header-irwanalessatyme-

Percubaan Pertama..

on 12 January 2013



63271_181756768506288_165089873506311_675246_7407142_n

Agak-agak korang kenal ke tapak kaki ni?? Aku ?? Bukan lah, mustahil sampai hitam macam ni.. Apa lagi aku curi dekat Google la apa lagi, macam tak biasa pulak.. Ehh jangan takut, korang bukan salah link.. Tapi  ni la blog aku yang sekarang.. Asal kau tukar wan?? Jawapanya senang je.. Supaya mesra dengan SEO.. Apa tu SEO?? Korang nak aku terangkan aku tak pandai sangat..  Baru je hampir 2hari aku menela'ah@ mempelajari tentang SEO ni.. 

seo-consultant-specialist1

Apa itu SEO.

- SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya blog anda tersenarai di search engine seperti google, yahoo, bing dan lain².


Apa tujuan SEO.

-Tujuan utama SEO bagi seorang blogger yang menggunakan teknik SEO adalah untuk mendapatkan trafik dari search engine. Kemudian baru berkaitan dengan pagerank, eaning dan sebagainya. Tetapi tujuan utama adalah trafik dari search engine.


Perlu ke SEO pada blogging.

- Pada blogger yang pentingkan trafik untuk ke blog mereka, YA.
Dan paling kurang tahu basic² utama dalam SEO ini.
- Bagi blogger yang berblogging sekadar diari, mengisi masa lapang, atau berblogging sekadar ada blog, SEO tidak begitu penting.


Apa Yang Anda Rasa??

on 11 January 2013

salamyellow
Selamat pagi.. Waahh sempat lagi aku ni menaip entry.. Ada je nak cerita, alhamdulillah.. Apa yang aku dapat ni adalah pemberian daripada-Nya.. Syukur.. Alhamdulilah masih di berikan bermacam nikmat agar masih bisa bernafas.. Waduhh kok indun ya.. Hehe apa pun kita semuanya serumpun.. Tanpa mengira bangsa dan agama, pasti ada sensiviti yang tersendiri.. Tepuk dada tanya lah diri, siapakah kita di muka bumi ini, apa yang kita miliki merupakan pinjaman, entah siapa akan tahu bila kita akan kembali.. Tetapi yang pasti kita milik Allah S.W.T yang hakiki..

37076_10151622871893916_505200619_n

Respon anda bila tengok gambar ni.. Ni bukan #ResponAnda Bersama Ben Ashaari tau?? Sesaja nak tahu apa yang korang rasa bila tengok gambar ni.. Ada juga berpendapat gambar ni di Malaysia.. Sejauh mana kebenaran tu aku tak pasti.. Jangan nak fikirkan yang negetif saja.. Aku dok dengar ada yang cakap depa yang bagi makan saja nak ajak orang masuk Kristian,Ehhh?? Jangan fikir gitu.. 

Tengok dari sudut positifnya, tangan yang memberi tu bukan ke lebih mulia dari yang menerima kan?? Kita pun tak pasti betul ke mamat dua orang ni sengaja beri makanan siap bersuap lagi tu untuk menghasut fakir tu masuk agama diorang.. So, jangan lah terlalu cepat menilai dan membuat andaian jika sesuatu perkara itu masih belum lagi dapat di sahihkan.. Mungkin juga depa berdua ni merasa simpati melihat peminta sedekah ni..

Secara amnya, kita ni sebenarnya lali juga.. Khilaf, alpa.. Maaf, bukan hendak mejatuhkan maruah bangsa, tapi mari kita renungkan bersama.. Apa yang kita buat?? Jika kita melalui sebuah lorong dan ternampak fakir miskin serupa ini, ada yang lebih teruk lagi yang aku lihat.. Termasuk aku sendiri, mesti kita buat bodoh, ada la rasa kesian sikit.. Tapi tak cuba untuk membantu mereka.. Kan?? Aku tak pernah melihat perkara semua ini berlaku di depat mata.. Bukan tujuan aku buat entry ini untuk membesarkan cerita, tapi untuk sebagai renungan bersama..

Maaf kalau sepanjang entry ini ada mengguris perasaan semua orang.. Kalau semua orang ada sensiviti serupa ini, alangkah bagusnya..



