header-irwanalessatyme-

"End Year Giveaway by FD"

on 25 November 2012

assalamualaikum-pink



bannerendyear


Thanks kepada FD yang sudi jemput untuk menyertai GA yang merupakan pertama aku join.. So tahniah la kepada diri aku sendiri dan penganjur juga aku tak lupa.. Wah dah anjur GA yang ke-4 buat tahun ni, maybe terlepas pandang atau pun yang lebih tepat aku masih baru lagi dalam arena blogger ni.. Nak join klik je banner diatas, anda akan terus di bawa ke blog FD.. cuba tekan kalau tak caya ?? : D

1. Like dan follow twitter sponsor :
capture-20121126-145025

2. Follow FD @Twitter : 
capture-20121126-144806

Jom meriahkan end year GA yang di anjurkan oleh FD.. Moh kita sama2 :)



SELOKA PANTUN "FACEBOOK PUNYA CERITA"

assalamualaikum-pink



Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya..

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna..

yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala x baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada..

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu laki dia,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira..

Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua..

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera... :)

Cinta Itu Buta ataupun sebaliknya??

assalamualaikum-pink


Cinta itu buta dan juga boleh membutakan,
melukakan dan sukar untuk kita lupakan,
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan,
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan..


Mukadimah permulaan entry aku selitkan dengan lirik lagu, cer teka siapa yang nyanyi?? Haa boleh cari kat google nak lagi senang.. Tapi bukan isu lagu yang aku nak kongsi, sekadar nak berkongsi cerita.. Boleh kannn??

Mungkin heboh hari ini dengan tajuk depan Kosmo hari ini, ada baca tak?? Usia muda tidak halang pasangan kekasih ke jenjang pelamin.. Budak 12tahun.. OMG.. Lalu je depan kedai tadi terus rembat satu.. Jarang aku nak beli paper ni.. Time ada isu hangat atau pun pelik baru aku beli.. Laaa bukan katak bawah tempurung taknak tahu isu dalam atau luar negara, malam kan boleh tengok berita, atau pun malas sangat boleh baca dalam internet..

Pasangannya berumur 18 tahun.. "Ini cara kami cegah gejala maksiat" ,kata pasangan tersebut.. Memang jarang lah berlaku macam ni pada zaman sekarang.. Kalau zaman mak ayah kita dulu tak hairan sangat.. Tapi bagus juga, dapat keizinan dari ibu bapa mereka.. Dari dok bercinta sakan, baik bernikah.. Bukan nak kata bercinta tu salah, tapi pandai-pandai bawa diri dan pandai jaga diri..

Aku doakan pasangan ini berbahagia ke anak cucu dan selamanya.. Langkah yang mereka ambil patut di contohi.. Tapi fikir dulu sebelum buat apa pun keputusan.. Perkahwinan itu bukan untuk setahun dua.. Banyak yang perlu di sediakan untuk menempuh halangan itu..

p/s : untuk yang tersayang, kita pasti akan tempuhi bersama :) Siti Adila Binti Othman





Complete! Woww berbeza :)

on 24 November 2012

assalamualaikum-pink


Salam kepada semua.. Macam mana hari ni?? Ok kan.. Haa ni nak share menda baikk nih, haha entah kali keberapa aku tukar blogskin hari ni.. Dari pagi tadi kot, ada je yang tak kena.. Hahaha tapi setelah penat lelah menggeledah mr.Google dapat juga aku mencari pelbagai tutorial untuk blogskin.. Amacam suka tak?? Ni ada nampak pink ke?? Dah tak kan?? 

So setakat ni aku berpuas hati dengan perubahan blog aku.. Ikot keselesaan la.. Cuma kurang faham lagi nak letak widget follower tu macam mana.. Ala yang biasa ada "friend connect" tu.. Puas aku geledah, tapi tak faham lagi.. Kepala tengah bercelaru lagi.. Dapat online masa kat tempat kerja je, kat rumah line tak kuat, pelik la..Padahal bukan jauh sangat rumah aku ni dengan tempat kerja...

Apa yang best, request aku untuk header dah siap.. Credit to munirah.. Thanks kerana buatkan header yang cantik dan memang masyukkk je dengan blogskin terbaru aku ni.. Memang kena dengan taste aku.. Cantik dan kemas.. Jom follow dia, boleh juga request header atau sebagainya dengan pakej yang di sediakan oleh empunya blog..

Jutaan terima kasih la kepada tutorial yang aku guna untuk mencantikkan lagi blogskin ni.. Setakat ini berpuas hati sebab dapat ubah sendiri, dulu nak edit basic template pun susah.. Tak akui, nak edit blog ini memerlukan kesabaran yang tinggi.. Berpoloh-poloh sambil buat sebab kipas rosak, takpe ubat demam.. Hahahaha sambil layan lagu Apo Kono Eh Jang versi baru.. Layaannnn dulu.. :)

Dapat Macam ni Pun Dah Bagus

assalamualaikum-pink


Salam semua, hari ni mulakan pagi dengan bangun lewat gila untuk pergi kerja.. Haaaa nasib baik kerja dengan abg ipar sendiri kalau tak ready je la kemas meja sebab notis 24jam ada kat meja.. Haa jangan di tiru sikap aku ni.. Naya korang je nanti.. 

Apa yang aku dapat?? Haaa ni yang aku nak share ni.. Semalam aku dapat merasa pegang dan cuba... Apa tuh?? Apa yang aku dapat pegang ?? Apa yang aku rasa?? Nikon D7000 .. Bukan sendiri punya, tapi kawan punya.. Akhirnya aku dapat juga cuba snap dengan camera tu.. Macam bermimpi pulak.. 

Tak sempat nak sedut gambar, dia amik gambar aku bergaya dengan cam tu pun dekat handphone dia.. Nanti aku nak suruh dia emailkan gambar tu semua.. Rasa sekejap sangat dia lepak, tak puas nak pegang.. Huhuhu.. Dia pun baru je beli cam tu.. Dulu dia pakai D5100.. yela semakin pro kan?? Takkan nak pakai cam yang sama.. Aku suruh dia jadi photographer.. Buat pakej untuk majlis-majlis perkahwinan ke.. Buat masa sekarang ni dia sekadar suka-suka.. Sayang, bakat yang dia ada sebenarnya boleh buat $$$$..

Ada aku dengar pakej tu busuk-busuk pun 6k tau?? Yeke?? Mak aiii besarnya.. Nanti bila majlis untuk aku, pakai kawan aku je la.. Untuk ambil gambar je, yang lain nanti aku buat yang selebihnya.. 

22112012077

Cuma gambar yang dia letak atas meja kerja aku ni je yang sempat aku snap.. Harga dia memang la mahal.. Tak tahu kawan aku tu minat sangat, tapi bila dah ada dia buat untuk suka-suka.. Kalau lah aku, sanggup tinggalkan kerja ni untuk beralih arah photographer lak.. Minat tapi tu la, nak memilikinya perlu usaha.. Lagi pun benda ni cuma kemahuan dan bukannya keperluan.. Tak perlu aku fikirkn sangat..

 
© Blog CCK All Rights Reserved