header-irwanalessatyme-

#Silent Wednesday# Kita Bakal Ke Sini Jua..

on 26 December 2012

salamyellow

kubur-amar

Tidak kira mahu atau tidak, kita pasti menemui ajal dan di tempatkan di sini, kerana maut tidak mengenal usia dan masa :)

p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal ..

Kerana Mulut..

on 25 December 2012

salamyellow

xeolhades_mouth
Disaat aku menaip entry ni tengah layan Hantu Kak Limah.. Hahaha memang lawak gila cerita ni, sumpah aku dah hafal kronologi cerita ni dari awal sampai lah tamat.. Tapi bila aku tengok aku tak terasa bosan sebab banyak sangan humor dalam cerita ni, kira pack gila dengan lawaknya.. Hahaha berkekek aku ketawa.. Tapi bukan pasal Hantu Kak Limah ni aku nak cerita, pasal mulut.. Ada apa dengan mulut?? 

Orang dulu banyak nasihat kan kita dengan pelbagai ungkapan indah, mutiara kata ataupun pelbagai bidalan..  Cuma kita tak pandai nak menggunakannya.. Maaf aku juga tujukan entry ini kepada diri aku sendiri, bukan bertujuan semata untuk menjatuhkan individu..

Banyak sangat dah terjadi dalam hidup aku, banyak sangat.. Kekadang sampai hilang kewarasan dan kesabaran, namun apa yang aku boleh buat?? Hanya boleh bersabar.. Dapat apa haa sampai sesama bangsa pun nak menjatuhkan bangsa sendiri?? Dapat apa?? Bangga?? Suka ke buat mulut, tuduh menuduh tanpa usul cerita..

" Melayu mudah lupa " kata Tun Mahathir memang tepat.. Tak selamanya kita berada di atas, namun bukan ke kita kena siap seragakan diri untuk melengkap kan diri untuk kekalkan kedudukan tu.. Tapi langit selalunya tak cerah, sangkakan panas, rupanya gerimis di siang hari.. Kalau jatuh, usaha bangunkan diri, jangan PhD terlampau tinggi sangat.. Bila kewarasan menurun, mula la bertindak luar kawalan.. Malas nak cerita panjang, atau pun bangkitkan hal ni dengan panjang lebar.. Harapkan sama join berniaga, sama berkongsi ok.. Tapi kenapa boleh burukkan nama sendiri, sengaja buka pekung orang?? Dapat apa??

p/s : maaf bahasa agak kasar :)



Terbaik Dalam Kenangan..

salamyellow

Selamat petang semua, hari ni nak update entry dulu baru lah nak join segmen atau pun GA.. Maaf kalau terlewat, bukan tak sudi nak join.. Tapi nanti bila ada kesempatan nak join boleh je, pasti aku akan join kan diri.. Terima kasih sebab tag aku.. Dalam keadaan separa sedar, kita sebenarnya semakin cepat meninggalkan tahun 2012.. Tahun yang banyak suka duka, pahit manis dan kita juga yang menghadapinya..


Mengimbau kenangan lalu sepanjang bergelar blogger ni, memang semuanya indah.. Best kan dapat kawan baru, berinteraksi sesama kita dan eratkan ukhwah sesama blogger.. Teringat dulu entry pertama aku semasa hari pertama bergelar seorang blogger..  Hehehe bagi yang rajin nak cari tu boleh cari, tak banyak entry lagi, cuma dalam 141 je.. Atau pun korang boleh je tekan SINI.. Bila baca balik terasa kelakar pun ada, yela baru je berjinak-jinak dalam penulisan blogger.. Dulu ada blog juga, tapi dah tak ingat password nya, puas juga ketuk kepala bagi nak ingat, haha dah short sana sini wayar semenjak eksiden dulu.. Hahaha..


Kalau korang tengok perkembangan penulisan aku sepanjang menjadi seorang blogger ni korang kategorikan aku sebagai jenis blogger ape eh?? Kekadang aku pun tak paham.. Tapi aku lebih suka jadi aku sendiri.. Blog aku adalah aku.. Kekadang ada juga tentang aku sendiri, tentang masalah negara, sukan, bencana.. Kira semua aspek aku coretkan kat sini.. Blog menjadi tempat luahan rasa pun ada, bukan nak meraih simpati, tapi sekadar suka-suka..


Masih teringat juga ketika aku benar-benar berminat dengan domain .com , pun aku coret kan dalam blog ni.. Bermula aku bertanya seorang blogger yang tak asing lagi iaitu Ben Ashaari melalui laman sosial, twitter,terus aku berminat untuk berblogger dengan lebih serius.. Boleh terjah untuk baca entry INI .. Dan kini aku telah pakai domain dan aku juga berpuas hati atas perkhidmatan yang di sediakan oleh NetKL.. Tiada beza sangat domain ni, tak kisah lah dot com or dot my ataupun dot dot dot ke.. Hehehe..


