header-irwanalessatyme-

Gangnam Style Seantero Dunia..

on 30 August 2012

Assalamualaikum semua..


Hari ni nak buat entry yang agak pelik.. DEMAM GANGNAM STYLE ni aku xtau la bermula sejak bila.. Tapi ble dah sekali dengar kat radio HOT FM kalau xsilap la.. Errr... Macam best lak lagu ni.. Try search kat youtube baru la nampak 'tarian ala-ala koboi' dia.. Kalau kat youtube,aku 1st tengok PSY- GANGNAM STYLE (OFFICIAL)..
   


PSY ni sebelum ni xla berapa femes sangat.. Lagu ni membuatkan dia jadi top gilerrr.. Cuba2 usya tengok kat youtube td.. 74K ++ yang dah tengok v.clip tu.. Pehh ingat senang ke nak capai.. Kalau macam artis international, kalau perempuan, seksi@18sx tu aku caya la ramai yang sanggup tengok begitu ramai..


Then, keluar lak dia feat ngan HYUNA.. glamer habis la PSY ni berkolaborasi ngan hyuna ni.. Sah la cute,comey lak tu.. hahahaha.. Konsep tarian "KUDA" dikekal kan.. Tp ada desas-desus yang beritahu v.lip gangnam ni home mad sendiri PSY.. Hmm aku xpasti la penyataan tu betul atau x..

                                 
                                           


Korang pun tau sendiri kan?? GANGNAM STYLE ni memang dah jadi wabak dah, bukan kat korea tapi seluruh DUNIA.. Terhasil la banyak PARODY tentang gangnam style ni.. Banyak yang aku sendiri dah tengok kat youtube.. Ada yang sempoi,lawak n xkurang gelinya.. Nanti aku post yang aku dah tengok parody gangnam style ni..

Entry Bergambar : Aidilfitri! 2012 ( Raya Pertama Dan Kedua)

on 28 August 2012

2012-08-19-132
anak buah....
2012-08-19-146

2012-08-19-147


2012-08-20+10.19.11
marhaban kampung.. Tradisi masyarakat kg Parit Tengah A.. 
               .


20120819_093524
        makan time!! ooo makan xajak cik wan yerrrrr....... sedap nampak??              


20120819_093746
   fmily akak num 3..                                                


20120819_100309
  Fmily akak num 2...
                                       

20120819_100652
    family akak num 4..                                        


20120819_103808
 yeahhh!!! zapin orang muo!!! hahahahaha sempoi...                                 


20120819_095557edit
 ni adk beradik semua pempuan.. yang xde k.long sebab belum sampai.. 
                               


253041_463606510339894_357616331_n
  keluarga saya.. yang tiada diatas cuma mak & abah..                                  




Meriah nye suasana raya.. sy dapat kongsikan dengan reader semua.. SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Dua Pilihan..

on 11 August 2012

Salam.. Lama rasanya tak mencoret dalam belog aku ni.. Abih semua semak samun.. Sawang keliling blog.. hahahahaha.. Gelak sakan tapi sorang2 je.. Nampak je happy tp realitinya x pun..


Bukan aku nak mintak simpati,cuma aku sekadar nak meluah kan rasa je..

Picturehati

Hati seorang wanita sukar diramal kan?? 

Ape yang aku nak share ni kisah realiti kehidupan aku sekarang n aku memang sedang dilanda pelbagai masalah..







Di Awal Perkenalan

Mula berkenalan memg la manis.. Berkenalan di alam `maya` errr bukan aku dalam mimpi tau?? dalam internet chatting..Hubungan semakin rapat dan bermula bibit2 kasih sayang n perasaan cinta... Yela 1st time kte rasa dicintai sbb masa sekolah dulu xde org nak kat aku n aku pun jenis pandai sangat nak usya pempuan.. 1st date baru nampak muka, walaupun zaman tu mmg dah ada kemajuan tagged,friendster,myspace or sebagainya tp kteorang mmg tak pernah bersua muka walau pun jarak antara kami tak lah jauh sangat.. Not bad, walaupun atas drpda aku,aku rasa umur mmg xkan menjdi masalah sbb aku mendapat restu dari ibu bapa dia sendiri n ibu bapa aku sendiri..



