header-irwanalessatyme-

Pertama Kali??

on 24 November 2012




assalamualaikum-pink

Selamat kepada semua.. Hmm kurang sihat lagi selepas bermain hujan.. Aisemen dah tak kuat anti-bodi aku sekarang ni.. Kalau dulu aku jarang sangat kena demam, sekarang ni pulak dah rajin.. Boleh di kata kan aku dah bergantung kepada ubat-ubat yang aku ambil di klinik atau farmasi.. Teruk sangat dah ni kalau sampai ke tahap macam tu..

Apa pun yang terjadi takkan membataskan aku untuk menaip entry baru ni.. Pertama kali?? Apa yang pertama kali tu?? Ni haa aku nak share, aku baru je rembat blogskin dari blogskin.com.. Banyak lah yang cantik kat situ.. Aku suka yang simple, sementara aku mencari templete blog baru ataupun nak edit blog ni, boleh la pakai ni dulu.. Sorry banyak widget yang tak boleh pakai dalam blogskin ni.. Lagipun yang paling jelas aku ni masih lagi dalam peringkat newbie dalam berblogging ni..

So aku amik keputusan untuk pakai blogskin dulu.. Aku pun masih merujuk kepada tutorial yang ada untuk mengemaskini blogskin ni.. Masih terdapat yang kurang tapi esok la, sebab dah terlalu lewat dah ni.. Esok kerja mula la menguap sana sini sebab mengantuk la, apa la.. Tak reti nak cuti sebab bosan nanti tak tahu nak buat apa di rumah.. Lagipun taknak didik diri dengan penyakit M.. So sementara masih kuat dan masih muda ni aku kena kerja kuat sedikit.. Yela, nak beli itu ini bukan boleh cakap je terus dapat.. Kena juga lebih $$$$ untuk memiliki sesuatu yang kita nak..

Mata pun berat dah ni.. Bye jumpa di lain entry :)

Wassalam..

Jom BW sambil Follow sampai Lebam

on 23 November 2012

assalamualaikum-pink


Sedang mengelamun tadi sambil minum teh o panas, ternampak ada segmen yang di anjurkan oleh SM.. 1st segmen hari ni yang aku join.. Nak join tak kawan-kawan?? Just klik je banner yang comel molek ni :)

anigif

Suka tengok header empunya segmen tu.. Hehehe :) Memang kreatif.. So apa lagi join dan BW serta follow peserta lain juga.. Moh ghamai2 join segmen, naik kan traffic blog dan tambah follower.. Disamping membina ukhwah sesama blogger..


Kehadiran Dirinya Menyempurnakan Hariku

assalamualaikum-pink

Walaupun dalam keadaan kurang sihat, urusan seharian kena di teruskan.. Kerja, beribadah, dan lain lagi kesemuanya bagai lumrah suatu kehidupan yang mesti di tempuh.. Dalam keadaan sakit kepala, teramat ni masih menaip entry.. Hehee aku memang degil.. Puas kene marah dengan si dia.. Demam pun bukan nak rehat, keje je.. Alaaa kerja dapat duit, tak kerja mana dapat kan??

Dia, orang yang aku sayang.. Kehadiran dirinya betul-betul menyempurnakan aku.. Alangkah beruntungnya aku, masih ada yang boleh menerima aku kurang apa adanya.. Sanggup berubah untuk memikat keluarga aku.. Terdetik di hati, "ni ke yang aku tunggu selama ni"?? Persoalan itu hampir terungkai dengan sendirinya..

you-made-me-complete

Terima kasih awak.. Semakin lama saya mengenali awak semakin dekat yang saya rasa.. Dengan ikhlas saya buka hati untuk menerima awak dalam hidup saya.. Apa yang saya mahukan awak faham saya.. Tolong jaga hati saya dan jangan pulangkan hati saya dalam keadaan remuk.. Insyaallah, sekiranya ada jodoh diantara kita, termakbulah apa yang kita sama-sama inginkan.. 

My feelings for you didn't fade from the start, not even now. 



Terima kasih juga telah memberi saya masa, hingga kini awak menanti.. Kesetiaan awak terbalas, penantian awak pun terbela.. Demi allah saya sayang kan awak.. Saya sayang dan cintakan awak kerana agama yang awak ada.. Saya tolak tepi bulat-bulat apa yang orang nak kata, janji saya tahu yang awak juga ikhlas untuk menemani saya suatu hari nanti.. Kita rapatkan persaudaraan yang selama ni terjalin, mungkin ada berjauhan, tapi jadikan lah perkenalan kita ini sebagai tanda, sebagai titik permulaan bagi kita sendiri..

Percayalah, saya sendiri pun tak pernah menduga kita akan jadi begini.. Seakan tak percaya, tapi ni lah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. 




