header-irwanalessatyme-

Pantun Merisik

on 3 April 2013

Adat Melayu | Koleksi Pantun Merisik



Merisik

Assalamualaikum..

Dapat kongsikan sedikit dari bahan bacaan untuk di kongsikan bersama dengan pembaca, semoga bermanfaat untuk semua..

Kami datang menaiki kereta,
walau jauh tidak terasa,
hajat ingin memetik bunga,
kerana kumbang mengada-ngada.

Kelapa tua dibelah belah,
Masak gulai kupang & lokah,
Duduk salah baring pun salah,
Rupanya kumbang gatal nak bernikah.

Bersyair merdu seorang biduan,
Biduan kelana dari Parsi,
Ingin ditanya gerangan tuan,
Dalam hati sudahkah terisi.

Kain songket dibuat baju,
Songket dibeli dari pekan,
Kedua keluarga sudah setuju,
Cepat-cepatlah mereka disatukan.

p/s : Belum ada pengalaman lagi.. Tapi pernah ikut family kawan dulu :D

Tempahan Design Terbaik

Assalamualaikum..

Tempahan+Design


Service Tempahan Design | Blog Tempahan Design menyediakan service tempahan design buat anda semua.. Banyak pakej yang di sediakan oleh blogger tersebut.. Berminat?? Boleh menghubungi beliau di sini.. Jangan merasa tidak yakin, memang kebanyakkan yang edit blog di monopoli oleh kaum Hawa, jangan risau dan merasa gundah gulana, kerana blogger ini akan membuat design yang semestinya terbaik dari ladang, dan yang lagi penting design tersebut akan memuaskan hati anda.

timeline+facebook
Tempahan Design Timeline Facebook


header2
Tempahan Design Header Blog


banner
Tempahan Design Banner

watermark
Tempahan Design Watermark

Ini adalah sebahagian dari hasil fikiran dan design ini memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan.. Blogger ini juga menerima tempahan edit blog, salah satu bukti yang paling jelas.. Blog CCK juga telah membuat tempahan dengan blogger ini.. Memang cepat proses pembuatan templete nya.. Menunjukkan beliau sememangnya mahir dalam coding / design blog.. 

Untuk menempah sila klik pautan :

Klik sini!








Bila April

on 2 April 2013

Assalamualaikum..

image


Bila April | Dalam keadaan separa sedar, kita pun telah meninggalkan bulan ketiga dalam setiap tahun iaitu bulan Mac.. Alhamdulillah atas kurnian ilahi, masih lagi bernafas hingga ke hari ini.. Yeahaaa! Blog aku akhirnya di transformasikan menjadi lebih ranggi hebat dan bergaya.. Ada ke yang tak perasan dengan blog aku ni dah berubah? Maklum lah aku belum di kenali lagi..

Blog+CCK

Aku memang suka warna biru! Suka sangat.. Amacam?? Apa pendapat korang?? Aku masih lagi dalam proses edit lagi.. Nanti lah, badan aku dah terlalu penat.. Hampir setiap hari 3-4jam hanya masa yang di peruntukkan untuk rehat,tidur dan sebagainya.. Sedih kan??


5 Blogger Terpantas :Review

on 1 April 2013

Assalamualaikum..

Review Blog | 5 Blogger Terpantas yang dapat komen pada entry 5 Blogger Terpantas.. Kali ini semua blogger yang di review di"WAJIB"kan untuk review kembali blog ini, tak kisah apa pun kutukan, asalkan membina dan saling bertukar pendapat.. Bukan bertujuan untuk menyiksa tapi kira adil la kan.. Hehe.. Tanpa berlengah masa lagi,jom review 5 Blogger Terpantas ini..

Header+Din+Graphic
http://dingraphic.blogspot.com/

  • Keseluruhan, templete ini menampakkan kematangan, dari struktur CSS, sidebar yang kemas.
  • Ditambah pula dengan header yang awesome, cantik.
  • Kemas susunan, templete yang menarik, jenis font yang di pakai memang sesuai..
  • Load blog ringan dan tidak terlalu menggunakan widget yang boleh menambahkan berat blog.
  • Blogger sudah pun berblogger sejak tahun 2010, lamanya.. Nampak kematangan dari segi entry yang di taip. Itu beza nya blogger yang lama dan yang baru.
  • Rajin buat doodle, potret.. Bagus.. Memang lawa hasil bro buat.. Boleh tempah vektor dari blogger ni.. Memang cun la dia buat..
  • Caya tak?? Boleh pergi ke link INI.
  • Terjah : Din Graphic!