Cinta?? Banyak Dugaan Dan Cabaran


YES!! mmg xdapat aku nafikan sepanjang alam percintaan aku dgn dia mmg banyak gaduh, berselisihan faham.. Sedang kan lidah lagi tergigit kan?? ini kan pula aku dgn dia.. Pernah declair putus sbb adanya orang ketiga dalam hidup dia,tp tak lama tu dia datang balik sbb dia xde org lain..Bila di fikir balik maybe aku ada jodoh dgn dia sbb tu gadu,putus n sambung balik.. Couple mmg indah beb,tp ble kecewa?? Sedih.. Masing2 punya akal boleh fikir dan rasa.. Ada terpikir nak masuk meminang je terus, tapi keewangan masih belum cukup, aku pun masih banyak taggungjawab lain lg.. Kate org tu " masih belum sampai seru lagi"



Hanya Tuhan Yang Menentukan Segalanya

Kita hanya pelakon- Nya sahaja.. Semuanya sudah di surat kan.. Aku percaya bila ada jodoh aku pasti miliki dia.. Sekarang ni dia dalam proses memilih lg.. Aku dapat tahu dia dah lama curang, tp nak buat macam mna dia nak buat pilihan hidup dia sendiri, dan aku takkan sesekali memaksa.. Aku cuma berdoa harap2 aku dapat bernikah dengan dia.. Memang sedih kalau dia pilih org lain, tp kita mesti cermin diri sendiri.. Kita mesti ada kelemahan yang buat dia reject kita.. Banyak kali dia pesan " sayang takut nak mencintai sesiapa cz takut kecewakan seseorang.. Abang carilah orang lain, pasti akan dapat mengisi kekosongan sayang suatu hari nanti.. Cari lah abang.. Bila sayang dah kawin nnti, kalau orang itu bukan abang takkan bersedih sebab abang boleh lupakan sayang.. " .. Sekarang ni hubungan aku dengan dia lebih kepada seorang kawan.. Last msg tadi malam.. Dia foward kan semua bf dia ada.. Dia akan menerima kalau ada orang hantar rombongan meminang dulu.. Nak nekad, tp aku kene usaha lebih.. Bila pikir balik ada yang lebih berada, and lagi dulu sibuk nak masuk meminang sebb mak dia cakap suruh tunggu aku..


Kini Aku Sendiri

Sunyi dan sepi.. Tiada lgi kegembiraan aku dengan dia.. Hidup aku lemah tapi aku kene kuatkan semangat.. Aku mesti kuat untuk menerima segala apa pilihan dia.. Kalau ada jodoh, aku mesti dengan dia.. Sekarang aku mesti cari peganti,sbb aku xboleh berharap sangat dgn dia.. Sayang, terima kasih atas segalanya, segala layanan buruk pada abang sebelum ni abang maaf kan dan abang halalkan segala pemberian abang selama kita in relation dulu.. Maaf kan abang.. Abang memsng sayangkan sayang.. Tapi abang tak dapat lakukan benda tu dengan segera.. Maafkan abang..........  AKU PASTI BUKAN NIAT DIA UNTUK KECEWAKAN AKU...




Ya Allah , Kuatkan hati hambaMu ini dan hati si dia. Sesungguhnya bukan ini pengakhiran yang kami inginkan. Hanya padaMu Ya Allah, kami bersujud dan memohon kekuatan dan ketabahan dariMu. Kami sama-sama salah dan ketika kami mula sedar, semuanya sudah terlambat. Kami tak mampu untuk mengubahkan apa-apa yang sudah terjadi.

Ya Allah, Tatkala airmata mengalir, Kau berikanlah ketenangan kepada kami agar kami sama-sama dapat berfikir dengan baik. Sesungguhnya Kau lah Maha Mendengar rintihan-rintihan kami.

