header-irwanalessatyme-

Jom Blogwalking Sampai Pengsan

on 3 October 2012

assalamualaikum-pink 

cooltext782367707
 1st time join segmen ni.. Haaa niat cuma nak tambah kenalan.. Rasa janggal lak baru 1st time ni..


Apa lagi boleh la join cepat sebab tarikh tutup pada 31/10/2012


capture-20121003-042649


Sikit kan followers??


tu yang nak join segmen ni..

Ada hadiah tau bagi blogger yang meningkat followers nye.. Cepat lah join..


: D

Nak join klik SINI


Terima kasih dan selamat mencuba..

Aku Resah...

assalamualaikum-pink

Selamat pagi ( ketika ni jam 0315) masih tak dapat tidur lagi.. Resah memikirkan perasaan sendiri, ketika orang lain dibuai mimpi indah, aku masih lagi terkebil-kebil depan laptop ku ini..

Aku sendiri tak memahami apa yang sedang aku rasakan, resah, gelisah semacam.. Rasa bagai batu 80tan menghempap aku.. Berat ketika aku memikirkan.. Abaikan je, tapi kekadang datang balik perasaan tu..

Dia terima aku ke tidak?? Pelbagai persoalan yang aku sering nak tanya kepada si dia tetapi tiada masa.. Masing- masing ada kerjaya dan matlamat, sampaikan status relation pun sedikit terabai..

Apa yang perlu aku buat?? Salah ke sebab aku ni cemburu sebab sayang dia.. Berkali juga perasan kat twitter dia luahkan perasaan dia..

"Selamat pagi cinta"
"Selamat malam rindu : D"

Banyak lagi la, ada yang terbaru lebih kurang macam ni la..

"Aku sayang dan cinta dia sebab agama dan iman dia" Buatkan aku bertambah sayang"


Entah lah, aku sendiri pun tak paham.. Biarlah kalau tweet tu bukan untuk aku.. Tapi dia jujur, kalau dia ada someone special dia takkan cari aku.. Tadi aku resah sebab tu la, seharian la xreply msg.. Sejak balik keje, msg aku pun tidak.. Bila call kejut asar pun tak jawab, padahal aku nampak dia tweet awak, nnti kejut saya top asar ok?? Tapi lepas azan aku call dia tak angkat.. Sekali je call sebab takut dia marah and rasa di ganggu.. Aku memang bukan sesiapa pada dia nak control itu-ini.. Tapi tak salah rasanya tegur sesama islam.. Kan?? Especially time solat..


Nak sangat dengar suara si dia hari ni.. Tak angkat call pulak bila call, tapi buat pertama kali aku dengar dia menangis semalam, aku xbape nak dengar sebab dia teresak-esak sangat, aku taknak tanya lagi, sebab dia tak suka aku tanya banyak kali..

Apa yang aku dengar, i takut sangat nak bagi perasaan lebih pada u,i takut u kecewa.. I takut permainkan perasaan u sebab i takut akan terkena balik sebab itu janji tuhan.. Kita jalani macam biasa je lah u, i pun tak mengharap lebih sebab i tahu i banyak persaingan.. I pun nak tanya kenapa u pilih i..
Maybe nanti la time u free i tanya and bagi something pada u time kita jumpa nanti, bukan bear je tau.. Ada lagi.. Insyaallah raya haji nanti saya gerak Kelantan.. Tunggu eh??

Aku tahu dia tertekan, banyak kerja untuk di siap kan.. Aku paham dia, aku pun tak suka dia tension, tambah pulak nak layan karenah aku.. Cukup la bertanya kabar, ingatkan solat and mesej jap.. Jadilah dari takde.. Kan?? Bersyukur la juga..


Kenapa u pun memendam rasa juga macam i sekarang nih? I rindukan suasana dulu la u.. Sangat-sangat dah ni.. Hari ni last dia keje shift pagi, cuma kesian kan dia kene bangun seawal 5am, then pas subuh dah naik bus.. Jaga pesakit kene sabar, i tahu u boleh and u memang minat.. I sentiasa support u dan mendoakan u setiap 5 waktu i kerja kan.. I sayang u sangat2.. Moga jodoh kita berpanjangan.. Insyaallah.. Aminn



Mata Oh Mata! !

