header-irwanalessatyme-

Jangan Buang Yang Lama..

on 9 January 2013

salamyellow

Haii selamat pagi.. Sempat lagi type entry, memandangkan meja aku belum lagi bersepah dengan komponen-komponen komputer, baik aku buka lappy aku.. Layan blog.. Tengah best-best blogwalking, minum air teh o, sambil baca paper.. Ahaks! santai tu.. Bukan santai bersama Ben Ashaari tau.. Ops! Hehehe.. Semua benda yang lama, takde yang lama.. So takde la yang baru kan?? Pelbagai revolusi yang telah berlaku, aku percaya ianya sudah menjadi keperluan dan di jadikan sebagai gadjet bagi penggemarnya.. Apa tu?? 


baterai+handphone+lama

Sekarang ni semua dah pakai touchscreen bagai.. Adeh! sensetif screen nya.. Baru semalam aku tercall kawan aku sendiri, abih kredit den.. Bulan semakin malap nih, baru je 9hb.. Haha lambat lagi nak gaji, kang hari-hari jamah biskut kering lah gamaknya aku ni.. so terpaksa lah berjimat.. Ada keinginan macam-macam.. Hasil takde pasal cari pasal tu lah aku hilang separuh gaji aku beli handphone baru.. Hehe..

Ada yang dah isi ke rebat RM200 smartphone tu?? Aku dah isi ke?? Terhad tempat tu, 1.5 juta belia je.. Sorry lah tak isi lagi.. Walau pun henset aku bukan smartphone, cukup lah aku yang smart aje, ahaks! weeerrrrrkkk! geli la pulek.. Haha.. Apa pun tahniah la kepada korang yang dah isi, semoga dapat ye.. Kalau ada BB baru aku isi kot.. Yang lain jenama tu sorry to say bro, bukan tak minat or belagak.. Tapi biar lah rahsia..

Jangan buang telefon lama tu, sebab ada gunanya.. Tak caya ke?? 
  • Go Green - Kan boleh je kitar semula, bagi yang ada handphone lama yang dah berderai di sebabkan gaduh dengan pakwe/makwe tu, ahaks! so kan tak lah bersepah sana sini.. Buka laci je nampak telefon berderai, apa lah salahnya kumpul dan kitar semula..
  • USB - Kan handphone macam kat atas ni ada memory card, so boleh juga simpan data penting, seperti salinan ic, surat beranak, lesen dsb ( sebab aku pun guna cara ni juga) so secara tak lansung tak payah rajin sangat nak bazirkan duit dengan beli thumbrive @ external Hard Disk.. 
  • Sedekah - Bagi yang banyak sangat telefon lama tu jangan mimpi nak buat koleksi.. Kalau takde lagi 100 unit telefon lama tu baik tak payah buat rak koleksi.. Kan baik bagi orang tua kita pakai, boleh juga kita telefon sekali-sekala..
  • Simpan - Yelah, ada memory card kan?? Boleh juga di jadikan sebagai MP3 player.. Tak payah membazir beli Ipod atau mp3 player, gamaknya sama je kan function nya?? Ahaks! lu fikir la sendiri..
  • Trade in - Maksud aku jangan la telefon tu ala-ala retro sangat.. Hade ke nak tukar 3315 dengan Iphone 5.. Haha nak kena ke?? Hehehe.. So trade in mana yang sesuai, kalau banyak sangat cer bawak seguni telefon lama tu mana tahu boleh dapat Iphone 5 tu..

Haha jangan terasa hati eh apa yang aku taip ni, aku hanya olah balik dari apa yang aku baca dalam paper hari ni.. Kosmo : 33..



Pulak Dahhhh...

salamyellow
8113434-digital-program-code--illustration

Selamat pagi semua! Ahaks saja je nak bersengkang mata, sambil mengadap blog yang lama berhabuk ni.. Sibuk pulak dah cari tutorial nak kemaskan sidebar.. Rasa nak buat cute tab menu dekat sidebar.. Tapi bila try buat memang tak menjadi, rasanya aku belum mahir lagi untuk bermain dengan code ni.. Wahhh terasa bengong pulak.. Haha tapi akan aku usahakan, taknak lah selamanya ZERO kan?? Belajar apa yang kita tak tahu, merupakan cabang ilmu.. Chayok-chayok! 

