header-irwanalessatyme-
Showing posts with label paparazi. Show all posts
Showing posts with label paparazi. Show all posts

Gadis.my??

on 2 February 2013

Assalamualaikum..

Sekarang, banyak yang terjadi kes-kes seperti pencabulan, gangguan seksual, sama ada di kawasan luar rumah, dalam rumah, tempat kerja mahupun tempat awam.. Adakalanya kes yang terjadi seperti di atas ini boleh juga melibatkan trauma sepanjang hayat dan yang lebih teruk lagi boleh menyebabkan kecacatan berkekalan dan juga kematian. Oleh itu, kau Hawa terutama sekali hendaklah mengambil iniasititif @ langkah proaktif untuk mengelak daripada perkara seumpama itu terjadi..

Gadis Girl's Awareness Development & Inspirational Series )  adalah sebuah program yang di buat untuk wanita yang berumur di antara 16tahun ke atas untuk melindungi diri sendiri dari perkara yang tidak diingini dan melatih keyakinan serta mendidik wanita untuk lebih bersemangat sama ada di dalam kerjaya ataupun di dalam pendidikan.. Program ini di di asaskan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan di jayakan oleh para panel yang lain, sebagai contoh Datuk Dr Mohamed Mustafa Mohamed Ismail, Sir Noordin Khalid dan ramai lagi..

150956_537533766271010_732338955_n


Di dalam program Gadis ini banyak menerapkan betapa pentingnya wanita dalam pembentukkan sesebuah negara.. Sebelum ini kita lihat banyak kes yang berlaku di kalangan wanita.. Tetapi langkah proaktif telah di ambil dengan mewujudkan Gadis ini juga akan menerapkan juga seni bela diri yang boleh di pelajari dengan mudah oleh wanita iaitu SDS ( SMARTS Self Defence System ).. Program ini akan mendidik car-cara bela diri ketika berhadapan dengan sesuatu masalah. Contohnya perompak.

295307_537538002937253_1305453642_n

Antara barisan tenaga pelajar yang akan menjayakan SDS ini di bawah kelolaan Sir Noordin Khalid iaitu dari SMARTS Coach.. Gadis ini juga mendapat sambutan yang baik daripada artis-atis tempatan seperti Heliza, Fahrin Ahmad, Raja Azura..

Untuk keterangan lanjut :

Website Gadis = Gadis.my

Kredit : Sumber gambar oleh Page Smarts Coach

Fenomena Apakah??

on 18 January 2013

Assalamualaikum..
Dari pagi taip entry ni, belum siap lagi.. Kena save draft dulu sebab ada kerja lain.. Tapi dah siap kerja ni, boleh la sambung balik entry ni.. Alhamdulillah hari ni hari yang mulia, hari Jumaat .. Penghulu segala hari, macam mana hari korang? Terbaik bukan.. Hehehe.. Sebenarnya aku malas sangat nak follow benda yang merepek bagai ni.. Tapi ianya perlu sebab jadi trending di laman-laman sosial.. Eh siap lepak ngan membe-membe pun siap ada trending ni.. Apakah??

Sharifah-Bawani-Listen-Listen

Aku tak tahu di mana benda ni berlaku dan yang paling penting aku taknak pun tahu.. Wahaha, laka sangat ke benda ni.. Aku bila kena cakap macam ni agak bengang la juga, kawan aku pun dok cakap dengan aku "When i talk with u , listen ! listen ! listen ! ehh mamat ni kang ni makan dia.. Bukan kemain pekak lagi kawan ko ke?? Haha sian, tu la nak bash orang tak kena masa.. Padan muka mung! huhuhu..

Al-kisahnya satu Malaya ni dah tersebar dek fenomena Listen! ni.. Alamak, berkekalan ke menda macam ni.. Kita tunggu dan lihat aje lah sejauh mana pengaruh ni boleh pergi.. Adakah sehebat Mawi World?? Ac Mizal   (peace yaww) or mana - mana artis yang sedang meletop pada masa kini..


Paparazi?? Huh!

on 14 January 2013


resOnCall1


Assalamualaikum..
Hye selamat petang.. Adeh tak dapat tido pulak seperti mana yang telah aku war-war kan tadi.. Semua tu tetiba je.. Dah sedap buka kipas dekat office, ada pulak Klinik telefon.. Alah dan-dan la time rehat ni nak call.. Pergi kejap, tengok pc dia ada masalah.. Macam ni la kerja, banyak on call.. Kang payment tak dapat pulak.. Sambil chatting dekat group blogger bersama Nadia Johari terus je dapat idea.. Alhamdulillah kekadang idea datang dengan sendiri nya.. Apa sahaja depan mata kita boleh di jadikan bahan cerita..


Paparazi?? Siapakah dan apakah?? Huh! apa tu ?? Rilek, calm down.. Jangan panik sangat ok, sebenarnya takde apa sangat.. Seperti pepatah moden," kalau kopek kacang Ngan Nyin, belum tentu semua elok isinya" boleh la di katakan sebagai hampir kesemua entry aku ni sungguhpun adakalanya nampak je mengarut, tetapi ada aku selitkan benda yang berguna.. So tahniah la kalau korang dapat explore ok??

aes1.jpg

Ni lah paparazi yang aku nak bagitahu.. Kejenya asik teropong orang je.. Hehe tapi bagus juga, sebab orang banyak gerun dengan mende ni.. Tapi untuk ubah sikap pengguna jalan raya,AES ni bukan lah caranya.. Sikap pengguna itu sendiri yang perlu di ubah dan perlaksanaan nya memerlukan perancangan dari akar umbi.. Road users under AES watch.. Perlaksanaan AES ni dapat banyak kecaman, ada yang bertindak merobohkan, merosakkan.. Hurmm harta kerajaan, tapi dari sumber?? Fikir la sendiri.. Terus terang aku cakap aku ni jenis aku ni atas pagar.. Tak pro kerajaan atau pun pro kepada pembangkang.. Dan aku juga bukan daripada calon bebas.. Aku fikir sapa boleh buat kerajaan bagus itu yang aku pangkah.. Sebab semua banyak propa dari buat sampai habis.. Itu semuanya aku lihat.. Memang sumpah meluat dengan politik yang berlaku sekarang..

 
© Blog CCK All Rights Reserved