header-irwanalessatyme-
Showing posts with label Blogspot To Wordpress. Show all posts
Showing posts with label Blogspot To Wordpress. Show all posts

Selamat Tinggal

on 9 May 2013

Assalamualaikum..

blogger-ke-wordpress


Hampir setahun menggunakan platform ni, banyak ragam, banyak kawan, banyak kenangan yang IA perolehi.. IA semakin sedar, pentingnya IA untuk mengorak langkah untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang blogger ni.. IA sudah pun comfirm untuk pergi ke hosting baru, worpress adalah angan-angan IA selama ini dan mungkin dalam masa yang terdekat ini akan  tercapai..

Terima kasih buat bro Melastik Bintang dan blogger-blogger lain yang selama ini memberi cetusan untuk IA berpindah ke "rumah" baru.. Memang, masih merangkak lagi ketika ini, mencari maklumat seberapa banyak maklumat, tutorial mahupun tutorial.. Sedikit bantuan dari rakan blogger yang akan menjadi "sifu" buat IA mempelajari banyak ilmu.. Ilmu baru yang akan IA perolehi sedikit sebanyak dapat di manfaatkan untuk semua rakan blogger..



Wordpress Semakin Hampir

on 24 April 2013

blogger-o-wordpress-21

Aku Sanggup..

on 28 March 2013

Assalamualaikum..

Entah kenapa aku masih lagi belum puas untuk terus menerokai benda yang baru ni.. Mungkinkah nafsu / keinginan?? Atau mungkin aku ingin maju ke setapak lagi?? Sebenarnya kedua-dua sebab ini aku sanggup untuk bersengkang mata, kurang tidur.. 

tutorial+wordpress

Nampak sama kan?? Tapi memang lebih special.. Setakat ini ada la dalam 1 /2 entry yang telah aku coretkan dalam wp aku ni.. 

tutorial+wordpress1

Banyak blogger yang aku sendiri bertanya, minta pendapat tentang kebaikkan dan kelebihan wordpress ni.. Tapi serius aku mengaku yang aku sayangkan platform blogspot ni, kerana aku telah di perkenalkan dengan blogspot sebelum wordpress.. Ada yang berpendapat, bahawa pentingnya readers dari followers.. Itu semua pendapat peribadi orang yang lebih otai dalam bidang blogging ini.. 

Ada rakan sejawat berkata " Blogspot pun terkial-kial lagi kan nak wordpress".. Aku senyum dan berkata, kau ni sebenarnya pembakar semangat aku".. Dan dia menyusul pergi.. Best kan?? Sekarang ini aku takkan menoleh ke belakang lagi, dan fokus aku hanya lah hadapan..

"Do not look back, if the outlook is painful .. So always think ahead, success is always waiting for you .."

Blog Baru | Blog CCK

on 18 March 2013

Blog Berwajah Baru Lagi??

Assalamualaikum..

Blog CCK banyak menukar templete dalam beberapa hari ini.. Pelbagai cara di lakukan untuk mengoptimiskan blog ini ke dalam enjin carian, dan memaksimumkan SEO di dalam blog ini.. Sememangnya templete dari thesisforblogger.net ini buat masa ini sangat menepati citarasa dan yang paling penting templete ini mesra SEO.. Namun, bagi yang menggunakan templete ini (ver.2) tentu ternanti-nanti bilakah untuk ver.3 akan keluar.. Sama-sama kita nantikan, dan blog CCK semestinya akan mencuba kehebatan templete thesis ver 3 ini nanti..

Jika sebelum ini, blog CCK hampir huru-hara di sebabkan masalah coding yang melanda dengan tiba-tiba,namun perkara itu sudah dapat di atasi.. Tentang blog CCK mahu bertukar ke platform WP (Wordpress) itu hanya cadangan dari seorang blogger yang aku kenali.. Beliau mengesyorkan supaya blog CCK berpindah ke WP.. Seperti yang kita sama-sama tahu, WP lebih mudah untuk di pelajari dan lebih menarik, namun 'kehebatan' WP masih belum blog CCK uji lagi.. Tunggu lah nanti bila Blog CCK memang betul-betul ada komitmen untuk menggunakan WP..

Apa pandangan sahabat blogger tentang blog baru CCK??


Perlu Ke Blog CCK Bertukar WP?

on 13 March 2013

Assalamualaikum..

B+to+W

Perlu atau tidak bukan menjadi permasalahan, apa yang sepatutnya aku lebih mencari medium bacaan untuk aku penuhkan ilmu di dada dahulu sebelum berpindah kepada WP.. Selama ini aku menggunakan blogspot pun sudah ok? Mengapa perlu wordpress?? Apakah kelebihannya??

Boleh dikatakan tinggal hanya transfer domain sahaja, blog aku kini hampir 50% siap untuk ke platform WP.. Segalanya akan terjawab apabila aku sendiri akan mencari pelbagai info tentang WP dengan lebih lagi..  




 
© Blog CCK All Rights Reserved