header-irwanalessatyme-
Showing posts with label halaman pertama Google. Show all posts
Showing posts with label halaman pertama Google. Show all posts

5 Blogger Terpantas :Review

on 1 April 2013

Assalamualaikum..

Review Blog | 5 Blogger Terpantas yang dapat komen pada entry 5 Blogger Terpantas.. Kali ini semua blogger yang di review di"WAJIB"kan untuk review kembali blog ini, tak kisah apa pun kutukan, asalkan membina dan saling bertukar pendapat.. Bukan bertujuan untuk menyiksa tapi kira adil la kan.. Hehe.. Tanpa berlengah masa lagi,jom review 5 Blogger Terpantas ini..

Header+Din+Graphic
http://dingraphic.blogspot.com/

  • Keseluruhan, templete ini menampakkan kematangan, dari struktur CSS, sidebar yang kemas.
  • Ditambah pula dengan header yang awesome, cantik.
  • Kemas susunan, templete yang menarik, jenis font yang di pakai memang sesuai..
  • Load blog ringan dan tidak terlalu menggunakan widget yang boleh menambahkan berat blog.
  • Blogger sudah pun berblogger sejak tahun 2010, lamanya.. Nampak kematangan dari segi entry yang di taip. Itu beza nya blogger yang lama dan yang baru.
  • Rajin buat doodle, potret.. Bagus.. Memang lawa hasil bro buat.. Boleh tempah vektor dari blogger ni.. Memang cun la dia buat..
  • Caya tak?? Boleh pergi ke link INI.
  • Terjah : Din Graphic!

capture-20130401-131754
http://ihazaliza.blogspot.com/

  • Blog pink ini memang lawa.. Kemas, dan teratur tak kira la di bahagian sidebar mahupun post.. Bahagian sidebar nampak kemas kerana tidak banyak widget. 1post 1page memang akan menampakkan lagi kekemasan templete ini.
  • Curser comel la, mana dapat.. Saja tanya, sebab nak tahu. Tapi memang kena pada blog awak.. Kalau blog ini pakai?? Oh! Ada yang muntah pelangi.. Hehe saya tak sesuai kot.
  • CBox kemas di "hide".. Lebih cantik jika edit colour dan width widget tersebut.. Cuba sesuaikan dengan width blog anda, atau pun anda terpaksa mengubah width blog anda, terpulang mana satu.
  • Buatkan scroll box pada widget blog archieve, ianya amat mudah untuk pengunjung blog anda untuk membaca entry yang lepas dan dengan pasang scroll box itu juga akan lebih tonjolkan lagi kekemasan dan ruangan sidebar akan lebih jimat.
  • Mula berblogger pada tahun 2011. 
  • Terjah : Iha Zaliza

capture-20130401-140700
http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/

  • Tema hijau blog ini.. Templete kemas.. Sidebar teratur dan tidak banyak widget..
  • Kalau pandai bermain coding blog, boleh ubah templete ini supaya tampak lebih kemas. Kalau boleh hindarkan di bahagian post 'transparent', agak sukar untuk membaca keseluruhan isi post anda.. Gunakan warna putih atau pun cream, supaya bersesuaian dengan jenis font dan warna font.
  • Curser pun comel,buat sendiri ke?? Blog ini juga ada sediakan ruangan banner atau iklan.. Bagi blogger yang berminat untuk letak iklan cepat-cepat hubungi blogger ini.
  • Di bahagian footer blog, widget Mister' Linky juga boleh letak scroll box untuk kemaskan strukturnya. Widget ini juga boleh di jadikan sebagai bloglist. Memang ada kegunaanya. Blog CCK juga pernah menggunakan widget ini dahulu, kini hanya menggunakan blog kedua untuk berblogwalking atau pun ikut pada dashboard.
  • Rajin join segmen dan GA.. Support rakan blogger di samping tambah kenalan, ada rezeki boleh menang hadiah. Perlu di contohi.
  • Jom terjah : A Secret Journey

capture-20130401-144222
http://thisismylife-eyka.blogspot.com/

  • Kemas blog ini.. Warna tema yang sangat sesuai.. Pink + Turquoise = Awesome! Gabungan yang sempurna akan menghasilkan satu templete yang sangat menarik.
  • Kekemasan blog ini juga di tambah dengan sidebar yang menarik, susunatur widget yang kemas.
  • Penggunaan font yang sangat sesuai dengan blog, 1 post 1 page memang jelas.
  • Blogger ini juga pandai membuat vektor, memang kreatif blogger ini.. Nak tengok hasil karya blogger ini?? Jom terjah SINI.
  • Keseluruhan blog ini memang cantik, dan kena dengan pemiliknya.
  • Jom terjah : Vespa & Me

capture-20130401-150602
http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/

