Iron Man 3 Retis

on 1 May 2013

Assalamualaikum..



Iron Man3, akhirnya kembali ke panggung.. Bersama blogger retis dan hebat semasa event bersama dengan Adverlets pada 28 April tempoh hari memang sesuatu yang menghiburkan.. Ramai lagi blogger yang retis dan hebat tiada di dalam gambar ini sebenarnya.. Rasa kalau semua ada tak muat satu page.. Ini pun atas permintaan Bro Framestone, dapat juga bergambar bersama dengan Abam Iron Man ni bersama barisan blogger terhebat Di Malaysia.. Kalau tak semua nak bergambar sesorang.. Ish Iron Man ni handsome, untunglah dapat bergambar dengan aweks-aweks cun.. Nasib baik kau pakai sut, so tak la tertonjol sangan kehenseman kau kan??

Dek kerana penat shooting shortfilem dan meroyan di Pesta Buku Antarabangsa 2013, muka aku dengan Boni Kacak pun kelihatan sangat letih kan?? Agak2 korang boleh ke cam aku dan berapa blogger yang korang kenal dan pernah jumpa?? 



Sedikit Review Iron Man 3 :

Watak nya yang lebih jelas, penceritaan dari plot awal hingga ke klimaks nampak teratur.. Nampak la watak protagonis dengan antagonis yang mana.. Namun ada part yang di mana watak Antagonis yang di dalam filem ini adalah menerusi watak Mandarin sekadar hanya lakonan semata-mata.. Ini merupakan part suspen di mana sesiapa pun yang menonton filem ini pasti tertanya-tanya siapakah sebenarnya Mandarin dalam cerita tersebut.

Tony Stark, watak protagonis mencabar Mandarin.. Yang di mana Mandarin tersebut sudahpun lama menyimpan dendam pada Stark, dari situ mula mendapat jawapan siapakah Mandarin yang sebenar.. Pertarungan bermula dengan hebat sekali, nampak hebat pada mulanya hanya dapat mengetahui ada sut yang lain yang kelihatan lebih hebat dan di miliki oleh Kolonel.. Namun sut itu dirampas oleh Mandarin untuk bertujuan menangkap Presiden.. Sut-sut hebat di cipta oleh Tony Stark muncul, lebih banyak.. Rupanya ini lah hobi Stark, mencipta pelbagai sut dan pelbagai fungsi..

Tak salah keluar modal sedikit untuk menonton dalam tayangan 3D.. Memang puas.. Menurut sumber yang belum di ketahui,ini sekuel terakhir untuk Iron Man.. Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat di pastikan.. Bagi yang belum menonton, sila tonton hingga tamat, kerana di bahagian last selepas kredit itu ada lagi satu babak yang semestinya menjawab pelbagai perkara.. Dan menurut Marvel lagi, The Avangers 2 juga sedang dalam pembikinan. Siapakah adiwira kegemaran anda??

Rating Filem : 4/5






Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved