header-irwanalessatyme-

Dimana Sahaja Aku Berada, Tapi. . . .

on 27 September 2012

assalamualaikum3
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..  Hampir setahun juga berada di rantauan orang.. Cari rezeki untuk majukan diri sendiri di samping membantu family.. Dimana sahaja aku berada, aku pasti akan teringat kan suasana kampung and paling utama sekali yang paling di rindui adalah masakan mak.. 

Suasana sangat berbeza, kalau dulu makan tak payah beli atau masak, nak minum tak payah pegi kedai or beli.. Semua telah tersedia, tinggal nak buka mulut je..

Hahaha bukan laa pemalas, ad la sikit hahaha : D , tapi kalau kat rumah, rata- rata memang macam tu pun.. Ada baju kotor, puuuiiingg ( Siap ada sound effect) masuk dalam bakul baju, sekarang ni takde la, semua basuh and takde masal nak anta dobi.. Habis duit je.. 

Rindu suasana kampung, kawan2, lepak tiap petang.. Best sangat.. Balik cuti raya hari tu rasa tak puas seminggu.. Ada je program dari pagi sampai laa tengah malam.. Pendek kata rumah jadi tempat salin pakaian.. Rindu juga suasana kampung yang aman damai, hijau mata memandang, jauh dari hiruk-pikuk bandar, tak nampak bangunan tinggi, tapi itulah panorama indah kalau duduk kat kampung.. Tenang dan damai..

Bila malam je, kampung sunyi.. Takde la sangat aktiviti malam.. Kalau ada pun game-game moto rempit.. Tu pun kebanyakan malam minggu dapat dengar.. Nak tengok? Nak join?? Tak sesuai laa.. Dah tua dah tak payah nak merasa jiwa tu terlampau remaja.. Kata orang umur patut ada bini, ada anak dah, tapi bukan la umur senja.. Baru je 23tahun.. Tapi sedar la, kita bukan nya selamanya muda.. Memang semasa remaja ni kene puas enjoy, tapi jaga batas - batas agama.. Ikut jalan yang benar dan jangan sekali ikut jalan yang sempit lagi menyesatkan.. ( ayat macam drama petang-petang, tak boleh blah! ) Hahahaha : D


sawah+padi

Tenang je kan.. p/s ni gambar sumber en.google je.. Buakan la gambar aku snap.. Curi je picture nih hahaha.. Insyaallah , kalau ada kelapangan nnti boleh balik kampung, boleh la tangkap gambar and buat entry tentang kampung aku.. Dapat la korang tengok sendiri..


Tapi memang syok woo lepak tepi sawah, time nak senja matahari nak terbenam.. Salah satu moment yang aku paling minat and suasana ketika tu sungguh mengasyikkan.. Ingat dulu masa kecik, suka memancing dekat sawah, masuk dalam sawah, tali air.. Paling best bawak jaring, so hasil lebih banyak.. Ajak ramai orang, jaga jaring and ada orang " godak" parit or tali air tu.. Kompom lekat banyak ikan, sepat la paling femes.. Buat ikan kering sedap tu.. Makan lak ngan nasi panas, sayur apa - apa asal kan masak air, campur pulak telur masin 1/2.. Perrrrrgghhh sedap.. ( tulis entry sambil telan air liur.. sebab lama tak makan macam tu : D  )

Ok la kawan-kawan blogger semua, mintak diri dahulu.. 




Sangat KECEWA !!

on 25 September 2012

assalamualaikum3

Salam 1 Malaysia kepada semua dan selamat membaca entry ini.. Terima kasih kerana masih lagi sudi membaca.. ( cewaaahhh !!) skema sangat ayat.. 

TENSION!! mukadimah pembuka bicara aku tentang perkara ni.. Pelik ke ?? Tak nak tanya apa yang berlaku pada aku sampai kan aku jadi macam nih ?? Hahaha senget habis aku ni.. Mood tension + mengantuk + penat + lapa.. wahhh !! tapi tak tau pun jawapannya apa..  Korang taknak tau ke?
hehehe ni cheq nk habaq la nii..

