header-irwanalessatyme-

Ranking Alexa Semakin Baik

on 10 March 2013

 Ranking Alexa Yang Semakin Ohsem!

Assalamualaikum..

capture-20130309-121353

Alhamdulillah, ranking Alexa meningkat hari demi hari.. Pencapaian ini aku terima dengan gumbiranya.. Bukan senang untuk blogger newbie macam aku ni untuk bertapak lebih lama dalam dunia blogging ini, lagi kan pula niche blog yang semakin kucar-kacir, amat sukar untuk aku menetapkan apa yang aku patut kekalkan dalam blog aku ni..

Semangnya aku tercari-cari apakah hala tuju aku dalam dunia blogging yang penuh dengan pancaroba ini.. Terdetik di hati ingin saja aku berhenti, tetapi semangat aku kian berkobar apabila sentiasa di berikan semangat dan dorongan dari rakan-rakan blogger yang lain.. Terima kasih kawan-kawan.. Aku akan terus berusaha hingga aku dapat menjadi seperti kalian semua..

Maaf, semakin lama aku lari dunia blogging, blogwalking tidak dapat di jalankan seperti dulu, kerana masa terlalu sangat singkat dan beban tugas yang semakin berat.. Ya inilah cabaran aku sebagai seorang blogger.. Aku yakin blogger yang lain turut pernah mengalami situasi ini..





Keghairahan Dikongsi Bersama Seorang Blogger

on 9 March 2013

Aku Dan BoniKacak Kongsi Keghairahan

Assalamualaikum..


Dengan secara tidak sengaja aku berkongsi minat dan keghairahan aku yang selama ini telah lama aku tinggalkan.. Setiap hari aku rasakan bersalah, aku rasa hendak berlari sekuat hati.. Tapi apakan daya masa tidak menyelebelahi aku.. Namun dua hari lepas, keghairahan aku selama ini telah pun berputik kembali dan kini aku lebih bersemangat..

Aku dan BONIKACAK sememangnya berkongsi minat / keghairahan ini bersama, kami gila-gila bila di hadapan lensa kamera.. Bila lepak bersama, ada saja perbualan dan akhirnya gelak sampai mengalirkan airmata dan di selangi dengan kentut yang mengasyikkan.. Kami mempunyai impian untuk menjadi pemain badminton yang berkaliber dan setaraf dengan nama yang gah seperti Datuk LCW.. Amin, moga-moga di berikan peluang.. Jom layan video gila-gila kami untuk Axiata Cup ini..





AMARAN : Tontonan untuk 18SG sahaja.



p/s : Video ini sekadar suka-suka saja.. Tidak ada kene mengena antara hidup dan mati..

Karlos : Slot Aksi TV3 (Sinopsis)

on 8 March 2013

Karlos ! Cerita Diadaptasikan Melalui Kisah Benar


Karlos


Sinopsis Karlos :


Sinopsis Drama bersiri Karlos TV3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.

Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan. (Sumber: Galaksi Media)

*  *  *  *  *

Drama Karlos ini di adaptasikan daripada kisah benar. 


Episod 1 Karlos lebih kepada pengenalan permulaan cerita ini.. Dapat kita lihat keretakan dalam sesebuah institusi keluarga ini.. Daripada cerita ini tentu dapat kita pelajari sesuatu yang bermanfaat.. Selamat menonton..




Karlos Episod 1 by tvmiromrok

Kedutaan Malaysia Di Filipina Di serbu!

on 5 March 2013

Siapa Cari Kawan Dan Siapa Cari Lawan??

Assalamualaikum..

KECOH!! Kini pula Kedutaan Malaysia Di Filipina pula di serang oleh sekumpulan aktivis yang tidak berpuas hati.. Yang menjadi persoalannya bukan kah mereka yang terlalu sibuk menuntut hak mereka yang dahulunya telah pun mereka gadaikan?? Rujuk la sejarah balik ya, jangan buat-buat lupa dan terus berdegil dengan kemahuan itu terus..

Dan bukan kah mereka yang dahulu telah melancarkan serangan terhadap Polis yang menjaga keselamatan?? Di suruh untuk rundingan mereka tidak mahu, tetapi mereka ini seolah sudah melampaui batas norma masyarakat, siap nya di bakar poster gambar.. Aish malas nak cakap banyak.. Tengok gambar ni ok?? Kredit pada blogger Apit kerana share gambar ni ya..

Kedutaan+Malaysia+Di+Filipina+Diserbu



Pada Jam 7am tadi, pasukan keselamatan telah pun melancarkan serangan terhadap musuh di Kampung Tanduo.. Setakat ini masih belum dapat info lagi tentang perkara itu, dan akan sentiasa di update.. Sentiasa mendoakan pasukan keselamatan yang bertugas di Sabah terutamanya di tempat-tempat yang bahaya.. Dan juga mendoakan keselamatan masyarakat setempat agar sentiasa selamat..

Pray+For+Sabah


Perang Cyber !

Laman-Laman Web Kerajaan Sulu Telah Digodam

Assalamualaikum..

Salah satu medium juga bagi Penggodam Laman Web untuk membantu, sedikit sebanyak dapat melemahkan     pentadbiran Kerajaan Sulu.. Anynomous Malaysia bertanggungjawb melancarkan serangan cyber ke atas web-web yang berkaitan dengan Kerajaan Sulu.

Antara laman web yang telah berjaya di godam adalah :

  1. http://spda.gov.ph/
  2. http://bongabong.gov.ph/
  3. http://www.moalboal.gov.ph/index.php
  4. http://sanfernando.gov.ph/
  5. http://pspg.pnp.gov.ph/
  6. http://chd1.doh.gov.ph/
  7. http://atcollege.edu.ph/
  8. http://adhdsociety.com/
  9. http://fiberwerx.com.ph/
  10. http://poracayresort.com.ph/

Banyak lagi yang telah berjaya di godam oleh Anynomous Malaysia, namun perang dalam dunia yang realiti masih belum berakhir..


*  *  *
Perwiraku.. DOA kami pohon sepanjang kamu di medan perang, hanya itu yang kami mampu.. Demi keselamatan negara dan agama, keluarga dan diri kamu sendiri dikau abaikan.. Berkat pengorbanan kamu, kami sentiasa berdoa dan berharap agar kesemua perajurit yang menggalas tugas ini dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Buat perajurit-perajurit yang telah terkorban, Al-Fatihah di titipkan sebagai bekalan, kami sentiasa mendoakan agar roh-Mu di cucuri rahmat, sesungguhnya kamu adalah wira di hati kami.. Terima Kasih..


 
© Blog CCK All Rights Reserved