header-irwanalessatyme-
Showing posts with label poyo. Show all posts
Showing posts with label poyo. Show all posts

Baru Sempat..

on 25 January 2013

Assalamualaikum..

Hari ni aku cuti, tak kerja tapi entah kemana merayau-rayau.. Hehe sekarang ni baru sempat nak menaip entry.. Adeh besok kerja lagi dah.. So cuti tadi aku buat apa yang aku selama ni nak buat.. Haha dah lama aku tak macam ni, dulu masa duk Johor selalu jugak berkubang macam ni.. Oh masa lalu yang aku selelau rindui.. Zaman budak-budak mandi sungai sampai kecut dah tangan, dari tengahari mandi sampai lah bawak ke senja.. Teringat abah sampai bawak kayu sebab mandi sampai tak hingat dunia.. Ekekeke..

Masa : 4pm-4.30pm.
Lokasi : Salam Sentosa, Bukit Sentosa.

Idea yang tak terlintas di kepala.. Tetiba je kawan ajak aku pergi mandi dekat air terjun Sg.Kedondong ni.. Kat mana tempat tu ?? Boleh search gps or google maps ok.. Jalan Batang Kali- Genting Highland.. Bukan nak cakap lebih, citer sini abis sini ( Tiru ayat syuib) memang jelas nampak Genting kalau dari depan rumah aku ni.. Haha jeles ke?? Cuma nampak lampu je, nak g??? Habihkan duit.. Dan aku ni bukan berdarah sejuk.. Tak selesa pergi atau stay kat tempat sejuk lelama.. hahaha..

Masa : 4.45pm - 5.30pm.
Lokasi : Atas jalan ride moto.

Masa ni aku tengah bawak motor, wah seronok sakan.. Sebab semalam aku memang tak planning apa nak buat lagi pun bulan makin gelap atau lebih dikenali aku poket tengah tak tebal.. So aku ingat nak lepak rumah habis kan masa aku depan lappy layan blog.. Tetapi tetiba kawan call ajak ngeteh, so ikut la.. Dan-dan terus ajak mandi air terjun.. Wah! Tanpa fikir panjang aku terus nak pergi.. Sepanjang perjalanan memang seronok.. Dah sampai lagi lah bertambah seronok..

Masa : 5.35pm- 6.30pm.
Lokasi : Air Terjun Sg Kedondong, Batang Kali.

Mandi time!! Haha ini lah masa yang aku nantikan.. Sesampai nya kat sana terus tukar baju dan seluar.. Terus slassshhh!! Hehe sejukk wooo.. Tambah pulak baru lepas hujan.. Air pun agak deras.. Tapi takde warning pun.. Bantai je lah.. Adeh sampai masuk air dalam telinga..

DSC_0071

Amaca cantik tak.. Haha ni pakai handphone cikai je.. Maaf kualiti kurang memuaskan.. Hehe kalau air dalam, nak je terjun dari jambatan tu ke bawah.. Ye lah nak jadi atlet dah lebih umur.. Hehe..

DSC_0063

Buat pertama kali aku pertontonkan aku di dalam blogger ni.. Ahaks! Aku adalah aku.. Sedang termenung mencari ilham.. Melihat keindahan alam semula jadi.. Baru perasan , memang muka aku lain gila buka spec.. Haha aku pun nyaris tak kenal aku sendiri..

DSC_0070

Amboi korang sedap je mandi aku je tangkap gambar korang.. Eh bergurau senda pulak.. Apa pun tak boleh..

DSC_0065

Nasib tak dalam, kalau aku nak  snorkeling dalam ni apa yang aku nampak?? Adakah ikan duyung, ketam? Mahupun ikan lumba-lumba ke?? Hehe ni last berendam sebelum balik..

**************************************************************************************************************

Hari ni memang aku seronok sangat.. Terasa kosong je jiwa.. Indahnya ciptaan Tuhan, aku bersyukur kerana di berikan nikmat bernafas di muka bumi ini.. Alhamdulillah..




Kalau Takda Benda Ni??

on 24 January 2013

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua, hamboi awal bebenor aku menaip entry.. Tak mengantuk lagi la, lagi pun hari ni kedai cuti so boleh la lakukan aktiviti malam.. Hehe lama dah tinggal benda tu, alhamdulillah masih lagi tak lupa.. Sebenarnya dari selepas publish entry yang sebelum ni dah dapat idea entry ini, namun baru ni ada kesempatan nak menaip dalam sini.. Kalau takda benda apa?? Apa yang aku maksudkan dalam entry ni??

Kalau takde benda ni mesti susah kan?? Bayangkan je lah, takkan nak buat manual kot, kalau dalam 10 site takpe lagi, kalau 90 lebih, mau naik kematu jari even copy paste je.. Haha ringan kan jari takpe, tapi tak lenguh ke weh?? Hehe..

send
Ikhsan Google.com
Benda ni kalau takde, huh mengeluh juga.. Hehehe tapi bila dah ada jadi pemalas la pulak yela kan.. Bila ada button ni kerja yang di buat berulang kali tu jadi sekali je.. Boleh percaya ke kata aku ni??

capture-20130124-045708

Cayo la cakap den.. Betul tak?? Hehe ini baru 25 Group, kalau 90?? Melopong ekau berputih mato.. Hehe memang boleh jejak sejam juga kalau takde benda alah ni, kerja yang mudah ada kenapa mesti pilih jalan yang sukar?? Kalau nak juga terserah.. Tapi kalau tak pasang widget ni blog ringan sikit load dia kalau nak tahu.. Takpelah buat masa ini aku masih lagi berpuas hati.. Jika kawan ada yang tak berkenan just info je tau.. Boleh terima sebarang kutukan :)..

