header-irwanalessatyme-

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

on 8 January 2013

salamyellow

Saya+Blogger+Dari


Cehh lama seh tak join segmen.. Tengah sedap blogwalking tadi ternampak pulak segmen dari blogger FizGrapic @ Apit.. Wahh bertambah semangat lah sebab Apit ni memang femes wa cakap lu.. Haha ape pun malas cakap banyak , just tekan je banner awesome atas ni, untuk join ok??


johorcoa

Aku blogger dari negeri Johor Darul Takzim.. Aku membesar selama 22tahun di daerah Muar.. Korang pernah sampai tak?? Haaa best tak.. Pada yang tak pernah pergi, boleh ikuti cerita aku ni pasal daerah Muar.. 

Bercakap pasal Muar, sememangnya gah dengan jolokan Bandar Diraja.. Siapa tidak menyangka.. Walaupun pemodenan belum giat di jalankan seperti bandar-bandar lain seperti Johor Bharu, Kluang dan sebagainya, aku tetap bangga.. Kalau orang Muar tak sebut Muar, tapi " Muo".. Hehe Jawa la katakan.. Masyarakatnya yang juga berbilang bangsa.. Dri segi makanan pula, siapa tak tahu tentang kewujudan Mee Bandung kan?? Bagi tengok gambar sikit..


mee-bandung-ada_cr_cr

Siapa yang tak merasa tersangat lah rugi.. Orang KL pun bila datang kedai makan mesti tercari-cari menu ni.. Tapi aku boleh gerenti tiada tempat boleh tandingi original resipi dari Muar.. Pehhh memang terangkat dan sehingga menjilat jari der..

131020081529

Haaa siapa yang tak tahu tempe.. Tak tahu?? Rugi nya.. Pada yang dah merasa tu, amcam?? Rasa kat negeri lain pun ada, makanan yang sihat berasaskan kacang soya sememangnya baik untuk kesihatan.. Malah keluarga aku juga sudah lama berkecimpung dalam bisnes tempe ni.. Alhamdulillah tiap hari ada saja permintaan.. 

Meh sini aku nak kongsi pulak pasal tempat yang pada aku cantik kat Muar ni.. Especially waktu senja, matahari terbenam.. Pehh ni aku curi google je.. Tak pasti la edit ke pe.. Haha aku bukannya mahir sangat tentang seni gambar ni..

6803020068_dd3b87d8e7
Jeti Nelayan

Mana yang sampai di Johor tu, singgah-singgah la ke Muar..  Pasti anda tak rugi.. Suasana kampung yang nyaman, serius tak rugi kalau singgah sehari dua.. Banyak lagi tempat menarik yang aku boleh share, tapi takut berat pula entry ni dengan gambar.. Ahaks!


Patah Seribu..

salamyellow
Selamat pagi.. Lama betul tinggal blog.. Kira nak dekat seminggu juga.. Dilanda pelbagai masalah, di samping tu di landa juga ke'busy'an tahap gila gaban.. Huhuhu tapi apa pun dah siap, alhamdulillah apa yang di rencana kan berjaya juga aku kecapi.. Berkat kesabaran aku selama ni membuahkan hasil, walaupun tak banyak, tapi boleh juga nak di banggakan.. 


Tajuk entry macam lagu Shila Hamzah la pulak, apa kena la dengan aku ni kan?? Tak tahu macam mana nak menggambarkan perasaan aku yang gundah-gulana ni.. Alahai sedih tak terkata, namun apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya.. Cukup aku kenalkan si dia ni A.. A ni merupakan sepupu kepada aku, agak jauh.. Tetapi tidak menyangka perkenalan terlampau singkat aku mula jatuh hati dengan si A ni.. Di awal perkenalan , kami mendapat restu dari keluarga kerana mereka ingat kami hanya sekadar kawan dan hanya ingin merapatkan jurang antara family kami yang selama ini agak jauh..

.com/

Bila kami membuat keputusan untuk membuat hubungan yang serius, terhalang oleh kedua keluarga.. Tetapi pada islam tidak melarang, air wudu' pun terbatal jika kami bersentuhan.. Aku seakan tak mengerti, apakah yang berlaku pada aku dan A.. Cukup menyiksakan apabila cinta kami berdua seakan terhalang, namun ada juga yang memberi feedback yang agak positif," mungkin parent kau takut korang bercerai berai dan semakin memburukkan hubungan tali persaudaraan.. Apa pu sabar je lah Wan.. " Jika ada jodoh tak kemana..


