header-irwanalessatyme-

Tolong Jangan Pergi!!

on 13 January 2013


Hye! Selamat malam semua.. Macam mana hari korang hari nih?? Semestinya awesome kan?? Yelah dapat bersantai bersama keluarga yang tercinta.. Esok jangan mula moody or bad mood pulak ehh?? Yelah, aku paham esok hari isnin.. Hari mula bekerja dan hari sekolah kan?? Ahaks! Bawak-bawak lah bersabar ye dakk??

esok+isnin
Kucing pun tahu merungut..
Tolong jangan tinggalkan kami.. Please!! Frank Lampard.. u're my legend.. Hurm desas-desus player ni nak di pindahkan ke Man U betul-betul buat kan aku hampir tak tidur lena.. Buatnya kalau betul.. Hadeh tolong la, takde ke tempat lain yang kau nak pergi?? Aku rela lah kalau kau transfer dalam team lain.. Man U jugak yang kau nak pergi.. The Blues masih lagi mengharapkan sentuhan emas mu..


0,,10268~10117223,00
Pemain midfielder ini cukup dikagumi oleh semua orang.. Hampir di setiap perlawanan, pasti ada gol.. Jelasnya, hampir setiap musim perpindahan, namanya pasti akan turut naik ke carta perpindahan.. Tetapi tahun ini betul-betul membuat aku risau.. Mana tak nya, Chelsea baru sahaja mendapat seorang pemain dari Newcastle, Demba Ba..

dembabahuffingtonpost_crop_exact
Demba Ba

Sir Alex Fergusen, yakin beliau akan memiliki pemain yang cukup berbakat ini, walaupun umurnya hampir 33tahun, tetapi kesungguhan nya.. Menjadi attacking midfielder dan juga perancang bagi memecahkan tembok lawan sentiasa di geruni oleh mana-mana pasukan..




Aku Memang Tengah Gian..



Hye!! Assalamualaikum.. Entry kedua buat hari ni.. Memandangkan kerja pun dah setel, boleh juga blogwalking dan tetiba je entry datang..  Kuat mengular aku ni.. Kat tempat keje, ada bos aku selamba badak online, haha tak risau pun sebab takda nya surat terminated or notis berhenti 24jam.. Ahaks! Semenjak tukar templete ni lain macam je rasa.. Suci dalam debu pun ada.. Hahaha apa lah merepek sangat.. Mata rabak, selalu tak cukup tidur.. Bangun pulak pagi.. Terus pergi keje.. Pastu balik lelewat malam, memang lah tak cukup tidur.. Ada juga spesis burung hantu ni lagi..


Oleh yang demikian, aku terpaksa menggiankan sesuatu ini untuk aku hilangkan ngantuk.. Adeh tak dapat banyak pun sikit jadi la bro.. Dapat kena mata aku baru boleh segar-bugar.. Kalau tak kena mata pun jadi berat.. Kerja pun susah.. Tapi aku takut bila dah gian benda ni ada datangkan kesan buruk pada aku.. Adeh, sejak bila aku terlibat dengan kancah tidak bermoral ?? Bahaya .. Tak kena tangkap ke?


Laaa, apa yang nak di takutkan.. Aku bukan gian dadah, pil kuda mahupun air ketum.. Aku cuma giankan kafien je.. Bertin-tin aku minum sehari ni.. Dari pagi sampai la ni, dah 3 tin aku minum nescafe original.. Yang lain aku ni kurang sikit.. Dulu latte, tetiba pulak kembali ke asal.. Semenjak dua menjak kurang merokok ni, keinginan aku terhadap nescafe ni bertambah.. Kekadang sampai nak makan pun tak jadi di sebabkan dah kekenyangan minum nescafe.. Kang nak tidur memang la payah, dan-dan la baru nak buat milo ataupun beli HL.. Aku ni bukan jenis tenusu.. Tak hadam aku kalu minum Dutch Lady tu, tak tahu kenapa.. Walaupun dia tulis susu segar ke, apa ke.. Tetap minum HL jugak.. Padahal dulu aku tak pandai minum,semenjak kerja 7E dulu memang selalu sangat dapat free dari pembekal.. Dia bagi green light untuk minum 4hari sebelum expired.. Ha tu lah peristiwa bagaimana aku jadi 'hantu' HL ni..

.com/

Kebaikan Kafein:
1. Membantu meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan
2. Mecegah gigi berlubang: Kafain dalam minuman mempunyai kekuatan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang.
3. Membantu meringankan sakit kepala: berdasarkan pada jumlah tertentu
4. Membantu seseorang yang sukar bernafas kerana lelah atau asma
5. Menghalang radikal bebas serta menghancurkan molekul yang dapat merosakkan sel DNA
6. Mengurangkan risiko osteoporosis
7. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
8. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80%kurang risiko mendapat kerosakan hati.
9. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
10. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.

