header-irwanalessatyme-

Segmen Khas : Islam Itu Indah

on 24 January 2013

Assalamualaikum..

"Rasulullah, dalam mengenangmu.. Kami susuri lembaran silammu, pahit getir perjuanganmu, membawa cahaya kebenaran.."

Mukaddimah permulaan entry aku di di mulakan dengan bait-bait lirik yang telah di popularkan oleh Kumpulan Hijjaz.. Setiap kali tiba hari Maulidur Rasul, tak kira lah peringkat apa pun pasti kita akan dengar lagu ni.. Tapi wajarkah kita hanya mengingati Rasulullah ketika memperingati hari kelahirannya?? Tepuk dada tanya iman, tanya diri tanya hati.. Tatkala teringat sejarah akan kisah Baginda semasa hidup, hati ini luluh lagi..

Disini aku nak join segmen yang di tag oleh sahabat iaitu Cik Lyeen kita ni.. Terus terang aku cakap, aku pun kene refresh balik, terasa malu.. Tapi di kesempatan ini aku pun juga belajar semula.. Thanks Apit, blogger yang amat aku segani.. Beberapa entry ada memberi nasihat, kekadang sampai buat aku mengelamun jauh.. Thanks Bro sebab anjurkan segmen macam ni..

Segmen+Khas+Maulidur+Rasul

S : Senaraikan Rukun Islam :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan solat 5 Waktu.
  3. Menunaikan Zakat.
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan Haji bagi mereka yang mampu.

S : Senaraikan Rukun Iman :
  1. Beriman dengan Allah S.W.T.
  2. Beriman kepada para Malaikat.
  3. Beriman kepada Rasul.
  4. Beriman kepada kitab.
  5. Beriman kepada hari Akhirat.
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar.


S : Bilakah Al-Quran di turun kan?

Pada 17 Ramadahan 13 Tahun sebelum Hijrah.


S : Berapakah Ayat dalam Al-Quran?

6236 ayat.

S : Berapakah Surah dalam Al-Quran ?

114 Surah.

S : Surah apakah yang paling teragung dalam Al-Quran ?

Surah Yasin, juga di kenali sebagai hati al-quran


Disini aku ingin memohon maaf, kalau ada yang tersilap.. Tegur-tegur lah sesama kita.. Wan nak tag semua wan yang beragama islam :)



Kalau Takda Benda Ni??

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua, hamboi awal bebenor aku menaip entry.. Tak mengantuk lagi la, lagi pun hari ni kedai cuti so boleh la lakukan aktiviti malam.. Hehe lama dah tinggal benda tu, alhamdulillah masih lagi tak lupa.. Sebenarnya dari selepas publish entry yang sebelum ni dah dapat idea entry ini, namun baru ni ada kesempatan nak menaip dalam sini.. Kalau takda benda apa?? Apa yang aku maksudkan dalam entry ni??

Kalau takde benda ni mesti susah kan?? Bayangkan je lah, takkan nak buat manual kot, kalau dalam 10 site takpe lagi, kalau 90 lebih, mau naik kematu jari even copy paste je.. Haha ringan kan jari takpe, tapi tak lenguh ke weh?? Hehe..

send
Ikhsan Google.com
Benda ni kalau takde, huh mengeluh juga.. Hehehe tapi bila dah ada jadi pemalas la pulak yela kan.. Bila ada button ni kerja yang di buat berulang kali tu jadi sekali je.. Boleh percaya ke kata aku ni??

capture-20130124-045708

Cayo la cakap den.. Betul tak?? Hehe ini baru 25 Group, kalau 90?? Melopong ekau berputih mato.. Hehe memang boleh jejak sejam juga kalau takde benda alah ni, kerja yang mudah ada kenapa mesti pilih jalan yang sukar?? Kalau nak juga terserah.. Tapi kalau tak pasang widget ni blog ringan sikit load dia kalau nak tahu.. Takpelah buat masa ini aku masih lagi berpuas hati.. Jika kawan ada yang tak berkenan just info je tau.. Boleh terima sebarang kutukan :)..

ZZZzzzz....ZZZzzzz!! Adeh terlolap pulak mato den.. Hehe jumpa lain entry ok??


Maulidur Rasul : 12 Rabiul'awal 1434H

Assalamualaikum..