Ya, hanya aku boleh bersabar.. Istikharah memohon pada-Nya.. Mungkin aku hanya di uji dengan pelbagai masalah dan dugaan, tetapi aku juga  sedar.. Ianya akan mematangkan aku sendiri..



Tahniah ! Anda Bertuah :D

on 1 January 2013

salamyellow
Haiii ! Gembira nak bagitahu dah ada penang bagi Simple Segmen : Entry Terbaik 2012.. Dup-dap dari pagi tadi.. Menilai entry mana yang paling terbaik dan terkesan sekali di dalam benak hati ini.. Dalam entry itu juga, banyak menetengahkan isu yang bukanlah terlalu baru, namun jika masalah ini tidak di bendung tentu akan lebih serius kan?? Pemilihan entry ini di lakukan oleh aku dan beberapa kawan aku.. Dan aku sebagai Ketua Juri.. Ahaks!

Entry yang bertuah yang di pilih sebagai pemenang, mendapat rating 5/5 dari kesemua juri , pemenangnya adalaahhhh !! drummmmm ......

capture-20130101-192742
http://www.coklateyes.my/2012/12/entry-terbaik-2012-blog-coklateyes.html
Setiap entry dari pada Innanie Ariffin ni telah aku baca dan WOWWW! tersangat lah terkezut.. Sememangnya aku juga mempunyai seorang kawan yang hampir terjerumus dalam kancah gay ni.. Ish3x nauzubillah mintak-mintak lah di jauhi.. Allah S.W.T kan melarang cinta apalagi hubungan sesama jenis.. Setiap  isi cerita mempunyai makna dan nasihat.. Penulisan dia juga sangat bagus.. Mungkin seorang blogger yang sudah lama bertapak mungkin barangkali.. Rentetan ceritanya telah membawa sejuta maksud yang tersirat, betul kata pemilik blog.. Entry ini akan membawa impak yang sangat besar.. Tahniah Innanie Ariffin..

Entry seterunya yang juga mendapat undian rating 4.5/5, pemenang yang bertuah adalah :

capture-20130101-194048
http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html



Melihat pada header blog ni, tentu dah ramai yang tahu kan?? Kawan aku suka blog ni, dan-dan terus dia berminat nak suruh buatkan blog.. Kuikui.. Bakal cikgu ni.. Sahabat yang aku kenali menerusi segmen beliau iaitu 3Jam 3Kata :).. Dan masa itu aku juga telah terpilih.. Entry paling meletop yang ala-ala Ahli Parlimen tu.. Errrr takde ke dekat Youtube, nak tengok nih,. Hehehe minat perbahasan dan dulu pernah mewakili sekolah dalam perbahasan.. Haha bila di baca berulang kali tentang entry ala-ala sinetron tu memang boleh gelak kuat-kuat.. Memang tak bosan lah..  Tahniah Cikgu Lyeen..

Entry setrusnya yang medapat rating sebanyak 4/5.. Pemenang yang bertuah adalah :

capture-20130101-195312
http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html

Entry ini di pilih disebabkan entry yang sangat menggamit perasaan, adakalanya mungkin tidak tercapai akal kita untuk berfikir, namun Tuhan lebih berkuasa dan haiwan juga mempunyai keinginan dan kemahuan seperti manusia.. Ya allah.. Memang terasa di hati tatkala membaca entry ini teringat pula Tom kat rumah.. Ececeh aku pun ada kucing kesayangan.. Tapi tak banyak macam kawan Akma iaitu Asyikin.. Wahh banyak la kucing tu.. Minta boleh? Hehe apa pun tahniah.. Entry anda berjaya menarik perhatian kami semua..

Pemenang seterusnya yang mendapat rating 4/5, pemenang yang bertuah adalah :

capture-20130101-201611
http://www.aisyahhumaira.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html

Entry yang di utarakan oleh Niera ni adalah indahnya bercinta selepas berkahwin.. Memang best la entry ni.. Baca ulang kali macam teringin sangat nak merasa macam tu.. Tapi Jodoh, pertemuan di tangan Tuhan.. Manusia hanya mampu merencana, tetapi Tuhan saja yang menentukan.. 