Ya Allah , Aku tahu bahawa semua perkara yang sudah terjadi ini tak mungkin akan berubah selepas ini. Cuma aku mohon kepadamu. Hubungan yang sudah sedia ada ini, jangan Kau putuskan. Sekurang-kurangnya Kau berikanlah kami peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan kenal isi hati budi kami

Ya Allah, Sekiranya si dia adalah jodoh aku, Kau panjangkan lah jodoh kami sehingga ke akhir nafas kami. Kau tariklah nyawa aku dengan wajah dia adalah wajah yang terakhir aku dapat tatap dan Kau berikanlah aku peluang pergi kepadaMu dengan mengetahui bahawa Dia adalah yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya, aku menyintai dia kerana dia menyintaiMu.

Ya Allah ~ Sekiranya dia bukan untuk aku, bawa lah aku pergi jauh dari semua ini. Kau temukanlah aku dengan seseorang yang mampu memberi aku senyuman dan kebahagian yang aku cari selama ini. Dan kau berikanlah si dia jodoh baik-baik, yang dapat menemani dia siang dan malam, susah dan senang. Kau lindungkan lah dia dari perkara yang tak diingini.

Ya Allah ~ Perkenankanlah doaku ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang mencari sinar kebahagian dan kegembiraan dalam hidupnya di atas muka bumi ini. Aminn ~




Ramadhan: Sahur Menurut Sunnah Rasulullah SAW

on 25 July 2012

Definisi sahur yang digunakan dalam bahasa melayu berasal daripada perkataan suhur yang bererti perbuatan bangun sebelum fajar untuk makan.. Adapun perkataan sahur pula bererti makanan yang dihidangkan ketika bersahur...
Kelebihan dan hikhmah difardhukan sahur:


  1. Dapat membezakan puasa golongan muslimin dan golongan ahli kitab
  2. Pada sahur itu sendiri ada keberkatan.
Sabda Nabi SAW,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk memakan sahur..
Melewatkan untuk bersuhur
Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.” (riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)
Maksud azan yang diertikan dalam hadis ini ialah al-iqamah. Di negara kita ada diletakkan waktu imsak iaitu 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Mereka menetapkan waktu imsak ini atas dasar berhati-hati. Tetapi tiada dalil daripada hadis Nabi yang menetapkan waktu imsak.
Imsak yang mereka tetapkan adalah waktu mula menahan diri daripada makan dan minum, sedangkan waktu mula menahan diri kembali kepada waktu mula berpuasa, iaitu apabila telah terbit fajar shadiq. Jadi waktu imsak yang sebenarnya adalah apabila masuknya waktu untuk solat subuh. Dan jarak antara azan subuh dengan solat subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat.
Ini yang diceritakan oleh para sahabat RA. Maksudnya di sini ialah Nabi SAW melewatkan waktu bersuhur. Nabi tidak makan sahur pada jam 2 atau 3 pagi. Apabila Nabi melewatkan makan sahur, berlaku beberapa isu seperti kata Nabi SAW di dalam hadis,
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
Maksudnya: “Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan bekas makanan terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga dia menunaikan hajatnya (makan) hingga selesai.” (riwayat Abu Dawud, dinilai hasan sahih oleh Albani)
Ini menunjukkan bahawasanya pada zaman Nabi SAW telah berlaku isu atau situasi di mana orang masih makan ketika azan dikumandangkan. Ini sekali lagi membuktikan bahawa pada zaman Nabi, waktu suhur itu dilewatkan, bukan diawalkan dan tidak wujud istilah imsak pada masa itu. Kita boleh makan sehingga diyakini telah terbit fajar shadiq..



Hukum bersuhur
Dari hadis-hadis yang lalu maka dapat disimpulkan di sini bahawa hukum bersuhur adalah sunnah muakkadah berdasarkan tiga qarinah (bukti); pertama ialah perintah Nabi supaya bersuhur, kedua bersuhur membezakan puasa muslimin dan puasa ahli kitab, ketiga larangan Nabi SAW daripada meninggalkan suhur.
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (riwayat Ibn Hibban)



on 24 July 2012


10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami



1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat ..
 
© Blog CCK All Rights Reserved