header-irwanalessatyme-

Tunggu! Ini Semua POYO!!

on 31 January 2013

Assalamualaikum..

Hadeh dengan tak kene mengena aku tak tahu nak letak tajuk apa.. Mood demam+batuk+selesema = macam na nak p Genting nanti.. Huhuhuhu semalam seharian tak blogwalking, line hampeh sangat.. Kekadang aku tak paham , kejap ok kejap tak line kat sini.. Nak tukar Yes?? Bagus cadangan, tapi tak tahu sini line ok ke tak takut menyesal tak sudah.. Almaklum lah duduk celah bukit.. Nak tunggu streamix/uniFi? Alah yang kat rumah tu pun sedang bermasalah, so nak taknak kena la pakai broadband Celcom ni.. Boleh la..

capture-20130129-204653
Apa yang terjadi dengan blog aku sekarang ni pun aku tak pasti, apa aku ni kuat sangat edit blog ke?? Bila tanya blogger lain semua cakap takde masalah.. Mungkin line tempat aku ni kot.. Haha dah berapa hari line slow, kekadang rasa tertekan, tapi apa boleh buat.. Sabor je lah.. Tapi bila aku buka blog ni, aku sendiri pun terkejut.. 

LyssaFaizureen

Pehh terkojut den.. Blogger yang tak asing lagi follow blog yang kerdil macam aku ni.. Wahh sesuatu yang aku rasa macam penghargaan.. Hehe thanks Lyssa Faizureen.. Sebab sudi follow blog yang tak berapa nak ada ni.. Nak tahu, sebab aku selalu pi tengok tutorial nya dulu.. Sekarang ni dia busy dengan study so tak dapat la nak berblog macam dulu.. Apa pun gud luck to Lyssa..

Ni baru ada line ok, so dapat lah aku nak berblogwalking setelah hampir 48jam aku meninggalkan nya.. 



Segmen Jadikan Followers Unlimited !

on 29 January 2013

Assalamualaikum.. 

Lama rasanya tak join segmen ni, tengah blogwalking sambil pekena teh o ais, ternampak pula satu segmen yang menarik perhatian aku.. Bagus segmen ni, dengan segmen ni kita dapat tambah kenalan dan kawan-kawan.. Jom meriahkan segmen sahabat blog kita ni..


Untitled+1

  • Klik banner yang awesome ni untuk join..
  • Followers sekarang cuma = 631orang
  • Hajat nak tambah lagi kawan..

Mereka Di Halaman Pertama Google..

Assalamualaikum..

Pelbagai cara yang aku cari untuk mendalami ilmu SEO ternyata bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah.. Pelbagai cara juga yang aku kaji bagaimana hendak meletakkan blog aku di dalam halaman pertama enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya.. Adapun aku akan sentiasa belajar untuk mendalami konteks dan apa yang sebenarnya tentang SEO..

Mereka ada yang dah menguasai ilmu SEO ini amat beruntung, rugilah kalau kita tak belajar serba sedikit tentang betapa pentingnya SEO pada blogspot.. Namun pada hari ini, kebanyakan mereka yang berada di halaman pertama google banyak sudah berubah, tidak hanya wordpress.. Blogspot juga sedikit sebanyak telah mendominasi halaman pertama google.. Rugi rasanya aku tidak dapat menghadiri event yang sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan untuk aku mendalami ilmu daripada mereka yang terhebat.. Baru-baru ini event Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran #SBB2013 anjuran Denaihati.com . Rugi tak dapat tahu lebih awal, memang rugi.. Dapat juga aku info dan tips-tips yang penting untuk aku menambah baik diri aku dalam berblog ini..

Cuba cari keyword blogspot, tentulah kita akan jumpa Maria Elana, Fatin Liana, Hanis Zalikha .. Terus terang memang banyak blogger wanita dari blogger lelaki.. Tetapi bila aku cari tips-tips especially SEO banyak blogger lelaki yang lebih mengutamakan SEO..

blogspot


Terus terang, sebenarnya aku sedang mengkaji pelbagai tips yang aku cari.. Dan aku akan dalami.. Chayok-chayok!

Cari Jodoh Online??

on 28 January 2013

Assalamualaikum..

Fenomena yang baru saja aku dapat tahu.. Aikk?? Benda ni bukan dah lama ke?? Hehe sebelum ni memang serius aku tak tahu, tetiba tengah leka ber'facebook' ternampak pula satu page yang agak memeranjatkan aku.. Cari Jodoh Online..

Cari+Jodoh+Online
** Tolong abaikan background pink tu ye.. Hahaha mood jambuu gitu.. Ahaks!

