header-irwanalessatyme-

Kedutaan Malaysia Di Filipina Di serbu!

on 5 March 2013

Siapa Cari Kawan Dan Siapa Cari Lawan??

Assalamualaikum..

KECOH!! Kini pula Kedutaan Malaysia Di Filipina pula di serang oleh sekumpulan aktivis yang tidak berpuas hati.. Yang menjadi persoalannya bukan kah mereka yang terlalu sibuk menuntut hak mereka yang dahulunya telah pun mereka gadaikan?? Rujuk la sejarah balik ya, jangan buat-buat lupa dan terus berdegil dengan kemahuan itu terus..

Dan bukan kah mereka yang dahulu telah melancarkan serangan terhadap Polis yang menjaga keselamatan?? Di suruh untuk rundingan mereka tidak mahu, tetapi mereka ini seolah sudah melampaui batas norma masyarakat, siap nya di bakar poster gambar.. Aish malas nak cakap banyak.. Tengok gambar ni ok?? Kredit pada blogger Apit kerana share gambar ni ya..

Kedutaan+Malaysia+Di+Filipina+Diserbu



Pada Jam 7am tadi, pasukan keselamatan telah pun melancarkan serangan terhadap musuh di Kampung Tanduo.. Setakat ini masih belum dapat info lagi tentang perkara itu, dan akan sentiasa di update.. Sentiasa mendoakan pasukan keselamatan yang bertugas di Sabah terutamanya di tempat-tempat yang bahaya.. Dan juga mendoakan keselamatan masyarakat setempat agar sentiasa selamat..

Pray+For+Sabah


Perang Cyber !

Laman-Laman Web Kerajaan Sulu Telah Digodam

Assalamualaikum..

Salah satu medium juga bagi Penggodam Laman Web untuk membantu, sedikit sebanyak dapat melemahkan     pentadbiran Kerajaan Sulu.. Anynomous Malaysia bertanggungjawb melancarkan serangan cyber ke atas web-web yang berkaitan dengan Kerajaan Sulu.

Antara laman web yang telah berjaya di godam adalah :

  1. http://spda.gov.ph/
  2. http://bongabong.gov.ph/
  3. http://www.moalboal.gov.ph/index.php
  4. http://sanfernando.gov.ph/
  5. http://pspg.pnp.gov.ph/
  6. http://chd1.doh.gov.ph/
  7. http://atcollege.edu.ph/
  8. http://adhdsociety.com/
  9. http://fiberwerx.com.ph/
  10. http://poracayresort.com.ph/

Banyak lagi yang telah berjaya di godam oleh Anynomous Malaysia, namun perang dalam dunia yang realiti masih belum berakhir..


*  *  *
Perwiraku.. DOA kami pohon sepanjang kamu di medan perang, hanya itu yang kami mampu.. Demi keselamatan negara dan agama, keluarga dan diri kamu sendiri dikau abaikan.. Berkat pengorbanan kamu, kami sentiasa berdoa dan berharap agar kesemua perajurit yang menggalas tugas ini dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Buat perajurit-perajurit yang telah terkorban, Al-Fatihah di titipkan sebagai bekalan, kami sentiasa mendoakan agar roh-Mu di cucuri rahmat, sesungguhnya kamu adalah wira di hati kami.. Terima Kasih..


Flyover Runtuh Di Putrajaya ?? Disalahertikan..

on 28 February 2013

PANAS!! Di sebalik Flyover Runtuh Di Putrajaya

Assalamualaikum..

GEMPAR.. Putrajaya, bandar yang mengalami banyak perubahan arus modenisasinya seperti di salahertikan apabila kecoh dengan runtuhnya flyover yang menghubungkan Putrajaya sebentar tadi.. Difahamkan flyover ini telahpun ditutup bagi laluan orang ramai semenjak Disember 2012 lagi..

Flyover+Runtuh+Di+Putrajaya
Ikhsan Oh Tidak!

Mengapa perkara ini perlu di kecohkan dengan pelbagai agenda politik semua ini?? Bila di fikirkan dengan lebih rasional jawapan yang tepat adalah setiap binaan ada tarikh luputnya, mungkin kawasan yang di bina ini berlaku mendapan tanah, hakisan tanah akibat berlaku hujan yang berpanjangan.. Faktor-faktor ini memungkinkan untuk perkara ini berlaku..

Tiada unsur jenayah atau rasuah, perkara ini banyak yang dah terjadi.. Sama juga seperti runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ( Kuala Terengganu ) banyak juga agenda-agenda politik yang dibuat bagi meletupkan cerita itu sendiri.. 

Sedarlah dari lena, usah lah bergaduh sesama bangsa.. Orang lain ketawa melihat kita, sedarlah dari mimpi, kita terlampau jauh dari dunia realiti, usah berfantasi, kembali merebut hak yang hakiki, yang selamanya akan kekal abadi di hati..

Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi.. Air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang...

p/s : hayati lah bait-bait lirik di atas.. Usah lagi berdendam, khianat dan saling menjatuhkan sesama sendiri..


Blog Dan Branding

on 27 February 2013


Perlukah Branding Pada Blog??

Assalamualaikum..

