header-irwanalessatyme-

Traffic Oh Traffic!

on 6 December 2012

salamyellow
Haiii.. Entry kedua ni santai je terus dapat.. Memandangkan semua kerja dah siap, cuma yang belum siap persiapan aku nak pergi kem je nanti.. Nanti malam lah aku siapkan.. Cuma aku lebih terbiasa buat kerja last minute.. Nanti mula lah merepek meraban, barang tertinggal lah, itu ini lah.. Hahaha dah habit dari dulu, nak kemana-mana, kene orang bising dulu baru lah nak mengemas itu ini.. Ada pun aku perlu kikis apa yang tak perlu tu.. Sikap macam tu perlu aku buang sikit-sikit.. Haa kene la berdikari, hidup membujang ni macam ni..

Ok lah, bukan itu yang aku nak fokus kan dalam entry aku ni.. Saja je nak berkongsi pendapat dengan korang.. Betul kan?? Bila kita ping entry kita traffic blog kita akan bertambah.. Ping tu kita linkkan entry kita,tak kisah la twitter, facebook, gilaping or busuk.org.. Tapi yang aku nak kongsi kali ni apa yang dah berubah dalam blog aku setelah aku ping kan entry aku ke dalam gilaping.com.. Memang nampak ketara sangat perubahan dari segi viewers blog kita.. Tak caya korang boleh tengok gambar di bawah ni memang aku printscreen dari blog aku sendiri.. 

capture-20121206-164237

Entry yang tadi aku buat tu bawah sekali.. Tak sampai sejam ping viewers bagi entry tu naik mendadak.. Terima kasih sangat-sangat.. Hasil daripada geledah Mr.Google minggu lepas.. Alhamdulillah nampak hasilnya.. Memang ketara sangat.. Ada yang seawal jam 8pagi ada yang view blog aku walaupun hanya seorang.. Hehehe bagusnya macam tu.. Tiap kali entry aku buat aku akan ping kan entry aku, dekat twitter dan gilaping.com.. Tips yang berguna aku dapat, dan aku olah :

  • Jangan tiru/copycat entry orang.. Pastikan entry tu milik kamu sendiri..
  • Tajuk entry juga memain kan peranan..
  • Kekalkan jumlah pengomen untuk setiap entry kamu..
  • Buat entry yang menarik walaupun isu yang kamu tulis tu sudah lapuk..
Nasihat ni aku sendiri akan guna pakai dalam sepanjang aku berbogger ni.. Terima kasih juga buat semua, tanpa anda siapalah saya :)






Lain Tempat, Berlainan Cara

salamyellow
Haii, baru entry pertama dalam hari ni.. Masih bekerja, dan sempat luangkan masa untuk blog.. Memandangkan 3hari takde ni.. So, maybe hari ni banyak entry akan ku coret dalam blog aku nih.. Selama ni banyak entry yang nak sangat di taip, masalahnya cuma masa je.. Memang banyak sangat idea time nak tulis.. Kekadang dari pandangan kita saja boleh di jadikan bahan cerita, tak perlu sangat entry yang berunsurkan 18sx tu untuk menarik perhatian pembaca.. Maaf kalau pernyataan aku tadi mengguris hati korang.. Itu cuma pendapat aku, terpulang pada korang bagaimana cara korang menilai apa yang di nyatakan aku tadi..

Tak payah rasanya aku nak pergi ke luar negara, untuk melancong.. Sebab kat Malaysia ni macam-macam ada.. Tempat peranginan, tempat beriadah yang canggih.. Macam Astro macam-macam adaaaa!!  hahaha :D .. Adapun kita sangat bertuah sebab contohnya kita teringin sangat nak ke Bali, nak mandi tepi pantai kan, senang je.. Paling tak kita boleh g PD, duduk sebelah orang indon, comfirm la terasa sangat macam kita ni di Bali.. Pernah juga aku melawak macam tu dengan kawan aku, ko ni sengal la.. Ehhh dia cakap macam tu pula.. Betul la kan, sebab kat Malaysia ni bersepah sangat bangsa asing.. Yang masuk secara halal takpe, yang haram ni?? Ape kejadahnya.. Kalau lah kita naik bus, hujung minggu ( Bagi yang suka naik kenderaan awam macam aku ni la ) , pasti la sama ada dalam bus, LRT mahupun komuter penuh la dengan mat bangla, mat indon kan?? Hehe extra bau badan lagi.. Hahaha penah kawan aku cakap, makk aiii tak mandi ke pagi tadi?? Hehe mat bangla tu tenung je mata kawan aku.. Berani la usik, nak kena pe?? 