Tak kata pun perkembangan macam ni tak bagus.. Yela sesuatu percubaan yang agak baik.. Bagi yang belum menemui jodoh.. Bukan macam dulu, yang si laki mengurat si wanita di bus stop je.. Berbekalkan baju kemeja lengan lipat sikit, berseluar yankee, berkasut kulit, rambut sisir belakang, ada pencungkil gigi dekat mulut.. Siul sekali untuk mengayat si wanita.. Tapi dunia banyak berubah, ada banyak dah rakan aku yang menemui jodoh dalam online ni..

Jodoh menerusi internet adalah nikmat untuk manusia akhir zaman - UAI

Memang sesuatu nikmat, tetapi itu semua atas niat kita.. Sama ada untuk pilh jalan yang benar, atau jalan yang salah.. Sememangnya di dalam dilema, umur makin meningkat, tetapi tiada jodoh.. Hehe pun sekarang ada mengalami perasaan macam tu.. Sering kali membaca entry-entry yang di buat oleh Cik Lyeen memang best, yela siapa takna kahwin muda.. Tapi aku fikirkan tanggungjawab.. Amat menarik jika aku kongsikan bersama dengan korang.. Kan??

Jangan ingat kahwin tu fikir sedap je, bila sudah akad nikah tu bila saksi cakap dah sah.. "Bereh doh, malam ni sedap" tapi sah tu sebenarnya shortform dari perkataan susah.. Mana tak susahnya, budak-budak colour pensil Luna ada 12 jenis cuma RM4.90, tetapi bini kita nanti 24 jenis bagi RM200 baki 20sen je..

Nampok?? Bukan mudah sebenarnya untuk menjadikan tanggungjawab itu.. Tetapi sebenarnya aku dan lelaki lain yang masih berstatus bujang" tratantang " ni akan melalui benda ni juga.. Bersedia lah.. :D




Awas! Bisikan Syaitan..

Asssalamualaikum..

Bisikan+Syaitan




" Syaitan tanya, kalau semua benda ada Pencipta, siapa cipta Allah? "


Luah Imtisal dalam keberatan. Tangannya kelehitan terketar-ketar sebaik sahaja menuturkan pertanyaan itu.


" Sal, segeralah beristighfar kemudian meludah ke kiri tiga kali "


Pinta Asiah Yusra mengikut ajaran sunnah.


" Ok, katakanlah Allah itu ada Pencipta iaitu Tuhan A.
Tuhan A itu pun ada Pencipta iaitu Tuhan B.
Tuhan B pula ada Pencipta iaitu Tuhan C.
Dan seterusnya sampai Tuhan Y dicipta oleh Tuhan Z.
Sampai kat situ, siapa cipta Tuhan Z?

Persoalan ini takkan habis!
Tak logik dek akal pun.
Maha Suci Allah daripada mempunyai Pencipta.
Tiada sesiapa yang menciptakan-Nya.
Dialah awal dan akhir, sedia kala dan kekal.
Dia tak sama dengan makhluk! Dia tak sama! "

***

" Kalaulah setiap Tuhan ada Pencipta, berapa ramai Tuhan yang kita ada?
Tentu huru hara alam ni jadinya sebab ditadbir oleh ramai Tuhan.
Malah kepercayaan Tuhan ramai ni sama dengan kepercayaan orang Hindu.
Kalau kita faham macam tu, maknanya kita setuju dengan agama Hindu.
Tuhan mereka berpuluh ribu. Tak logik! "

" Mesti ada sesuatu kuasa yang zat-Nya tiada Pencipta kerana Dialah yang mencipta semua yang ada.

Dia pasti wujud, sedia kala, kekal, Dia lain daripada yang lain, berdiri sendiri, tiada awal dan akhir, Maha Melihat, Maha Mendengar dan dah tentu zat-Nya mempunyai sifat-sifat yang tak sama dengan makhluk.

Sifat yang layak bagi Pencipta dan Pentadbir alam maya ini tentu sifat-sifat yang luar biasa dan tak mampu ditangkap oleh pancaindera.

Fitrah manusia sendiri mengakui kebenaran ini ".

" Dia tak perlu pada yang lain.
Semua yang lain perlu dan hajat pada-Nya.

Ingat, Dia tak sama dengan makhluk.
Dia tak sama!

Kalau kita anggap Dia ada Pencipta bermakna Dia sama dengan makhluk.
Mustahil Pencipta sama dengan makhluk.
Dia tak sama! ".

.: Dipetik daripada Novel Tautan Hati :.

**********************************************************************************************************


IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.

Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.

Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit. 

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah. 

“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)

3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia. 

“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)



Kita hanya mampu berusaha untuk mengelak dari dengar apa yang di bisikan oleh syaitan, bagi diri aku kisah silam yang telah terjadi telah membuatkan aku sedar.. Yang bahawa, tiada apa yang kita akan dapat jika kita  terpedaya dengan hasutan syaitan, kerana syaitan dan iblis akan terus menyesatkan kita sehingga hari Kiamat kelak..
 
© Blog CCK All Rights Reserved