header-irwanalessatyme-

Kembali Menemui Peminat..

on 25 February 2013

Assalamualaikum..

Aiceh peminat la sangat, hahaha sorry dapat nak blogwalking dua ke tiga hari ni memang lah terlampau sibuk.. Tu la padan muka aku sebab kata Boni sibuk 24/7.. Sekarang aku pula rasakan, werkkzzz padan muka aku.. Sebenarnya aku balik kampung aku di Muar,Johor.. Siapa blogger Johor sep sikit ekk?? Korang ada tak was-was, tergaru-garu punggung sendiri sambil bertanya kenapa orang Johor selalu cakap"ekk"? Jawapan nya aku tak tahu.. Jangan tanya aku eh?? Hahaha..


DSC_0007

Ni ada apa reramai semua nak masuk dalam blog aku ni?? Hehehe ni la sebahagian dari peminat aku.. Ehh perasan lebih je aku ni.. Tak lah ini suasana hari Ahad yang lepas ketika aku ambil BR1M tu.. Memang pack dengan orang.. Ni bahagian luar aku ambil pada jam 8.50pagi.. Padahal kaunter hanya di buka bermula pada jam 9.00 pagi.. Semua orang berpusu-pusu hendak mengambil giliran.. Di fahamkan orang ramai telah pun datang seawal jam 7pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

DSC_0008

6line woo barisan masa nak cashkan BR1M tu.. Memang lama berdiri, ada la 3 jam berdri dari luar sampai la ke dalam, dari pagi sampai tengahari orang tak putus-putus datang, untuk mengambil BR1M.. Terima kasih kerajaan Malaysia.. Dapat bantuan macam ini memang bagus untuk semua.. Ada juga yang mengeluh, dapat berbillion setahun bagi cuma RM250 je?? Aii cuba bawak bersyukur, karang Tuhan tarik balik baru tahu.. Agaknya masin mulut aku, tayar motorsikal brother tu pancit kedua-dua tayar.. Pelik dengan situasi tu, aku dengan tidak semena-mena di persalahkan dengan tiba-tiba.. Nasib baik pihak polis cepat datang, kalau tak tak tahu apa nak jadi.. Mungkin ada orang khianat ataupun.......




p/s : Besyukurlah atas kurniaan Ilahi, jangan cakap takbur nanti memakan diri.

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya

on 21 February 2013

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni nak support dan tolong promote segmen sahabat blogger yang berasal dari Sarawak ni.. Jom ramai-ramai join sebab segmen ini amat mudah dan menarik.. Setiap blogger mempunyai kenangan yang baik mahupun buruk dalam dunia blogging yang serba mencabar ini.. Adapun kita dapat lihat, semakin banyak blogger yang muncul di dalam tahun 2013 ini.. Ini merupakan titik permulaan yang sangat baik..

segmen
Tekan banner ini untuk JOIN segmen ini ok??

Nama Blog:

- Corat-Coret Kehidupanku
- Url Blog : www.irwanalessatyme.com

Bila Mula Berblog??

- 10 Julai 2012

Kenangan Pahit / Manis Dalam Blog??

Kenangan Pahit - Dalam bulan berapa, dah tak ingat sangat.. Rasa macam down sangat, kurang idea untuk buat entry, tiada mood untuk berblogging.. Tetapi atas nasihat seorang rakan blogger aku bangkit dan bersemangat hingga kini.

Kenangan Manis - Banyak yang manis dalm blog ni.. Dapat jumpa blogger, tukar domain .com atas nasihat blogger Ben Ashaari, templete berubah dah banyak kali dan templete thesis ini mungkin kali yang terakhir.. Mungkin kalau ada rezeki nak juga hosting sendiri dan ada wordpress.. 

Idola Semasa Mula Berblog??

Masa mula berblog : Lyssa Faizureen, Ben Ashaari, Nabila Medan dan banyak lagi..

Kini : Boni Kacak, Hasrul Hassan, Bro Eriqazz, Denaihati dan bermacam lagi sumber ilmu untuk aku memantopkan diri aku dalam dunia blogging ni..


Jom Join semua sahabat Blogger sebab aku nak semua kawan-kawan aku join segmen ni.. Terima kasih pada penganjur segmen sebab buat segmen ni..




Gadget Pelik Di Dunia

Koleksi Gadget Pelik Di Dunia

Assalamualaikum..

Peace yaw! Hari ni nak share dengan readers semua tentang Gadget-gadget yang sememangnya pelik di atas muka bumi ni.. Apa pun pelbagai gadget yang pelik ini di cipta sememangnya akan memudahkan kita dan sesuai dengan peredaran zaman.. Agaknya la, kalau lah di jual di Malaysia ni agak-agak korang lah ada ke yang sanggup beli?? Mesti harganya mencecah puluhan ribu ringgit kan?? Tanpa berlengah lagi meh aku share gambar-gambar gadget yang pelik ni..



