header-irwanalessatyme-

Burger Bakar Kampung | Meru Style!

on 21 March 2013

Burger Bakar Kampung Terbaik

Assaalamualaikum..

Mungkin agak terlewat untuk aku upkan cerita ni untuk di kongsikan bersama dengan readers semua.. Maaf di atas kelewatan.. Aku teringat apa yang di katakan oleh sahabat blog aku ini " Tak kira berapa lama masa untuk kita ambil untuk sebuah entry, tapi keberkesanannya lebih jelas".. Tak melengahkan masa, jom ikut aku makan Burger Bakar Kampung!!

Burger+Bakar+Kampung+(Meru+Style!)


Memang terasa lagi kenikmatan burger yang di hasilkan oleh pemilik kedai ini.. Burger bakar yang special yang di fahamkan patty ( ayam & daging ) di buat dengan resipi yang tersendiri.. Pada mulanya kami hanya tergamam dan setelah menelitinya sendiri memang, ianya sangat istimewa..

Burger+Bakar+Kampung+(2)

Ramuan dan rempah yang di gaul bersama isi utama iaitu isi ayam / daging menjadikan patty yang luar biasa dari yang lain.. Namun biarlah menjadi rahsia -ujar pemilik bila kami bertanya apakah formula rahsia itu.. Bila di letakkan ke tempat pemanggang, aroma patty itu mula merebak.. Memang mengasyikkan aroma itu, kami hampir terlupa apakah yang sedang kami buat di situ tempoh hari..

Burger+Bakar+Kmpung

Ujar pemilik lagi " Kami tidak memanggang di atas tempat pemanggang yang biasa di khuatiri patty tersebut tidak masak dengan sempurna, atas alasan itulah kami hanya menggunakkan kuali burger yang biasa ini sahaja, kerana ia akan memasakkan patty dengan kadar yang lebih cepat dan akan menjaga kualiti setiap patty yang di panggang"..


Burger+Bakar+Kampung+(2)

Burger Double Ayam + Double Cheese menjadi pilihan, kerana aku amat menggemari cheese dan ketika kali pertama ia hinggap di mulut aku rasa nya begitu nikmat sekali.. Terasa bagai di awangan, itulah perasaan yang aku ingin gambarkan.. Amat tenang ketika di makan, tambah pula dengan suasana kampung yang indah permai, jauh dari hiruk-pikuk kebisingan di kotaraya.. Sekali sekala deruan bunyi ekzos kenderaan lalu- lalang, sedikit pun tidak mengganggu mood kami untuk menjamu kenikmatan Burger Bakar Kampung ini..


Special Dari Burger Bakar Kampung :
  • Menyediakan khidmat "Delivery" untuk kawasan Meru, tidak ada limit, walaupun hanya membeli air.. Charge penghantaran hanya RM1.
  • Menjadi MEMBER Burger Bakar Kampung, pendaftaran hanya RM10 sepanjang hayat.. Banyak keistimewaan jika menjadi ahli.. "Beli 4 Burger Bakar F.O.C 1 set burger bakar biasa (Ayam/ daging )
  • Menu biasa turut di jual, dan ada juga di datangkan dengan Set burger iaitu Burger + Kentang Goreng + Air (Jika tidak mahu air berkarbonat, juga boleh ditukar untuk ice-blended hanya di tambah RM 1 dari set sahaja..

Walaupun baru sahaja memulakan perniagaan selama 4 bulan, sambutan dari pelanggan amat menggalakkan.. Di katakan hampir setiap hari sibuk dengan pelanggan.. Hinggakan sehari mampu habis 150 patties.. Salah satu perkembangan yang bagus.. Walaupun banyak saingan yang kita tahu banyak timbulnya Burger Bakar yang lain sebelum ini, namun Burger Bakar Kampung pastinya akan menjadi pilihan, kerana penduduk Meru amnya dan kawasan lain tidak perlu keluar ke kota raya seperti Shah Alam, Kuala Lumpur atau lain-lain lagi untuk menikmati Burger Bakar.. Pastinya Burger Bakar Kampung akan menepati citarasa anda semua..



peta+lokasi+burger+bakar+kampung
Peta lokasi Burger Bakar Kampung

Hubungi Kami :

En Hafiidh : 010-7731917

Zero To Hero..

on 20 March 2013

Program ZERO to HERO


483848_566179256739794_1637664681_n

Bagaimana hendak menjadikan ANAK anda dari ZERO to HERO...mari berkongsi MODUL TERBAIK anda mampu merubah kerana POTENSI ANAK anda sebenarnya sangat BESAR..rakan-rakan di Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Melaka, Negeri Sembilan, Perak jumpa anda di MASJID NEGARA pada 12 Mei 2013...CEPAT BERTINDAK ANAK ANDA MAMPU BERUBAHNYA..

