header-irwanalessatyme-

Segmen 3 Blogger Terpantas!

on 21 January 2013


Assalamualaikum..

cepat-naik-karir


Hari ini dengan baik hatinya aku nak buat simple segmen.. Apa yang simple sangat?? Senang je, takde syarat -syarat, tak payah buat entry.. Korang just letak kan link korang di bawah ini.. Untuk hari ini aku nak cari 3 orang blogger bertuah untuk aku review.. cepat, sapa cepat dia dapat :)

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Assalamualaikum..

Hari ni nak join segmen yang sangat - sangat simple.. Segmen ini di buat khas oleh blogger yang bernama Yaya.. Nak join kan?? just clik banner yang comel di bawah ni ok??

 segmen

capture-20130121-124036

Wan dah follow blog yaya..

Jom ramai-ramai join sebab tarikh tutup lambat lagi.. 
15 Febuari 2013!!

Tutorial : Ringankan blog ! Guna trick CSS Compressor

on 20 January 2013

Assalamualaikum..
Hari ni bertambah rajin aku nak buat kan tutorial dari hasil apa yang aku buat.. Sebelum aku buat entry ini aku akan mencubanya dahulu sebelum buat tutorial ini.. Adeh takde sapa pun nak request, saja nak berkongsi ilmu untuk menafaat bersama kita.. Penting ke blog ringan??

Disini aku amat mudah mengkongklusikan bahawa pentingnya sebuah blog tu ringan.. Dan yang paling penting, ianya amat mesra dengan SEO.. Jom ikuti tutorial ringan kan blog dengan menggunakan CSS Compressor..

  • Pilih Templete > Edit HTML > Tick Expand Widget.. Pastikan anda backup templete anda terlebih dahulu.
  • Pergi ke web CSS Compressor.
  • Pergi ke edit HTML itu semula dan copy kod dari <b:skin> dan ]]></b:skin> . Pastikan anda coy betul-betul code itu.. Bagi code <b : skin > perlu copy selepas code itu, manakala untuk code ]]></b:skin > pula anda ambil sebelum code itu.. Pening ?? OK.. Lihat betul-betul gambar ini..
ddd
  • Copy selepas code <b:skin> tau?? Bermula dari code <![CDATA[/*.. Itu bagi code aku, tapi kebiasaannya macam tu lah.. Highlight code tu sampai sebelum jumpa  code ]]></b:skin> tau??


ssss
  • Nampak tak?? Copy semua yang korang highlight kan tadi kemudian paste dekat CSS Compressor tadi.. Bila dah copy jangan terus compress-it!.. Tick pada normal dan don't strip any comments.. Faham? Tak faham boleh tengok gambar di bawah ni pula..



kjhhh

  • Lepas korang paste ke dalam box yang di berikan, korang boleh la tekan compress-it tu.. Lepas tu dia akan berikan code yang baru yang telah di modifite, bertujuan untuk meringankan blog anda.. Kalau korang gila maut pandai bermain coding blog, tak salah untuk korang tukar kepada Super Compact tu..
  • Copy code yang baru itu dan paste kan semula pada edit HTML anda..
  • Preview dahulu, jika takda masalah boleh save.


Banyak lagi yang aku belum explore, especially tentang SEO.. Meta Tag, dan bermacam lagi perlu aku explore dan kemudian sedikit sebanyak aku akan share serba sedikit untuk readers semua.. Selamat mencuba..


Tutorial : Recent Post with Thumbnail

Assalamualaikum..

Hari ni sibuk belek-belek google cari tutorial untuk Recent Post yang lain dari lain.. Pada aku cantik la juga, tapi aku tak pasti la code ni berjaya ke tak untuk pengguna blogskin.. Siapa yang rajin nak test tu boleh la di alukan.. Simple je recent post ni, ada sekali thumbnail beserta jumlah komen sekali.. Perasan tak dekat sidebar aku tu.. ??


capture-20130120-164143


  1. Add gadget ----- > HTML/ Javascript
  2. Copy code dan paste dalam gadget tersebut..
<script language="JavaScript">imgr = new Array();imgr[0] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";imgr[1] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";imgr[2] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";imgr[3] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";imgr[4] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
showRandomImg = true;boxwidth = 300;cellspacing = 8;borderColor = "#ffffff";bgTD = "#000000";thumbwidth = 40;thumbheight = 40;fntsize = 12;acolor = "#666";aBold = true;icon = " ";text = "comments";showPostDate = false;summaryPost = 40;summaryFontsize = 10;summaryColor = "#666";icon2 = " ";numposts = 5;home_page = "url blog anda";</script><script src="http://myblogtalk.com/bloggertemplates/js/recentposts_thumbnail.js" type="text/javascript"></script>

boxwidth = ukuran kotak widget
cellspacing = ruang antara kotak
thumbwidth & thumbheight = ukuran tinggi dan lebar kotak gambar
numpost = jumlah post
url blog anda = nama url blog

ok boleh save.. Selamat mencuba..

Kenapa?? Mengapa?


Assalamualaikum..