Teman Pengganti ..

on 10 January 2013

salamyellow

Waachha! Petang ni sedap mengeliat ni.. Bangun dari kerusi malas, terus mengadap lappy.. Haha padahal lagi tadi mengadap lappy tak sudah.. Memandang kan kerja tak banyak.. Semua service report telah di siapkan, so boleh la memanjang mengadap lappy dan tulis entry serta blogwalking.. Rasa bersalah pula dah ada kawan yang request.. Hehe nak di ikutkan memang la susah nak berhenti, tapi ni merupakan tips awal untuk kearah mengurangkan nya.. Apa tuh??


capture-20130110-182056



Hehe maaf ena, wan printscreen pulak.. Hehe nak bagi kredit ke?? Ahaks! Gurau je ok?? Ohhhh ena nak guide tunang dia, bagus-bagus.. Amalan yang baik.. Sebab nak cerita memang dah tahu merokok ni sememangnya membahaya kan kesihatan.. Tambah lak kandungan dalam rokok tu kalau benda sihat takpe.. hehe.. Lain la ada ayam ke ikan ke??? Gamaknya ada ke orang nak smoking kalau ada perisa ikan / ayam tuh?? hahaha.. Ok aku share tips awal untuk kurang/ berhenti rokok ok??

  • Nak berhenti rokok ni perlu dengan kesedaran diri sendiri.. Maaf ena, tapi ini kenyataan.. Sebab hakikatnya bila terpaksa, semua yang kita buat tak akan menjadi.. So lebih baik jika kita nak kan sesuatu itu, kita mesti sungguh-sungguh kan?? Sebab tu aku rasa ini langkah yang pertama..
  • Ini dari sudut psikologi, kita senaraikan seberapa banyak kebaikan bila kita tak merokok, so dengan cara tu kita akan timbul perasaan insaf, dan ada anjakan paradigma untuk berubah.. Sebab tiada yang ubah kita , melainkan diri sendiri..
  • Cuba terus berhenti secara mendadak dalam beberapa jam.. Contonya : Kalau dalam sejam tu hisap 3 batang, cuba kurangkan dari hari ke hari, lepas tu cuba pula tak hisap rokok selama beberapa jam.. Tapi kalau tak boleh tahan jangan di paksa ok? Sebab kita akan stress bila kita macam tu.. 
  • Sekurangnya kita letak target la untuk kita berhenti.. So dengan cara tu, maybe kita akan sentiasa ingat bahawa kita kena capai target itu sendiri.. 
  • Jangan dekati kotak rokok, lighter @ bekas habuk tu.. Sebab yelah, iman kita mudah goyah.. Dan cuba dekati si perokok yang lain, sebab bau juga merupakan faktor.. Tapi kalau iman kuat, tak goyah.. Kalau orang hulur rokok pun kita dah tak nak hisap, u aweome bro! hahaha..
  • Seperti yang ena buat sekarang ni, bagus.. Teruskan beri sokongan moral untuk en.tunang.. Mana tahu dia akan lebih kuat berusaha, kan ayah ena tak suka.. Hehe..
  • Makan gula-gula sebagai ganti bila kita agak rasa untuk menghisap rokok, dan ubah gaya kehidupan dengan aktiviti yang lebih berfaedah.. Nak tahu time bila sedap hisap rokok?? Ni nak share bagi yang tak tahu, jawapanya lepas makan.. Cuba la tukar aktiviti lain, contohnya main PS ke, Dota ke.. Ahaks! Pon sodap juga lopeh makan..

Hehe dah kongsi serba sedikit tips yang aku guna kan.. So harap yang lain yang ada niat nak berhenti tu boleh lah cuba ok?? Selamat mencuba!


berhenti_merokok.thumbnail





Please Wait?? Huh!

salamyellow

Waaa, baru datang idea nak taip hape dalam blog aku ni.. Naik kematu aku fikirkan, yess akhirnya aklu ada benda nak di muat naik dalam blog aku ni.. Ecece tak boleh blah kan bahasa aku.. Walau apa pun aku bangga aku Melayu.. Ehh tak masal! Tetiba je.. 

loading-gif-animation

Ehh jangan takut, bukan loading apa pun.. Hehe sorry terpaksa memberatkan loading blog dengan benda yang berpusing tu.. hahaha nak tunggu?? Bosan kan suatu penantian.. Namun apa yang kita perlu buat hanya bersabar, tapi sampai bila boleh bersabar?? Err tak pasti.. Kekadang boleh tercabar kesabaran kita.. Aku serius bosan menunggu.. Haha aku ni bukan jenis penyabar sangat.. Kadang boleh tension juga di buatnya..

Situasi 1 :

Terpaksa menunggu giliran untuk cash deposit bank in.. Memang la bosan terpaksa beratur lama.. Kena pulak yang depan kita ni budak yang bank in?? Lol! Budak kecik tahu guna ATM tu.. ?? haha aku jadah pun tak tahu masa umur macam dia.. So apa aku buat, aku ada habit yang pelik.. Suka buat muka pelik dekat tempat awam.. Mula la memek muka berubah.. Sebab nak hilangkan bosan.. Kalau tak pun aku akan tengok video Maharaja Lawak Mega untuk aku ketawa kuat-kuat.. Haha..