Tapi bukan pasal code blog yang aku nak share kat hampa semua.. Saja je intro bagi pemanis mulut.. Hehe kawan aku cakap " Untung lah kau pandai memutar kata, jangan jadi senget macam kau dah la Wan.. Haha buat yang dah kenal dengan aku, memang aku ni " gila-gila" , tapi bukan gila.. Jangan pulak report Hospital Bahagia, tak payah masuk hospital tu pun aku rasa dah cukup bahagia dah.. Hehe..

20111020140404_11510

Ape ni?? Pen ke?? Haha bukan lah.. Ini lah rokok elektronik.. Wah kat sini aku dah tengok ramai sangat dah guna.. Apa eh rasanya?? Haha malas nak smoking balik, susah payah je aku berhenti membeli.. Kekadang ada juga aku curi-curi.. Tapi dah takde rasa apa dah.. Bahaya wooo smoking, aku kalau dapat undurkan masa ke waktu dulu, taknak la belajar.. Lepas form6 dulu baru start, kat sekolah terjal aku tak la merokok.. Tangkap budak merokok ada lah, sebab aku dulu kan pengawas.. Tapi pemalas! Hahaha..


rokok1



Dengar kata, kandungan perisa rokok elektronik ni selamat di gunakan.. Dan ada bermacam-macam perisa.. Ececeh dah macam shi-sha la pulekk.. Abg Ipar aku isap Red Bull, nasib baik wangi.. Kalau tak sila keluar dari kedai untuk smoking.. Walau dia bos aku.. Haha gila tak gila kan aku?? Meh skodeng apa yang terkandung dalam rokok dan perisanya..

e-cigarette_vaporizer-20100206-410

71665_158575477508275_100000674707249_334074_4995155_n

liquid

Haa amik kaww! Bersusun perisa yang ada.. Dengar kata boleh buat sendiri perisa ni.. Tetapi sejauh mana kepastian ni aku tak boleh buktikan lagi, hanya aku dengar dari mulut ke mulut je.. Kementerian Kesihatan pun telah meluluskan.. So tak boleh kata apa.. Bagi yang nak berhenti tu bagus , pada aku ni juga salah satu permulaan pada yang nak berhenti merokok..

Hidup+Sihat+Tanpa+Tembakau
Janganlah jangan cuba mencuba,
Hatta hisap walaupun sekali,
Jika hendak terpulanglah jua,
Tepuk dada tanyalah hati.



Bahana Laman Sosial..

on 8 January 2013

salamyellow

social-bookmark


Laman sosial hari ni boleh aku katakan memang seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. Memang la banyak.. Laman sosial di gunakan sebagai penghubung jalan untuk berinteraksi sesama kawan.. Memang banyak sangat yang aku boleh senaraikan apa yang aku tahu dan aku ada guna, facebook, twitter, blog, instagram, foursquare.. Just itu yang aku ada.. Lain-lain belum lagi terfikir untuk sign in.. Internet memang sentiasa berada di hujung jari, semua maklumat akan kita peroleh bila klik sekali.. Internet banyak yang kontra, banyak juga yang pro.. Semua itu terpulang kepada pengguna itu sendiri..

Banyak yang terjadi.. Benda ni seakan-akan tak pelik lagi dah.. Sebelum aku kenal semua ni, aku boleh la di kategorikan sebagai buta IT jugak la, tetapi aku belajar la.. Takkan la selamanya nak berada pada takuk yang sama.. Internet di gunakan sebagai wadiah pembelajaran, idea dan maklumat.. Tetapi ada juga sebagai tempat untuk menghina Islam dan institusi Raja.. Kenapa semua ni harus berlaku?? Memang pelik sangat..

Kerja gila ke?? Heboh la sangat.. Nak populariti dalam jangka masa yang singkat.. Tetapi mesti ke sampai lupa diri? Lupa agama?? Lupa bangsa?? Tepuk dada tanya diri, tanya iman.. Dekat mana kedudukan kita yang sebenar, kita ini hanya menumpang, kesenangan, kemewahan, rupa paras hanya pinjaman, bila kita di kembalikan pada asalnya.. Kita tiada apa-apa, hanya amalan yang kita bawa.. Jangan pula dah terhantuk baru nak terngadah.. Semua yang berlaku ini belum ada tanda perubahan.. Cuma itu yang aku nampak..






