header-irwanalessatyme-

Aku Menyusahkan Korang Ke??

on 22 January 2013

Assalamualaikum..

Aku rasa macam ada yang tak kene semenjak dua menjak tiga menjak ni.. Rasa something yang tak pernah la aku rasakan sebelum ni.. Haihh sampai makan pun tak lalu, mandi tak basah, tidoq tak lena.. Angau ke? Tak lah.. Aku rasa macam ada yang tak kena dalam hidup aku.. Bila aku rasa macam ni mula lah aku fikir yang bukan-bukan.. Ish! hade ke patut macam tu.. Aku ada susah kan korang ke??

Hehe intro entry, kebiasaannya aku mulakan dengan pemanis mulut.. Yang biasanya auta dari apa yang aku nak sharing dalam setiap entry aku..

capture-20130122-194509

Ok tak macam ni?? Tak berat sangat kan?? Kalau berat cakap, aku nak kan feedback dari korang juga.. Tak aci la kan aku je kutuk korang.. Hehe bukan nak downkan semangat korang, tapi nak bangkit kan sama.. Kalau ok kasi satu kepala turun bawah satu kali.. Nampok! dah lama tak tulis entry dalam keadaan sengal macam ni.. Haa tapi ni la diri aku yang sebenar, bukan pandai sangat untuk buat entry yang formal.. Tetapi aku akan cuba yang terbaik, hope korang terima aku dengan apa adanya..

Terima kasih pada 'mamat' ini kerana telah buat tutorial yang sangat membantu aku dalam proses meringankan blog aku.. Kalau rajin boleh la terjah link ini.. Sedikit sebanyak berjaya juga aku turunkan berat blog aku sebanyak 30% dari yang asal.. Setiap bulan aku letakkan target, di mana aku nak kan 10K pageviews dengan purata  2.5K/week.. Alhamdulillah, tanpa korang aku takkan boleh capai macam tu..

Sempena hari ini yang aku anggap bermakna sangat sebab hari ini aku menulis dalam entry yang ke -200.. Tahniah kepada aku.. Entah apa yang aku bebelkan sebelum ini aku pun tak berapa ingat.. Terima kasih ini aku tujukan pada semua yang tak jemu-jemu nak menjenguh blog yang tak seberapa nih.. Yang rajin komen, beri pendapat, jutaan terima kasih buat semua..




Jadi Seorang Blogger Bukan Mudah..

Assalamualaikum..

Blogger
Ikhsan Google

Lama rasanya tak taip entry, hari ni dengan semalam tetiba je ada mood untuk aku me'review blog sahabat aku.. Tahniah kepada 8 orang blogger tersebut.. Semoga kawan-kawan blog aku ni terus sucess.. Yang penting buat blogger yang seangkatan dengan aku ni, terus tak patah semangat untuk berblogger.. Kerana kita insan yang terpilih, bukan semua orang ada kemahiran untuk berblogger..

Sememangnya untuk menjadi seorang blogger memang bukan sesuatu yang boleh kita anggap enteng.. Bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah, dan segala kemahiran, segala keupayaan kita untuk menjadi blogger itu bukan semua orang memilikinya.. Oleh itu, tak salah kiranya untuk kita berbangga apa yang kita miliki, tapi awas! jangan melebih bangga pulak tau.. Biar sederhana, tak pernah lupa di saat kita memulakan blog dulu kita pasang niat untuk menjadi salah seorang dari mereka yang telah berjaya dalam Blogger ini..

Ingat senang ke nak jadi blogger?? Yup.. Bermula langkah pertama kita buat blog, entry pertama kita.. Kita imbas kembali bagaimana kita memulakan langkah sebagai seorang blogger.. Dengan takde pageview, takde follower.. Namun sedikit sebanyak kita berjaya mengorak langkah, tambahkan design dengan tutorial-tutorial yang sememangnya telah ada.. Cuba sahaja cari di google, sangat bersepah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. Tahniah kepada kita semua!

