header-irwanalessatyme-

Koleksi Gambar Pelik Tapi Lucu..

on 26 January 2013

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi koleksi gambar yang pelik tapi lucu yang aku rasa boleh membuat sesorang kehairanan, lepas itu boleh gelak.. Hehe saksikan ye..

Gambar+Pelik+Tapi+Lucu1

Gmbar+Pelik+Tapi+Lucu

Pelik+Tapi+Lawak


Apakah yang anda faham dengan ketiga-tiga gambar di atas??

Aku Di Vektorkan??

on 25 January 2013

Assalamualaikum..

Haa hari ni aku merasa gembira sangat.. Sebab apa?? Di tajuk entry pun dah ada kan?? Takpayah nak buat ayat tak habis.. Hehe nak tahu sapa yang lukis? Blogger femes nanti ni.. Ala yang dah masuk dalam blog Lyssa Faizureen tuh.. Laa tak kenal ke?? SM la @ lebih di kenali dengan nama manja di dalam blog ni Cik Lisa.. Amboii ang.. Senyum tak habis aku.. Apa pun sep2 kita dah gang dah.. Nak tengok??

wan

Kreatif la.. Aku teringin sangat hari tu.. Hehe korang nak korang boleh contact dia tau??? 

Blackberry Z10 Vs Iphone 5

Assalamualaikum..

Pada 30 Januari ini dunia bakal di kejutkan dengan munculnya smartphone yang bakal mengalahkan ciri-ciri hebat yang di miliki Iphone 5.. Blackberry,adalah sebuah syarikat pembekal telefon yang gah setanding dengan Apple.. Blackberry Z10 (BlackBerry 10 L-Series) adalah model terbaru yang akan di pasarkan mulai 30 Januari.. Ciri-ciri dan spefikasi awal yang telah di nyatakan sebelum ini telah membuktikan bahawa keluaran baru blackberry ini akan mengalahkan model dari Apple iaitu Iphone 5..



Blackberry+Z10

Dikatakan  Blackberry Z10 ini memiliki ciri seperti berikut :


• 4.2”, 1280×768 HD display
• 2GB RAM
• 16GB Internal Storage
• 1800 mAh Battery
• Front Facing w/2MP Camera, 2X Zoom, 720p Video
• 8MP Rear Facing Camera w/1080p Video and 5X Zoom, Single LED Flash
• Wi-Fi, BT, GPS, 4G, NFC


Lihat pula perbezaan di antara Blackberry Z10 dan Iphone 5 :



Meta Tag : Dalam SEO


Meta Tag dalam sesebuah blog itu amat lah penting dalam mengejar ranking pertama dalam google.. Oleh itu memasang Meta Tag di dalam blog dengan betul adalah satu cara yang akan menyebabkan kejayaan seseorang blogger, tidak hanya terlalu bijak untuk posting sesebuah entry sahaja tetapi juga mahu mempelajari dan mempraktikkan trik-trik SEO(Search Engine Optimization)di dalam sesebuah blog.. Seperti mana yang kita sedia maklum, SEO sangat besar pengaruhnya untuk menentukan sesebuah blog itu.. SEO itu sendiri merupakan suatu proses meningkat kan traffic sesebuah blog untuk mencapai rangking pertama di muka enjin carian yang sangat berpengaruh seperti Google.. Dengan kata erti lain, dengan menggunakan sesuatu keyword, SEO akan membolehkan entry yang di post akan tercatat di dalam dalam halaman pertama Google.. Apa yang di harapkan dengan memasang meta tag ini akan membantu dan menarik pengunjung ke blog kita..

Sebenarnya ada banyak meta code yang boleh menjadikan SEO kita akan menjadi lebih friendly.. Tetapi jangan ambil mudah untuk memasang meta code ini, segala keyword atau discription hendak lah di isi dengan betul dan yakin dengan memasang keyword itu akan lebih menjadikan blog kita seo friendly.. Ok tanpa membuang masa :


Tutorial memasang meta tags di blog :

  • Login ke dashboard dan masuk ke Templete.
  • Edit HTML --> Tick Expand Widget.
  • Cari kod di bawah ini :
<b:include data='blog' name='all-head-content'/> atau  <title><data:blog.pagetitle/></title>  atau  <title><data:blog.pageName/> - <data:blog.title/></title>  atau  <title><data:blog.title/></title>
  • Cari hanya salah satu daripada kod di atas.. Ada jumpa?? Jika jumpa copy kod di bawah ini dan paste kan di bawah kod yang korang dah jumpa tadi.
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>

<meta content=' ISI DENGAN DESCRIPTION BLOG ANDA ' name='DESCRIPTION'/>
<meta content=' ISI DENGAN KEYWORD BLOG ANDA ' name='KEYWORDS'/> </b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, &quot; + data:blog.title + &quot;, &quot; + data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, &quot; + data:blog.title + &quot;, &quot; + data:blog.pageName' name='Keywords'/>
</b:if>
<meta content='index, follow' name='robots'/>

<meta content=' NAMA PENGGUNA BLOG ' name='author'/>
<meta content='2013, ISI DENGAN NAMA BLOG ' name='copyright'/>
<meta content='1 days' name='revisit-after'/>
<meta content='id' name='language'/>
<meta content='id' name='geo.country'/>
<meta content='Malaysia' name='geo.placename'/>
<meta content='all-language' http-equiv='Content-Language'/>
<meta content='global' name='Distribution'/>
<meta content='global' name='target'/>
<meta content='Malaysia' name='geo.country'/>
<meta content='all' name='robots'/>
<meta content='all' name='googlebot'/>
<meta content='all' name='msnbot'/>
<meta content='all' name='Googlebot-Image'/>
<meta content='all' name='Slurp'/>
<meta content='all' name='ZyBorg'/>
<meta content='all' name='Scooter'/>
<meta content='ALL' name='spiders'/>
<meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/>
<meta content='true' name='MSSmartTagsPreventParsing'/>
<meta content='blogger' name='generator'/>
<meta content='general' name='rating'/>
<meta content='never' name='Expires'/>