on 1 October 2012

assalamualaikum3
Selamat pagi readers semua, entry yang ke #36, hari pertama memulakan bulan Oktober tahun 2012.. Baru berapa jam tinggalkan September yang bagi aku sendiri amat menggembirakan dan membahagiakan.. Sedih tnggalkan bulan September dan takut akan mengalami Tragedi di bulan Oktober wahhh macam lagu awie lakk.. hahahaha..    : D



Pagi2 dah merepek, apa lah nak jadi.. Hmmm pasal mata ni terjadi kepada diri aku sendiri.. Baru balik dari buat cermin mata.. Tapi tak ambil lagi.. Petang ni baru nak ambil.. Baru je berapa bulan ta pakai spect mata, power makin naik.. 300 tu .. Dah macam tua la pulak aku ni.. Rasa macam tak percaya.. Cina yang tempat
aku buat tadi, haiyyaaa u tipu i ke? u cakap u punya power 100lebih, ini apa pasal 300lbih maa.. '


Mana i tau,haha senang je cakap.. Nasib baik aku tak kene charge lebih sebab tak puas hati dengan result dari tempat check mata, 1st customer dia bagi less ok la jugak.. Dari harga RM450, dia bagi jadi RM 380.. Untungnya, rezeki murah.. Tapi aku bukan budak kecik, mesti ada untung lagi la if jual ngan harga RM380 , tuuu.. 


Alah bukan nak berkira sangat, sebab beli untuk pakai.. Rasa dah teruk sangat dah mata aku ni.. Mau tak nya hari - hari mengadap skrin lappy or pc.. Mata pun bertambah rabun, rabun jauh pulak tu.. Silau pun naik, dari 90 jadi 130.. Malam memng jarak penglihatan memang kabur, sebab tu takut nak bawak moto laju pada waktu malam.. Kurang jelas.. 


Bila dah siap nanti boleh laa ambil and terus pakai.. 

Ok la nanti cte lagi..

Assalamualaikum..

Aku Doa Kan Si Dia Berjaya..

assalamualaikum3


Salam kepada readers semua.. Berjumpa lagi dalam entry yang ke #35.. Alhamdulillah , folllowers makin bertambah.. Sekarang dah 50orang.. Jutaan terima kasih sebab korang sudi follow blog aku yang tak berapa nak lawa, and entry yang entah apa entah ni.. Tapi cuba sedaya upaya untuk bagi input yang berguna utuk korang dan sesiapa sahaja suatu hari nanti.. Insyaallah : D


Hari ni si dia " Capital F " aku posting nurse kat Hospital Ipoh, trainning untuk dia kot.. Hehe dapat dah gambar dia pakai baju nurse, comelll woooo.. Hehehe biasa la senget siapa kan?? Senget aku juga.. Hehehe I sentiasa mendoakan u, i harap u dapat buat sungguh- sungguh and i ada kat sini setia tunggu u..



Esok dia dah start busy, selama ni dia gelarkan aku " orang busy".. Mana taknya tak pernah cuti, kerja dari pagi sampai malam, pastu sempat pulak lak join taekwando ke ape ke, mana nak cukup rehat.. Makan entah kemana, rehat tidur sentiasa tak cukup.. Bila dia tanya and cakap macam tu kat aku, sayang juga kat aku walaupun aku tau tak la banyak.. Dia jenis memendam, tapi dia la yang berjaya membuka pintu hati aku untuk bercinta lagi..


LUV U SO MUCH DEAR!!

I ni lak jenis suka meluahkan isi hati, sebb i ta nak simpan lama.. Kalau boleh setiap masa nak bgtahu.. U tau kan i syg u macam mana?? Syg sangat-sangat.. I harap u boleh paham i.. Hehe i ta boleh nak kata apa bila u cakap " apelah nasib i nih, dapat semua yang gila kerja,kerja kuat sampai diri sendiri tak terjaga, pastu ada hati lak nak jaga hati org.. Dah la suka buat orang merajuk.. !!  Hahaha sangat suka tengok u merajuk, if ditakdir kan nanti kita bjumpa, perkara i wajib buat nak buat u majuk.. Hahaha jahat ta i?? Jahat kan?? I mmg gila, tapi gila kan u sorang je.. (",)  


Mmmm macam biasalah u, u tetap dengan mendiam kan diri je.. I boleh paham, i pun tak nak tambah serabut yang dah menebal dalam kepala u, sejak peristiwa hari tu i selalu memendam rasa.. I tak nak kita berselisih faham, taknak kita gaduh, taknak bermasam muka.. Sungguh !! Taknak la sampai macam tu u.. 
Biarlah i cinta kan u sederhana sahaja, tapi penuh dengan keikhlasan.. I masih ingat apa yang tulis dalam status fb.. 