  • Blogger terakhir untuk segmen ini adalah Cik Lyeen.. Memiliki templete yang lawa dan di hiasi dengan cupcakes.. Psstt! Manis orangnya macam cupcakes juga..
  • Templete kemas, Soft Blue + Pink = memang gabungan yang sempurna.. Entry nya yang kemas, kadang-kala simple tapi mempunyai aura nya yang tersendiri.. 
  • Sidebar dan post kemas, di samping menggunakan jenis dan warna font yang amat bersesuaian sekali dengan templete.
  • Blog CCK juga turut berada di dalam bloglistnya yang bertajuk "Cupcakes Sweet" ,cuba korang tengok takut aku sahaja yang berkhayal lebih :D.
  • Mula berblog sejak tahun 2010, wahh lama dah, 3 tahun dah bergelar seorang blogger, Blog CCK ni baru sahaja nak mencapai usia setahun pada July ini.
  • Jom terjah : Cik Lyeen Cupcakes
 

Tamat dah review, maaf atas kelewatan.. Sebenarnya sangat-sangat sibuk dengan tiba-tiba.. Dari awal pagi tadi taip entry ini dan baru pada masa ini sempat di siapkan dan publish.. Bagi blogger lain yang nak join, mungkin blog CCK akan membuat segmen ini pada setiap hari Ahad, itu pun jika tiada aral melintang.. 

Mohon review kembali blog ini dengan seikhlas hati, tidak kisah di kutuk/ sebagainya.. Segalanya aku akan terima dengan seikhlas hati.. Maju lah blogger untuk Malaysia..




Uji Tahap SEO Anda

on 4 February 2013


Assalamualaikum..

SEO sangat penting bagi sesebuah blog. Di mana setiap blogger menginginkan sesebuah entry itu mencapai tahap pageranking yang tinggi dan mendapat halaman pertama dalam sesebuah enjin carian.. Namun usaha demi usaha setiap blogger itu di anggap belum puas. Ini kerana, tiada bukti kejayaan seseorang blogger itu boleh di ukur sebenarnya.. Untuk menjadi yang lebih usaha yang lebih juga perlu di buat.. Untuk mencapai nya bukan sahaja dengan langkah memasang meta tag dengan betul, tetapi juga tips-tips blogwalking, tips-tips entry, meletakkan backlink, ping entry, meletakkan blog archieve, mencipta ruangan komen @ shoutbox juga perlu diambil kira..

Chkme.com adalah sebuah perisian yang dimana memboleh kan sesebuah blog itu boleh di nilai seberapa tahap SEO sesebuah blog. Di sini ada sedikit tutorial yang ringkas bagaimana untuk check tahap SEO blog..


Check+SEO+Blog+Anda

Check+SEO+1

Check+SEO+2



Anda semua pun boleh check dan boleh kongsikan bersama sebarang tips yang berguna.. Selamat berblogging :)

Mereka Di Halaman Pertama Google..

on 29 January 2013

Assalamualaikum..

Pelbagai cara yang aku cari untuk mendalami ilmu SEO ternyata bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah.. Pelbagai cara juga yang aku kaji bagaimana hendak meletakkan blog aku di dalam halaman pertama enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya.. Adapun aku akan sentiasa belajar untuk mendalami konteks dan apa yang sebenarnya tentang SEO..

Mereka ada yang dah menguasai ilmu SEO ini amat beruntung, rugilah kalau kita tak belajar serba sedikit tentang betapa pentingnya SEO pada blogspot.. Namun pada hari ini, kebanyakan mereka yang berada di halaman pertama google banyak sudah berubah, tidak hanya wordpress.. Blogspot juga sedikit sebanyak telah mendominasi halaman pertama google.. Rugi rasanya aku tidak dapat menghadiri event yang sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan untuk aku mendalami ilmu daripada mereka yang terhebat.. Baru-baru ini event Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran #SBB2013 anjuran Denaihati.com . Rugi tak dapat tahu lebih awal, memang rugi.. Dapat juga aku info dan tips-tips yang penting untuk aku menambah baik diri aku dalam berblog ini..

Cuba cari keyword blogspot, tentulah kita akan jumpa Maria Elana, Fatin Liana, Hanis Zalikha .. Terus terang memang banyak blogger wanita dari blogger lelaki.. Tetapi bila aku cari tips-tips especially SEO banyak blogger lelaki yang lebih mengutamakan SEO..

blogspot


Terus terang, sebenarnya aku sedang mengkaji pelbagai tips yang aku cari.. Dan aku akan dalami.. Chayok-chayok!
 
© Blog CCK All Rights Reserved