Kisah Benar! Nyawaku Di Hujung Tanduk

on 8 May 2013

Assalamualaikum..

Bagaikan mendapat nafas baru, setelah nyawa sendiri hampir melayang.. Apakah dan siapakah yang terlibat dan harus bertanggungjawab.. Jangan di sebabkan kelalaian segelintir pemandu dapat meragut nyawa orang lain.. Kisah benar yang berlaku keatas diri aku baru-baru ini membuatkan aku trauma dan tidak tentu arah.. Peristiwa itu benar mengguris hatiku.. Dan fikiran ku menimbulkan sejuta tanda tanya..

Di kedinginan angin malam, berbekalkan air mineral di bakul motosikal ku, sebagai peneman di kala malam.. Pada ketika itu jam hampir menunjukkan 1:00am.. Rakan blogger ku berada di belakangku kira-kira 300meter.. Sedang asyik melalak menyanyi seorang diri, untuk menghilangkan rasa bosan.. Ini merupakan kali pertama aku menunggang motosikal untuk ke kampung pada waktu malam.. Ini terjadi di sebebkan hujan yang berpanjangan dari jam 6:00pm ke 11:00pm.. Aku pun mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan biarpun jam sudah menghampiri pagi..


Di sebalik jalan yang suram, di selang seli dengan deruan angin yang kuat.. Aku menunggang motosikal dengan keadaan yang hujan lebat.. Hendak saja berhenti di R&R tetapi amat jauh lagi, baik ku meneruskan perjalanan dengan lebih berhati-hati.. Aku dan rakan blogger ku, menunggang motosikal di bahagian kiri jalan, iaitu tempat yang biasa nya di gunakan oleh penunggang motosikal yang lain.. Dalam kesamaran lampu jalan di higway, jarak pandangan yang kurang 500meter aku hampir melanggar kon yang di letakkan di tepi.. Dengan keadaan jalan yang licin, aku hampir sahaja jatuh.. Nasib menyelebahi aku, dan aku mengambil keputusan untuk memberhentikan motosikal ku.. Tempat yang di letakkan kon tu tiada masalah, atau pun kerja baikpulih pun memang tiada.. Dalam benak hati aku, mungkin ini di tinggalkan oleh pemandu kereta yang membetulkan kenderaanya..


Jika tidak nyawaku pasti sudah melayang.. Rentetan selepas peristiwa itu, pemanduan yang lebih selamat aku titik beratkan.. Malang memang tidak berbau.. Kalau tidak aku mungkin tidak sampai ke kampung halaman.. Buat pengguna jalan raya yang lain, insaf lah dan lebih berhati-hati.. Jangan di sebab kn kita, ada nyawa orang lain yang menjadi mangsa..
Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved