header-irwanalessatyme-

Waktu Traffic Tinggi

on 5 April 2013

Tips Blogging | Tips memilih / pandai menentukan waktu traffic yang tinggi juga penting pada setiap blogger.. Ini akan memastikan bahawa setiap entry kita akan terus di baca, tidak kira pada dashboard, ping seperti di kartikel, pingje atau pun pada medium lain..

Traffic+Tinggi


Adalah yang paling penting jika setiap blogger tahu akan masa yang sesuai untuk mendapatkan traffic yang tinggi, memang tidak dapat di nafikan, blog ini akan mencuba sebaik yang mungkin bagi meningkatkan mutu penghasilan setiap entry.. Kajian demi kajian di buat, di kongsikan bersama dengan sahabat blog..

Daripada stats blog masing-masing tentu tahu bilakah masa yang paling sesuai untuk ping entry ataupun publish entry.. Waktu puncak adalah pada waktu tengah hari (Lunch hour).. Jika entry kena dengan  mood seseorang itu, pasti nya akan meringan kan tangan untuk klik ke link kita.. 

Pada sebelah malam pula, jam 8-12 adalah waktu yang paling sesuai, adakalanya waktu ini juga keluarga atau isi rumah sedang bersantai, pelajar-pelajar sedang mencari info tentang pelajaran.. Jadi tidak salah untuk mereka bertanya kepada en.Google.. Jika pandai bermain keyword, muka satu google tentu kita akan kuasai.

Cuba elakkan ping entry di waktu orang sedang nyenyak tidur, iaitu pada jam 1-6 pagi.. Jika kita ping pada waktu itu traffic mungkin tiada ataupun sedikit.. Contohnya : Jika ping di group blogger di Facebook pada jam 3am, tentu pada traffic tinggi, post kita tadi akan berada di bawah secara automatik.. Bukan semua orang / blogger yang jadi "burung hantu".. 

Cuma yang boleh di harap adalah keyword yang mengena.. Cuba mencari info tentang tools yang boleh diguna pakai di dalam platform blogspot, jika menggunakan platform wordpress tentu ada plug in keyword checker, firefox keyword checker yang semestinya lebih serasi dengan platform wordpress..

Koleksi Animasi 3D Terbaik

on 4 April 2013

Koleksi Animasi 3D Terbaik


Animasi 3D Terbaik | Hanya beberapa keping gambar dapat di kongsikan bersama.. Real habis gambar 3D ini.. Memang minat senireka grafik suatu masa dulu, namun ada masalah so tak dapat nak belajar lagi..

Animasi+3D+Terbaik1
Real! Seperti gambaran dunia yang sebenar.. 



Animasi+3D+Terbaik
Animasi 3D yang awesome! Terus jadi background laptop.


Koleksi+Animasi+3D
Real Naruto! Aku minat Naruto.. Tak salah kan??

Tips Perjalanan Jauh

Rancang+Perjalanan+Anda


Tips Perjalanan Jauh | Untuk memulakan perjalanan yang jauh, hendaklah kita untuk memastikan yang paling penting keadaan kenderaan yang selamat, sikap pemanduan dengan betul, dan patuhi undang-undang jalan raya..

Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain dimata..

Enjin+Selamat

Paling penting, memastikan kondisi/ keadaan kenderaan yang selamat dapat memastikan perjalanan yang selamat sehingga sampai ke destinasi yang hendak di tuju.. Ini adalah faktor yang paling penting dalam perancangan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Contohnya keadaan enjin : Mesti lah di servis terlebih dahulu, keadaan angin yang mencukupi, tayar yang elok.

Utamakan keselamatan diri anda juga penting, rehat yang cukup merupakan faktor yang paling penting.. Ditambah pula dengan patuhi keselamatan dan undang-undang negara.. Keselamatan diri juga penting, andaikata anda membawa motosikal, jaket keselamatan, halmet /topi keledar yang di perakui oleh sirim..

SafetyFirst

Akhir sekali, pemanduan berhemah dapat mengurangkan kadar kemalangan maut.. Tidak guna kerajaan buat Ops Sikap dan bermacam Ops lagi, jika sikap pemanduan tidak berhemah, pemanduan yang bahaya, sikap pengguna jalanraya masa kini memang boleh dikatakan pada tahap yang kritikal. Patuhi la undang-undang jalanraya, ingatlah orang yang tersayang..

Pandulah+Kenderaan+Dengan+Berhati-hati



p/s : Ada gambar yang memang takde kena mengena.. Layan je lah.. 



Sistem Pilihan Raya Di Malaysia

PRU13

Sistem Pilihan Raya Malaysia | Sejak tahun 1957 lagi Kerajaan Malaysia menggunakan sitem politik pelbagai parti,dan sehingga kini masih di teruskan kerana negara kita berkonsepkan negara demokrasi.. Di mana parti politik yang memperoleh kemenangan majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau DUN (Dewan Undangan Negeri) boleh membentuk Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri..

Secara ringkas ingin berkongsi maklumat kepada semua tentang Sistem Pilihan Raya Di Malaysia :

Sistem Pilihan Raya Di Malaysia :

  • Tidak kira sama ada Pilihan Raya bagi Dewan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri) DUN, seperti mana yang telah di tetapkan oleh undang-undang, perlu di adakan setiap 5 tahun sekali, kecuali jika dewan di bubarkan, maka pilihan raya akan di buat dalam tempoh 60 hari.
  • Pilihan Raya Kecil juga di buat di sebabkan sebagai contoh kematian / kekosongan di bahagian kerusi DUN, juga pihak SPR akan mengambil langkah untuk buat Pilihan Raya Kecil dalam masa 60 hari selepas kekosongan tersebut.
  • Penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi akan dibuat dalam tempoh 60hari selepas Parlimen dan DUN bubar.
Sejarah+Pilihan+Raya+Di+Malaysia
Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Info Dipetik Daripada :

Budak HOT

on 3 April 2013

Budak HOT | Gelaran Budak HOT

Assalamualaikum..

Hot


Di dalam suasana yang hangat ini, aku mencuba merungkaikan sesuatu permasalahan yang berlaku, mungkin belum terlalu lama.. Aku sekadar ingin mengupas serba sedikit tentang perkara ini, jika ada sesiapa yang terasa atau berkecil hati, maaf di hulur..

Budak HOT?? Kira aku  ni memang lah ketinggalan zaman.. Ada juga gelaran seperti ini.. Time aku sekolah dulu takde pulak gelaran yang serupa ini.. Bukan takde lelaki yang jambu, yang kacak dan bergaya, lebih hensem dari Shah Rukh Khan pun ada,tetapi takde pula gelaran serupa itu..

Apa yang Hot tu?? Adakah rupa ataupun sikapnya?? Sikap yang buat kaum Hawa " macam tukar baju" tu ke?? Hari ini lain,esok lain.. Hot la kate kan.. 

p/s : Dari bangga bercerita itu ini, hot sana sini.. Baik kita jadi diri sendiri.. Dunia ini pinjaman, bila kita mati dah tarik satu nikmat.. Sebab itu kalau hidup jangan ada sikap "biar papa asal bergaya"..
 
© Blog CCK All Rights Reserved