Program ini khas untuk ANAK-ANAK yang berusia dari 10-18 tahun.


Berminat???


  • Emailkan pendaftaran untuk ANAK anda ke impian@smartscoach.com atau boleh hubungi En. Zurairi 012 272 0532.
  • Pembayaran boleh di buat menerusi Public Bank ( Smarts Coach) - 3154375717

p/s : Cepat-cepat pendaftaran masih terbuka..

50,000 Kekosongan SPA!

Assalamualaikum..
SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih 50,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam akan diisi sepanjang tahun ini.


Sumber ini di petik dari Bernama..

                                                       *   *    *    *    *   *    *    *   *

Memang sentiasa di tunggu oleh semua orang yang sama ada bergelar mahasiswa, pekerja dibahagian swasta dan lepasan universiti yang masih belum mendapat peluang pekerjaan.. Peluang seperti ini seharusnya di rebut.. Bagi aku sendiri masih mempunyai peluang, tidak pernah berputus asa untuk sentiasa mengisi di SPA ini, kerana ia adalah gerbang untuk membawa aku ke pekerjaan yang lebih baik..

Untuk isi / kemaskini permohonan SPA :

Sila layari laman sesawang http://www.spa.gov.my

Pengalaman Bersama Otai Blogger

on 19 March 2013

Blog CCK Bersama Otai Blogger


Assalamualaikum..

Kembali menaip entry setelah 'lama' bercuti.. Kini blog CCK kembali dengan entry yang baru , super gempak dan best.. Gempak ke?? Best ke?? Itu korang sahaja yang boleh nilai penulisan dan penyampaian aku dalam entry yang sebelum ni.. Oh ya, semalam blog CCK berkesempatan untuk duduk se'table dengan blogger-blogger yang otai.. Nak tahu siapa??

DSC_0036%5B1%5D
Bro Kid ( shakiddo.com) & DN (deqnoor.com)
Ada ramai lagi blogger yang Blog CCK jumpa pada program ni, program apa tu ehh?? Rahsiaaaaaaa.. Tunggu, mungkin entry selepas ini ke.. Semestinya pengalaman ni bagi CCK sendiri tak boleh di lupakan, diorang ni semua super-friendly.. 


Blog Baru | Blog CCK

on 18 March 2013

Blog Berwajah Baru Lagi??

Assalamualaikum..

Blog CCK banyak menukar templete dalam beberapa hari ini.. Pelbagai cara di lakukan untuk mengoptimiskan blog ini ke dalam enjin carian, dan memaksimumkan SEO di dalam blog ini.. Sememangnya templete dari thesisforblogger.net ini buat masa ini sangat menepati citarasa dan yang paling penting templete ini mesra SEO.. Namun, bagi yang menggunakan templete ini (ver.2) tentu ternanti-nanti bilakah untuk ver.3 akan keluar.. Sama-sama kita nantikan, dan blog CCK semestinya akan mencuba kehebatan templete thesis ver 3 ini nanti..

Jika sebelum ini, blog CCK hampir huru-hara di sebabkan masalah coding yang melanda dengan tiba-tiba,namun perkara itu sudah dapat di atasi.. Tentang blog CCK mahu bertukar ke platform WP (Wordpress) itu hanya cadangan dari seorang blogger yang aku kenali.. Beliau mengesyorkan supaya blog CCK berpindah ke WP.. Seperti yang kita sama-sama tahu, WP lebih mudah untuk di pelajari dan lebih menarik, namun 'kehebatan' WP masih belum blog CCK uji lagi.. Tunggu lah nanti bila Blog CCK memang betul-betul ada komitmen untuk menggunakan WP..

Apa pandangan sahabat blogger tentang blog baru CCK??


 
© Blog CCK All Rights Reserved