header-irwanalessatyme-

Jom WeChat

on 29 March 2013

Assalamualaikum..

Aplikasi WeChat | Jom ramai-ramai install apps ni.. Memang sure hari korang akan berubah.. Best woo app ni, boleh video call, boleh text, boleh tukar suara.. Ada emotion yang super-duper comel macam aku ni juga.. Dulu aku pernah guna apps tu, taknak la mention.. Tapi WeChat ni memang best..

Ramai blogger yang ada wechat ni, malah ada group tempat santai, tempat meluahkan rasa, tempat melalak,yelah ada nya Wechat ni tak payah guna kredit pun.. Cuma ada pakej data / menggunakan wifi sahaja..

Wechat+Malaysia
Duta Wechat Malaysia

Inilah wajah-wajah Duta yang terpilih utuk WeChat Malaysia, rasanya tak perlu di perkenalkan lagi sebab diorang telah terkenal.. Hehe.. 


Jom layan bersama Duta WeChat Malaysia :




Jom Muat turun Apps ni, pasti tak rugi.. Sesuai untuk Android, Iphone, Blackberry..


Aku Sanggup..

on 28 March 2013

Assalamualaikum..

Entah kenapa aku masih lagi belum puas untuk terus menerokai benda yang baru ni.. Mungkinkah nafsu / keinginan?? Atau mungkin aku ingin maju ke setapak lagi?? Sebenarnya kedua-dua sebab ini aku sanggup untuk bersengkang mata, kurang tidur.. 

tutorial+wordpress

Nampak sama kan?? Tapi memang lebih special.. Setakat ini ada la dalam 1 /2 entry yang telah aku coretkan dalam wp aku ni.. 

tutorial+wordpress1

Banyak blogger yang aku sendiri bertanya, minta pendapat tentang kebaikkan dan kelebihan wordpress ni.. Tapi serius aku mengaku yang aku sayangkan platform blogspot ni, kerana aku telah di perkenalkan dengan blogspot sebelum wordpress.. Ada yang berpendapat, bahawa pentingnya readers dari followers.. Itu semua pendapat peribadi orang yang lebih otai dalam bidang blogging ini.. 

Ada rakan sejawat berkata " Blogspot pun terkial-kial lagi kan nak wordpress".. Aku senyum dan berkata, kau ni sebenarnya pembakar semangat aku".. Dan dia menyusul pergi.. Best kan?? Sekarang ini aku takkan menoleh ke belakang lagi, dan fokus aku hanya lah hadapan..

"Do not look back, if the outlook is painful .. So always think ahead, success is always waiting for you .."

Pembaca Vs Pengikut

on 26 March 2013


Readers Vs Followers


Assalamualaikum..
Readers


Satu perkongsian dapat dibuat, semoga dapat di manfaat kan bersama rakan semua.. Antara readers dan followers mana satu pilihan korang?? Boleh kongsikan disini juga.. Ada yang beranggapan juga salah satu penting dan tak penting untuk mencapai kedua-duanya sekali.. Anda berhak menentukan nya..

Tips traffic meroket ke langit, tips jana duit melalui blog akan ada terselit bahawa pentingnya readers yang mantap, ada blogger yang hanya mempunyai follower yang sedikit tetapi wooww! traffic memang awesome.. Ada juga blogger yang follower ramai tetapi traffic hurm.. Contoh macam blogger ini.. Tentu tertanya-tanya macam mana nak tambahkan readers kan?? Ping blog salah satu nya.. Tetapi cuba cari masa sesuai untuk ping, bukan sekadar ping itu suka-suka tapi itu langkah untuk langkah mempromosikan blog.. 

Blogwalking pun penting untuk menjana traffic kebaboom! .. Tetapi bukan semua blogger yang ada dapat berblogwalking hampir 100-200 blog sehari.. Aku pernah try,memang mengambil masa yang lama.. Tetapi berbaloi dengan usaha dan pengorbanan masa yang di buat.. Cuma buat masa sekarang ni, mana yang sempat pasti akan aku terjah.. Sebab memang busy dengan kerja buat masa ini, entry pun sekat-sekat.. Tapi nak buat macam mana, itu carian rezeki aku.. Memang kerja aku mengadap pc dan laptop sampai power spec pun makin bertambah.. So aku makin tua. Kbai. hahahaha..

p/s : Teringin nak outing reramai dengan blogger area KL,S.Alam.. Dapat lagi ramai lagi bagus.. Boleh bincang lagi ni.. 






Kini Ku Kembali

Assalamualaikum..

Sedang asyik ku di buai mimpi, aku hampir lupa akan masalah yang aku hadapi baru-baru ini.. Sawan kucing aku di buatnya, lantas aku terus delate segala ingatan aku terhadap masalah tu, email aku dah padam dan terima kasih buat kawan-kawan yang terus beri support pada aku.. Saaayaaaanggg korang.. Hahaha..

Jadi+dri+sendiri
Kredit >> namaakuhanna.blogspot.com

Dia bukan aku, dan aku bukan dia.. Mungkin nampak sama tapi aku bukan dia.. Haaa nampak kan perbezaannya.. Dia Boni Kacak dan aku Irwan Alessa memang la lain.. Hehehe takde nya pun sama.. Mungkin minat saja yang sama.. 

Think positiv, itu langkah proaktif yang aku ambil.. Memang down juga la pada mula-mula dan sekarang aku bangkit dengan entry ini.. Terus bersemangat macam dahulu.. 

Serupa Ke??

on 23 March 2013


Aku Dikaitkan Dengan Boni Kacak??


Assalamualaikum..

Pertama kali , aku ingin memohon maaf sekiranya mungkin ada 'orang' yang tidak berpuas hati dengan aku, aku berbanyak minta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dalam entry yang lalu.. Sebenarnya baru-baru ini ada mendapat email dari seseorang mungkin kawan yang mengatakan bahawa aku ni mula naik di sebabkan Boni Kacak?? 


Perasaan aku mula hiba apabila aku cuba membaca kiriman email itu sampai habis, ada lagi mengatakan yang aku ni cuba " meniru " gaya penulisan Boni Kacak.. Aku ingin meluahkan disini untuk tatapan semua readers yang kalau ada berpendapat macam itu boleh la tarik balik pernyataan tersebut.. Aku tidak marah, hanya berkecil hati kerana aku berbaik dengan Boni Kacak sering di salah ertikan.. Bukan niat aku berbaik dengan dia untuk mengejar populariti ataupun lain-lain.. Cuma hanya menjadi sahabat blogger.. Tak lebih daripada itu.. Dia yang berpangkat "abang" yang aku hormati.. Bukan aku ingin menutup atau berkongsi periuk nasi bersama, cuma berkongsi minat dan kegembiraan bersama..


Buat sesiapa yang terasa atau berkecil hati dengan entry aku sebelum ini, aku ingin meminta maaf seandainya penulisan aku sebelum ini ada 'berkata' yang tidak baik tentang diri korang.. Sebenarnya aku memang gila-gila, itulah diri aku yang sebenar, bukan buat-buat.. Tidak terlintas di hati aku untuk berdendam, kalau ingin meminta maaf, aku akan memaafkan dengan rela hatinya..

 
© Blog CCK All Rights Reserved