Yang mana bekerja tu elok-elok lah bekerja, jangan datang sini nak tunjuk pailang pula.. Nak samun, nak rompak, nak pecah rumah ke.. Jangan buat kat negara kitaorang.. Malam bola hari tu, memang senyap lah diorang, ada aku perasan yang bawa bendera Malaysia, dah kalah dia letak kat jalan, aku pun ambil, " dalam hati memberontak juga, wahh kau kalau lah aku dapat tahu la nasib kau kan".. Tersentuh beb.. Nak tengok bola free bukan tak boleh, dah kalah jangan frust sampai meja pun kau nak terbalikkan.. Ni aku dapat info dari kawan aku.. Tak percayala kalau tengok bola untuk semangat kesukanan saja, tak payah pergi tengok negara orang, negara sendiri pun dah cukup.. Mula psiko, last2 naik hangin.. Mula lah bergaduh sesama sendiri.. Malu dek pelancong asing.. Ketawa di gelakkan kita..Tak payah tengok kejohanan yang berprestij sangat, cukup dengan liga tempatan.. Macam ni bila nak maju?? 

Ok lah jumpa di lain entry ok??



Segment : King Follow Back by Amercorner

on 5 December 2012

salamyellow

Salam buat semua, sebelum meninggalkan blog aku ni, nak juga rasa join segmen yang di buat khas oleh saudara amercorner.. Jom join sama segmen ni.. Segmen ni baik untuk menambah kenalan kita dalam blog.. Secara tak lansung dengan kita BW peserta lain dan follow , mereka pasti akan follow kita balik sebab kita dah follow dia.. Dan secara tak lansung juga ,traffic blog kita akan meningkat kan?

Ok tanpa membuang masa, King Follow Back : amat sesuai sangat.. Pengalaman join segmen memang la sikit, tapi sepanjang aku berblogger ni aku paling rajin nak BW peserta dan sangat rajin untuk tekan button follow tak kisah la dalam blogskin ke, google friendconnect ke.. Tapi tak perasan pula lah kalau tak di follow balik.. Itu terserah kepada anda :) Niat join segmen tu nak jalinkan ukhwah sesama blogger kan??

Nak join senang je, just ikot je syarat yang di berikan.. Boleh klik banner ala-ala Maharaja ni :)

royal_logo_wallpaper_by_flink_design-d4v3xp6

Terlebih dahulu nak minta maaf if lambat BW peserta lain di sebab kan bermula hari Jumaat ni sampai la Ahad ni aku ada kem, so malam ni sampai esok aku akan BW peserta dulu, kalau yang belum akan di terjah blognya pada hari Isnin :D  

Alamak lupa nak upload follower la masa join sini, maaf amer :) dah printscreen.. Tapi laptop pakai deepfreeze bila shutdown/restart dia akan hilang.. Aku pun pandai sangat save dekat desktop tu.. 353-7= 346 orang masa join ni.. Sorry again..

