Bukan aku nak mintak simpati,cuma aku sekadar nak meluah kan rasa je..
Hati seorang wanita sukar diramal kan??
Ape yang aku nak share ni kisah realiti kehidupan aku sekarang n aku memang sedang dilanda pelbagai masalah..
Di Awal Perkenalan
Mula berkenalan memg la manis.. Berkenalan di alam `maya` errr bukan aku dalam mimpi tau?? dalam internet chatting..Hubungan semakin rapat dan bermula bibit2 kasih sayang n perasaan cinta... Yela 1st time kte rasa dicintai sbb masa sekolah dulu xde org nak kat aku n aku pun jenis pandai sangat nak usya pempuan.. 1st date baru nampak muka, walaupun zaman tu mmg dah ada kemajuan tagged,friendster,myspace or sebagainya tp kteorang mmg tak pernah bersua muka walau pun jarak antara kami tak lah jauh sangat.. Not bad, walaupun atas drpda aku,aku rasa umur mmg xkan menjdi masalah sbb aku mendapat restu dari ibu bapa dia sendiri n ibu bapa aku sendiri..
Cinta?? Banyak Dugaan Dan Cabaran
YES!! mmg xdapat aku nafikan sepanjang alam percintaan aku dgn dia mmg banyak gaduh, berselisihan faham.. Sedang kan lidah lagi tergigit kan?? ini kan pula aku dgn dia.. Pernah declair putus sbb adanya orang ketiga dalam hidup dia,tp tak lama tu dia datang balik sbb dia xde org lain..Bila di fikir balik maybe aku ada jodoh dgn dia sbb tu gadu,putus n sambung balik.. Couple mmg indah beb,tp ble kecewa?? Sedih.. Masing2 punya akal boleh fikir dan rasa.. Ada terpikir nak masuk meminang je terus, tapi keewangan masih belum cukup, aku pun masih banyak taggungjawab lain lg.. Kate org tu " masih belum sampai seru lagi"
Hanya Tuhan Yang Menentukan Segalanya
Kita hanya pelakon- Nya sahaja.. Semuanya sudah di surat kan.. Aku percaya bila ada jodoh aku pasti miliki dia.. Sekarang ni dia dalam proses memilih lg.. Aku dapat tahu dia dah lama curang, tp nak buat macam mna dia nak buat pilihan hidup dia sendiri, dan aku takkan sesekali memaksa.. Aku cuma berdoa harap2 aku dapat bernikah dengan dia.. Memang sedih kalau dia pilih org lain, tp kita mesti cermin diri sendiri.. Kita mesti ada kelemahan yang buat dia reject kita.. Banyak kali dia pesan " sayang takut nak mencintai sesiapa cz takut kecewakan seseorang.. Abang carilah orang lain, pasti akan dapat mengisi kekosongan sayang suatu hari nanti.. Cari lah abang.. Bila sayang dah kawin nnti, kalau orang itu bukan abang takkan bersedih sebab abang boleh lupakan sayang.. " .. Sekarang ni hubungan aku dengan dia lebih kepada seorang kawan.. Last msg tadi malam.. Dia foward kan semua bf dia ada.. Dia akan menerima kalau ada orang hantar rombongan meminang dulu.. Nak nekad, tp aku kene usaha lebih.. Bila pikir balik ada yang lebih berada, and lagi dulu sibuk nak masuk meminang sebb mak dia cakap suruh tunggu aku..
Kini Aku Sendiri
Sunyi dan sepi.. Tiada lgi kegembiraan aku dengan dia.. Hidup aku lemah tapi aku kene kuatkan semangat.. Aku mesti kuat untuk menerima segala apa pilihan dia.. Kalau ada jodoh, aku mesti dengan dia.. Sekarang aku mesti cari peganti,sbb aku xboleh berharap sangat dgn dia.. Sayang, terima kasih atas segalanya, segala layanan buruk pada abang sebelum ni abang maaf kan dan abang halalkan segala pemberian abang selama kita in relation dulu.. Maaf kan abang.. Abang memsng sayangkan sayang.. Tapi abang tak dapat lakukan benda tu dengan segera.. Maafkan abang.......... AKU PASTI BUKAN NIAT DIA UNTUK KECEWAKAN AKU...
Ya Allah , Kuatkan hati hambaMu ini dan hati si dia. Sesungguhnya bukan ini pengakhiran yang kami inginkan. Hanya padaMu Ya Allah, kami bersujud dan memohon kekuatan dan ketabahan dariMu. Kami sama-sama salah dan ketika kami mula sedar, semuanya sudah terlambat. Kami tak mampu untuk mengubahkan apa-apa yang sudah terjadi.
Ya Allah, Tatkala airmata mengalir, Kau berikanlah ketenangan kepada kami agar kami sama-sama dapat berfikir dengan baik. Sesungguhnya Kau lah Maha Mendengar rintihan-rintihan kami.
Ya Allah , Aku tahu bahawa semua perkara yang sudah terjadi ini tak mungkin akan berubah selepas ini. Cuma aku mohon kepadamu. Hubungan yang sudah sedia ada ini, jangan Kau putuskan. Sekurang-kurangnya Kau berikanlah kami peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan kenal isi hati budi kami
Ya Allah, Sekiranya si dia adalah jodoh aku, Kau panjangkan lah jodoh kami sehingga ke akhir nafas kami. Kau tariklah nyawa aku dengan wajah dia adalah wajah yang terakhir aku dapat tatap dan Kau berikanlah aku peluang pergi kepadaMu dengan mengetahui bahawa Dia adalah yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya, aku menyintai dia kerana dia menyintaiMu.
Ya Allah ~ Sekiranya dia bukan untuk aku, bawa lah aku pergi jauh dari semua ini. Kau temukanlah aku dengan seseorang yang mampu memberi aku senyuman dan kebahagian yang aku cari selama ini. Dan kau berikanlah si dia jodoh baik-baik, yang dapat menemani dia siang dan malam, susah dan senang. Kau lindungkan lah dia dari perkara yang tak diingini.
Ya Allah ~ Perkenankanlah doaku ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang mencari sinar kebahagian dan kegembiraan dalam hidupnya di atas muka bumi ini. Aminn ~
{ 0 Comment... read them below or add one }
Post a Comment
Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..