header-irwanalessatyme-

Semakin Hari , Semakin. . .

on 30 September 2012

assalamualaikum3
Salam kepada readers semua.. Berjumpa lagi di entry yang ke #34.. Alhamdulillah perjalanan hidup masih dapat di teruskan walaupun liku-liku yang terpaksa aku tempuh semakin mencabar.. Biar pun cabaran yang mendatang tu berat, akan aku tempuh dengan sabar.. Dengan harapan, aku tidak akan lupa pada yang Maha Esa.. 


Semakin aku kenal dia, semakin aku dekat dengan hati dia, biar pun tak pernah bersua muka namun ku tahu dia lah wanita yang berjaya membuka hati aku untuk bercinta lagi, setelah di kecewakan dahulu, pernah terdetik mungkin aku ni tidak sesuai untuk wanita yang baik..


Seorang hamba Allah pernah memberitahu pada aku,  saudara jangan risau, jodoh orang yang baik adalah dalam kalangan yang baik belaka dan begitulah sebalik nya.. Semaki hari semakin rasa sayang.. Entah kenapa setiap hari teringat padanya, berdebar di dalam hati setiap masa.. NAMUN, aku kena bagi dia ruang untuk memilih.. Sampai saat nanti, dia akan beritahu..


Rupa paras tiada, harta pun tiada, hidup besederhana, tiada apa- apa.. Bukan kemewahan duniawi yang di kejar semata, namun akhirat tetap tak ku lupa.. Pengalaman dahulu banyak mengajar ku tentang kehidupan.. Dewasa umur bukan mengukur kematangan seseorang, bukan hidup di dunia sudah lama pengukur kepada kerohanian seseorang.. Paras rupa, pangkat, harta dan kelebihan semua tu hanya pinjaman semata.. Bila-bila boleh di tarik nikmat tu, secara perlahan-lahan ataupun sekelip mata..


Keikhlasan itu penting dalam setiap perhubungan, di bawah nya terletak perkara - perkara yang lain yang lebih menguatkan suatu ikatan.. Ada masa kita memerlukan , ada masa tidak.. So tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya akal... Mana yang baik kita ikot mana yang jauh kita jangan lah ikot..
Semakin hari semakin rindu...Aku hanya menanti apa keputusan dia, aku tetap akan menanti.. 

Terima kasih.. 

Aku nak kan dia ikhlas terima aku adanya, mencintai aku kerana allah dan mencintai juga kekurangan aku.. Aku nak jadi imam kepada dia, dan dia isteriku.. 
Ya allah, pelihara lah hubungan kami.. 
Capital F
SAYA CINTA AWAK!
SAYA RINDU AWAK!
SAYA SAYANG AWAK!
Setulus hati saya...


Tuhan jaga kan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku.. Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hati ku..


Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita..

Genre Muzik Seharian . .

on 29 September 2012

assalamualaikum3

Haaa tadi ada mengadu tak da idea kann?? Haa ni dah tiba dan mencurah-curah ke ladang gandum...Hahaha
 laka sangat lah tu kan?? ( tangan ke dada, mata ke atas).. Hahahaha.. entry ni di buat sebab aku suka sangat dengan muzik.. Semua genre aku minat, cuma sekarang ni yang tak boleh masuk cuma dangdut je.. Maybe belum sampai umur kot :D Sehari tak bukak lagu memang tak sah, even nak tidur pun dengar lagu, tengah keje lagu, lagi la tengah keje..


Haha tu lah diri ku, memang suka muzik.. Banyak genre lah yang aku dngar, bukan contoh dah minat kpop xleh masuk yang lain.. Alaaa bukan susah pun tinggal dengar je.. ( haha senang cakap)
 
Ok la tanpa banyak cakap aku ni lebih cenderung meminati hard muzik, eg: hardcore, metalcore, post-hardcore dan banyak lagi la.. Sapa kata malaysia xde band macam tu..
Meh sini aku kongsi.. 

l_d8ce3d1b966049e0a08124ca8d9176f3
Massacre Conspiracy

27714194
The Padangs

BFL2011
Ballad For Layla

Daarchlea-Qhilav
Daarchlea



270120_185553954834275_128731960516475_515420_3668699_n
Tres Empre


Banyak lagi band-band macam diorang ni kat malaysia ni.. Tengok la sendiri bagaimana berkembang nya muzik malaysia ni.. Ambik yang positif and jangan terlampau ghairah sangat, memng kalau gig memang ganas.. Tapi jangan lah melampau ok?? Ni antara yang aku minat and sentiasa tunggu single diorang..