Dah follow sponsor2 hadiah :)

capture-20121206-203621

capture-20121206-203838

Dah juga follow twitter pemilik segmen :)

capture-20121206-205838


Jom terjah dan join!! hehehe ;D


Saya Suka ! Tapi...

salamyellow


Salam buat semua.. Hari ni gembira sangat .. Yahooo!! heep2 hooraaayyy!! eh kenapa ngan aku ni?? Dah kena sampuk ke apa?? Haha belum g camping lagi dah meroyan macam ni.. Elok juga dapat lah pengecualian daripada pergi kem tu kan?? Hehe mula la merepek meraban, senget! hehehe :D

Ok, hari ni entry santai, tajuk main serkup je dalam kepala.. Eleh perasan pula aku ni, padahal dari tadi dok memikir apa yang aku nak celotehkan dalam blog aku sebelum aku g jauh nanti dalam 3hari.. Huhuhuhu tapi terubat bila suka sangat dengan perubahan yang berlaku.. Kali ni, yang edit full templete ni JiaKreatifelt.. Thanks, so entry ni khas untuk dia ! saya suka ini.. Hehehe ;D

Banyak dah berubah sepanjang 5bulan ni, ada usaha sendiri.. Setakat ni baru header dengan blog.. Bukan taknak edit sendiri, tapi tkde masa sangat.. So korang tentu perasan sebelum ni aku pakai blogskin kan?? Ni dah templete balik.. So ape pendapat korang??

capture-20121206-175516

capture-20121206-181101


Aku nak kongsi dengan apa yang berlaku yang sebenarnya dalam akaun nuffnang aku.. Dah tukar templete,then aku pergi kat nuffnang balik.. Log in macam biasa.. Lepas tu kita akan nampak macam ni kan??   

capture-20121206-194207

Then aku tekan la dekat Blog Manager .. Macam biasalah, kita nak letak ads kan?? Macam tu juga la yang aku buat.. Pelik bin ajaib, lepas aku tekan Manage My Blog dia tetap keluar page macam yang kat atas ni.. Wahhhh betul-betul menguji kesabaran ni.. Somebody help me! huhu tak tahu apa nak buat lagi.. Puas cari tutorial nak repair accout nuffnang, then terfikir pula nak delate dulu.. Tup-tup account ni bukan macam account biasa.. Payah juga nak delate balik.. Berulang-ulang kali.. Sedih, nak letak iklan ape lagi.. Bila sebut pasal blogger, mesti ada kaitan dengan nuffnang dsb.. Sebab benda tu boleh buat duit.. Ni nak letak pun dah tak boleh.. 

Siapa yang tahu boleh la tolong ehhh??





Bye Blog :(

on 4 December 2012

assalamualaikum-pink


Sayang blog ni, baru je 5bulan aku bersama, macam-macam aku dapat sepanjang aku bersama.. Huhuhuh dan mungkin aku terpaksa meninggalkan mu tanpa sebarang entry, sebarang bw dan join pelbagai segmen dan GA.. maafkan aku.. Dan aku juga telah mengupgrade mu dari blogspot ke .com.. Maafkan aku sayang :)

Macam mana aku nak elak dari meninggalkan kau?? Aku boleh bawa kesemua peralatan untuk kamu, tapi nak access tetap tak boleh?? Ehh apa ni?? Drama petang-petang ke?? Hahha.. Tak lah sesaje je nak bagi gempak sikit.. Dah la hari ni takde sebarang bw, join segmen atau pun entry.. Maaf kawan2, bukan sengaja.. Tapi hendak buat persiapan terakhir sebelum hari jumaat ni.. Ada apa dengan hari Jumaat ini??

Sebelum ni aku dah promote kat sini tenteng Kem Jati Diri tu kan?? Masa yang di nantikan telah tiba.. Kat sana mana ada line, sia2 je bawa laptop bagai.. Nak call pun susah.. Lagi kan nak berintenet.. Ahhh lupakan jelah.. Kali pertama aku joinkan diri dalam kem yang di anjurkan oleh Smarts Coach dengan usahasama Smarts Computers dan Ahadan Coach.. Kem akan di adakan di Laman Bestari, Ulu Yam.. Mengambil masa 3hari.. So hari jumaat ni aku pergi sana tanpa bawa blog aku ni.. Tinggal je kat Bukit Beruntung ni.. 

Sedih juga tinggal lama, tinggal semuanya.. Tapi i will back !! 
 
© Blog CCK All Rights Reserved