Professional-Blogger
Ikhsan Google

Susah juga untuk mencari buah fikiran untuk sesebuah entry.. Susah woo, bagi pengalaman aku sendiri pernah aku memanjat atas pagar untuk mendapatkan satu entry tu, haha frust doh tak tahu apa yang nak di taip, tapi falasafah aku telah meyakinkan aku untuk menulis.. Terbitlah entry yang ternyata lebih terkesan di hati readers semua iaitu takde lain entry yang lahir dari hati yang ikhlas..

ikhlas-inside-pentium-3
Ikhsan Google

Bila berblogger kita mesti :

  • Jangan malu untuk bersoal..
  • Jangan malu untuk berinteraksi sesama blogger..

Kerana mereka yang terlebih dahulu dari kita telah melepasi ujian yang kita sedang lalui bersama ini.. Yakin lah! Kamu tidak keseorangan.. Aku sedang cuba untuk membantu sahabat-sahabat semua.. Ya aku nak kita semua jangan patah semangat.. Mereka yang terdahulu daripada kita ni pun sebenarnya bermula dari bawah.. Tapi mereka sedia memberikan pertolongan kepada kita.. Tak pernah rugi jika kita bertanya pada blogger yang lebih otai ni, mereka pasti akan beri pendapat dan tips yang berguna.. Aku pun cuba untuk menjadi seperti mana mereka dan yang pastinya aku bukannya keseorangan sebab aku yakin kamu semua ada sama sebaris dengan ku!


Review Blog ! : 5 Blogger Terpantas !

Assalamualaikum..

Sorry lambat sikit nak mulakan review, ada kerja sedikit tadi.. Ni alhamdulillah, dengan lafaz bismillah aku nak mulakan review blogger yang bertuah di sebabkan kepantasan nya mengkomen dalam blog aku yang tak seberapa ini.. Jutaan terima kasih, kepada 5 orang blogger ini.. Mereka antara yang terpantas, walhal cuma review blog je.. Dan aku akan bagi komen pro dan sebaliknya.. Maaf jika ada tersinggung perasaan, cuma
pada aku.. Kita perlukan anjakan paradigma untuk berubah.. Dan paling aku inginkan kita sama-sama naik.. Kita berblogger ni tanpa rasa jemu, sentiasa bersemangat.. Dan paling penting kita yakin dan rajin..

Blogger pertama yang bertuah :

aini
http://www.ainizakaria.my
  • Kalau tak silap Aini ni pernah buat segmen.. Wan masuk segmen tu, memang bertambah followers wan lepas join segmen Aini..
  • Blog kemas gila, serius tengah jelesssssss ni.. Hehe :D Simple but nice.. Header ala-ala pasangan romantis , serius comel.. Dan paling suka tentang blog ni adalah tagline empunya blog ini " Jatuh itu sakit, tapi bangun itu perlu ".. Cukp dengan kiasan dan makna yang tersirat..
  • Blog yang sangat tersusun dari segi kekemasan, reka letak, dan susunan pada sidebar..
  • Blogger ini juga rajin membuat tutorial dan freebies.. Kekadang dulu wan sebelum tukar templete SEO ni wan selalu rujuk bila wan nak ubah coding blog..
  • " Hikmah di sebalik ujian" tajuk blog Aini.. Cukup mendalam..  Dan wan harap segala dugaan di tempuhi dengan sabar..
  • Jom terjah blogger Aini Zakaria..

Blogger kedua yang bertuah : 

capture-20130122-153059
http://www.ieta.my

  • Blogger ini terpilih kerana telah menjadi orang kedua yang komen dalam entry sebelum ni.. Blog sweet pinky gitu.. Susunan kemas cuma perlu header kalau di tukar pun bertambah kemas..
  • Saya suka dengan tagline blog akak " Blogku dunia penulisanku,menulis untuk kepuasan diri,dan berkongsi pendapat dan cerita" menarik kan kata-kata di atas..
  • Blogger yang rajin menjoinkan diri dengan pelbagai contest, segmen.. Itu satu contoh sikap yang patut kita contohi bersama..
  • Font, jenis font kemas dan reka letak dalam blog juga kemas.. Seprti yang saya cakap kan tadi, jika header akak ditukar, tentu lebih kemas.. Akak boleh je cari blogger lain untuk buatkan header, di samping tu dapat juga membantu menjana pendapatan diorang..
  • Yang penting jangan patah semangat untuk berubah - wan komen untuk entry akak " Saya tak hebat".. Semua blogger yang dah retiss2 ni bermula macam kita.. Wan juga baru 6bulan berblogger, wan nak kita sama-sama naik.. :)
  • Jom terjah blog Ieta ..