So tahniah kepada semua pemenang.. Yang lain tu terima kasih sebab join segmen ni ok?? Kesemuanya memang menjadi kenangan yang abadi sepanjang masa.. Untuk tuntut topup:

Hubungi di facebook : https://www.facebook.com/irwan8912
                 email : shahirwan20@gmail.com


p/s : Berikan sekali line apa yang korang pakai ok? Maxis? Digi? Celcom etc.. Review blog akan bermula esok hari dan di masukkan ke dalam my bloglist serta-merta..  Terima kasih tidak terhingga bagi semua peserta, memang sukar untuk memilih siapa antara yang terbaik.. ;D

thank_you_comment_graphic_01.gif












Selamat Tinggal Nokia ku..

salamyellow

Salam kepada semua.. Hai macam mana hari ni?? Yang mana sibuk balik ke asrama, atau pergi ke sekolah tu selamat kembali ke sekolah.. Kalau selama ini boleh blogwalking, join segmen or GA tu kena lah kurang kan eh?? Bukan apa, blog-blog juga.. Tapi jangan lupa pelajaran.. Kalau layan Cool Blog takpe.. Haha sedang menikmati cool blog Mild Tea + pearl ouuucchh ! my fav sangat.. Bertambah best bila minum ada pulak gambar Heliza.. Wahh hahaha gatal! Itu yang keluar dari mulut gf aku.. Hahaha baru tahu ke?? Hehe tapi laahhh takkan la Heliza tu nak kat aku, jauh panggang dari api.. Ahaks!

bgPic1

Selamat tinggal Nokia kesayangan ku.. Seperti mana yang pernah aku cerita kan sebelum ni, handphone aku telah di rembat oleh manusia yang bernama pencuri.. Hahaha halal je lah kau amik handphone tu.. Tapi bersyukur juga kau amik, kalau tak aku takkan merasa pakai handphone baru ni..

440x330-img_6536
Sony Xperia Miro

Taknak cakap banyak, boleh tengok lah spec yang ada pada Sony Xperia Miro ni.. Aku dah printscreen kan.. Baru kejap je beli.. Maih kekok pakai handphone gedabak besar ni.. Haha macam mana la nak pakai tablet ni.. Haha belum-belum dah kekok..

capture-20130101-145339


Tapi ni lah hanphone kedua android yang aku pakai setelah handphone Samsung Galaxy Young tu.. So android pun telah di naik taraf dari Galaxy y ( 2.3 : Gingerbread) ke Sony Xperia Miro (4.0 : Ice Cream Sandy ).. Alhamdulillah.. Nak beli blackberry takde stock pula, sebelum duit ke arah lain baik aku rembat handphone ni dulu..






1st Entry 13' :Segalanya Bermula Di Sini..

salamyellow

kucing-comel-300x189

Alhamdulillah , selamat tiba dalam hari pertama dalam tahun 2013 ni.. Pastinya tahun 2012 akan kita bersama rindukan, pastinya ada kenangan di sebalik kegembiraan.. Semua orang pasti melaluinya.. Kegembiraan di kongsi kan bersama.. My 1st entry dalam tahun 2013 ni.. Ada anjakan paradigma sedikit.. Yeah, mungkin aku akan ubah corak penulisan aku kot.. Hehe itu dalam perancangan lagi..

Segalanya bermula di sini.. Tahun 2012 yang gemilang pasti kita akan teruskan lagi untuk tahun 2013 yang baru sahaja bermula.. Hari ini 1.1.13 amat bermakna bagi aku kerana aku dapat menulis entry.. Tak pernah aku fikirkan apabila aku buat blog hari itu aku akan lebih serius macam ni.. Segalanya boleh berubah dan aku telah yakin bahawa aku akan berblogger dengan lebih serius..

Segalanya bermula di sini, ada pun kesilapan masa lalu kita ambil iktibar bersama.. Jangan ulangi sama kesilapan kita sebab peluang bukan selamanya hadir buat kita untuk kali yang ke-dua dan seterusnya..

p/s : Harungilah segala dugaan yang hadir, tempuhi lah dengan rasa sabar.. Dengan izin-Nya kita akan berjaya..
 
© Blog CCK All Rights Reserved