Ek eleh kata tadi banyak yang minat, ape lagi genre lain?? Hahaha sabar la ni nak kongsi la ni.. KPOP aku pun layan jugak, tapi selalu lelaki akan lebih cenderung kepada group perempuan kan?? Tapi aku tak pun, aku minat lelaki, sebab style diorang.. Kenal kpop ni bermula dari youtube, kawan-kawan jugak.. 

Hahaha tak salah kan?? 

Ni antara yang aku dapat listkan..



20110217_bigbang_isback_2
Big Bang 

FT-Island-ft-island-7247189-499-567
FT Island

beastshockmains
B2ST


Hahaha aku pun pelik napa aku boleh terlayan kpop lak.. Nak malu apa, bukan salah pun.. Tapi kalau nak tau 2 genre ni la yang memenuh kan memory 8GB hp, lain kat lappy.. Hahaha.. 

Ok la lain kali tulis entry.. Terima Kasih sebab sudi baca sampai habis.. 
Assalamualaikum..

Jangan La Sampai AKu Terkena..

assalamualaikum3

Penyakit MALAS.. hadooiii penyakit malas ni kalau dah timbul mmg xda la ubatnya.. Dari segala macam perkara kalau ada perasaan malas ni mmg susah la.. Sekarang ni, paling takut malas update blog sebab kekurangan idea.. Semngat mmg ada, cemburu tengok blog yang lain followers banyak sangat, dalam hati pun berkata alaa wan jangan la nak hot sangat, cukup la bersahaja..  Argghhh peduli! bukan nak hot cuma nak jadi blogger macam korang.. Update entry mmg dari hati, sampai ke otak kemudian tangan yang menaip ni semakin kekurangan idea disebabakan mmg tkde masa sangat, bz tuhh.. 


no-idea-md


7hari seminngu takda cuti takkan la nak update pasal kerja pulak, nama pun personal blog.. Hahaha tapi mudah-mudahan aku dapat cari penyelesaiannya nanti.. Insyaallah.. Aktif blog pun belum lama, xsampai pun setahun lagi.. So banyak2 kan bersabar la.. Baru ni je pandai update segala, dulu blog simple sangat, entry pun sikit.. Sekarang alhamdulillah dah # 35.. Nak lebih ramai, tu yang join group blog dalam facebook tu.. 


Ada juga baca tips dari blogger lama.. Hope aku dapat buat macam diorang dan sesekali aku takkan mengalah.. DONT GIVE UP.. Selalu juga fikirkan entry apa, nak taip ape aku nih?? @#$&^& Tak faham betul la.. Tadi ada je dia,tetiba je hilang.. 

Nak miscall tapi idea tu takde hp pulak.. Hahaha datang lak meroyan malam-malam ni.. Yes Idea coming!! 

Jumpa next entry..

: D

Bila Capital F Mahu Jumpa..

on 28 September 2012

assalamualaikum3

Salam membaca buat semua, lagi sekali post luahan hati.. Time mud jiwang memang la.. Hahaha.. Ala bukan selalu pun ( padahal memang kerap update entry jiwang ) : D  Hehehe ape2 jela janji ada benda nak aku taip aku akan teruskan juga..

Capital F : U dtg sini bg la bear kat i.. boleh?
Me : Bear macam mana, besar? Warna? Jenis?
Capital F: I nak besar, kalau boleh sebesar macam u..
Me : errrrrrr.. Hade ke?
Capital F : alaa i ta kesah pun, asalkan u ikhlas nak bagi i..

Sekali tu dia mintak bear, aku mesti kene bagi dia.. Nak buat suprise kat dia nak datang mengejut laaa.. Biar dia tergopoh-gopoh.. Hahaha i saje nak dengki u nanti.. Teringin nak tengok u kerja.. Boleh la i jadi pesakit u nanti.. Walaupun baru posting tapi mesti la pandai jaga pesakit.. Mesti tersangat comel kan bila pakai baju nurse.. Nakkkk tengokkkkk.. : D ----> geli pulak ayat mengada nihhh : D  


Hope u dapat la bagi, via whatsapp ke, wechat ke,fb ke, twitter ke or apa-apa la seangkatan denganya.. Cz i nak tengok la sangat.. Sebelum datang sana, nak tengok dulu.. Yela kot tersalah orang masa kat hosp tu nanti.. Hahahaha..  (Wahh ada terasa macam nak kene penyepak laa).. I gurau je u.. Of course la i nak simpan.. Segala pic u i simpan dari awal kenal sampai la sekarang.. Romantik tak?? I tau la senget!! Hahaha pandai tak i teka??  U mesti akan cakap macam tu.. Tapi sweet sangat .. Hahaha.. 



white
Ikhsan mr.google : D


Errr macam ni ke u.. I lau boleh nak bagi putih sebab nampak suci gitu : D ... Tapi u kene la jaga elok-elok.Banyak kan color lain, try cari purple.. Sebab i minat purple juga.. Lagi comel tapi tak nak lawan ngan u punya comel kalah bear ni..


