header-irwanalessatyme-
Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Segmen : Bloglist untuk Blogger!

on 27 January 2013

Assalamualaikum..

Disebabkan internet tak bapa nak cantik hari ni, aku nak sangat cari bloglist baru untuk aku isi dalam senarai bloglist terkini aku..

Syarat nya :

  • Blogger yang rajin buat entry.
  • Blogger baru 1tahun ke bawah.
  • Follower kurang daripada 1K.
Ok cuma tu saja, harap 7 orang blogger yang aku cari ini masih belum tersenarai di dalam bloglist aku.. Sebelum korang drop comment tu baik check ye.. Dan sentiasa akan di kemas kini, aku akan refer balik entry ini untuk memperbaharui senarai bloglist aku.. So sesiapa pun akan berpeluang ok ..

Kalau Takda Benda Ni??

on 24 January 2013

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua, hamboi awal bebenor aku menaip entry.. Tak mengantuk lagi la, lagi pun hari ni kedai cuti so boleh la lakukan aktiviti malam.. Hehe lama dah tinggal benda tu, alhamdulillah masih lagi tak lupa.. Sebenarnya dari selepas publish entry yang sebelum ni dah dapat idea entry ini, namun baru ni ada kesempatan nak menaip dalam sini.. Kalau takda benda apa?? Apa yang aku maksudkan dalam entry ni??

Kalau takde benda ni mesti susah kan?? Bayangkan je lah, takkan nak buat manual kot, kalau dalam 10 site takpe lagi, kalau 90 lebih, mau naik kematu jari even copy paste je.. Haha ringan kan jari takpe, tapi tak lenguh ke weh?? Hehe..

send
Ikhsan Google.com
Benda ni kalau takde, huh mengeluh juga.. Hehehe tapi bila dah ada jadi pemalas la pulak yela kan.. Bila ada button ni kerja yang di buat berulang kali tu jadi sekali je.. Boleh percaya ke kata aku ni??

capture-20130124-045708

Cayo la cakap den.. Betul tak?? Hehe ini baru 25 Group, kalau 90?? Melopong ekau berputih mato.. Hehe memang boleh jejak sejam juga kalau takde benda alah ni, kerja yang mudah ada kenapa mesti pilih jalan yang sukar?? Kalau nak juga terserah.. Tapi kalau tak pasang widget ni blog ringan sikit load dia kalau nak tahu.. Takpelah buat masa ini aku masih lagi berpuas hati.. Jika kawan ada yang tak berkenan just info je tau.. Boleh terima sebarang kutukan :)..

ZZZzzzz....ZZZzzzz!! Adeh terlolap pulak mato den.. Hehe jumpa lain entry ok??


Aku Menyusahkan Korang Ke??

on 22 January 2013

Assalamualaikum..

Aku rasa macam ada yang tak kene semenjak dua menjak tiga menjak ni.. Rasa something yang tak pernah la aku rasakan sebelum ni.. Haihh sampai makan pun tak lalu, mandi tak basah, tidoq tak lena.. Angau ke? Tak lah.. Aku rasa macam ada yang tak kena dalam hidup aku.. Bila aku rasa macam ni mula lah aku fikir yang bukan-bukan.. Ish! hade ke patut macam tu.. Aku ada susah kan korang ke??

Hehe intro entry, kebiasaannya aku mulakan dengan pemanis mulut.. Yang biasanya auta dari apa yang aku nak sharing dalam setiap entry aku..

capture-20130122-194509

Ok tak macam ni?? Tak berat sangat kan?? Kalau berat cakap, aku nak kan feedback dari korang juga.. Tak aci la kan aku je kutuk korang.. Hehe bukan nak downkan semangat korang, tapi nak bangkit kan sama.. Kalau ok kasi satu kepala turun bawah satu kali.. Nampok! dah lama tak tulis entry dalam keadaan sengal macam ni.. Haa tapi ni la diri aku yang sebenar, bukan pandai sangat untuk buat entry yang formal.. Tetapi aku akan cuba yang terbaik, hope korang terima aku dengan apa adanya..

Terima kasih pada 'mamat' ini kerana telah buat tutorial yang sangat membantu aku dalam proses meringankan blog aku.. Kalau rajin boleh la terjah link ini.. Sedikit sebanyak berjaya juga aku turunkan berat blog aku sebanyak 30% dari yang asal.. Setiap bulan aku letakkan target, di mana aku nak kan 10K pageviews dengan purata  2.5K/week.. Alhamdulillah, tanpa korang aku takkan boleh capai macam tu..

Sempena hari ini yang aku anggap bermakna sangat sebab hari ini aku menulis dalam entry yang ke -200.. Tahniah kepada aku.. Entah apa yang aku bebelkan sebelum ini aku pun tak berapa ingat.. Terima kasih ini aku tujukan pada semua yang tak jemu-jemu nak menjenguh blog yang tak seberapa nih.. Yang rajin komen, beri pendapat, jutaan terima kasih buat semua..




 
© Blog CCK All Rights Reserved