Blogger yang ketiga bertuah : 

capture-20130122-155032
http://vaneelea.blogspot.com

  • Kalau tak silap semalam Vee pun ada try untuk dapat review dari Wan kan?? Cuma nasib tak menyebelahi Vee je.. Hehe apa pun Vee terpilih hari ni, tahniah ye..
  • Blogger dari Sarawak ni, baru sahaja wan kenal melalui segmen Apit.. Blogger ini memilih mengunakan simple templete tapi kemas..
  • Susun atur dalam blog Vee ni pada pandangan Wan masih lagi boleh di perbaikki.. Mungkin hit percuma dari @ Gua Blog itu lebih elok di letakkan di bahagian footer blog.. 
  • Font, dan jenis font juga sesuai..
  • Blogger baru ni, bagus teruskan usaha yep! Rajin lagi Vee join segmen dan cari tutorial untuk perbaikki blog Vee.. Terima kasih sebab join segmen Wan ni.. 
  • Jom terjah  Vee Lea..

Blogger keempat yang terpilih :

ee
http://supermonitor99.blogspot.com/
  • Blogger ini semalam pun mencuba untuk Wan review blog.. Tapi cuma agak lewat sedikit semalam.. Dan hari ni adik bertuah ye.. Tahniah!
  • Blog adik ni ok, guna blog skin memang nampak kemas.. Tapi adik kena juga letak widget follower juga.. Sebab Wan pernah terkena sebab Wan juga pengguna blogskin dalam seminggu juga la.. Adik cari tutorial ye untuk tambahkan widget tu.. Sebab agak sukar juga untuk bermain coding blogskin walaupun code nya simple dan mudah tapi berhati-hati..
  • Blogskin ni memang dah kemas, cantik dan adik cuma mencorakkan lagi je.. Semoga cepat sembuh ye, sian demam tak larat pergi sekolah :D
  • Jom terjah blogger Farhan Irfan..

Blogger terakhir yang berjaya menempatkan diri dalam segmen ini :

capture-20130122-161752
http://neenaamanee.blogspot.com/
  • Tahniah Nina, anda orang yang terakhir yang berjaya komen dalam entry Wan tadi.. 
  • Blog Nina ni cantik, kemas.. Wan sangat tertarik dengan background blog Nina, cantik gila.. Hehehe..
  • Susun atur, reka letak blog Nina ni sangat kemas, errr ni simple templete kan?? Macam denim pun ada.. 
  • Blog Nina serius tak berat, kalah blog wan ni.. Apa rahsianya?? Hehe kongsi lah buat tutorial.. Wan pun sambil belajar..
  • Font, jenis font yang Nina pakai sesuai, header Wan tengok cantik tapi kurang paham apa ayat dalam header tu.. Mata Wan ni dah 4 tapi still rabun lagi tak tahu silap tang mana..
  • Background post Nina pun cantik.. Serupa macam blog wan dulu.. 
  • Keseluruhan blog ni memang kemas..
  • Jom terjah Blogger Nina..

********************************************************************************************************


Tamat sudah untuk review blog hari ini.. Ada blogger tadi request suruh buat 10 blogger yang kena review.. Insyaallah kalau ada kesempatan masa nanti boleh la.. Segala teguran wan jangan amik hati, kalau ada terkasar bahasa dalam entry ini wan hulurkan sepuluh jari memohon maaf.. <---- amik mood hari raya tahun lepas :D

p/s : Maaf lambat sebab internet macam siput tadi dan ada kerja..

Segmen : 5 Blogger Terpantas!

Assalamualaikum..

Semalam aku dah meng"review" 3 orang blogger yang jari jemarinya yang agak pantas untuk mengkomen di dalam entry aku semalam yang bertajuk Segmen 3 Blogger terpantas.. Hari ni sekali lagi aku nak ambil peluang nak buat segmen ni lagi bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kita.. Hari ni aku mencari 5 orang blogger terpantas komen dan like fan page fb aku..  *Akan di check.. cepat-cepat.. hehehe..