Sepanjang 6bulan berblogger ni, banyak dah perubahan yang berlaku dalam blog aku.. Mula templete biasa, cari tutorial untuk cantikkan blog.. Korang mesti tahu kan tutorial blogger yang femes kan?? Aku bocorkan rahsia ni.. Hehe tentu lah Lyssa Faizureen.. Siapa tak kenal dengan blogger comel molek tu.. Selain daripada tutorial aku juga banyak membaca tips yang di sediakan olehnya, dari segi penulisan dan dari tips tu juga aku telah kenal apa tu segmen dan apa tu Giveaway (GA).. Memang bertambah kawan-kawan dari serata negeri.. Bagi blogger-blogger baru join lah segmen dan GA.. Banyak menafaatnya di samping hadiah yang awesome, semua itu bergantung pada rezeki masing-masing.. Dapat juga info tentang kebaikan ping entry kita ke tempat lain, tak kisah lah Gilaping, Kartikel, blogr.my ke janji kita bagi readers luar dari followers kita baca entry tersebut.. Dapat meningkatkan traffic blog juga dari segi pageview..

Memang banyak yang indah, yang pastinya tahun 2012 yang bakal meninggalkan kita ini menyimpan pelbagai kenangan.. Nak aku coretkan semua di sini sampai lenguh tengkuk nak baca, aku yang taip lagi tadi tak sudah di sebabkan ada saja keje.. Tapi aku heran, bila duduk kat meja ni senang je idea nak datang, kalau kat rumah lebih banyak termenung.. Hehe aku rasa sampai di sini je.. Korang macam mana ?? Boleh kongsikan sama :)





Akhirnya..

on 24 December 2012

salamyellow
Yeah! akhirnya aku ada masa untuk aku menaip entry.. Mula tadi just bw dan join segmen, kini aku kembali dengan entry.. Entah apa-apa je perangai aku ni, macam bebudak.. Haha setelah dua hari takde entry, akhirnya aku kembali.. Bukan apa, bukan takde idea tapi balik kampung sebab tengok abah sakit.. Masuk je keje hari ni, terus siapkan kerja mana yang tertunggak.. 

Selama ni aku mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku pada Mr. Lappy aku ni, bukan meragam cuma aku menambah baik mana yang perlu.. Sekarang kan pakai windows 8, so aku pun tak lepaskan peluang ni.. Bukan pakai yang ori, tapi.. Faham-faham la sendiri.. Mana mampu weh nak beli laptop baru atau pun cari Windows ori, kat Lowyat RM333.. Pergghh baik simpan buat kahwin..

2012-12-25-19-13-03

Akhirnya.. Yesss.. Hehe hati manyak senang maa.. Tetiba je cakap slank cina.. Adoii, maaf kualiti imej kurang memuaskan.. Ni gambar paling jujur ni, kalau printscreen kan macam-macam imej boleh cari dekat google image kan?? Siap nampak aku lagi.. Hahaha.. Tapi apa yang membuatkan bertambah best ni aku nak kongsi dengan korang semua:

  • Full license - maksudnya dah crack sepenuhnya.. Driver full, semua boleh pakai tanpa ada masalah..
  • Boleh swap ke windows 7 bila -bila tanpa ada menjejaskan partition windows atau data..
2012-12-25-19-21-51

Change operating system anytime... Amboiii speaking lagi.. Hehe bila rindu nak pakai windows 7 just restart je.. Akan muncul lah menu macam gambar atas ni.. Terasa macam baru je laptop kesayangan aku ni.. 





"Segmen 3 Hari : Cik Lyeen lagi!"

salamyellow

CikLyeen16


Cakkk !! hehe nak join segmen yang di anjurkan oleh Cik Lyeen yang sememangnya femes dengan cupcakes nya.. hehehe mana tahu kali ni bertuah juga.. Macam yang korang tahu, blog aku telah di review oleh Cik Lyeen ni.. Wahhh kembang kempis dada ku di buatnya.. 1st time my blog di review tau.. Siapa yang nak tengok boleh tekan SINI.. Dengan rasa kasih sayang aku dah follow dia punya syarat-syarat dan menjoinkan diri dalam segmen yang sungguh comel ni..

Hadiahnya :

527064_471729779525394_706729679_n


Boleh bagi mak atau pun yang teristimewa di hati ni :)

Mangsa tag :



 
© Blog CCK All Rights Reserved