header-irwanalessatyme-
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Perjalanan Aku Masih Jauh..

on 23 January 2013

Assalamualaikum..

jalan+jauh+1

Kalau korang perasan hari ni aku dah ubah templete lagi.. Malam tadi start dalam pukul 12am sampai 4am.. Bermain code blog bukan sesuatu yang mudah.. Templete ni nampak beza dari templete asal aku.. Yang di mana sebelum ni aku pakai Thesis Ver 1, dan kali ni aku pakai Ver 2 pulak.. Sama tak dengan Boni Kacak?? Hehehe.. Namun perjalanan ku masih jauh untuk sebaris dengan mereka yang terlebih dahulu dari aku.. Namun tiada apa yang boleh mematahkan semangat aku untuk terus berblogger.. Kerna aku ada kamu semua..

Puas juga bersengkang mata, namun aku puas akhirnya kini.. Setapak demi setapak aku melangkah sedikit pun aku tak pernah rasa aku akan kehilangan kawan.. Rasa seolah di hargai tatkala blogger yang terkenal meletakkan aku sebagai bloglist mereka apatah lagi menjadi sebuah blog pilihan mingguan.. Oh Tuhan, aku tak pernah menyangka yang aku akan dapat penghargaan seperti itu.. Banyak yang perlu aku buat untuk menjadi seperti mereka, untuk sebaris dengan mereka.. Namun aku taknak keseorangan.. Terima kasih kawan,kawan kerana tak putus memberikan kata semangat, dorongan.. Allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua.. Dari hari ke hari aku semakin bersemangat, dan terus pandang ke hadapan.. Aku takkan sesekali berpaling, kerana ini yang aku mahukan dan aku takkan sesekali takut dengan bayang aku sendiri..




Aku Menyusahkan Korang Ke??

on 22 January 2013

Assalamualaikum..

Aku rasa macam ada yang tak kene semenjak dua menjak tiga menjak ni.. Rasa something yang tak pernah la aku rasakan sebelum ni.. Haihh sampai makan pun tak lalu, mandi tak basah, tidoq tak lena.. Angau ke? Tak lah.. Aku rasa macam ada yang tak kena dalam hidup aku.. Bila aku rasa macam ni mula lah aku fikir yang bukan-bukan.. Ish! hade ke patut macam tu.. Aku ada susah kan korang ke??

Hehe intro entry, kebiasaannya aku mulakan dengan pemanis mulut.. Yang biasanya auta dari apa yang aku nak sharing dalam setiap entry aku..

capture-20130122-194509

Ok tak macam ni?? Tak berat sangat kan?? Kalau berat cakap, aku nak kan feedback dari korang juga.. Tak aci la kan aku je kutuk korang.. Hehe bukan nak downkan semangat korang, tapi nak bangkit kan sama.. Kalau ok kasi satu kepala turun bawah satu kali.. Nampok! dah lama tak tulis entry dalam keadaan sengal macam ni.. Haa tapi ni la diri aku yang sebenar, bukan pandai sangat untuk buat entry yang formal.. Tetapi aku akan cuba yang terbaik, hope korang terima aku dengan apa adanya..

Terima kasih pada 'mamat' ini kerana telah buat tutorial yang sangat membantu aku dalam proses meringankan blog aku.. Kalau rajin boleh la terjah link ini.. Sedikit sebanyak berjaya juga aku turunkan berat blog aku sebanyak 30% dari yang asal.. Setiap bulan aku letakkan target, di mana aku nak kan 10K pageviews dengan purata  2.5K/week.. Alhamdulillah, tanpa korang aku takkan boleh capai macam tu..

Sempena hari ini yang aku anggap bermakna sangat sebab hari ini aku menulis dalam entry yang ke -200.. Tahniah kepada aku.. Entah apa yang aku bebelkan sebelum ini aku pun tak berapa ingat.. Terima kasih ini aku tujukan pada semua yang tak jemu-jemu nak menjenguh blog yang tak seberapa nih.. Yang rajin komen, beri pendapat, jutaan terima kasih buat semua..




Jadi Seorang Blogger Bukan Mudah..

Assalamualaikum..

Blogger
Ikhsan Google

Lama rasanya tak taip entry, hari ni dengan semalam tetiba je ada mood untuk aku me'review blog sahabat aku.. Tahniah kepada 8 orang blogger tersebut.. Semoga kawan-kawan blog aku ni terus sucess.. Yang penting buat blogger yang seangkatan dengan aku ni, terus tak patah semangat untuk berblogger.. Kerana kita insan yang terpilih, bukan semua orang ada kemahiran untuk berblogger..

Sememangnya untuk menjadi seorang blogger memang bukan sesuatu yang boleh kita anggap enteng.. Bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah, dan segala kemahiran, segala keupayaan kita untuk menjadi blogger itu bukan semua orang memilikinya.. Oleh itu, tak salah kiranya untuk kita berbangga apa yang kita miliki, tapi awas! jangan melebih bangga pulak tau.. Biar sederhana, tak pernah lupa di saat kita memulakan blog dulu kita pasang niat untuk menjadi salah seorang dari mereka yang telah berjaya dalam Blogger ini..

Ingat senang ke nak jadi blogger?? Yup.. Bermula langkah pertama kita buat blog, entry pertama kita.. Kita imbas kembali bagaimana kita memulakan langkah sebagai seorang blogger.. Dengan takde pageview, takde follower.. Namun sedikit sebanyak kita berjaya mengorak langkah, tambahkan design dengan tutorial-tutorial yang sememangnya telah ada.. Cuba sahaja cari di google, sangat bersepah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. Tahniah kepada kita semua!