  • Gantikan segala maklumat yang di tulis dalam warna BIRU..
  • Preview dahulu, kalau tiada apa-apa masalah baru save..
Ada lagi satu meta kod, kali ini kod nya agak mudah tapi kesannya sama seperti meta kod di atas.. Cara pasangnya juga sama, paste kan code di bawah ini selepas code yang di cari..

<b:if cond='data:blog.url == &quot;Isi dengan Url Blog&quot;'><title><data:blog.pageTitle/></title><meta content='Isi dengan deskription Blog Anda' name='description'/><meta content='Isi dengan keyword Blog Anda' name='keywords'/> </b:if><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><title><data:blog.pageName/> - <data:blog.title/></title><meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, &quot; + data:blog.title + &quot;, &quot; + data:blog.pageName' name='description'/><meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, &quot; + data:blog.title + &quot;, &quot; + data:blog.pageName' name='Keywords'/></b:if>

Tukarkan segala perkataan yang berwarna BIRU itu .. Jika anda mengisi ruangan keyword dengan betul, blog anda akan tercatat di halaman pertama Google.. Selamat Mencuba..

Baru Sempat..

Assalamualaikum..

Hari ni aku cuti, tak kerja tapi entah kemana merayau-rayau.. Hehe sekarang ni baru sempat nak menaip entry.. Adeh besok kerja lagi dah.. So cuti tadi aku buat apa yang aku selama ni nak buat.. Haha dah lama aku tak macam ni, dulu masa duk Johor selalu jugak berkubang macam ni.. Oh masa lalu yang aku selelau rindui.. Zaman budak-budak mandi sungai sampai kecut dah tangan, dari tengahari mandi sampai lah bawak ke senja.. Teringat abah sampai bawak kayu sebab mandi sampai tak hingat dunia.. Ekekeke..

Masa : 4pm-4.30pm.
Lokasi : Salam Sentosa, Bukit Sentosa.

Idea yang tak terlintas di kepala.. Tetiba je kawan ajak aku pergi mandi dekat air terjun Sg.Kedondong ni.. Kat mana tempat tu ?? Boleh search gps or google maps ok.. Jalan Batang Kali- Genting Highland.. Bukan nak cakap lebih, citer sini abis sini ( Tiru ayat syuib) memang jelas nampak Genting kalau dari depan rumah aku ni.. Haha jeles ke?? Cuma nampak lampu je, nak g??? Habihkan duit.. Dan aku ni bukan berdarah sejuk.. Tak selesa pergi atau stay kat tempat sejuk lelama.. hahaha..

Masa : 4.45pm - 5.30pm.
Lokasi : Atas jalan ride moto.

Masa ni aku tengah bawak motor, wah seronok sakan.. Sebab semalam aku memang tak planning apa nak buat lagi pun bulan makin gelap atau lebih dikenali aku poket tengah tak tebal.. So aku ingat nak lepak rumah habis kan masa aku depan lappy layan blog.. Tetapi tetiba kawan call ajak ngeteh, so ikut la.. Dan-dan terus ajak mandi air terjun.. Wah! Tanpa fikir panjang aku terus nak pergi.. Sepanjang perjalanan memang seronok.. Dah sampai lagi lah bertambah seronok..

Masa : 5.35pm- 6.30pm.
Lokasi : Air Terjun Sg Kedondong, Batang Kali.

Mandi time!! Haha ini lah masa yang aku nantikan.. Sesampai nya kat sana terus tukar baju dan seluar.. Terus slassshhh!! Hehe sejukk wooo.. Tambah pulak baru lepas hujan.. Air pun agak deras.. Tapi takde warning pun.. Bantai je lah.. Adeh sampai masuk air dalam telinga..

DSC_0071

Amaca cantik tak.. Haha ni pakai handphone cikai je.. Maaf kualiti kurang memuaskan.. Hehe kalau air dalam, nak je terjun dari jambatan tu ke bawah.. Ye lah nak jadi atlet dah lebih umur.. Hehe..

DSC_0063

Buat pertama kali aku pertontonkan aku di dalam blogger ni.. Ahaks! Aku adalah aku.. Sedang termenung mencari ilham.. Melihat keindahan alam semula jadi.. Baru perasan , memang muka aku lain gila buka spec.. Haha aku pun nyaris tak kenal aku sendiri..

DSC_0070

Amboi korang sedap je mandi aku je tangkap gambar korang.. Eh bergurau senda pulak.. Apa pun tak boleh..

DSC_0065

Nasib tak dalam, kalau aku nak  snorkeling dalam ni apa yang aku nampak?? Adakah ikan duyung, ketam? Mahupun ikan lumba-lumba ke?? Hehe ni last berendam sebelum balik..

**************************************************************************************************************

Hari ni memang aku seronok sangat.. Terasa kosong je jiwa.. Indahnya ciptaan Tuhan, aku bersyukur kerana di berikan nikmat bernafas di muka bumi ini.. Alhamdulillah..




 
© Blog CCK All Rights Reserved