header-irwanalessatyme-

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

on 19 January 2013

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak join segmen.. Hari ni nak join segmen yang di buat oleh sahabat blogger Cik Mimie.. Segmen ni tak letak syarat yang panjang pun, tarih segmen ini pun masih panjang.. Buat kengkawan yang rajin join segmen ni, boleh la terjah empunya segmen ni ok??


Segmen+-+Selamat+Ulangtahun+Kelahiran

Tekan banner ini perlahan-lahan.. Anda akan menyelusuri terus ke empunya blog untuk join segmen ni..

  • Tepat pada 11 Febuari 2013 ni aku berumur 24 tahun..
  • Nama sebenar aku Mohamad Shah Irwandy Bin Misran
  • Blogger yang berasal dari Muar.
  • Single but not available.
  • Yang aku tahu, orang yang lahir dalam bulan Febuari ni semua kacak dan cantik..Ahaks!
Saja je bagi lebih, empunya segmen takde pun suruh aku membebel panjang.. Ehh tak payah meleter panjang jom join segmen sahabat saya!

Terima Kasih Bro Eriqazz..




Assalamualaikum..


reading-a-book
http://kasih-nursya.blogspot.com

Dari tadi pagi aku menelaah google untuk mencari pelbagai tips-tips berguna untuk aku dan sekarang aku dapat kongsikan sama sedikit, alangkah berkatnya.. Ilmu yang di sampaikan untuk kita di kongsikan dan di manafaatkan bersama.. Pahala pun bertambah.. Terima kasih Bro! ini aku tujukan kepada blogger yang tak asing lagi dan di kenali ramai Bro Eriqazz..

Terus terang, aku sememangnya masih baru lagi dalam arena blogger ni.. Belum sampai setahun lagi.. Namun aku sentiasa mencari tips berguna, kerana aku telah mengambil keputusan untuk berblogger dengan lebih serius.. Apa yang buat aku tertarik mengenai Bro Eriqazz ni tak lokek untuk berkongsi pelbagai ilmu yang beliau ada.. Tahniah bro!.. Paling aku suka tips dia, dari malam tadi aku study.. Ada baik nya jika kita ikut tips orang lama, ikut lah resam padi " semakin tunduk semakin berisi".. Kerana semakin lama kita bertapak dalm dunia blogger ni semakin banyak yang perlu kita explore.. Kerana aku berpegang pada prinsip..

 " walau setinggi mana pun kita, usah memandang langit yang tinggi, ketika melangkah perlu juga memandang ke bawah, kerana takut tersadung batu , tersungkurlah kita "
 Terima kasih atas perkongsian Bro Eriqazz..

Untuk tips-tips yang berguna, aku share kat korang sekali ok..








terima+kasih
Ikhsan Google



Heboh ! Kisah Seram UiTM Lendu

Assalamualaikum..
Heboh baru-baru ni dengan kisah yang aku baru je tahu ni.. Sehinggakan menjadi trending di laman sosial Twitter.. Apa yang berlaku sebalik kejadian ini?? Dakwaan pelajar di sana selalu di ganggu makhluk halus, kejadiann seperti rasuk, histeria dan sebagainya semakin kerap berlaku.. Dan yang paling menyeramkan adalah penampakkan ulek mayang sedang menari..  

317952_10151703574769572_358713328_n
Ikhsan Oh! Media
 
Bagi kita yang tak menempuhi kejadian ini jangan lah menuduh tanpa bukti.. Buat apa mereka sahaja nak buat provokasi yang terang-terang akan mengancam nyawa mereka.. Dan ada satu blok di UiTM Lendu itu telah di kosongkan buat sementara waktu, bacaan Yasin di blok berkenaan di lakukan setiap malam.. Ayuh mendoakan saudara kita di sana sentiasa di lindungi daripada Syaitan yang di rejam.. Semoga apa yang mereka lalui kita ambil iktibar..

