header-irwanalessatyme-

Salah ke??

on 17 November 2012

assalamualaikum-pink


Tengah kerja lagi ni, sempat lagi nak update blog.. Hehehe suka kan blog ni.. Cepat je running, walaupun internet kedai ni slow gila.. Dah slow gila pulak tu.. Hahaha apa la aku melalut ni.. Terima kasih sudi like, yang twitter tu sudilah share kalau nak.. Jutaan terima kasih.. Baru je pasang widget tu.. Thanks kepada lyssa.. Banyak yang aku pelajari dari blog dia.. Hampir 90% keseluruhan blog aku ni hasil dari tutorial yang di sediakan.. Sapa yang tak kenal Lyssa?? Tipu arh tak kenal.. Blogger femes tapi org nya baik dan comel gitu :D  Boleh je tekan sini untuk tengok senarai tutorialnya ---> SINI 


Berbalik kepada entry ini, salah ke nak copy paste benda yang baik?? Bukan apa untuk nak bagi nasihat, dakwah dan bermacam lagi.. Ehhh siap marah lak kat twitter, jangan copy paste mende yang sama boleh?? Malas aku nak printscreen, takut mengaib kan sesetengah pihak.. Mungkin follower dia retweet, penuh Timeline twitter dia dengan benda yang sama.. Suka la nak retweet ape.. Huhuhuhu bukan nak pangkah atau pun nak menuding jari pada pelaku.. Niat yang baik, benda yang baik tu alangkah lebih baik jika di kongsi bersama kan?? Jangan lah macam tu, aku yang selalu RT pun terasa juga sebab aku follow twitter kau..

Sorry la, aku tak la marah sangat, tapi apa yang kau cakapkan tu buat orang terasa.. Bukan niat nak cari follower banyak tu nak cari gaduh.. Nak cari kawan bukan nak cari lawan.. Bukan juga nak berbangga, ataupun riak, nak ikankan tali persaudaraan.. 

Sorry lagi.. sebab buat entry ni untuk meluahkan rasa.. Tolong la ubah perangai, saling tegur menegur itu lebih bagus.. Tak perlu mention sapa-sapa yang kita nak luahkan ni, yang termakan cili akan terasa pedasnya :D

Semoga berjumpa di lain entry, wassalam..




Berubah?? Aku suka kan ini !

assalamualaikum-pink

Salam membaca buat semua.. Hmmm sebenarnya entry ini nak buat semalam.. Tetiba lak ada masalah teknikal yang tak dapat nak di elak kan.. So tengah takde keje ni boleh la update entry hasil tangan semalam.. Kalau perasan la, blog aku berubah wajah lagi buat kali ke bape pun aku tak pasti.. Ada yang beritahu kalau pakai blog design ni memang cantik.. 

Ternyata, memang lawa.. Simple tak semak, cukup selesa dengan tone warna nya.. PINK ?? kenapa?? Sebab aku suka yang lembut.. Buat masa ni tengah dok mencari lagi templete design yang simple dan lawa.. Memandangkan sebelum ni aku pakai background ada purple+pink.. Aku just kekal kan warna pink tu.. Purple dah takde.. Hahaha.. Tengah men`design` semalam, tetiba je kawan tegur " ko tu lelaki wan, takkan la blog pun nak pink?? Eh twitter ko dah tukar wallpaper ke?? hahaha..

Aku tak kisah pun nak kutuk pun.. Janji aku tak susahkan sape-sape.. Ada juga yang bagi support.. thanks.. Aku amat hargai dengan apa yang aku terima, aku akan jadikan motivate buat diri aku sendiri.. So far sekarang ni aku selesa.. Tak banyak widget yang boleh support.. So aku delate la bagi ringan.. Tak terasa kosong sebab post dia masih bersatu dengan sidebar.. Kalau sebelum ni aku pisahkan, sekarang aku nak nampak basic saje, nak widget yg simple tapi cantik.. Kotak ask.fm tu pun ada di sediakan.. Macam dah fenomena mende tu.. Best juga, kekadang merapu je soalan yang di tanya.. Boleh share kat twitter.. Tu yang buat lagi best.. 