Sedap-sedap mesej ada lak orang ganggu.. Sudah la, pergi la.. Sy xcari awak lagi.. Mintak tolong jangan ganggu hubungan saya sekarang, sebab awak mintak, awak dah dapat apa yang awak nak kan??
So jangan la ganggu, and selama ni saya dah " MATI " untuk awak.. 
Please, saya tak nak sebab awak dia sakit hati.. Ok deal?? Lagi pun awk dah ada Mr. Right kan?? Tak silap nama macam atas ni.. Hahaha laka sangat-sangat.. 

" Lantak la wan, dia ada kan? ko pun ada dah, tak payah pikir, baik ko pk si dia lagi bagus" <--- Monolog sendirian di kala pagi ni.. Hahaha ignore kan je.. 

Pagi dah ni, nak bangun pagi untuk kerja.. Sebelum tu tulis entry dulu..
ok bye..
Moga jumpa lain entry ye??
hehehe..
Asssalamualaikum........

Together-in-Love-Heart-Shaped-Soft-Toys-Indian-Gift-Bazaar-MDEINDpplprd418_1



Dimana Sahaja Aku Berada, Tapi. . . .

on 27 September 2012

assalamualaikum3
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..  Hampir setahun juga berada di rantauan orang.. Cari rezeki untuk majukan diri sendiri di samping membantu family.. Dimana sahaja aku berada, aku pasti akan teringat kan suasana kampung and paling utama sekali yang paling di rindui adalah masakan mak.. 

Suasana sangat berbeza, kalau dulu makan tak payah beli atau masak, nak minum tak payah pegi kedai or beli.. Semua telah tersedia, tinggal nak buka mulut je..

Hahaha bukan laa pemalas, ad la sikit hahaha : D , tapi kalau kat rumah, rata- rata memang macam tu pun.. Ada baju kotor, puuuiiingg ( Siap ada sound effect) masuk dalam bakul baju, sekarang ni takde la, semua basuh and takde masal nak anta dobi.. Habis duit je.. 

Rindu suasana kampung, kawan2, lepak tiap petang.. Best sangat.. Balik cuti raya hari tu rasa tak puas seminggu.. Ada je program dari pagi sampai laa tengah malam.. Pendek kata rumah jadi tempat salin pakaian.. Rindu juga suasana kampung yang aman damai, hijau mata memandang, jauh dari hiruk-pikuk bandar, tak nampak bangunan tinggi, tapi itulah panorama indah kalau duduk kat kampung.. Tenang dan damai..

Bila malam je, kampung sunyi.. Takde la sangat aktiviti malam.. Kalau ada pun game-game moto rempit.. Tu pun kebanyakan malam minggu dapat dengar.. Nak tengok? Nak join?? Tak sesuai laa.. Dah tua dah tak payah nak merasa jiwa tu terlampau remaja.. Kata orang umur patut ada bini, ada anak dah, tapi bukan la umur senja.. Baru je 23tahun.. Tapi sedar la, kita bukan nya selamanya muda.. Memang semasa remaja ni kene puas enjoy, tapi jaga batas - batas agama.. Ikut jalan yang benar dan jangan sekali ikut jalan yang sempit lagi menyesatkan.. ( ayat macam drama petang-petang, tak boleh blah! ) Hahahaha : D


sawah+padi

Tenang je kan.. p/s ni gambar sumber en.google je.. Buakan la gambar aku snap.. Curi je picture nih hahaha.. Insyaallah , kalau ada kelapangan nnti boleh balik kampung, boleh la tangkap gambar and buat entry tentang kampung aku.. Dapat la korang tengok sendiri..


Tapi memang syok woo lepak tepi sawah, time nak senja matahari nak terbenam.. Salah satu moment yang aku paling minat and suasana ketika tu sungguh mengasyikkan.. Ingat dulu masa kecik, suka memancing dekat sawah, masuk dalam sawah, tali air.. Paling best bawak jaring, so hasil lebih banyak.. Ajak ramai orang, jaga jaring and ada orang " godak" parit or tali air tu.. Kompom lekat banyak ikan, sepat la paling femes.. Buat ikan kering sedap tu.. Makan lak ngan nasi panas, sayur apa - apa asal kan masak air, campur pulak telur masin 1/2.. Perrrrrgghhh sedap.. ( tulis entry sambil telan air liur.. sebab lama tak makan macam tu : D  )

Ok la kawan-kawan blogger semua, mintak diri dahulu.. 




 
© Blog CCK All Rights Reserved