Cuma komen di bawah entry ini dan like fan page aku di sidebar itu blog anda semua akan di review.. Senang kan?? Tak perlu entry bagai.. Cepat-cepat ye??

berlari-cepat





Review Blog! Segmen 3 Blogger Terpantas!

on 21 January 2013

Assalamualaikum..

Seperti yang aku buat entry sebelum ini, aku nak buat simple segmen yang teramat-amat lah simple.. Wahh memang cepat lah tangan korang, bagus.. Aku suka kan macam ni.. Segmen ni tersangat simple, takde syarat.. Tak payah buat entry.. Bagi yang dah follow blog aku ni tentu tahu dengan pantas.. Ok tanpa membuang masa lagi jom kita tengok siapa yang bertuah untuk hari ini..

capture-20130121-191616
http://cyanxkamo.blogspot.com/
Tips dan info berguna untuk anda :
  • Blog cute, cuma kalau boleh kurangkan widget-widget yang kurang di pakai.. Cuba gunakan templete yang ringkas tapi menarik..
  • Contoh washed denim or blogskin.. Kalau mahir dengan coding blog boleh la edit sendiri.. Gunakan font yang sesuai.. Saiz font, jenis font amat membantu anda.
  • Cuba guna kan templete yang mengandungi 2 kolum, ternyata akan lebih kemas.
  • Blogger ini sangat rajin untuk join segmen @ GA yang di anjurkan oleh blogger lain, sesuatu yang bagus untuk contohi..
  • Ringan, cepat dan pantas..
  • Wan dah follow blog ini, mungkin juga melalui segmen..
  • Tahniah anda terpilih dan anda terpantas untuk komen dalam entry saya! ;D

S
http://sayaaishah92.blogspot.com/
Tips dan info berguna untuk anda :
  • Blogger meminati atau menggemari warna purple.. Canti purple dia, cuma background kalau tukar warna lain tentu lebih kemas..
  • Dari segi font, jenis font.. Sesuai dengan blog,dan tidak terlalu halus.. Mudah di baca..
  • Cuba pakai 2 kolum , gunakan tabbed code untuk pasang 3 jenis code yang berlainan eg. bloglist, blog archieve,follower..
  • Blog yang ringan dan mudah untuk masuk ke dalam blog ni.. Header comel kan?? Hehe..
  • Wan follow blog ni, alangkah terkejutnya sebelah tu blogger retiisss iaitu Zyra Roxx.. Gulp!
  • Tahniah anda terpilih atas ketangkasan anda komen dalam entry segmen pantas ini :D

capture-20130121-194453
http://fakhruru.blogspot.com/
Tips dan info yang berguna untuk anda :
  • Akhirnya ada juga blogger wakil dari kaum Adam.. Blog ni kemas dan memiliki 2 kolum.. Memang nampak kekemasan blog ni.. 
  • Header blog ni nampak kiut miut.. Kekemasan blog ni di tambah pula dengan penggunaan font, jenis font yang amat sesuai..
  • Background blog memang gitu ke kepala aku yang dah mereng?? Hehe apa pun nice bro.. Blog kemas, laju dan tak berat..
  • Cuba kurang kan di dalam sidebar tu, tabbed code salah satu cara untuk jimatkan ruang sidebar.. 1post 1 page akan menambahkan seri di dalam blog anda.. Cubalah !
  • Aku dah follow blog ni, mungkin dalam segmen yang lepas..


**********************************************************************************************************

Tahniah kepada 3 orang blogger di atas kerana telah di review oleh aku.. Dengan kepantasan yang di miliki oleh mereka ni, melayak kan diri mereka di review.. Segala teguran yang aku berikan harap korang takkan terasa hati, aku nak korang akan ambil positiv.. Kerana aku nak kita semua sama-sama naik.. Jangan mudah putus asa.. Mereka semua yang dah berjaya dalam dunia blogger ni bermula dari bawah juga.. Seperti kita pada permulaannya..

Cari pelbagai tips yang berguna, dan ada blogger sudah mencapai kejayaan tahap maksima walaupun mereka sendiri tidak pernah menyangka..

p/s : Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..


 
© Blog CCK All Rights Reserved