Bukan sehensem Aaron Aziz yang kucari,
Dan juga tidak sekaya Dato' LCW,
Yang aku cari, pemimpin yang bakal memimpinku ke jalan yang di redhai..


I nak sangat jadi macam yang u cari tu..


U, buat sungguh - sungguh eh? Even ni 1st posting u, tapi u buat betul - betul mesti boleh berjaya.. U dah download belum lagu i bagi tu?? Senyap je, tak respon apa.. I dedicate lagu tu, bila i teringat u i mesti pasang..


Ni lah luahan hati i untuk u.. Setiap malam i akan cakap.. I ta kesah u nak kata i mamat karat, jwang, or gedik ke.. Memang i akan ignorekan 100% !! I xkan makan kata2 macam tu u.. Hehehe tahniah ok?? : D

Hehe i memang senget.. I macam ni ngan org tertentu je.. Tadi call jap je, sebab i ada banyak lagi kerja.. Sebab ni end month kan?? So banyak pre-work kene buat, biasala keje biz ni.. Untung naik kedai ambil kira, audit untuk tahu untung/rugi biz tu..

Ok lah, thanks sudi membaca ye..

Akhiri entry dengan serangkap pantun:

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi, 
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.






Semakin Hari , Semakin. . .

on 30 September 2012

assalamualaikum3
Salam kepada readers semua.. Berjumpa lagi di entry yang ke #34.. Alhamdulillah perjalanan hidup masih dapat di teruskan walaupun liku-liku yang terpaksa aku tempuh semakin mencabar.. Biar pun cabaran yang mendatang tu berat, akan aku tempuh dengan sabar.. Dengan harapan, aku tidak akan lupa pada yang Maha Esa.. 


Semakin aku kenal dia, semakin aku dekat dengan hati dia, biar pun tak pernah bersua muka namun ku tahu dia lah wanita yang berjaya membuka hati aku untuk bercinta lagi, setelah di kecewakan dahulu, pernah terdetik mungkin aku ni tidak sesuai untuk wanita yang baik..


Seorang hamba Allah pernah memberitahu pada aku,  saudara jangan risau, jodoh orang yang baik adalah dalam kalangan yang baik belaka dan begitulah sebalik nya.. Semaki hari semakin rasa sayang.. Entah kenapa setiap hari teringat padanya, berdebar di dalam hati setiap masa.. NAMUN, aku kena bagi dia ruang untuk memilih.. Sampai saat nanti, dia akan beritahu..


Rupa paras tiada, harta pun tiada, hidup besederhana, tiada apa- apa.. Bukan kemewahan duniawi yang di kejar semata, namun akhirat tetap tak ku lupa.. Pengalaman dahulu banyak mengajar ku tentang kehidupan.. Dewasa umur bukan mengukur kematangan seseorang, bukan hidup di dunia sudah lama pengukur kepada kerohanian seseorang.. Paras rupa, pangkat, harta dan kelebihan semua tu hanya pinjaman semata.. Bila-bila boleh di tarik nikmat tu, secara perlahan-lahan ataupun sekelip mata..


Keikhlasan itu penting dalam setiap perhubungan, di bawah nya terletak perkara - perkara yang lain yang lebih menguatkan suatu ikatan.. Ada masa kita memerlukan , ada masa tidak.. So tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya akal... Mana yang baik kita ikot mana yang jauh kita jangan lah ikot..
Semakin hari semakin rindu...Aku hanya menanti apa keputusan dia, aku tetap akan menanti.. 

Terima kasih.. 

Aku nak kan dia ikhlas terima aku adanya, mencintai aku kerana allah dan mencintai juga kekurangan aku.. Aku nak jadi imam kepada dia, dan dia isteriku.. 
Ya allah, pelihara lah hubungan kami.. 
Capital F
SAYA CINTA AWAK!
SAYA RINDU AWAK!
SAYA SAYANG AWAK!
Setulus hati saya...


Tuhan jaga kan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku.. Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hati ku..


Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita..
 
© Blog CCK All Rights Reserved