header-irwanalessatyme-
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Bahang Kian Memuncak

on 3 May 2013

Assalamualaikum..

Dalam diam-diam semakin dekat dengan hari PRU 13 ni.. Semakin bahang terasa, di campur pula dengan pelbagai propaganda dan cerita.. Entah la, IA pun tak tahu nak komen apa.. Diam sahaja tanpa bersuara, cuma jalankan tanggungjawab tanpa berbalah, mulut atau tangan, minta simpang jika boleh.. Semua itu akan memusnahkan bangsa..

PRU13

Lebih jitu jika bersatu, demi Agama dan mempertahankan Malaysia tercinta.. Buat apa berbalah sesama bangsa, sibuk memperjuangkan manifesto, tetapi bangsa juga terabai.. Tak perlu berkata banyak tentang apa-apa, diri sendiri boleh fikirkan.. Adapun kita sekarang ni sudah aman makmur, tidak seperti negara lain, perang, bencana alam.. Tetapi fahamilah, semua itu tiada kait mengait dengan politik, Allah memberi peringatan untuk kita semua itu sahaja.. Undi itu perlu, jalankan kewajipan anda.. Undi mana yang anda fikir boleh, jangan undi lain sokong lain, jangan hanya menumpang tuah tetapi setelah dapat madu sepah di buang.. 

Bukan tujuan untuk melaga-lagakan ,cuma secebis luahan hati dari seorang rakyat yang berjiwa merdeka..

Perang Bendera

on 17 April 2013

perang+bendera

Sistem Pilihan Raya Di Malaysia

on 4 April 2013

PRU13

Sistem Pilihan Raya Malaysia | Sejak tahun 1957 lagi Kerajaan Malaysia menggunakan sitem politik pelbagai parti,dan sehingga kini masih di teruskan kerana negara kita berkonsepkan negara demokrasi.. Di mana parti politik yang memperoleh kemenangan majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau DUN (Dewan Undangan Negeri) boleh membentuk Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri..

Secara ringkas ingin berkongsi maklumat kepada semua tentang Sistem Pilihan Raya Di Malaysia :

Sistem Pilihan Raya Di Malaysia :

  • Tidak kira sama ada Pilihan Raya bagi Dewan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri) DUN, seperti mana yang telah di tetapkan oleh undang-undang, perlu di adakan setiap 5 tahun sekali, kecuali jika dewan di bubarkan, maka pilihan raya akan di buat dalam tempoh 60 hari.
  • Pilihan Raya Kecil juga di buat di sebabkan sebagai contoh kematian / kekosongan di bahagian kerusi DUN, juga pihak SPR akan mengambil langkah untuk buat Pilihan Raya Kecil dalam masa 60 hari selepas kekosongan tersebut.
  • Penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi akan dibuat dalam tempoh 60hari selepas Parlimen dan DUN bubar.
Sejarah+Pilihan+Raya+Di+Malaysia
Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Info Dipetik Daripada :

Terima Kasih ! Dah Lulus..

on 17 February 2013

Akhirnya Penantian Aku Terjawab

Assalamualaikum..

Sebenarnya memang aku menantikan sesuatu jawapan yang selama ni aku tunggu.. Aku ni ada sindrom malas sedikit nak check email, yela siapa je nak email kat aku ni, bila bukak email tadi sambil garu ketiak aku kebosanan, internet slow gila babun kat sini.. Acaner sabo jelah.. Bila dah berjaya aku apa lagi check la dari satu persatu email walaupun hanya notification dari facebook.. Akhirnya lamaran aku untuk mengetahui status BR1M akhirnya terjawab..

irwanalessa

Tetapi masih belum dapat surat lagi, maybe lambat lagi kot.. Niat nak bagi je Mak  guna.. Dari aku beli menda yang bukan-bukan ada faedahnya bagi orang tua kita pakai duit tu.. Segala provokasi aku tolak tepi, yang penting ini rezeki, biar aku tahu punca duit ini tetapi biarlah apa nak di kata, undi tetap undi, dan kita yang menentukan siapa yang memerintah.. TERIMA KASIH KERAJAAN!



 
© Blog CCK All Rights Reserved