header-irwanalessatyme-

Pesta Buku Antarabangsa 2013

on 30 April 2013

Assalamualaikum..

Baru-baru ni dapat juga berkesempatan untuk pergi ke Pesta Buku untuk julung-julung kalinya.. Kenapa?? Sebab terus terang aku memang sangat sukar untuk membeli koleksi buku baru, dan juga faktor masa yang semakin menekan.. Namun atas saranan dari blogger ini, aku pun terus mengatakan YA untuk pergi..

Pesta+Buku+Antarabangsa+2013

Pada 26April yang lalu aku pun dapat pergi, untuk mengelakkan kesesakan yang sangat membosankan, pergi menaiki motosikal.. Berbekalkan jiwa yang kental dan semangat merempit yang jitu, aku pun selamat sampai ke sana dengan selamat.. Woww memang sangat sesak, bayangkan lah hari pertama.. Terhimpit-himpit sesak, tercabar juga naluriku yang hensem ni.. 

Pesta+Buku+Antarabangsa+2013

Sebenarnya aku tidak lah berdua sahaja dengan blogger ini, tetapi juga berjimba-jimba di PWTC dengan Penyamun Inc, siapa yang tak kenal diorang?? Meh sini aku sekeh.. Hahaha.. Wooooo aku dah la peminat diorang.. Lama dah sebenarnya simpan hasrat, walaupun tak semua ada, tapi lepak dengan korang semua memang suatu pengalaman yang best.. Haaaa sebab aku kena usik la aku tak sempat nak ambil gambar.. 

Tetapi apa yang buat aku terkejut, Malik memang sibuk mencari Shark la.. Sampai kat PWTC Shark kena kejar.. Ish diorang ni tak habis-jabis nak gaduh.. Ada juga wartawan yang kurang bertauliah di sana.. Apa pun layan..


Pengalaman Di Hotel Seri Costa Melaka

Assalamualaikum..


Berada di Hotel Seri Costa Melaka adalah sesuatu memori yang tak mungkin akan dapat aku lupakan.. Buat pertama kalinya aku di berikan peluang seumpama ini tidak mungkin aku akan lepaskan, sebenarnya aku di pelawa oleh Bro Framestone untuk ke Hotel Seri Costa Melaka itu, pada mulanya agak berat, tetapi memandangkan memang hari cuti so aku pun pergi..


Seri+Costa+Melaka+Hotel

Melaka, kotaraya yang gah dahulu ketikanya dengan tempat perdagangan antarabangsa yang sangat termasyhur sekali.. Tetapi kini, Melaka turut menjadi tumpuan pengunjung tidak mengira dari dalam negara mahupun pelancong dari negara asing.. Hotel Seri Costa Melaka, adalah tempat yang strategik untuk anda, tidak kira bujang atau pun sudah berkeluarga, ini adalah tempat penginapan yang paling strategik untuk anda.


Tempat+menarik+berhampiran+Hotel+Seri+Costa


Berdekatan dengan Sungai Melaka, pastinya anda sendiri akan merasai kehebatan dan keunikan Hotel Seri Costa ini, di mana memang sangat berdekatan dengan Menara Taming Sari yang sering di jadikan tempat utama pengunjung yang ingin menikmati panorama yang indah Kota Melaka dari ketinggian 80 Meter dari aras laut.. Tentunya lebih indah jika menikmati panorama Kota Melaka pada waktu malam.. Tidak juga di lupakan River Cruise yang juga sangat berdekatan dengan Hotel Seri Costa ini. Pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk merasa sendiri bagaimana keindahan menyusuri Kota Melaka yang sangat indah di waktu malam.. Jonker Walk juga tidak di lupakan, di mana terdapatnya barangan yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan di samping mempunyai keunikan yang mana-mana negeri lain tidak mempunyainya iaitu masyarakat Baba Dan Nyonya.



Seri+Costa+Hotel

Ini adalah sebahagian bilik yang di sediakan oleh Hotel Seri Costa, memang cukup selesa.. Bagi yang ingin menikmati pelbagai pakej yang menarik, Hotel Seri Costa juga menyediakan pakej terutamanya pasangan yang hendak honeymoon, pakej family mahupun pakej persendirian/ koprat.. 

Pakej+Hotel+Seri+Costa
Sumber : http://www.feldatravel.com.my
Pengalaman kami menginap di sana memang la tidak lama, tapi jika di beri pilihan destinasi hotel yang mewah dan budget boleh di katakan mampu, kami akan memilih Hotel Seri Costa ini lagi.. Medan menjamu selera yang santai, dan servis yang di berikan cukup membuatkan kami terpesona.. 
Hotel+Seri+Costa+Melaka

Hotel Seri Costa, pastinya akan menggamit memori anda dan semestinya anda akan berpuas hati kerana berkunjung di sini.. Kami juga, sepanjang berada di sana amat berpuas hati dengan servis yang di berikan..

Hotel+Seri+Costa+Melaka


Cuti Sudah habis

Assalamualaikum..

chayok-chayok
Sumber : Facebook.com


Lama betul rasanya meninggalkan dunia blogging ini.. Tanpa blogwalking dan tanpa entry.. Kekangan kerja yang semakin bertambah dan bebanan itu semakin berat.. Bak kata orang dulu " Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul".. Semakin menduga iman, di tambah pula masalah internet yang sungguh memilukan.. Sadis apa yang berlaku pada diri aku ni.. 

Entry berlambak, hanya pending tanpa di publish.. Kesemuanya memerlukan masa untuk di edit semula dan perlu di isi dengan beberapa gambar agar ianya bertambah menarik dan selesa di baca oleh segenap lapisan masyarakat.. Amat cemburu sekali, acapkali melihat teman-teman ping entry terbaik mereka di facebook,twitter or media sosial yang lain.. Tetapi aku hanya mampu melihat, dan ada juga berangan blog aku ni hampir pupus ke??

Oh tidak, semua itu tidak harus berlaku kepada aku.. Aku mesti bangun dari lena.. Cuti sudah habis bro! itu yang menjadi kata semangat untuk aku terus bangun di dalam arena blogger ini.. Hari ni aku cuba up beberapa entry..  Chayok2!

Wordpress Semakin Hampir

on 24 April 2013

blogger-o-wordpress-21

Kemalangan Ngeri Di Federel Highway

on 22 April 2013


Assalamualaikum..

Kemalangan-ngeri-di-Federal-Highway
ikhsan gambar :http://www.melvister.com

Ngeri | Kemalangan Ngeri Di Faderel Highway.. Bila tengok berita macam ini tentu akan geleng kepala selepas mengetahui atau menonton video yang di post kan di media sosial..

Ini adalah dari pendapat diri sendiri, terkadang tak guna pasang AES, buat ops sikap, ops bermacam-macam lagi ni.. Semua tu membuang masa dan membuang duit.. Sikap pemandu itu perlu di ubah dari diri sendiri.. Bukan tidak sokong kerajaan dengan ops dan AES yang telah di pasang, itu juga langkah sampingan..

Benar kata orang dulu, "malang itu sungguh tidak berbau" kita takkan dapat elak.. Ini semua sudah kehendak yang Esa.. Ya Rabb, lindungi lah kami, matikan kami dalam keadaan iman dan islam..

 
© Blog CCK All Rights Reserved