Aku Dikaitkan Dengan Boni Kacak??
Assalamualaikum..
Pertama kali , aku ingin memohon maaf sekiranya mungkin ada 'orang' yang tidak berpuas hati dengan aku, aku berbanyak minta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dalam entry yang lalu.. Sebenarnya baru-baru ini ada mendapat email dari seseorang mungkin kawan yang mengatakan bahawa aku ni mula naik di sebabkan Boni Kacak??
Perasaan aku mula hiba apabila aku cuba membaca kiriman email itu sampai habis, ada lagi mengatakan yang aku ni cuba " meniru " gaya penulisan Boni Kacak.. Aku ingin meluahkan disini untuk tatapan semua readers yang kalau ada berpendapat macam itu boleh la tarik balik pernyataan tersebut.. Aku tidak marah, hanya berkecil hati kerana aku berbaik dengan Boni Kacak sering di salah ertikan.. Bukan niat aku berbaik dengan dia untuk mengejar populariti ataupun lain-lain.. Cuma hanya menjadi sahabat blogger.. Tak lebih daripada itu.. Dia yang berpangkat "abang" yang aku hormati.. Bukan aku ingin menutup atau berkongsi periuk nasi bersama, cuma berkongsi minat dan kegembiraan bersama..
Buat sesiapa yang terasa atau berkecil hati dengan entry aku sebelum ini, aku ingin meminta maaf seandainya penulisan aku sebelum ini ada 'berkata' yang tidak baik tentang diri korang.. Sebenarnya aku memang gila-gila, itulah diri aku yang sebenar, bukan buat-buat.. Tidak terlintas di hati aku untuk berdendam, kalau ingin meminta maaf, aku akan memaafkan dengan rela hatinya..