Header tetap menjadi masalah.. Dari mula aku berblogging, sampai la ni tetap menjadi masalah.. Bukan tak pernah try buat, tapi segan la nak letak bahagian atas tu.. Tengok blog lain terasa nak je letak.. Hehehe.. Biarlah macam ni dulu.. Simple dan awesome pada diri aku sendiri.. Hehehe :) 

capture-20121118-193804


Boleh laaa.. Bangga juga hasil tangan.. Simple sangat ke?? Hehe.. :D

Rezeki Ada Dimana-Mana , Tapi .......

on 16 November 2012

assalamualaikum-pink


Salam ukhwah buat pembaca.. Alhamdulillah masih di berikan nikmat, membaca, menaip, melihat dan bermacam-macam lagi nikmat yang tuhan berikan kepada kita.. Alhamdulillah, tapi masih ramai yang seakan-akan tidak bersyukur...


Berniaga, mencari nafkah tak salah, dan berniaga juga baik untuk menjana pendapatan isi rumah.. Malah dalam islam juga, Rasullah S.A.W juga berniaga.. Bak kata, berniaga memang untung kalau pandai.. Jarang dapat rugi kalau kita pandai berniaga.. Tapi ingat juga siapa yang memberi kita rezeki?

gambar+pasar
sekadar gambar hiasan


Bukan apa, sekadar meluahkan apa yang aku rasa.. Dah lama juga aku solat dekat masjid tu tiap hari jumaat..Pihak masjid ada meletakkan ruang khas untuk peniaga menjual minuman, makanan dan lain lagi.. Disebabkan kawasan aku duduk sekarang ni kawasan industri yang gah.. Perodua, memang tak asing lagi.. Majoriti pekerjanya duduk dekat hostel yang di sediakan betul-betul berhampiran dengan  masjid.. 

Makin hampir waktu makin ramai.. Bukan nak cepat2 pergi ke masjid untuk mendengar khutbah,tapi buat khutbah sendiri dekat bawah.. Padahal khatib sering bagi nasihat sebelum azan pertama.. Tapi yang lagi pelik nya banyak peniaga yang ada tu kaum lelaki, dan bila aku kua awal tadi ( saja ambil barisan belakang) selepas aku memberi salam kedua terkejut aku melihat dah ramai yang membeli.. Yang lagi best, brother2 yang jual tu sibuk dah melayan customer.. Terdetik juga, maybe org kawasan luar kot.. 


Banyak yang memakai uniform perodua, ada yang bersongkok, pakai kain pelikat.. Sibuk dengan hal duniawi.. Walaupun kene seimbangkan, tapi agak-agak la kan.. Hormat la sedikit.. Mana perasaan malu.. Tempat ibadah, solat ibadah, berniaga pun ibadah.. Tak macam aku tengok negeri lain, takde pun macam kat sini.. Geleng kepala melihat org ramai.. Hajat hati nak membeli air kerana haus, tapi tak jadi pula bila memikirkan hal ini.. 


Tertunggu juga apa tindakan dari pihak pengurusan masjid, sebab ada kenal dengan bilal masjid tu.. Makin lama makin besar tapak, sepatutnya duit yang sering dibawa, untuk tujuan kebajikan tapi bila dah sampai isi perut sendiri dulu.. Depan pagar ada di sedia kan tabung Dana kebajikan anak-anak yatim, tapi ramai yang meluru terus ke gerai.. Rasa bangga dengan anak buah aku sendiri, bila turun je motor, minta aku duit.. Aku tanya nak buat apa?? Dia pun cakap " abg ngah nak masukkan duit dalam tabung tu.. Sebab minggu lepas takdepun tabung tu, biasa kat dalam je.. Aku pun bagi.. Dia masukkan, org lain tengok.. Ada yang masukkan derma selepas ank buah aku masukkan.. Malu kot, memang pun.. Seikhlas hati memberi, tuhan menjanjikan berlipat ganda pada setiap amalan yang kita buat.. Insyallah..


