header-irwanalessatyme-

Gajet Idaman Ku :)

on 9 November 2012

assalamualaikum-pink


Salam membaca kepada semua.. Nak share sikit la hari ni.. Tentang gajet idaman aku.. Teringin sekali nak guna, lebih-lebih lagi bila pakai duit sendiri.. Nak saja ganti apa yang aku miliki sekarang, tapi terhalang.. Antara gajet idaman :)


Nikon-D3000
Nikon D3000

abc_ipad_3_apple_120307_wg+(1)
Ipad 2

images
Iphone 5


Besar bajet nak miliki semua ni.. Tapi ada perancangan nak beli salah satu dari atas ni dalam masa terdekat.. Sebab lama dah berangan, dapat pegang, dapat cuba jap hari tu pun dah rasa teruja sangat.. Iphone dengan ipad tu maybe salah satu dapat pun dah cukup bagus.. Tak lah dua-dua aku nak, cukup salah satu.. Tapi yang camera tu wajib..

Usaha tangga kejayaan.. Segalanya mungkin terjadi, akan aku usaha juga untuk dapatkan..  Hehehe, tapi buat masa ni nak kene simpan duit lebih.. Maklum la banyak kewajipan yang masih belum tertunai.. Yang gajet ni aku boleh fikirkan selepas itu.. Pada sesetengah orang memang la merapu, bukan nak terlampau mengikuti sangat peredaran zaman, tapi bila di fikirkan kita takkan nak selamanya berada di dalam takuk yang sama kan?? Nak juga perubahan.. So apa pulak gajet idaman korang?? Yang ada dah pun boleh kongsi sama :)



Beruntung kah kita??

on 8 November 2012

assalamualaikum-pink


Salam membaca buat reader semua.. Line bertambah baik hari ni, so boleh la update blog dan sebagainya.. Baru lepas solat dan terfikir untuk entry ini.. 


Masih beruntung kah kita?? Kenapa aku cakap macam tu?? Sebab korang sendiri tahu yang banyak dah bencana alam yang berlaku di sekeliling kita.. Contoh baru-baru ni negara AS menerima Taufan Sandy.. Kesan nya amat teruk sekali.. Kita sendiri boleh lihat macam mana.. Boleh cari google images.. 

taufan-sandy1


Banyak lagi image yang korang sendiri boleh tengok.. Kita patut sedar yang dunia kita huni ni semakin tua.. Tapi hairan kenapa seolah-olah kita tidak sedar dan masih leka dengan dunia.. Kita seharusnya persiapkan diri.. Dari segi amalan dan lain lagi.. Bermacam lagi kiamat kecil yang sudah berlaku.. Kadang-kadang kita alpa dengan ajaran, malah kita selalu je buat apa yang di larang..


Tak takut ke?? Bukan apa saja menasihati sesama kita.. Pelik dengan zaman sekarang, macam-macam berlaku.. Maksiat merata, dosa yang kita buat sering bertambah.. Tapi tak sedar ke pahala juga kita perlu cari?? Kiamat kita tak tahu bila.. Pengkaji barat sibuk mengkaji..


Kiamat pasti akan terjadi, dah di tulis dalam Kitab Al-Quran, bersediakah kita untuk menghadapinya.. Jangan terlalu mengejar kan duniawi semua sahabatku.. 

Sorry Kawan :(

on 7 November 2012



Assalamualaikum, dah lama tak mencoret dekat blog ni.. Berapa hari tak update blog di sebabkan masalah internet.. Macam mana nak on9, hotspot pakai hp pun bukan kuat sangat.. Atas line juga ni.. 

Buat kawan baru yang follow blog aku ni, maaf sebab lambat follow balik.. Ni ada yang dah follow, tapi buat mereka yang belum di follow balik, tulis je kat cbox tu k?? minta jasa baik semua nya ok?? Bukan apa tak sedap la, sebab dah follow takkan tak di follow balik.. 

Sorry about the segmen, nak upload gambar.. Semua terhalang di sebab kan line internet bermasalah, kadang-kadang tak faham kenapa rangkaian tu je bermasalah, ataupun tempat yang aku duduk ni bermasalah?? Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran aku sendiri.. 

Nak kata tak bayar, bayar cukup time.. Tapi bila on je no internet acess.. Wahh terasa je nak @#$%^^$.. haha tapi sabar je lah, maybe tak lama.. Tapi dah ambil keputusan nak juga bagi topup RM30 buat follower yang ke -222.. bagi yang bertuah tu boleh la emailkan kat sini atau pun boleh je bagi msg dekat facebook, facebook atau pun my twitter.. 

Boleh bagi informasi bila anda adalah follower bertuah.. Maaf sebab tak boleh online macam dulu buat sementara waktu ini.. 


Segmen :: Follow Sampai Meletup

on 1 November 2012




Assalamualaikum, 2nd entry for today.. Lama dah tak join segmen.. Sorry yang invite, sebab late sangat untuk join segmen anda.. Saya join untuk sokong segmen yang telah anda buat.. :D


anigif2



Untuk join sangat mudah.. Klik je banner di atas ni ok?? Mudah kan??

Dah juga follow blog Siti Hajar.. Ni buktinya :D

capture-20121103-170223


Jumlah follower sekarang : )

dddd

Harap sangat lepas join ni boleh sampai 

Target : 222


Ada special giveway untuk follower yang ke -222 tu.. Hadiah masih dalam perancangan lagi.. sebab memang nak buat segmen dan special giveway sekali.. Jom rebut peluang tersebut.. If join ni, nak LOMO,sebab dress nak pakai acaner?? hahaha..



JOM RERAMAI JOIN SEGMEN NI..



Apa Nak Jadi ??



Assalamualaikum semua.. 

Haiissh lama dah tinggal kan blog aku nih, habis bersawang sana sini.. Ambil masa juga nak bersihkan nih.. hehehe.. Pagi dah melalut dah, pe kes?? Haaa macam mana trip cuti korang?? Bereh ke dok?? Hahaha mentang2 baru balik dr Kelantan, bau budu pun ada lagi nih.. Tak hilang lagi pun.. 


Hampir seminggu dekat sana, ada masalah line internet.. Rasa rugi ambil pakej data seminggu, tak pakai sangat pun.. Jauh sangat pencawang, tak sampai kampung.. Tu yang tak update blog.. Hmmm sorry lambat follow balik yang mana comment tu maaf lah, bukan sombong diri, tapi ada masalah.. 


Bagai tak terasa sangat dekat sana, walaupun berjauhan dengan family.. Raya dekat sana sangat meriah.. Terasa beza dengan di tempat sendiri.. Hehe sempat mandi-manda, jalan-jalan.. Banyak lagi aktiviti.. Tak post gambar lagi, nanti lah pada entery yang seterusnya.. Itu pun kalau ada kesempatan masa.. Seminggu tinggalkan tugas seharian, kedai pun baru bukak.. Banyak keje pending, urusan pun banyak yang tergendala.. Nanti senang-senang boleh update lagi.. 


wassalam..
 
© Blog CCK All Rights Reserved