Professional-Blogger
Ikhsan Google

Susah juga untuk mencari buah fikiran untuk sesebuah entry.. Susah woo, bagi pengalaman aku sendiri pernah aku memanjat atas pagar untuk mendapatkan satu entry tu, haha frust doh tak tahu apa yang nak di taip, tapi falasafah aku telah meyakinkan aku untuk menulis.. Terbitlah entry yang ternyata lebih terkesan di hati readers semua iaitu takde lain entry yang lahir dari hati yang ikhlas..

ikhlas-inside-pentium-3
Ikhsan Google

Bila berblogger kita mesti :

  • Jangan malu untuk bersoal..
  • Jangan malu untuk berinteraksi sesama blogger..

Kerana mereka yang terlebih dahulu dari kita telah melepasi ujian yang kita sedang lalui bersama ini.. Yakin lah! Kamu tidak keseorangan.. Aku sedang cuba untuk membantu sahabat-sahabat semua.. Ya aku nak kita semua jangan patah semangat.. Mereka yang terdahulu daripada kita ni pun sebenarnya bermula dari bawah.. Tapi mereka sedia memberikan pertolongan kepada kita.. Tak pernah rugi jika kita bertanya pada blogger yang lebih otai ni, mereka pasti akan beri pendapat dan tips yang berguna.. Aku pun cuba untuk menjadi seperti mana mereka dan yang pastinya aku bukannya keseorangan sebab aku yakin kamu semua ada sama sebaris dengan ku!


Terima Kasih Bro Eriqazz..

on 19 January 2013




Assalamualaikum..


reading-a-book
http://kasih-nursya.blogspot.com

Dari tadi pagi aku menelaah google untuk mencari pelbagai tips-tips berguna untuk aku dan sekarang aku dapat kongsikan sama sedikit, alangkah berkatnya.. Ilmu yang di sampaikan untuk kita di kongsikan dan di manafaatkan bersama.. Pahala pun bertambah.. Terima kasih Bro! ini aku tujukan kepada blogger yang tak asing lagi dan di kenali ramai Bro Eriqazz..

Terus terang, aku sememangnya masih baru lagi dalam arena blogger ni.. Belum sampai setahun lagi.. Namun aku sentiasa mencari tips berguna, kerana aku telah mengambil keputusan untuk berblogger dengan lebih serius.. Apa yang buat aku tertarik mengenai Bro Eriqazz ni tak lokek untuk berkongsi pelbagai ilmu yang beliau ada.. Tahniah bro!.. Paling aku suka tips dia, dari malam tadi aku study.. Ada baik nya jika kita ikut tips orang lama, ikut lah resam padi " semakin tunduk semakin berisi".. Kerana semakin lama kita bertapak dalm dunia blogger ni semakin banyak yang perlu kita explore.. Kerana aku berpegang pada prinsip..

 " walau setinggi mana pun kita, usah memandang langit yang tinggi, ketika melangkah perlu juga memandang ke bawah, kerana takut tersadung batu , tersungkurlah kita "
 Terima kasih atas perkongsian Bro Eriqazz..

Untuk tips-tips yang berguna, aku share kat korang sekali ok..








terima+kasih
Ikhsan Google



Cuba Cakap Dengan Aku??

on 14 January 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Uhuk2x! Akibat jerit semalam tengok bola + karaoke = serak! tak tahu rumus mana yang aku gunakan ni.. Hehe tapi tu lah kenyataan, memang tersangat lah perit.. Sampai sekarang takde suara nak bercakap, pehh siksa sangat.. Takde pulak nak beli asam jawa extra untuk buat air tuh.. Nak beli ubat batuk takut gian pulak..

curang1

"Wanita manakah, sanggup berkongsikan kasih.. Walau madu bagiku, tapi hempedu bagimu" di ambil dari lirik Pahit akan manis jua akhirnya (UK'S) yang juga merupakan favorite list karaoke aku.. Cuba cakap dengan  aku siapa je sanggup berkongsi kasih.. Aku bukan lah seorang jejaka yang playboy.. Tetapi di setiap relationship yang aku buat, aku berani mati untuk mempertaruhkan kesetiaan.. Bukan aku sanggup bunuh diri, cuma bab kesetiaan itu aku akan pegang kuat.. Sebab aku tahu, kesetiaan salah satu tunjang dalam setiap perhubungan..

Jarak jauh, bukan lah antara pemisah.. Jauh tidak akan menjadi seba dan alasan bagi seseorang itu melupakan temannya.. Aku bukan lah pernah bercinta jarak jauh ni, belum pernah ada pengalaman lagi.. Tetapi bukan senang kita untuk 'memadukan' pasangan kita.. Dalam keadaan sedar, cuba di fikir kan.. Hidup kita ini sentiasa di berikan pelbagai pilihan.. Itu lah sebenarnya rencah dalam kehidupan.. Mungkin hari ini berlainan dengan semalam, sentiasa tidak sama.. Apa yang kita lalui ini, kadangkala hidup ini membuat kita jatuh tersungkur.. Ada yang membuat kita sampai tidak boleh bangun semula.. Pelukan kekuatan untuk terus bangun.. Kita bukan senasib, ada yang bernasib malang, ada yang bertuah.. Tapi pada mereka yang bersemangat kental, mereka akan pasti bangkit untuk menebus kesilapan yang lalu.. Kerana apa yang terjadi hidup ini mesti di teruskan..




 
© Blog CCK All Rights Reserved