Dah Ada , Tapi..

salamyellow
Hyee selamat petang.. Baru siap urusan semua.. Baru dan duduk dan rehat.. Sambil menyelam dunia blogging ni, tercetus pula nak buat entry baru.. Di saat sakit gigi yang melanda aku sejak malam tadi.. Ini lah dugaan.. Kalau aku nak layan kan sangat sakit gigi ni memang tak lah aku buat kerja.. Meraung-raung dalam bilik je la.. Siksa juga, hehe tahan kan je lah.. Siapa suruh tak jaga gigi.. Hehe takde pengalaman nak tampal gigi, pernah kena cabut sekali je masa Darjah 1.. Ni pun rasa takut nak pergi jumpa doc.. Hahaha dah tua bangka pun takut kaa.. Aiiiyooo.. Tapi buka pasal gigi aku nak ceritakan..


toshiba-3d-laptop-satellite-a665-3dv
Haaa ini lah dia.. Tak survey lagi pun dekat Plaza Low Yart.. Aku yakin harga nya lebih 4K.. Di lengkapi dengan 16' screen resolusi HD, bukan Hutang Dulu tau.. Tapi High Definition.. Memang lah tersangat gempak, tambah pula dengan procesor i7 quad-core.. Memang tersangat lah pantas, Hard Disk boleh pakai 1TB dan NVDIA Graphic Card boleh sampai 2GB.. RAM pula boleh pakai 8GB DDR3 untuk satu slot.. Kalau dua slot dapat lah 16GB.. Pehhh meleleh air liur ni.. 

Bagi penggemar game yang beresolusi tinggi seperti Modern Warfare , Call Of Duty or DOTA, memang puas la untk korang layan gaming pakai laptop ni.. Tetapi pada aku la, aku lebih minat kalau nak layan gaming pakai desktop.. So selamat lah sikit.. Kalau ada desktop lama nak convert jadi procesor i3 pun boleh la untuk spec game.. Dalam 3K la, kalau beli baru pun dalam lingkungan harga macam tu juga..

Ceeehhh ada hati nak gantikan lappy lama aku ni.. Walaupun hanya AMD, tetapi banyak berjasa tau tak? Haha boleh la pakai untuk 3tahun lagi, ada budget lebih boleh la tukar.. Sibuk je nak kejar arus permodenan ni, bukan mampu sangat, tetapi cukup buat kita ambil tahu.. Padahal bukan kita dapat kejar pun.. Hehehe.. 


Review Blog : Pemenang Simple Segmen " Entry Terbaik 2012 "

salamyellow
Seminggu juga aku tinggalkan blog ni.. Al-kisah apa yang terjadi hampir kesemuanya aku dah tulis kat blog.. Sorry semua.. Bukan nak mengelak, cuma aku masih perlukan ketenangan.. Tu yang aku senyap je.. Blog aku tinggal sementara sementara aku masih di dalam mood 'jiwa kacau'..

capture-20130108-132908

  • Blog, susun atur blog memang tersangat lah kemas.. 
  • Entry yang selalu di utarakan oleh Innanie ni sangat baik..
  • Melihat kepada Entry Terbaik 2012, banyak menengahkan tentang bagaimana seorang pemuda yang telah terlibat dalam kancah gay kembali bertaubat..
  • Ternyata, entry tersebut membawa impak yang sangat besar.. 
  • Ada pun tahniah anda pemenang simple segmen saya..


capture-20130108-133356

  • Hehe review lagi untuk blog cikgu Lyeen ni..
  • Tahniah anda menang segmen saya..
  • Susun atur blog, kemas dan menarik..
  • Tema blog : Cupcakes & Blue
  • Entry banyak sangat yang menarik.. Korang terjah blog dia ok??

capture-20130108-134747

  • Blog bertemakan Blue & Pinky ni.. Sedap mata memandang..
  • Entry yang di utarakan juga kemas..
  • Susun atur blog pun kemas..
  • Anda menang segmen saya dengan entry yang sangat baik..
  • Tahniah, anda di review..

capture-20130108-135309

  • Blognya kemas.. Juga telah di edit orang yang sama..
  • Anda menang segmen saya dengan entry indahnya cinta selepas nikah..
  • Susun atur blog kemas..
  • Tahniah anda di review..


Maaf, tersangat simple review ni, sebab ada urusan pada waktu ni.. 









 
© Blog CCK All Rights Reserved