capture-20130401-131754
http://ihazaliza.blogspot.com/

  • Blog pink ini memang lawa.. Kemas, dan teratur tak kira la di bahagian sidebar mahupun post.. Bahagian sidebar nampak kemas kerana tidak banyak widget. 1post 1page memang akan menampakkan lagi kekemasan templete ini.
  • Curser comel la, mana dapat.. Saja tanya, sebab nak tahu. Tapi memang kena pada blog awak.. Kalau blog ini pakai?? Oh! Ada yang muntah pelangi.. Hehe saya tak sesuai kot.
  • CBox kemas di "hide".. Lebih cantik jika edit colour dan width widget tersebut.. Cuba sesuaikan dengan width blog anda, atau pun anda terpaksa mengubah width blog anda, terpulang mana satu.
  • Buatkan scroll box pada widget blog archieve, ianya amat mudah untuk pengunjung blog anda untuk membaca entry yang lepas dan dengan pasang scroll box itu juga akan lebih tonjolkan lagi kekemasan dan ruangan sidebar akan lebih jimat.
  • Mula berblogger pada tahun 2011. 
  • Terjah : Iha Zaliza

capture-20130401-140700
http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/

  • Tema hijau blog ini.. Templete kemas.. Sidebar teratur dan tidak banyak widget..
  • Kalau pandai bermain coding blog, boleh ubah templete ini supaya tampak lebih kemas. Kalau boleh hindarkan di bahagian post 'transparent', agak sukar untuk membaca keseluruhan isi post anda.. Gunakan warna putih atau pun cream, supaya bersesuaian dengan jenis font dan warna font.
  • Curser pun comel,buat sendiri ke?? Blog ini juga ada sediakan ruangan banner atau iklan.. Bagi blogger yang berminat untuk letak iklan cepat-cepat hubungi blogger ini.
  • Di bahagian footer blog, widget Mister' Linky juga boleh letak scroll box untuk kemaskan strukturnya. Widget ini juga boleh di jadikan sebagai bloglist. Memang ada kegunaanya. Blog CCK juga pernah menggunakan widget ini dahulu, kini hanya menggunakan blog kedua untuk berblogwalking atau pun ikut pada dashboard.
  • Rajin join segmen dan GA.. Support rakan blogger di samping tambah kenalan, ada rezeki boleh menang hadiah. Perlu di contohi.
  • Jom terjah : A Secret Journey

capture-20130401-144222
http://thisismylife-eyka.blogspot.com/

  • Kemas blog ini.. Warna tema yang sangat sesuai.. Pink + Turquoise = Awesome! Gabungan yang sempurna akan menghasilkan satu templete yang sangat menarik.
  • Kekemasan blog ini juga di tambah dengan sidebar yang menarik, susunatur widget yang kemas.
  • Penggunaan font yang sangat sesuai dengan blog, 1 post 1 page memang jelas.
  • Blogger ini juga pandai membuat vektor, memang kreatif blogger ini.. Nak tengok hasil karya blogger ini?? Jom terjah SINI.
  • Keseluruhan blog ini memang cantik, dan kena dengan pemiliknya.
  • Jom terjah : Vespa & Me

capture-20130401-150602
http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/

  • Blogger terakhir untuk segmen ini adalah Cik Lyeen.. Memiliki templete yang lawa dan di hiasi dengan cupcakes.. Psstt! Manis orangnya macam cupcakes juga..
  • Templete kemas, Soft Blue + Pink = memang gabungan yang sempurna.. Entry nya yang kemas, kadang-kala simple tapi mempunyai aura nya yang tersendiri.. 
  • Sidebar dan post kemas, di samping menggunakan jenis dan warna font yang amat bersesuaian sekali dengan templete.
  • Blog CCK juga turut berada di dalam bloglistnya yang bertajuk "Cupcakes Sweet" ,cuba korang tengok takut aku sahaja yang berkhayal lebih :D.
  • Mula berblog sejak tahun 2010, wahh lama dah, 3 tahun dah bergelar seorang blogger, Blog CCK ni baru sahaja nak mencapai usia setahun pada July ini.
  • Jom terjah : Cik Lyeen Cupcakes
 

Tamat dah review, maaf atas kelewatan.. Sebenarnya sangat-sangat sibuk dengan tiba-tiba.. Dari awal pagi tadi taip entry ini dan baru pada masa ini sempat di siapkan dan publish.. Bagi blogger lain yang nak join, mungkin blog CCK akan membuat segmen ini pada setiap hari Ahad, itu pun jika tiada aral melintang.. 

Mohon review kembali blog ini dengan seikhlas hati, tidak kisah di kutuk/ sebagainya.. Segalanya aku akan terima dengan seikhlas hati.. Maju lah blogger untuk Malaysia..




So Sorry

Assalamualaikum..

Sorry semua kawan-kawan yang terpilih untuk di review dalam segmen yang sebelum ini..

Busy dengan kerja-kerja seharian.. Format,service pc,troubleshooting astro.. Install server di AMC.. Memang hari ini dengan tiba-tiba aku di tugaskan untuk kerja luar.. Adeh migrain terus, mengadap pc dan laptop membuatkan mata bertambah rosak..

Kegirangan di hati semakin terasa walau kesedihan melanda beberapa hari ini,kehidupan aku seharian perlu juga di teruskan..

p/s : nantikan perubahan yang berlaku di blog CCK..

 
© Blog CCK All Rights Reserved