Kem Kecemerlangan Diri

on 12 November 2012

assalamualaikum-pink


Salam kepada semua.. Lama dah tak update, maaf.. sibuk dengan kerja.. Alhamdulilah, masih lagi diberi peluang, dan bersyukur segala nikmat yang di berikan.. Cuti sekolah dah pun bermula, tentu banyak aktiviti yang boleh diisi kan?? Adik2 yang cuti sekolah tu harap dapat isi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah..

Di sini aku ambil kesempatan nak promote satu kem.. Kem Kecemerlangan Diri.. Kem ni akan di jalan kan di Nur Laman Bestari pada 7-9 Disember 2012.. Kem ni di anjurkan oleh SMARTSCOACH.. Korang boleh klik SINI untuk tengok website..  

Kem ini juga mendapat usaha sama dari anak syarikat Smartscoach iaitu SmartsComputer dan bermacam agensi lain sebagai contoh Ahadan Coach..  Di website tersebut ada pendaftaran untuk sesiapa yang berminat.. 

Objektif program ini :
  • Membina Jati Diri yang mantap.
  • Melahirkan sifat kepimpinan.
  • Memupuk semangat setia kawan.
  • Mendidik kecemerlangan minda dan kerohanian.

JOM join kem ni.. Ohh lupa.. Kem ini hanya terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 9-17 tahun sahaja.. Boleh promote la kat anak saudara atau adik sendiri.. Hehehe..








Tahniah !

on 10 November 2012

assalamualaikum-pink


Salam kepada semua.. Wahh tersenyum hari ni, sebab apa?? Dah dapat follower genapkan 222.. Yes cantik sangat bila kena dengan tarikh 10.11.12 ni.. Rasa bertuah pulak.. Hadiah yang di janjikan dah sedia, so sekarang yang jadi masalah ni tak tahu lagi eqbalzack ni sapa.. Nak sangat review dan buat special post untuk tanda penghargaan.. 


Ada sesiapa boleh bantu ke?? Aku memang baru lagi dalam blog2 ni, ada juga bertanya kepada Mr .GOOGLE ada dapat jawapan, dan blog dia memang sebiji dengan nama dia.. So sekarang aku menanti je dia akan contact aku sama ada dalam blog, twitter or facebook..


\Jutaan terima kasih sebab merialisasikan impian aku ni.. Hehehe bukan target nak setakat tu je, nak ramai lagi.. Terasa gembira sebab ramai kawan blog, berinteraksi bukan sahaja di dalam blog, malah juga aktif di twitter atau pun facebook.. Secara tak lansung dapat menjalinkan ukhwah.. Ada blogger yang jadi kawan rapat secara tiba-tiba.. Berkongsi idea dan pendapat, tu yang selalu aku blogwalking blog-blog lain..


Join segmen dan rajinkan diri untuk blogwalking peserta lain juga akan buat follower kita akan bertambah, best kan ramai kawan blog?? nak share dengan pembaca semua.. Tak kisah la pengalaman hidup ke, apa ke.. Ada saja yang akan review blog kita mahupun lambat.. Pasti semua blogger pasang niat nak jadi macam Lyssa, Ben Ashaari  and ramai lagi kan :) So kita kena lah rajin berusaha untuk jadi macam diorang :D


Dekat facebook pun banyak group-group blogger yang korang boleh join.. contohnya :



Ni yang buat masa sekarang ni aku join.. Banyak faedahnya.. Lepas kita buat entry kita boleh share post kita di twitter ataupun facebook.. Secara tak lansung akan tingkatkan trafic blog kita kan?? So apa lagi, meh kita ambil peluang ni sesama.. Eratkan ukhwah sesama kita.. Wassalam :)





 
© Blog CCK All Rights Reserved