header-irwanalessatyme-

Selamat Kembali ..

on 20 December 2012

salamyellow
Salam tengahari semua.. Dikala orang sibuk memasak, sibuk pergi kedai mamak, aku masih di kedai lagi.. Sempat lagi menaip entry.. Waktu panas ni teringat sedapnya cendol pulut.. Baru hari tu pekena dekat Alor Gajah.. Alaa orang Melaka mesti tahu, sebab cendol sana memang terbaik.. Murah pulak tu.. Hehe terlampau sedap sampai lupa nak snap pic.. Huhu terliur dah ni.. Hahaha lebih enak jika minum cendol bersama si dia.. hehe ;D


Selamat kembali ke sekolah adik-adik.. Persiapan terakhir barang kali.. Ibu bapa sibuk mempersiapkan segala kelengkapan bagi anak-anak mereka.. Waahhhh cuti hampir habis kan?? So isi masa lapang dengan sepatutnya, jangan nak TLDM (tidur, lepak dan makan ) je.. 


Bermula cuti sekolah haritu, bermula juga musim "Berkhatan" .. seronokk woo.. Takpe, tanda adik-adik mula meningkat dewasa.. Pastu bila dah senang ejek kawan yang belum 'potong'.. Hahaha kenangan beb, rasa malu juga pada masa tu, kene ejek ramai-ramai.. Nak buat caner, penakut juga pada masa tuh..

khatan

Sempat peace lagi.. Sumber google.. Maaf kalau ada terasa, nak bagi kredit pic ni tak tahu sapa.. Hehe apa pun sempoi..




Lepas musim berkhatan, pastu musim pula membotak kan kepala.. Hahaha maksud aku gunting rambut la, tapi selama aku sekolah rendah tak pernah botak, rambut sentiasa belah tepi je.. Skema kannn?? hahaha.. Ragam semasa gunting rambut nak sekolah, dok fesyen, pacak-pacak sana sini.. Last-last sampai sekolah kene tangkap semasa sportcheck ! menyesal ekau tiado guno.. hahaha..

P1020396

Ala tomey-tomey siap tertidur lagi gunting rambut.. Ketika menaip ni aku macam terasa juga, sebab sampai sekarang ni aku masih lagi nak tertidur bila gunting rambut.. Hahaha pelik la weh, cam ape tah habit ni.. Susah nak kata, bila masuk dan duduk atas kerusi tu, start je mesin berbunyi aku nak lelap.. Pernah juga tertidur, dah siap baru kejut.. Terbaik lah perangai! haha..


Ragam waktu cuti sekolah, lagi time nak bape hari nak bersekolah mula ni.. Mesti rasa malas, ye dakk?? Selalu boleh bangun 10 pagi, alaa awal lagi tu.. Ni nak kena bangun seawal 6am.. Kesian kan??? Lagi buadak  Darjah 1 mesti masih liat nak bangun.. Haha kekadang tergelak waktu ni.. Teringat zaman dulu punya cerita..





Tahniah Skuad Malaysia !

salamyellow
Selamat pagi.. Rutin biasa masuk kerja baca paper dulu.. Rasa malas pula nak kayakan bangla sebelah ni, so aku tengok online je kat http://www.bharian.com.my.. Free je, tak kene beli.. Hehe selalu pun keluar juga belek-belek dari paper kedai bangla tu juga, tapi time takde internet la.. Ok berbalik kepada entry ok?? Panjang sangat intro nih..

capture-20121220-112111

klik untuk tumbesaran :)


Walaupun kalah tempoh hari, namun kalah kita bermaruah dan seakan terbalas apabila Thailand tewas pada skuad Singapura dengan 3-1.. Kejayaan Singapura menjadi juara sebanyak 4kali, dan paling mereka banggakan adalah kejuaraan mereka di tempat sendiri iaitu Stadium Jalan Besar.. Ini pasti menjadi kenangan manis buat mereka..

Namun agak mendukacitakan setelah mendengar khabar kedudukan jurulatih skuad Harimau Malaya iaitu Datuk K.Rajagopal seakan tergugat apabila desas desus Datuk K.Rajagopal akan di gugurkan dari Ketua jurulatih skuad kita.. Ini terjadi mungkin di sebabkan tidak dapat mempertahankan kejuaraan 2tahun lepas apabila tunduk dengan Thailand 3-1 pada perlawanan separuh akhir.. Namun, perkara ini masih dalam perbincangan.



Segmen : i follow u,u follow i

on 19 December 2012

salamyellow

Hii lama dah tak join segmen, hehehe sibuk la katakan.. Tengah sedap-sedap makan kuaci sambil blogwalking ternampak pula ada segmen baru.. Omaigod!!! hehe style lisa dalam Istambul Aku Datang.. Haha cam ne ntah aku boleh terdownload cerita tu, tapi best la juga.. Aik?? Ni nak buat segmen or nak review filem?? Panjang beno intronya.. Ok tanpa berlengahkan masa..


segmen


Klik banner di atas ni untuk join ok??



Be Mine!

salamyellow
Salam maghrib buat semua, alhamdulillah masih di berikan berjuta nikmat agar masih lagi bisa bernafas.. Waduh cakap indun lagi.. Hahaha apa la aku ni, susah sangat nak serius.. Tapi bagi yang dah kenal dengan aku pasti tahu aku macam mana orangnya.. Ececeh kembang jap, kembang kempis.. Hehehe dah la orang nya semakin tembam! huhuhu ok terus kepada entry ok? Puas dah melalut tak tentu pasal nih..



Be-Mine-Ever-2

   Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna? lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you..

Tiada siapa yang nak sesuatu hubungan yang di bina tersangkut di tengah jalan.. Sememangnya lumrah dunia, berselisih faham dan pendapat, asam garam kehidupan.. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan lagi aku dengan si dia..

Pelbagai cabaran yang kita tempuh dalam beberapa hari ni, kekadang tercabar keegoanku.. Hendak saja menitiskan air mata, namun aku tidak dapat menahan nya juga.. Hope kita dapat tempuhi bersama :)

Be_mine_HTF_base_by_Maimala

#Wordless Wednesday # please :(

salamyellow

549467_499302936762547_1029256343_n
 
© Blog CCK All Rights Reserved