header-irwanalessatyme-

Menghitung Hari

on 12 December 2012

salamyellow
Woohhhaaaa! jumpa lagi di entry.. Bangun pagi sebelum buka kedai macam biasa lah bukak blog dulu, apa yang terlintas semestinya di update.. Bermula tadi 1st Wordless Wednesday aku sepanjang 6bulan aku berblogger.. Wah nampak sangat aku ni tertinggalan zaman kan?? Dok fikir apa idea nak buat, so aku tanamkan azam aku sekali lagi yang selama ni kurang menjadi.. Akan ku usahakan!

Diam tak diam 2012 akan meninggalkan kita, lebih kurang setengah bulan je lagi.. Disember, bulan yang terakhir dalam tahun ni.. Hehe mana ada bulan lain kan?? Ape la aku ni suka sangat melalut.. Umur semakn meningkat, masih banyak tanggungjawab lagi yang perlu di buat..
Kawan-kawan sibuk mencari pasangan hidup, ada juga yang dah berumah tangga, takpe.. I will follow u.. Hahaha itu pun kalau ada jodoh tak kemana kan?? 

tumblr_maerwxxoJd1qf3v8bo1_400


Bulan Disember pasti akan meninggalkan kita tak kira kita nak atau tidak, lumrah kejadian alam.. Sesuatu yang hidup pasti akan mati, tak mengenal siapa , kita?? Entah esok atau lusa............. 


# Wordless Wednesday # 12/12/12

salamyellow



KEY+2+SUCCESS


"Tiada kejayaan yang datang, tanpa usaha yang gigih "






Terima Kasih Kawan-Kawan!

on 11 December 2012

salamyellow

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Permulaan entry aku hari ni di mulakan dengan serangkap pantun.. Cewahh sejak balik kem hari tu, gian pula nak berpantun.. Mana tak nya kena berbalas pantun dari fasi semua.. Spontan pulak tu.. Nasib baik dalam perbualan saja.. Saja suka-suka isi masa lapang dengan pantun.. Yelah, "Biar mati anak, jangan mati adat" ,tapi kalau anak mati siapa pula nak teruskan adat tu kan?? Hehehe apa lah aku melalut sangat ni..

Alhamdulillah masih di kurniakan kesempatan, pelbagai nikmat yang di berikan.. Sujud syukur kehadrat Ilahi.. Dapat lagi berjumpa di entry ini.. Terima Kasih tak terhingga buat kawan-kawan blog yang selalu support, berkongsi idea dan pendapat.. Kawan tak mengenal usia, jauh dan dekat.. 

Ada yang dari blog, terus kepada twitter dan Facebook.. Segala laman sosial yang ada di gunakan sebaik mungkin untuk menjadikan ukhwah yang berpanjangan.. Terima kasih sekali lagi.. Maaf jika entry lalu ada melakukan kesilapan, adat belajar seuatu yang baru.. Dari kesilapan muncul anjakan paradigma untuk kita berubah, dari sesuatu yang kurang baik ke arah yang lebih baik.. Jangan jadikan media massa yang kita miliki sekarang sebagai titik permulaan buat kita jahat.. Tepuk dada, tanya iman,tanya hati.. Bukan saja tanya selera..

Ada kawan ramai sangat lah seronok, best beriteraksi sesama kita.. Ada juga yang dapat jodoh melalui facebook ni.. Hehe sangat lah comel.. Aku pun juga begitu.. Secara tak lansung dapat juga merapatkan hubungan keluarga yang terlah lama terpisah.. "Jodoh ketentuan tuhan, itu yang pasti".. Merupakan satu nikmat untuk kita kan?? Terima kasih sekali lagi.. Siapalah saya tanpa anda semua.. Bermula dengan follower sedikit, sampai sekarang ni, alhamdulillah berkat berani join segmen yang di anjurkan oleh korang.. 

Berblogger menjadi rutin aku seharian, tanpa ada rasa jemu.. Terima kasih sudi komen di setiap entry aku.. Jasa anda tak terbalas, di harapkan perkenalan kita berkekalan.. Amin.. Bebas bersuara tapi sedarlah masih ada batasnya, melihat senario sekarang.. Hmmm hanya mampu mengeluh panjang.. Ada yang mengaibkan sesama sendiri, saling menjatuhkan sesama sendiri..

        "Aku hanyalah blogger biasa, cetusan dari minda , di coret kan di sini"


Tension! Status Bertukar Lagi?? Pulangkan lah!

salamyellow
Bangun pagi rutin macam biasa lah.. Terus mengadap laptop.. Hari ni aku rasa malas nak keje, badan sakit lagi, jalan pun tak berapa nak laju sangat.. Demam, batuk dan selesema.. Adeh malas nya nak g klinik panel walaupun tak berbayar.. Acctually malas nak manjakan sangat badan ni, kerja rumah tetap di beresin sebelum buat entry ni.. Heheh sapa kata anak bujang pemalas?? Rajin tau?? Hahaha ok dah panjang sangat dah intro ni..

Berbalik apa yang aku putarkan dalam tajuk di atas ni, pepagi lagi dah buat aku tension?? Siapa?? Kenapa jadi tension pulak?? adeehhh kejap sangat dia bertukar, tolong lah Nuffnang! Semalam elok je status glitterati tu, hari ni dengan lemah lembut nya aku log in kau, tetiba kau merajuk dengan aku kenapa pulak?? Dah non-glitterati dah ni..

Hehehe suspen je aku ni, tak tahu berpunca dari apa, aku just tambah unit iklan dan adjust kedudukan iklan tu je, bukan macam dulu kau buat hal kan?? Lansung tak boleh iklankan.. Please, baru bersemangat semalam balik kem, kau dah boleh bantu aku lagi macam dulu.. Ni tengah cari sebab kenapa status berubah dengan sekelip mata.. 

Dah dapat nnti boleh la tukar..




GA : Nabila Medan's Giveaway

on 10 December 2012

salamyellow
Thanks kepada Tashyra kerana tag saya dalam GA ni.. Join sini.. Wahhh lama sangat dah tak usha blog nabila ni, tak tahu pula ada GA.. rasa macam dah terlambat sangat nak join, apa pun mencuba nasib.. Senang je nak join, klik banner di bawah dan ikut syarat yang di berikan ok??

Nabila+Medan's+Giveaway


Mangsa tag :

 
© Blog CCK All Rights Reserved