header-irwanalessatyme-
Showing posts with label Skodeng. Show all posts
Showing posts with label Skodeng. Show all posts

Baru Sempat..

on 25 January 2013

Assalamualaikum..

Hari ni aku cuti, tak kerja tapi entah kemana merayau-rayau.. Hehe sekarang ni baru sempat nak menaip entry.. Adeh besok kerja lagi dah.. So cuti tadi aku buat apa yang aku selama ni nak buat.. Haha dah lama aku tak macam ni, dulu masa duk Johor selalu jugak berkubang macam ni.. Oh masa lalu yang aku selelau rindui.. Zaman budak-budak mandi sungai sampai kecut dah tangan, dari tengahari mandi sampai lah bawak ke senja.. Teringat abah sampai bawak kayu sebab mandi sampai tak hingat dunia.. Ekekeke..

Masa : 4pm-4.30pm.
Lokasi : Salam Sentosa, Bukit Sentosa.

Idea yang tak terlintas di kepala.. Tetiba je kawan ajak aku pergi mandi dekat air terjun Sg.Kedondong ni.. Kat mana tempat tu ?? Boleh search gps or google maps ok.. Jalan Batang Kali- Genting Highland.. Bukan nak cakap lebih, citer sini abis sini ( Tiru ayat syuib) memang jelas nampak Genting kalau dari depan rumah aku ni.. Haha jeles ke?? Cuma nampak lampu je, nak g??? Habihkan duit.. Dan aku ni bukan berdarah sejuk.. Tak selesa pergi atau stay kat tempat sejuk lelama.. hahaha..

Masa : 4.45pm - 5.30pm.
Lokasi : Atas jalan ride moto.

Masa ni aku tengah bawak motor, wah seronok sakan.. Sebab semalam aku memang tak planning apa nak buat lagi pun bulan makin gelap atau lebih dikenali aku poket tengah tak tebal.. So aku ingat nak lepak rumah habis kan masa aku depan lappy layan blog.. Tetapi tetiba kawan call ajak ngeteh, so ikut la.. Dan-dan terus ajak mandi air terjun.. Wah! Tanpa fikir panjang aku terus nak pergi.. Sepanjang perjalanan memang seronok.. Dah sampai lagi lah bertambah seronok..

Masa : 5.35pm- 6.30pm.
Lokasi : Air Terjun Sg Kedondong, Batang Kali.

Mandi time!! Haha ini lah masa yang aku nantikan.. Sesampai nya kat sana terus tukar baju dan seluar.. Terus slassshhh!! Hehe sejukk wooo.. Tambah pulak baru lepas hujan.. Air pun agak deras.. Tapi takde warning pun.. Bantai je lah.. Adeh sampai masuk air dalam telinga..

DSC_0071

Amaca cantik tak.. Haha ni pakai handphone cikai je.. Maaf kualiti kurang memuaskan.. Hehe kalau air dalam, nak je terjun dari jambatan tu ke bawah.. Ye lah nak jadi atlet dah lebih umur.. Hehe..

DSC_0063

Buat pertama kali aku pertontonkan aku di dalam blogger ni.. Ahaks! Aku adalah aku.. Sedang termenung mencari ilham.. Melihat keindahan alam semula jadi.. Baru perasan , memang muka aku lain gila buka spec.. Haha aku pun nyaris tak kenal aku sendiri..

DSC_0070

Amboi korang sedap je mandi aku je tangkap gambar korang.. Eh bergurau senda pulak.. Apa pun tak boleh..

DSC_0065

Nasib tak dalam, kalau aku nak  snorkeling dalam ni apa yang aku nampak?? Adakah ikan duyung, ketam? Mahupun ikan lumba-lumba ke?? Hehe ni last berendam sebelum balik..

**************************************************************************************************************

Hari ni memang aku seronok sangat.. Terasa kosong je jiwa.. Indahnya ciptaan Tuhan, aku bersyukur kerana di berikan nikmat bernafas di muka bumi ini.. Alhamdulillah..




Paparazi?? Huh!

on 14 January 2013


resOnCall1


Assalamualaikum..
Hye selamat petang.. Adeh tak dapat tido pulak seperti mana yang telah aku war-war kan tadi.. Semua tu tetiba je.. Dah sedap buka kipas dekat office, ada pulak Klinik telefon.. Alah dan-dan la time rehat ni nak call.. Pergi kejap, tengok pc dia ada masalah.. Macam ni la kerja, banyak on call.. Kang payment tak dapat pulak.. Sambil chatting dekat group blogger bersama Nadia Johari terus je dapat idea.. Alhamdulillah kekadang idea datang dengan sendiri nya.. Apa sahaja depan mata kita boleh di jadikan bahan cerita..


Paparazi?? Siapakah dan apakah?? Huh! apa tu ?? Rilek, calm down.. Jangan panik sangat ok, sebenarnya takde apa sangat.. Seperti pepatah moden," kalau kopek kacang Ngan Nyin, belum tentu semua elok isinya" boleh la di katakan sebagai hampir kesemua entry aku ni sungguhpun adakalanya nampak je mengarut, tetapi ada aku selitkan benda yang berguna.. So tahniah la kalau korang dapat explore ok??

aes1.jpg

Ni lah paparazi yang aku nak bagitahu.. Kejenya asik teropong orang je.. Hehe tapi bagus juga, sebab orang banyak gerun dengan mende ni.. Tapi untuk ubah sikap pengguna jalan raya,AES ni bukan lah caranya.. Sikap pengguna itu sendiri yang perlu di ubah dan perlaksanaan nya memerlukan perancangan dari akar umbi.. Road users under AES watch.. Perlaksanaan AES ni dapat banyak kecaman, ada yang bertindak merobohkan, merosakkan.. Hurmm harta kerajaan, tapi dari sumber?? Fikir la sendiri.. Terus terang aku cakap aku ni jenis aku ni atas pagar.. Tak pro kerajaan atau pun pro kepada pembangkang.. Dan aku juga bukan daripada calon bebas.. Aku fikir sapa boleh buat kerajaan bagus itu yang aku pangkah.. Sebab semua banyak propa dari buat sampai habis.. Itu semuanya aku lihat.. Memang sumpah meluat dengan politik yang berlaku sekarang..

 
© Blog CCK All Rights Reserved