Keburukan Kafein berlebihan:
1. Memberikan ransangan kepada hormon Adrenalin yang menimbulkan gejala2 seperti denyutan jantung menjadi pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah.
2. Insomnia, Anemia dan menjadikan sel kulit kering
3. Kafein dikalangan ibu mengandung menyebabkan baby kurang berat badan. memperlambatkan pertumbuhan janin.
4. Menyebabkan penyeluaran air secara berlebihan dalam badan.
5. Menyebarkan penghasilan melatonin pada otak : fungsi tubuh badan diatur oleh melatonin
6. Kafein akan menakluki enzim fosfodieterase yang digunakandalam pembentukan memori dan akhirnye menyebabkan kehilangan memori
7. Mempengaruhi fungsi normal otak bagi kanak2 dan menyebabkan kanak2 kurang daya ingatan.

Sumber : http://travelyuks.blogspot.com/2012/04/kebaikan-dan-keburukan-kafein-dalam.html





Dulu vs Sekarang??



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.. Selamat bersantai, bagi yang bertugas macam aku ni jangan melingkor  macam ular, kerja,kerja.. Seperti kata orang dulu" selagi belum tutup mata, kerja.. kerja.. kerja.. Tak kerja mana dapat $$$$ kan?? Lain lah kalau senang, memang senang jadi orang yang senang, tapi sebenarnya bagi yang susah tu tetap susah untuk menjadi senang.. Namun segalanya tidak mustahil jika kita kuat berusaha dan ada iniasitif untuk berubah.. Semuanya perlukan kesabaran dan komitmen dalam kerja yang tinggi.. Dah lama tak keluar ni, save budget ke?? Hehe nak cari payah, tapi buang senang je.. Duit merupakan suatu keperluan.. Adeh tandas pun 30sen nak masuk.. Lebih general aku boleh katakan, susah nak cari yang free dekat muka bumi ini, melainkan segala nikmat yang di berikan Tuhan yang merimpah ruah.. Itu pun masih ada lagi yang tidak pandai bersyukur.. " Alangkah indahnya dunia, jika kita semua.. Tak akan membesar.. " yang di nyanyikan oleh Hujan.. Tetapi lirik tu sememang nya takde kene mengena pun.. Tetapi sebenarnya kita takkan selamanya akan muda..

tumblr_mf35ilFbx81r3g4oqo2_500_large
Hambooiii bang!! Jangan buat macam tu ye.. Kesian kau kena gelak :D


Ragam manusia sememang nya berbeza, sebab orang dulu ada mengatakan "lain padang, lain belalang.. Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain.. Perumpamaan yang agak ringkas namun mempunyai maksud yang cukup tersirat.. Berbincang pasal mulut ni, banyak lah boleh boleh di kategorikan.. Ringan mulut, buah mulut.. Namun sekarang, ada pulak timpul kategori mulut yang super awesome!!!.. Contohnya mulut longkang, dan ada yang lagi dasyat aku baru terdengar, mulut loji kumbahan?? Haha pelik la juga..


Ringan Mulut : Boleh juga aku di klafikasikan sebagai orang yang banyak bercakap, peramah.. Jenis macam ni bagus la.. Kita pun jadi tak segan nak bertanya.. Bila mintak tunjuk arah, wah dari A-Z cerita.. Tapi bagus juga.. Sebab orang peramah ni sebenarnya mudah di dekati.. Walaupun banyak cakap, ada kalanya sampai orang bosan.. Dah lagi tadi tak berhenti.. Ringan mulut sangat adakalanya di caci?? Hurmm ada pulak jenis macam ni.. Alahaaaiii saborr je lah..


Buah Mulut : Benda yang di jadikan percakapan orang.. Contoh isu-isu politik negara sibuk di bincangkan di Dewan Parlimen, kalau di kampung ianya turut di bincangkan di meja bulat Kedai Pak Harun , cerita kedai kopi je.. Yang bergosip-gosip tu masa tengah rewang.. Tak semestinya Melodi je boleh bergosip.. Orang kita lagi pandai benda-benda macam ni..


Mulut Longkang : Adakah di sebabkan eksiden lalu jatuh ke dalam longkang?? Adakah di sebab kan tak gosaok gigi?? Dan berbau segar kala pagi hari?? Hehe ewwww geli.. Hehe.. Tapi pada pendapat aku pula mungkin mulut longkang ni sama je dengan Mulut Loji Kumbahan tu sebab keduanya busuk.. Bukan busuk betul-betul pun cuma agaknya mulut jahat kot..


Apa pun tiada dulu, maka tiada lah sekarang.. Kan?? Kalau setuju kasi kepala turun satu kali boleh?? Hehe selamat berhujung minggu dan berbahagia dengan orang yang tersayang.. Adios!