Berikutan perkara di atas, aku menyeru agar orang luar di sana tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi yang pastinya akan memburukkan lagi perkara ini..


Review Movie : Minyak Dagu

on 18 January 2013

Hantu-Gigi-Minyak-Dagu
ikhsan : www.broframstone.com

Assalamualaikum..

Adeh! gosok baju le pulek hantu ni.. Haha mekasih ye abg Broframstone.. Hehe ni ambil dari google images, terperasan pula ada link abg bro, so kita bagi backlink untuk traffic abg bro sekali, hehe itu kalau ada la.. Kalau takde maaf.. hehehe..  Den baru lopeh mendownload movie ni.. Dah tengok sekali.. 

Boleh la, seram juga.. Penuh dengan makna.. Sebelum ni aku juga pernah dengar cerita pasal minyak dagu ni, ada juga orang menjual natang ni, jual la minyak masak ke, minyak petrol ke, minyak lintah ke?? Gulp! hehehe gurau je.. Maaf! maaf! maaf! Hehe apa pun tahniah sebab buat bulu roma aku meremang sangat ni.. Ni kalau tengok malam, mau aku tak balik rumah.. Tido kedai pun dalam terang.. Lol! 

Nampok benor penakutnya.. Haha macam entry yang lalu, aku ada post benda seram kan.. Tapi lawak, yang ni aku tengok cerita seram.. Last tengok movie seram ni la, yang hari tu tengok Pontianak vs Orang Minyak tu seram kelakar.. Ada ke Nabil jadi ponti, rambut tak boleh blah.. Hahaha.. Tapi berjaya menggeletekkan hati dan urat kentut aku.. Nampok! Filem negara kita ni bertambah maju dah.. Bertambah baik dari tahun ke tahun.. Perkembangan yang sihat..

Minyak Dagu ni bahaya, memang lah badi.. Yelah minyak orang mati.. Aku tak lah pasti apa cara yang orang tu buat betul, tapi awas ! Jangan di ikut segala mentera dan jampi yang adakalanya di baca dalam sesetengah filem tu.. Biarpun kelakar, kita bukan tahu apa yang terjadi nanti.. Jangan di ikut jalan tu, jangan di pilih jalan yang hitam, kerana jika kita silap pilih sukar hendak kembali ke jalan yang benar.. Renung-renungkan dan selamat beramal..


Fenomena Apakah??

Assalamualaikum..
Dari pagi taip entry ni, belum siap lagi.. Kena save draft dulu sebab ada kerja lain.. Tapi dah siap kerja ni, boleh la sambung balik entry ni.. Alhamdulillah hari ni hari yang mulia, hari Jumaat .. Penghulu segala hari, macam mana hari korang? Terbaik bukan.. Hehehe.. Sebenarnya aku malas sangat nak follow benda yang merepek bagai ni.. Tapi ianya perlu sebab jadi trending di laman-laman sosial.. Eh siap lepak ngan membe-membe pun siap ada trending ni.. Apakah??

Sharifah-Bawani-Listen-Listen

Aku tak tahu di mana benda ni berlaku dan yang paling penting aku taknak pun tahu.. Wahaha, laka sangat ke benda ni.. Aku bila kena cakap macam ni agak bengang la juga, kawan aku pun dok cakap dengan aku "When i talk with u , listen ! listen ! listen ! ehh mamat ni kang ni makan dia.. Bukan kemain pekak lagi kawan ko ke?? Haha sian, tu la nak bash orang tak kena masa.. Padan muka mung! huhuhu..

Al-kisahnya satu Malaya ni dah tersebar dek fenomena Listen! ni.. Alamak, berkekalan ke menda macam ni.. Kita tunggu dan lihat aje lah sejauh mana pengaruh ni boleh pergi.. Adakah sehebat Mawi World?? Ac Mizal   (peace yaww) or mana - mana artis yang sedang meletop pada masa kini..


 
© Blog CCK All Rights Reserved