header-irwanalessatyme-

Random Entry #222

on 4 February 2013

Assalamualaikum..

Hari ini dalam sejarah, sebab aku menaip entry yang ke-222.. Random entry aku ambil sebagai tajuk sebab tak boleh fikir nak bagi tajuk apa.. Yeah! My Top 30 Commentators : Mereka ni di dalam Top 30 yang memang rajin tangan bagi dekat komen aku ni..

capture-20130204-210941


p/s : Kenal tak blogger yang bernumber 9 & 14 tuh?? Hahaha.. sila abaikan je kalau korang kenal ok??


Uji Tahap SEO Anda


Assalamualaikum..

SEO sangat penting bagi sesebuah blog. Di mana setiap blogger menginginkan sesebuah entry itu mencapai tahap pageranking yang tinggi dan mendapat halaman pertama dalam sesebuah enjin carian.. Namun usaha demi usaha setiap blogger itu di anggap belum puas. Ini kerana, tiada bukti kejayaan seseorang blogger itu boleh di ukur sebenarnya.. Untuk menjadi yang lebih usaha yang lebih juga perlu di buat.. Untuk mencapai nya bukan sahaja dengan langkah memasang meta tag dengan betul, tetapi juga tips-tips blogwalking, tips-tips entry, meletakkan backlink, ping entry, meletakkan blog archieve, mencipta ruangan komen @ shoutbox juga perlu diambil kira..

Chkme.com adalah sebuah perisian yang dimana memboleh kan sesebuah blog itu boleh di nilai seberapa tahap SEO sesebuah blog. Di sini ada sedikit tutorial yang ringkas bagaimana untuk check tahap SEO blog..


Check+SEO+Blog+Anda

Check+SEO+1

Check+SEO+2



Anda semua pun boleh check dan boleh kongsikan bersama sebarang tips yang berguna.. Selamat berblogging :)

Aura Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Assalamualaikum..



20081204222729mg9691

Fenomena UAI @ Ustaz Azhar Idrus ini bukan lah sangat baru, tetapi semakin lama aku nampak impak dari fenomena ini bertambah baik dari hari ke hari.. Setiap hari, ada sahaja maklumat yang aku ingin dapatkan menerusi ceramah, bahan media yang lain yang terdapat dalam dunia internet yng semakin tidak bersempadan ini.. Hakikatnya, semakin aku lihat, banyak golongan belia seperti aku ini seolah di tarik ""megnet"..

Aura Ustaz Azhar Idrus ini berjaya menari golongan belia untuk menghadiri ceramah UAI.. 100ribu yang di mana rata-rata yang menghadiri ceramah nya daripada golongan belia.. Hakikatnya unur belia macam aku ini secara lumrahnya akan lebih tertarik dengan mencari hiburan yang lebih kepada keduniaan, tidak akan memikirkan untuk akhirat.. Tetapi pada aku sendiri aku sekarang ada koleksi ceramah UAI yang aku memuat turun dari laman sesawang Youtube, memang banyak.. Gelak tetapi intipati setiap soalan yang di
utarakan dapat di jawab dengan baik dan berteraskan Agama.. Aku sendiri tertarik..

Siapakah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Pendakwah??


  • Pernah menjadi 'gitaris' bagi sesebuah band, tetapi Ustaz keluar kerana niatnya hanya bersuka-suka.
  • Ustaz juga telah pernah mewakili Terengganu untuk sukan berbasikal pada tahun 1980an.
  • Pernah bekerja sebagai artis grafik.
  • 1990 Ustaz berkahwin dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mencanting batik. Dan ketika ini lah beliau mendalami ilmu Agama.
Begitulah serba ringkas tentang biodata Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah.. Hari ini dapat kita lihat, tarikan yang di bawa oleh UAI ini semakin hebat.. Malam tahun baru juga telah di tukar serba sedikit, daripada konsert-konsert, timbulnya malam yang penuh dengan ilmu.. Penganjuran malam tahun baru ini juga secara tidak lansung akan menari golongan belia untuk duduk dan mendengar ceramah dalam majlis ilmu..

396155_254208277985025_202752153130638_628130_926956408_n




segmen : Kempen Jejak Blogger , Tambah Follower 2013

on 3 February 2013

Assalamualaikum..

Sambil blogwalking ternampak ada segmen yang baru yang menarik aku untuk menjoinkan diri.. Kehkeh, aku bukan senang nak join segmen ni, tertakluk kepada terma dan syarat yang di berikan oleh penganjur tu juga..


Banner

Tentang Blog aku secara ringkas :

  • Blogger yang berasal dari Muar.
  • Baru aktif berblog semenjak June 2012.
  • Boleh paggil Wan, Irwan.
  • Masih lagi belajar tentang ilmu blog dan akan terus belajar.
  • Trademark :" Setiap penulisan ada cerita, di sebalik cerita di dalamnya sebuah kehidupan"
Moh ramai-ramai kita join segmen ni !!


Gadis.my??

on 2 February 2013

Assalamualaikum..

Sekarang, banyak yang terjadi kes-kes seperti pencabulan, gangguan seksual, sama ada di kawasan luar rumah, dalam rumah, tempat kerja mahupun tempat awam.. Adakalanya kes yang terjadi seperti di atas ini boleh juga melibatkan trauma sepanjang hayat dan yang lebih teruk lagi boleh menyebabkan kecacatan berkekalan dan juga kematian. Oleh itu, kau Hawa terutama sekali hendaklah mengambil iniasititif @ langkah proaktif untuk mengelak daripada perkara seumpama itu terjadi..

Gadis Girl's Awareness Development & Inspirational Series )  adalah sebuah program yang di buat untuk wanita yang berumur di antara 16tahun ke atas untuk melindungi diri sendiri dari perkara yang tidak diingini dan melatih keyakinan serta mendidik wanita untuk lebih bersemangat sama ada di dalam kerjaya ataupun di dalam pendidikan.. Program ini di di asaskan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan di jayakan oleh para panel yang lain, sebagai contoh Datuk Dr Mohamed Mustafa Mohamed Ismail, Sir Noordin Khalid dan ramai lagi..

150956_537533766271010_732338955_n


Di dalam program Gadis ini banyak menerapkan betapa pentingnya wanita dalam pembentukkan sesebuah negara.. Sebelum ini kita lihat banyak kes yang berlaku di kalangan wanita.. Tetapi langkah proaktif telah di ambil dengan mewujudkan Gadis ini juga akan menerapkan juga seni bela diri yang boleh di pelajari dengan mudah oleh wanita iaitu SDS ( SMARTS Self Defence System ).. Program ini akan mendidik car-cara bela diri ketika berhadapan dengan sesuatu masalah. Contohnya perompak.

295307_537538002937253_1305453642_n

Antara barisan tenaga pelajar yang akan menjayakan SDS ini di bawah kelolaan Sir Noordin Khalid iaitu dari SMARTS Coach.. Gadis ini juga mendapat sambutan yang baik daripada artis-atis tempatan seperti Heliza, Fahrin Ahmad, Raja Azura..

Untuk keterangan lanjut :

Website Gadis = Gadis.my

Kredit : Sumber gambar oleh Page Smarts Coach
 
© Blog CCK All Rights Reserved