Dah Jadi Trend Ke Ni???

on 22 November 2012

assalamualaikum-pink

Dah menjadi kemestian, masuk kerja terus buka blog.. Tapi dari tadi masih belum berkesempatan untuk menulis entry mahupun joinkan diri dalam pelbagai segmen, ni baru curi tulang, sebab takde barang kene repair.. hehehehe.. Sorry yang mana tag tu bukan taknak join, tapi faktor masa menjadi sebab.. Insyaallah ada kelapangan nanti aku akan join mana yang dah tag tu.. Alhamdullilah, ramai dah kawan blogger.. Agak2 bapa ramai blogger yang ada kat Malaysia ni?? Yang masih aktif berblogger?? Kan bagus ada program kita himpunkan kesemua blogger di Malaysia nih.. Comfirm gempak habis..


Bukan pasal blogger yang aku nak utarakan dalam entry ni, pasal blogger memang la jadi trend.. Makin ramai blogger yang kat Malaysia ni.. Cuba je tengok follower blogger yang femes seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, follower diorg hampir 55K.. Tu belum tengok blog2 lain.. Tentu yang newbie macam aku ni terkejut beruk follower banyak macam tu.. OMG, 1st time tengok blog mempunyai ramai follower.. Ok lah panjang sangat dah intro aku nih.. Terus je pada subjek yang aku nak kongsi.. Maybe isu ni tak lah terlampau memeranjatkan sangat, saja je nak berkongsi buah fikiran dan idea.. Disamping tu dapat juga bertukar pendapat..

ohtidaktudungcukupsyara
Ekhsan dari Google









Tengok gambar di atas, saja je pilih gambar tak de muka.. Taknak lah mengaibkan sesetengah pihak, sebelum tu nak minta maaf kalau ada terasa sepanjang penulisan aku ni.. Ni di namakan trend "tudung hanya cukup syarat" .. Memang terbaik lah.. Seluar ketat, baju dedah lengan, tudung yang membaluti tu hanya di kepala, tapi hujung nya ada terkeluar banyak helaian rambut.. Tengok apa pesan UAI :)

a2


Nampok?? Haaa jangan yang pakai tu hanya takut dengan family, atau di sekolah ataupun malu dengan kawan-kawan.. Pernah juga aku menasihati seorang hamba Allah ni untuk pakai tudung, dia jawab " belum sampai seru lagi".. Tersenyum aku sekejap.. Tak cukup ilmu di dada jangan tegur orang, pernah juga aku di herdik macam tu sekali.. 

420382_257647670970988_100001772701628_596960_973960584_n

pakai+tudung


Maaf kalau ada perkataan kesat sepanjang entry ini :)









Hidup Umpama Roda

on 21 November 2012

assalamualaikum-pink

Selamat kepada semua pembaca.. Alhamdulillah hari ni masih di berikan nikmat untuk kita, paling besar sekali kita di berikan nikmat untuk bernafas dan masih dapat buat kerja dan mencari nafkah di samping juga terus beribadah kepada Allah s.w.t.. Hidup sememangnya di umpama kan sebagai roda, roda yang masih berpusing sebagai tanda urusan kita seharian.. Ada kalanya kita berada diatas, ada kalanya kita berada di bawah..

Apabila kita berada di atas, amat jarang sekali kita mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan kedudukan kita, ada saja yang cuba menjatuhkan sesama sendiri ataupun diri sendiri yang khilaf tidak berupaya menjaganya.. Pabila jatuh, baru lah kita sedar macam mana kita berusaha mendapatkan apa yang kita pernah dapatkan tu..

Seumpamanya, sekarang.. Islam di sering di tindas dan sememngnya tuhan menjanjikan islam akan bangkit dan menewaskan musuh.. Amat sedih sekali apa yang terjadi pada saudara islam kita di Gaza, Filipina dan lain-lain lagi.. Mereka di tindas, berperang dengan tanpa sebab dan alasan.. Berbunuh-bunuh, anak-anak kecil tidak berdosa menjadi mangsa.. Nasib mereka tidak terbela, siapa lagi bukan kita.. Apa yang kita termampu, mendoakan dan menghulurkan sedikit bantuan dari bermacam segi.. Alangkah baiknya jika negara kita turut menghantar sebahagian dari pada teknologi ketenteraan yang kita miliki dan bantu mereka yang di dalam kesusahan.. Memang musuh amat kuat, tapi bila kita bersatu pasti boleh... 


capture-20121122-163236

Petikan dari pada laman sosial twitter @UAI.. Jelas menyampaikan apa yan sepatutnya di lakukan.. Apa lagi yang kita miliki, untuk membantu umat Islam di Gaza.. Allahuakbar!! Semoga penderitaan mereka akan terbela dan Yahudi Laknatullah di hapuskan.. Apa kita lihat, mereka hidup sengsara.. Kita bersuka ria, tetapi di sana?? Kita renung kembali bersama...

 
© Blog CCK All Rights Reserved