Entry awal pagi hari ini.. Masih tak dapat tidur, muhasabah diri terus ambil peluang ni tambahkan pahala.. Alhamdulillah hari ini adalah hari memperingati kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W.. Berbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W..


Sholawat-Nabi-Muhammad-SAW


Pesan Nabi Muhammad S.A.W kepada umat akhir zaman :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"- Sumber di petik daripada http://www.e-ulama.org/Hadis/Default.asp?mode=0&ID=55




Perhatian ! Perhatian !

on 23 January 2013

Assalamualaikum..

Hari ini tak terlalu banyak kerja sangat so aku dapat luangkan masa aku dengan blog amat lah panjang.. Ubah sini, ubah sana.. Hurmm ni la hasilnya.. Aku berpuas hati, macam mana korang semua?? Ok kan?? Wahh tak henti kawan bagi support.. Terima kasih kawan :) Ini lah di namakan sahabat seperti yang di nyanyikan oleh Najwa Latiff tu.. Tetapi banyak perbezaan antara kawan dan sahabat.. Bagi aku sahabat paling bermakna cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.. Terima kasih ..

Perhatian ! Perhatian ! hehe takde apa lah sangat cuma nak bagi tahu yang navigation (page) atas header aku ni ada la fungsi nya juga.. Faham tak?? Aiyooo aku nak cakap sangat pun aku tak reti menda ni apa.. Hahaha.. Meh tengok gambaq sat noh..

capture-20130123-224658

Yang Home, Contact tu.. Ada kegunaanya juga pada aku dan korang, kalau rajin tekan la page tu ye.. Jangan risau bukan link says la.. Hehe nampak sangat takut.. Tapi dah jadi trend orang tinggalkan link dekat shoutbox pakai url says.. Takpe la, berbakti juga pada orang.. Tolong orang buat duit, dapat juga menambah pahala kan..


Ok, bagi navigation Contact tu, boleh la korang hubungi aku melalui cara tu, nombor telefon or whatsapps sorry masih personal lagi.. hehehe.. Yang Ping Site tu memudah kanaku dan korang untuk ping kan segala entry korang di dalam page tu.. Dalam page tu ada aku kumpulkan seberapa yang aku dah kumpul.. Tak kisah lah group blogger atau pun other site yang menyediakan khidmat untuk kita ping enty.. Contoh, kartikel, pingJe.. Yang lain korang boleh la terjah.. Yang  Facebook tu aku sediakan khidmat buat korang untuk direct ke fan page aku.. Yang Timbang Blog tu pula aku sediakan buat sesiapa sahaja yang nak timbang berat blog anda.. Free je pun tak kena bayar pun..



Perjalanan Aku Masih Jauh..

Assalamualaikum..

jalan+jauh+1

Kalau korang perasan hari ni aku dah ubah templete lagi.. Malam tadi start dalam pukul 12am sampai 4am.. Bermain code blog bukan sesuatu yang mudah.. Templete ni nampak beza dari templete asal aku.. Yang di mana sebelum ni aku pakai Thesis Ver 1, dan kali ni aku pakai Ver 2 pulak.. Sama tak dengan Boni Kacak?? Hehehe.. Namun perjalanan ku masih jauh untuk sebaris dengan mereka yang terlebih dahulu dari aku.. Namun tiada apa yang boleh mematahkan semangat aku untuk terus berblogger.. Kerna aku ada kamu semua..

Puas juga bersengkang mata, namun aku puas akhirnya kini.. Setapak demi setapak aku melangkah sedikit pun aku tak pernah rasa aku akan kehilangan kawan.. Rasa seolah di hargai tatkala blogger yang terkenal meletakkan aku sebagai bloglist mereka apatah lagi menjadi sebuah blog pilihan mingguan.. Oh Tuhan, aku tak pernah menyangka yang aku akan dapat penghargaan seperti itu.. Banyak yang perlu aku buat untuk menjadi seperti mereka, untuk sebaris dengan mereka.. Namun aku taknak keseorangan.. Terima kasih kawan,kawan kerana tak putus memberikan kata semangat, dorongan.. Allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua.. Dari hari ke hari aku semakin bersemangat, dan terus pandang ke hadapan.. Aku takkan sesekali berpaling, kerana ini yang aku mahukan dan aku takkan sesekali takut dengan bayang aku sendiri..




 
© Blog CCK All Rights Reserved