Blogger



Perkongsian ini di buat hasil daripada penilaian dan kajian aku dalam dunia blogging ini dapat aku share bersama dengan blogger yang lain.. Di mana perlunya setiap blogger perlu berusaha untuk brandingkan blog nya sendiri.. Aku masih belum lama bertapak dalam dunia blogging ini dan masih mencari pelbagai jawapan yang aku sendiri akan persoalkan.. 

Branding ini lebih kepada bagaimana kita hendak menjenamakan blog, banyak blogger yang seangkatan dengan aku masih lagi tidak faham atau tidak menjumpai apa yang di maksudkan dengan branding ini.. Perlu sekali bagi seorang blogger untuk menjenamakan blognya dari segi apa pun.. Sebagai contoh dapat kita lihat fenomena branding sesebuah blog hanya dapat di hasilkan melalui nama blog itu sendiri.. Seperti Abang Ensem,Uncle Gedek,Bonikacak,BroFramestone,HasrulHassan,Denaihati.. Nama yang aku sebutkan ini memang branding dari namanya sahaja.. Memang hebat..

Kekalkan niche sesebuah blog juga adalah satu cara untuk brandingkan sesebuah blog.. Niche Blog amat mudah di fahami.. Dapat dilihat banyak blogger yang 'hidup' dengan mengekalkan niche blog masing-masing.. Sebagai contoh Beutifulnara (Blog Gosip), Melastik Bintang (Blog Parenting), Uncle Gedek (Blog Self Potrait).. Sememang nya masalah yang di hadapi adalah bagaimana untuk mengekalkan niche blog.. Ianya sangat sukar tapi manfaat dari kekalkan niche blog ini akan berpanjangan.. 
Kelebihan kekalkan niche blog :

- Meningkatkan pengetahuan
- Menunjukkan kemampuan diri
- Menarik minat orang yang sama minat dengan anda

*  *  *

Pada blogger yang newbie macam aku ni, memang banyak luangkan masa untuk mencari ilmu-ilmu yang perlu kita sama-sama pelajari.. Tak rugi bertanya pada yang lebih pakar, kita akan dapat jika kita berusaha dan tak mudah kenal putus asa..



Burger SY Cahaya Sentosa,Bukit Sentosa

on 26 February 2013


Burger Terbaik Di Kawasan Bukit Sentosa, Rawang

Assalamualaikum..

Keenakan sebiji burger di nilai dari isi daging/ayam yang mantap, sayur-sayuran yang segar dan di tambah dengan penggunaan sos yang sememang nya terbaik.. Di kawasan Bukit Sentosa ini terdapat sebuah kedai yang unik, kerana kalau dapat di lihat stall mereka sangat berbeza dari yang lain, besar dan service yang sememangnya bertaraf 12bintang..

Burger+Terbaik

Dari sudut kekemasan, memang terbaik.. Belum pernah lagi aku melihat pekerja kedai burger smart macam ni, pujian harus di berikan kepada mereka.. Layanan terhadap pelanggan seolah kita sedang berurusan jual beli di McD, memang terbaik dari segi layanan pelanggan.. Tidak sibuk kerana mempunyai lebih daripada 5orang pekerja yang semangnya terlatih..

Burger+Terbaik+Bukit+Sentosa

Memang banyak menu yang special ada di SY Cahaya Sentosa Burger ini, yang lain-lain biasa tetap di jual dan sentiasa mendapat sambutan yang agak menggalakkan.. Kedai ini mula beroperasi beberapa tahun yang lepas dan sehingga kini banyak perubahan yang di buat untuk sentiasa menarik pelanggan kerana di kawasan Bukit Sentosa ini terdapat lebih dari 4 stall yang berbeza.. 

Burger+SY+Cahaya+Sentosa

Pada waktu malam pula kedai ini lebih ramai pelanggan, lokasinya yang strategik, stall burger yang semangnya tidak suram sepi, cahaya lampu neon gemerlipan sana sini.. Memang meriah stall burger ini.. Membuatkan orang sentiasa berkunjung kerana tertarik dengan suasana stall burger yang sememangnya meriah..

Resipi+Burger+Alaf+Baru

Menu yang menarik, selalu dapat sambutan dari masyarakat setempat.. Unik, bukan burger semestinya hanya ada roti, ada daging /ayam tetapi turut boleh di pelbagaikan dengan bermacam variasi burger itu sendiri.. 

DSC_0014
Norhisam, 19
" Pertama kali saya menjejakan kaki saya di Bukit Sentosa , SY Cahaya Burger lah tempat saya membeli burger kegemaran saya iaitu Burger Ayam. Sememangnya tidak mengecewakan, dan sentiasa menepati citarasa saya. Hampir setiap hari saya pasti akan membeli burger di kedai itu, kerana berdekatan sekali dengan kediaman saya."


SY+cahaya+Sentosa+Burger
Alamat SY Cahaya Sentosa Burger

Jalan Bunga Kertas 1A
(Berhadapan Salam Sentosa)
Bukit Sentosa,Rawang
48300, Selangor



p/s : Cuba sekali pasti nak lagi.





 
© Blog CCK All Rights Reserved