  1. Kasut Sport yang di lengkapi "CD Drive dan MP3 Player " :


Gadget+Pelik3
Tak berat ke kasut ni eh?? Mesti gempak satu taman, yeah oppa gangnamstyle!






  2. Mouse yang di lengkapi pelbagai kegunaan :




Gadget+Pelik1
Mouse ni boleh membunuh dan memudahkan perompak, tetapi yang baik boleh di gunakan dalam pelbagai cara.

  3. Ipod di Toilet dan pembesar suara :


Gadget+Pelik
Bagi yang mengalami masalah 'bunyi' ketika lawas.. Ini lah penyelesaiannya.


Sekadar perkongsian bersama, gadget ini dan yang lain mahupun tidak masuk dek akal untuk kita fikir kan tetapi gadget seperti ini telah wujud dan di pasarkan barangkali.. Gadget ini tidak pernah di dapati di cawangan Tesco yang berhampiran anda, cuma berada di Negara Jepun yang sememangnya gah dengan pelbagai keluaran gadget bermutu tinggi..


p/s : Oh ye, dah pasang comment baru.. Commentluv, boleh cari tutorialnya di Google kalau berminat..



 



Penyamun Inc : Geng Samun Kah?

on 19 February 2013

Geng Terhebat Di Malaysia: Penyamun Inc

Assalamualaikum..

154765_528482867170795_1897770954_n

Peace yaww! Salam 1 Malaysia.. Hari ni aku nak share sikit buat readers aku yang sanggup baca entry aku ni walau kurang ummpphh ni, hehe tapi aku nak cuba share apa yang aku minat sekarang ni dan geng ini sebenarnya dalam pemerhatian aku.. Cewaahhh macam penganalisis artis pulak.. Dek kerana aku terlalu asyik menonton pelbagai video parody , short filem yang di hasilkan oleh Penyamun Inc .. 


Keterujaan aku semakin melampau apabila salah seorang daripada ahli Geng ni baru aku kenali dan dapat bersua 4 mata, ohhh hampir saja aku menelan ubat gegat dan berlari lintang pukang.. Teruja beb, siapa tak kenal dengan BoniKacak.. Serius hensem baq hang..  Kalau lah aku ni perempuan serius aku mintak no telefon dia.. Tapi dalam entry Siapa Irwan Alessa Ini dia ada cakap aku ni separuh lelaki separuh perempuan.. Hahaha lawak la, aku ni jenis susah nak melatah.. Sempoi juga orangnya..


Berbalik pada Penyamun Inc ni, mereka ni berbakat besar dalam dunia perfileman.. Banyak dah shortfilem yang mereka dah buat.. Kalau ada kolaborasi dengan pengarah yang termuka seperti Yusuf Haslam, Mamat Khalid ke, wah boleh jadi pelakon diaorang semua ni.. Tentu havoc kan?? Adakalanya, bila aku melihat shortfilem yang di hasilkan oleh mereka membuatkan aku tak keruan, hilang kewarasan, ketawa sesorang diri.. Simtom macam ni aku rasakan luarbiasa.. 

Diantara shortfilem/video yang aku gemari :


  1. Boni Kacak Vs Razi
  2. Keajaiban Bookcafe
  3. Terlambat (ShortFilem)
  4. Pupus (ShortFilem)
  5. Masa Kecil Dulu


Bagi youtubers boleh je subscribe Bophairy di channel beliau agar kita semua dapat info terbaru tentang video yang di buat oleh Penyamun Inc. Atau lebih senang boleh je like mereka di Facebook : Penyamun Inc

Lawak Troll Memang Menyakitkan Hati

on 18 February 2013

Lawak Trolol Yang Terbaik

Assalamualaikum..

Pernah nampak kan Lawak Troll ?? Lakaran kartun yang tersangat simple tapi menggelikan urat kentut.. Memang simple kan? orang pun lukis tak nampak macam orang, geli hati bila baca, ketawa mengilai macam cik ponti bila aku baca Koleksi Lawak Troll yang tolol.. Eh?? Bhahaha..

Trolol

Lawak+Troll


Bhahaha kalau di biarkan aku layan lawak troll ni boleh jadi aku bakal menghuni rumah sakit ataupun Hospital Sakit Jiwa.. Layan lawak troll ni boleh buat hilang bosan tau tak.. Dari buat benda bukan-bukan ,korek hidung , cakap dengan kucing ke.. Lebih baik layan lawak troll ni.. Alah tak susah, search je kat google image.. Bersepah dengan Lawak Troll ni.. 


lawak+troll1

lawak+troll2

Kalau tak layan sehari sekali memang tak sah boleh kena demam kepialu aku di buatnya.. Tapi aku nak nasihat awal-awal, dapatkan nasihat doktor sebelum melihat lawak ini kerana di khuatiri anda akan di cop gila meroyan..

p/s : Saya tak gila,cuma gila-gila remaja. Eh??

 
© Blog CCK All Rights Reserved