Berhijab.. Kewajipan atau.......

pertanyaan

Assalamualaikum dan selamat malam.. Maybe pagi kot bila aku dah habis entry ni.. Maklum lah,taip lambat.. Sambil taip fikir pula idea apa yang aku nak olah kan lepas itu.. Spondan.. Ehh Spontan laa.. Betul kata Boni " jika kita berblog ni, biarlah datang dari hati" Kan?? Dari mata turun ke hati, dari hati selami jiwa.. Ehhh mula lah aku ni merepek meraban bagai.. Namun bukan ini  yang aku mahu ceritakan atau kongsikan bersama dengan korang..

Nampak tak tanda soal yang banyak dekat atas tu?? Tak nampak cepat buat spect mata.. Ternyata lebih banyak persolan yang di kembalikan kepada aku setelah aku bersoal dengan diriku.. Hamboiii berbelit-belit kata.. Dalam bahasa mudahnya, banyak persoalan daripada jawapan.. Ya itu tak mustahil dan aku telah banyak kali, persoalan dikembalikan dengan persoalan juga.. Seolah-olah tiada kesudahan mahupun kata putus..

Berhijab, atau lebih mudah kita cakapkan bertudung.. Gadis Melayu, nyanyian Jamal Abdillah sering di jadikan lagu fav aku ketika karaoke.. Heehe sempat lagi melawak, ok-ok kembali pada situasi aku sekarang ni yang mungkin tidak lah terlampau meruncingkan sangat, namun aku juga perlu tahu serba sedikit..


hana-tajima-hijab-style+%25281%2529

Pheewwitt ! Terserlah la pulak kegatalan aku ni.. Hehe apa pun ni la contoh trend masa sekarang.. Bagi aku selagi masih mengikut syarak, tak melanggar batas-batas agama.. Aku takkan melatah sesuka hati.. Baguslah jika ianya di jadikan sebagai kewajiban dan bukan nya untuk ikut trend masa kini.. Alhamdulillah baru-baru ini juga ada dengar berita Dato' Siti Norhaliza juga telah bertudung litup penuh.. Syukur, semakin ramai juga yang mengambil keputusan untuk berhijab.. Jangan ingat yang free hair saja yang boleh menempa kejayaan, tetapi banyak dah terbukti.. Shila Hamzah, Wardina Safiah dan sebagainya..


Pada yang masih belum lagi tu, jangan fikir untuk berfikir " aku belum sampai seru" .. Kalau ada fikir macam tu, jawabnya lu fikirlah sendiri..


Traffic?? Ehhh??

on 12 January 2013

increase-traffic-blog-commenting
Setelah hampir bertungkus lumus memikirkan apa yang aku nak cerita kat sini, akhirnya aku dapat juga idea..  Entah kenapa tadi mentol atas ni menyala, tetiba je padam.. Nanti la esok aku tukar bagi terang sikit blog aku nih.. Kan?? Tak lawak kan? Aku dah agak punchline tak kena pada tempat nya.. Hehe dah macam Maharaja Lawak Mega la pulak.. Apa pun GO !! Jozan.. Ehh tak masal.. 


bayibelajarberdiri
Ala tomey-tomey.. Eeee debab badan kau.. Terasa nak cubit-cubit je.. Ahaks! Gambar ni sekadar hiasan saja.. Aku masih baru lagi, kira masih bertatih lagi dalam dunia blogging ni.. Tapi makin aku kejar, makin cuba aku gapai, aku lupa dunia blogging ni amat terlalu luas untuk aku mempelajarinya.. Walhal aku pun sendiri semacam tak percaya apa yang aku alami sekarang.. Semakin jelas yang aku ni semakin serius dalam dunia Blogger ..

14893blog_traffic

Ternyata aku juga mencari jalan keluar bagaimana untuk mengekalkan pageviews.. Aku tak kisah apa yang orang nak kata, "ehh kau tak payah la nak tunjuk sangat kau tu bagus.. Kau tu baru lagi" dan bermacam lagi yang aku pernah dengar dari mulut kawan aku.. Aku perlukan sokongan bukan kutukan.. Pernah dulu aku jatuh, tapi aku bangun dan berusaha sepertimana yang aku mahukan ketika mula-mula aku ceburi dalam bidang blogger ni..

Tak susah rasa nya nak berkawan dalam laman sosial ni.. Lagi best kan, merata negeri boleh kenal.. Adanya segmen,GA itu masih lagi releven bagi blogger yang masih newbie macam aku ni.. So pada yang baru mula berblogger tu, jangan lah cepat putus asa, teruskan berblogger.. Percayalah, semua blogger bermula dari bawah.. Takde lah mula buat blog terus banyak follower dan retiissss kan?? 

 
© Blog CCK All Rights Reserved