Situasi 2 :

Terpaksa menunggu buah hati untuk bersiap.. Hehe sep sikit kaum Adam yang pernah menunggu.. Hehe yang perempuan jangan marah tau.. Aku pernah tunggu 2 jam dekat luar rumah, awal nya hensem dah, sekali siap mula la rambut dah serabai.. Muka berpeluh dan minyak wangi pun dah hilang.. Bila tunggu lama macam tu pulak, aku lebih suka gigit jari.. Hehe apa lah perangai aku kan..

Situasi 3 :

Tengah date, si dia ajak tengok wayang.. Semua cerita bosan.. Nak tengok cerita best tak leh sebab petang sangat sebab aku biasa akan keluar pagi dan akan pulang sebelum 6petang.. Bukan jenis aku nak bawa anak dara orang sampai malam.. So terpaksa la tengok, bila tengok cerita tak best mula la mengantuk.. Atas sebab taknak buat si dia kecewa atau terasa hati aku akan berpura-pura seronok tengok wayang tu, kekadang sampai ter over acting pun ada.. Yela, cerita tak kelakar sangat tapi kelakar.. Haha peduli pe, aku pun bukan tengok free.. 


Cerita yang aku taip ni hanya yang berlaku pada diri aku sendiri.. So jangan di ikut benda yang buruk yang ada pada aku ni.. Cuma sebahagian dari cara aku untuk hilangkan rasa bosan kerana menunggu :)


Tidak Ku Sangka !

salamyellow
Cakk! Ada sesiapa yang tak tidur lagi ke?? Hehe sep sikit.. Hmm tidur kedai malam ni di sebabkan ada berlakunya kecurian beberapa hari lepas, jadi burung hantu lagi la aku gamaknya.. Adehh! Memang sakit la mata dok melayan lappy dalam gelap, dah la rabun.. Bermata 4 dah muda-muda ni.. Esok dah tua lagi la kabur ye dak?? Haha ni kes dulu tak makan Carrot la ni.. Eee dulu tak suka sayur sangat, sekarang ni semua sayur.. Dah jadi baru nak jaga.. Ahaks! Amalkan jus kerana baik untuk kesihatan..

benarkah-jus-sayur-lebih-baik-dari-sayuran-utuh

Tapi bukan pasal sayur ni aku nak kongsi.. Tak ku sangka lah sebenarnya kawan baru aku ni popular.. Haha nama pun blogger lama kan.. Bukan apa, saja je buat entry ni untuk dia.. Hehe siapa tak kenal dengan blogger yang kacak lagi menawan, jelita?? Ahaks! Pon boleh.. Boni Kacak! Kenapa mesti dia?? Hehe sebab dia sempoi beb wa cakap lu.. Ada je entry dia buat aku akan terjah.. Dan setiap kali terjah mesti aku akan ketawa, dan ada juga benda yang baik aku pelajari.. Boni ni rajin komen di setiap blog, mesti dia ada dalam komen.. Rajin blogwalking Boni ni.. Ni contoh blogger otai yang kita patut contohi bersama..

Wahhh boleh dah jadi artis abg Boni kita ni, sebab suara nya memang sedap.. Pehh memang cair lah kalau dengar.. Err napa tak masuk AF ke, Vokal ,or Mentor ke.. Mesti Boni dah retisss gila sekarang ni.. Wahh boleh dah fight Hanis Zalikha pastu pulak jangan lupa kitaorang tau! Haha.. Jom layan Boni menyanyi dulu..



Pastu bila aku godek-godek dalam facebook page tu, aku ternampak entry yang bukan dari blog dia.. Dengan rasa gatal tangan, aku pun klik link tu.. Wahh terkezzuttt mak.. Hehe taknak cakap banyak, korang cuma tekan SINI untuk tahu apa yang aku nak sampaikan.. Peace yaww! Hehe baru petang tadi lagi la si Boni ni tak berhenti buat semua pecah perut.. Memang aku terkejut juga tajuk entry nya..  Video Cute Bawal Shawl Tutorial by Boni Kacak.. Aku pun tergamam, rasa takut pulak nak tekan link tu.. Padahal dah tahu yang sememangnya lah Boni yang buat entry tu, takkan orang lain kot.. Hehe apa pun nice tutorial.. Video yang sungguh kelakar.. Dah la suara sedap, pandai berjenaka pulak tu.. Haha ape pun jom layan tutorial ni.. Video Cute Bawal Shawl Tutorial by Boni Kacak..

Apa pun terbaik dari Boni Kacak.. Pehh nak je aku like youtube tu banyak-banyak.. Masa tengok tu serius memang tergelak gila.. Maaf kalau Boni tak suka, sebab aku nak buat kau terkejut je.. Hehe jangan marah.. Apa pun memang sempoii dan terbaik..

3312836_1296404946







 
© Blog CCK All Rights Reserved