ZZZzzzz....ZZZzzzz!! Adeh terlolap pulak mato den.. Hehe jumpa lain entry ok??


Perhatian ! Perhatian !

on 23 January 2013

Assalamualaikum..

Hari ini tak terlalu banyak kerja sangat so aku dapat luangkan masa aku dengan blog amat lah panjang.. Ubah sini, ubah sana.. Hurmm ni la hasilnya.. Aku berpuas hati, macam mana korang semua?? Ok kan?? Wahh tak henti kawan bagi support.. Terima kasih kawan :) Ini lah di namakan sahabat seperti yang di nyanyikan oleh Najwa Latiff tu.. Tetapi banyak perbezaan antara kawan dan sahabat.. Bagi aku sahabat paling bermakna cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.. Terima kasih ..

Perhatian ! Perhatian ! hehe takde apa lah sangat cuma nak bagi tahu yang navigation (page) atas header aku ni ada la fungsi nya juga.. Faham tak?? Aiyooo aku nak cakap sangat pun aku tak reti menda ni apa.. Hahaha.. Meh tengok gambaq sat noh..

capture-20130123-224658

Yang Home, Contact tu.. Ada kegunaanya juga pada aku dan korang, kalau rajin tekan la page tu ye.. Jangan risau bukan link says la.. Hehe nampak sangat takut.. Tapi dah jadi trend orang tinggalkan link dekat shoutbox pakai url says.. Takpe la, berbakti juga pada orang.. Tolong orang buat duit, dapat juga menambah pahala kan..


Ok, bagi navigation Contact tu, boleh la korang hubungi aku melalui cara tu, nombor telefon or whatsapps sorry masih personal lagi.. hehehe.. Yang Ping Site tu memudah kanaku dan korang untuk ping kan segala entry korang di dalam page tu.. Dalam page tu ada aku kumpulkan seberapa yang aku dah kumpul.. Tak kisah lah group blogger atau pun other site yang menyediakan khidmat untuk kita ping enty.. Contoh, kartikel, pingJe.. Yang lain korang boleh la terjah.. Yang  Facebook tu aku sediakan khidmat buat korang untuk direct ke fan page aku.. Yang Timbang Blog tu pula aku sediakan buat sesiapa sahaja yang nak timbang berat blog anda.. Free je pun tak kena bayar pun..



Alahai Mamat Ni Poyo laaa..

on 15 January 2013


Assalamualaikum..
Hye semua.. Adeh baru dan nak buat entry.. Kenapa yee?? Sebab keje bertambun.. Buat keje perabih dulu baru nak taip entry.. Sibuk la juga, memandangkan memang tersangat lah bz dengan kerja, tak sempat rasanya nak blogwalking macam semalam.. Hari ni baru entry pertama, semalam pot pet pun dapat juga 4 entry.. Hehe bukan takde idea nak type tapi takde masa..

kerja(DuniaKerja)
Ikhsan Google
Poyo la mamat ni! Adeh terkena macam ni memang tak terkata la.. Tergamam, tersipu-sipu malu menahan muka.. Ketika aku hendak pergi ke Batang Kali untuk urusan kerja.. Tengah aku membawa dengan kelajuan 80km/h tetiba aku ternampak 2orang awek ni menahan aku dengan lambaian tangan nya bak dedaun nyiur yang lembut.. Aku pun lantas memberhentikan motor aku di depan 2 orang awek itu.. Dengan selamba badak aku pun bertanya..

"Kenapa cik adik duduk tepi jalan macam ni??

Lalu salah seorang pun berkata, 

" Motor kami tayar pancit, so kami tak tahu nak betulkan.. Lagi satu, awak tak tahu nak bezakan ke antara awek dengan bini orang?? Agak-agak la.. 

Aku pun berkata,

Laa yeke?? mintak maaf la ye.. Saya tak tahu.. Maaf.. Sambil menahan malu yang teramat sangat..

Awakk ni poyo lah!.. Akak dah kawin, ni adik kakak je yang masih belum berpunya.. 

Macam ni la kak, saya telefon kawan saya untuk beli tiub motor dan kelengkapan sekali.. Sebab nak repair ke bengkel jauh ni kak, lagi pun hari panas.. Kita tunggu sini dulu ok..

10 minit kemudian, kawan aku pun sampai.. Kami berdua meng'repair motor akak tu sampai ok..

Ok , dah siap kak..

Berapa ni??

Berapa apa??

Yang awak tolong ni lah.. 

Alah kak, tak payah la.. Akak beri pada kawan saya tu je, sebab saya dah lambat ni.. Ada urusan yang nak di selesaikan.. Akak boleh la teruskan perjalanan.. Saya mintak maaf pasal tadi ye..


p/s : menyesal pulak tak mintak no adik akak tu.. haha baru ku tahu rupanya aku poyo.. hahaha!




 
© Blog CCK All Rights Reserved