937072

Selamat berhujung minggu buat semua.. Sebenarnya aku dah tak tahu nak buat tajuk apa, haha pakai bedal je kan aku ni.. Ish entah apa-apa.. Patut lah pageviews semakin berkurang.. Bukan nya robot yang bijak untuk kekalkan pageviews ni.. Semalam aku lupa ping entry aku.. Hehe kenapa entah..


Ini ada benda aku nak kongsikan bersama korang.. Apa perasaan anda bila tahu cinta anda di khianati? Bila kita busy kerja pasangan kita selalu je text org lain.. Bila date pun selalu je text depan mata kita, seharian tak boleh lekang la handphone tu dekat tangannya.. Ini merupakan kisah kawan kepada kawan aku, dia juga berhajat sangat nak tengok kisah dia ni masuk dalam blog aku.. Wahh kelasss kau, aku pun bukan takde medium cerita, cuma aku ni taknak lah menghampakan kawan aku ni..


************************************************************************************************************

A ni merupakan kawan aku, dia bekerja di sebuah pasaraya yang terkemuka di Bandaraya Johor Bharu, hari-hari sangat sibuk dan semacam tak sedar A ni menghampakan awek @ bakal tunangnya iaitu B.. Hari-hari kerja, sibuk kemain sampai menghirau kan B.. B ajak jumpa ada je alasan, B call cakap tengah kerja la, bila malam B telefon lansung tak berjawab sebab A dah tidur lena akibat kepenatan bekerja..

A tak menunjukkan apa-apa tanda untuk berubah sikap, namun B masih lagi sabar dan tidak menunjukkan apa-apa respon untuk berubah.. Namun semakin lama semakin A hilang tanggung jawab, semakin A lupakan peranan nya.. B pelik seolah-olah dirinya seakan tak wujud, semacam dirinya tidak di hargai.. B mula berubah dari hari ke hari..

A hairan, selalu bangun pagi sebelum subuh mesti ada sekurangnya 4 panggilan, namun satu pun tak pernah berjawab.. A hairan bila nak pergi kerja saja ada msg/whatsapps dari B yang menyatakan "Abg hati-hati pergi keje, baby sayang Abang".. Tapi kenapa hari ini B tak macam selalu?? Mengapa?? A mengambil keputusan untuk berjumpa dengan A.. Melalui perbualan telefon " Hello, baby.. Abg nak jumpa baby masa abg break nanti boleh?? Abg jemput rumah ye??  " Abg takde kerja ke?? Takpe lah baby boleh faham dan baby dah biasa sorang-sorang"  " Abg break ni, nanti kawan abg cover kejap.. Please penting ni.."   " Ok, datang nanti lepas zohor, ambil baby dekat rumah..

Tepat pada masa yang di janjikan A ni mengambil B di rumahnya dan keluar bersama.. A hairan dalam perjalanan B leka bermain handphone nya.. Sepatah pun mereka tidak bercakap, B asyik ketawa bila baca mesej.. A pelik, dengan siapa B mesej.. Hendak saja memberhentikan kereta nya yang di pandu itu ke tepi jalan, tapi A fikir panjang dan tidak membuat keputusan yang melulu.. A menahan sabar.. Telah sampai di sebuah taman, yang di mana di taman itulah menjadi titik permulaan bibit perkenalan antara mereka.. " Baby ingat lagi tempat ini?? B senyap tanpa bersuara, dan terus menekan keypad Blackberry nya itu.. Ketawa setelah baca mesej.. A terus bertanya lagi " Baby text sapa tu?? Dari tadi abg tengok tak berhenti-henti.. Lepas tu baby ketawa sesorang.. "Abg kisah ke?? Selama ni abg ada kisahkan baby ke?? Makan minum baby, sihat tidak baby ada abg ambil tahu?? Abg tahu kerja.. kerja.. kerja.. Ada abg ambil kisah?? " Tapi abg buat untuk kita, bulan depan kita nak tunang dah, jangan macam ni.. Mak abg dah sibuk buat persiapan dah.. Babyyy..

B hanya mampu menahan air mata tatkala A sememangnya romentik dan pandai memujuk.. B mengalah dan ceritakan perkara yang sebenar.. B bukan mesej dengan sapa-sapa pun.. B cuma chat dengan simsimi je.. B tak pernah curang, B cuma nak kawan berhibur saja.. A hanya mampu berdiam, dia tahu dia sudah abaikan tanggungjawab dia.. Lalu hubungan mereka bertambah baik.. A pun berubah, selalu sangat call, mesej.. Time break mesti makan sama-sama.. Dan sekarang mereka sudah pun bertunang dan mengikat tali pertunangan selama 6 bulan..

Tahniah, maafkan aku tak dapat menghadiri majlis tunang tu, dan maaf aku mereka-reka perbualan tu, tetapi masih lagi hubung kait dengan apa yang kau ceritakan malam tadi kan???.. Alahai ketawa besar aku, rupanya kawan aku hanya jeles dengan simsimi je.. Hahaha..

.com/

 
© Blog CCK All Rights Reserved