header-irwanalessatyme-

Dua Wira

on 13 December 2012

salamyellow
Saat yang dinantikan telah pun tiba.. Debaran kian memuncak, percaturan dua buah negara yang semangnya musuh tradisi.. Misi utama kita adalah menumpaskan ego Thailand dan mara ke final dan bertemu dengan jiran negara terdekat kita iaitu Singapura.. Malam ini bakal kita saksikan perlawanan timbal balik di antara pasukan Malaysia menentang Thailand..

Boleh di katakan perlawanan malam ini adalah pertembungan dua gergasi Asia yang di mana pada pusingan pertama tempoh hari, pasukan kita terikat seri satu sama.. Perlawanan hebat pada malam itu, saling menyerang antara satu sama lain.. Namun mereka mempunyai satu visi dan mereka telah dapat menyempurnakan nya.. Merka hanya mahukan gol di tempat lawan.. Jelas sekali keangkuhan mereka, namun rakyat Malaysia pasti mendoakan pasukan kita terus mara dan dapat menumpaskan keangkuhan pasukan Thailand.


mat+yo+ke+johor vs  Teerasil_Dangda


Mat Yo @ Norshahrul Idlan Talaha yang pastinya akan berusaha merobek jentera Thailand malam ini, di bantu dengan pemain lain, berkat semangat dan doa, kami mengharapkan sentuhan kemenangan malam ini bagi melayakkan diri ke pusingan akhir.. Walaupun laluan sangat sukar, tapi Misi lebur ego pasukan Thailand pada malam ini akan di teruskan.. Berusahalah Harimau Malaya! Kami sentiasa berada di belakangmu! 




Suatu Anugerah

salamyellow
Dan sama sejahtera.. Terasa ok sikit sebab dah baik demam, esok nak balik kampung.. Yesss! lama sangat tak balik kampung.. So 3 atau 4 hari ni akan senyap sikit la dalam laman sosial, kerana menghadiri perkahwinan saudara.. Sibuk "rewang".. Budaya yang cukup terkenal dalam tradisi Melayu, lebih-lebih lagi masyarakat Johor..

Ok, berkisarkan tajuk entry yang di atas ni, takde kaitan lansung pun pasal rewang ataupun kenduri perkahwinan.. Tapi entry aku ni lebih berkisarkan tersebarnya video di facebook..  Kosmo hari ini Mekanik kejam dera anak tiri.. Tanpa mengenal erti kemanusiaan, hilang kewarasan, manusia sanggup melakukan apa saja untuk kepuasan dirinya sendiri.. Tanpa tahu sebab apa budak tu dia di dera..

dera+budak



Tak tahu la manusia jenis apa, memang patut lah di berkas.. Baru padan muka dia.. Macam tu ke cara mengajar anak?? Kalau pun buat silap, tak boleh ke tegur dengan lebih elok.. Saje menempah nahas, di rakam dan isterinya memuat naik dalam facebook.. Gila! Tu yang terpacul keluar dari mulut aku bila tahu benda ni tersebar.. Aku juga telah menontonnya sekali.. Biarpun anak tiri, anugerah dari tuhan kena lah jaga.. Bukan boleh di sepak terajang sesuka hati.. Salah apa lah sangat budak tu kan??


Macam -macam yang terjadi manusia akhir zaman ni.. Memang pelik.. Ambil yang jernih, buang yang keruh.. Jangan perkara seumpama ini terjadi lagi..


Bicara Yang Terpendam

on 12 December 2012

salamyellow

Hendakku berbicara,
Namun enggan kau menerima,
Aku redha menunggumu,
Rasa hati ini di tusuk duri sembilu.
Sinaran matamu yang bercahaya,
Sungguh mengimbau sanubariku,
Jangan kau biarku merana,
Hakikat aku menyintaimu.
Jiwaku kental mengharungi dugaan,
Tapi kau tak pernah memahami hatiku,
Air mataku terus berlinang,
Tiada siapa pun yang tahu,
Kini ku serahkan segalanya kepada-Mu,
Neon-neon gemerlapan,
Hilang semuanya..
Bahtera yang ku idamkan telah hanyut,
Hilang haluan tanpa bermuara,
Tinggallah aku terdampar,
Lemas bersama perit cintamu.


Sekadar luahan hati, nukilan berkisarkan apa yang di lubuk hati :( 

#2nd Wordless Wednesday #Memecah Awan Yang Biru

salamyellow


1340900446_406203875_2-New-Chelsea-Home-Jersey-20122013-Clothing


1340900356_406203504_1-Pictures-of--New-Chelsea-Away-Jersey-20122013

New-Chelsea-Third-Kit-2013


The Blues! Yeah.. :D

Laluan Getir Akan Di Tempuh!

salamyellow

Selamat petang semua.. Jumpa lagi di entry yang berikutnya.. Tupp tengah rehat ni ingat nak tidur sekejap, tetiba je entry terlintas masuk.. Kikiki apa lagi terus je buka lappy dan menaip.. Macam mana hari korang hari ni?? Best?? Tarikh best kan?? 12.12.12.. 

Malaysia-VS-Thailand-AFF-Suzuki-Cup

Aku masih menantikan sentuhan skuad kita.. Sentuhan yang membawa kemenangan bagi melayakkan diri ke final.. Harapan di letakkan sepenuhnya.. Kami sentiasa di belakangmu! Mengimbau kembali perlawanan tempoh hari, dapat aku rumus kan, pasukan kita ni bermain cukup baik sekali.. Kesemuanya bertindak dan pertahanan nampak kukuh.. Walaupun sesekali benteng agak nampak rapuh, tapi percubaan demi percubaan dapat di patahkan..

Mereka (pasukan Thailand) mereka memang mempunyai pemain yang hebat.. Tengok sahaja corak permainan mereka tempoh hari.. World class! Aku memang tabik dengan corak permainan pasukan Thai, dari semua aspek.. Tapi aku sesekali tidak putus berdoa, agar dapat melihat pasukan kita menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun ni dan mengulangi kejayaan yang sama pada 2tahun lepas..

Harap-harap Harimau akan terus mengaum di perlawanan ini dan berjaya membaham Gajah Putih walaupun pada hakikatnya laluan ke final agak sukar.. Kejayaan pasukan kita di letakkan sepenuhnya di bahu Skuad K.Rajagopal..
 
© Blog CCK All Rights Reserved