Ok, bend aku nak cite ni memg tak patut la terjadi.. Memang menggangu kerja, masa rehat, nak on9.. So bila cakap pasal nak on9 pun susah tentu la pasal internet! huhuhuhu tension weh.. Aku ni pengguna CELCOM ( cakap direct je --> ada aku kesah!! ) .. Sebab aku ambik pakej data.. Dalam bape hari ni memg slow tahap gaban.. Paling teruk la.. Selama ni tak ada la se lambat macam ni..

Jenuh kot nak masuk internet, apa tah lagi nak update blog / twitter / facebook.. Tu belum nak tengok youtube.. Pakai hotspot je dari Samsung Galaxy ni.. Selama ni ok.. Yang paling buat aku tak dapat terima dah buat berulang kali aduan, nak kata tempat pun jauh ke hutan tak de la pulak.. Ya memg kawasan aku sekarang ni Hulu Selangor tp dekat sangat  kot ngan highway.. Kalau kawasan yang berdekatan dengan highway pasti ada 3G .. Ni jgan kan 3G, line biasa pun lembap.. Adehh xupdate dah movie baru.. Bosan nyer..

Ada la dalam 3hari.. Nak kerja pun susah, nak download itu ini.. Tpi internet pun slow, macam mana tu?? Susah takde internet ni.. Kalau time laju sedap pakai, xde la buffering tengok youtube HD.. Masalah kawasan ke rangkaian pun aku tak pasti.. 

Perbaiki la cepat.. Pengguna celcom lama ni.. Tak pernah tukar rangkaian.. 

OK laa puas dah.. Semoga berjumpa lagi..



Hai laaa Badan : D

assalamualaikum3

Selamat kepada semua yang sudi membaca entry baru sy ni.. Jutaan terima kasih dan tahniah ok?? hehehe ape la melalut sangat nihhh?? Senget la!! patut la salu kene panggil macam tu.. Thanks 'Capital F'..


Entry ni luahan diri sendiri tkde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati..

Kenapa badan selalu je letih? Rasa macam takde tenaga sangat? sakit badan, tidur pun selalu tak lena.. Bukan angau ok?? Ni betul ni.. Sehari sekali mesti minum isotonic.. Tak kisah la 100plus ke revive ke.. Tapi yang selalu beli Revive sbb tak la terlampau bergas.. Cuma kurang berkesan berbanding 100plus tu..

Macam ne nak maintain tenaga? Makan dah, minum pun banyak air masak.. ada lagi ke cara lain nak kekalkan tenaga.. Alahai xakan nak kene minum Super Power kot? hahaha menggila lak nanti aku..

Ada nak cari suplement, sebab memang kerap sangat demam, batuk -batuk.. Kurang tidur, jarang dah bersenam, apetah lagi masuk gym lagi haram habuk pun takdak.. 

Demam pun ambil masa berhari baru baik, ni baru baik demam.. Seminggu jugak.. Tapi alhamdulillah sekarang dah mula kurang tinggal batuk je.. Dah macam baby je kene makan ikot time, ape la doc ni.. 
Ubat2 makan habis tapi susah nak ok.. (ape pon tak boleh!) hehe...


Cuaca pun memainkan peranan, nak kata selalu kene hujan xla, cuma suka berembun lepas balik kerja.. Melalak dengan membe2 la, lepak minum la.. Yela seharian kerja dari 10am - 12am.. 14hours tu.. Lepak jap baru tidur.. Tapi sebelum tidur tu biasa la mengadap si Lappy ni.. Bukak fb,twitter and blog.. Cuma sekarang ni lebih fokus kepada kerja.. Tu yang jarang buat entry baru, otak pun kering idea nak buat apa last2 luahan hati juga yang aku coret kan kat sini.. 

Kerja mmg nampak senang, nampak rilek.. Sakit manusia kira sama la sakit pc or lappy ni.. Nak kene jaga, hati customer, jaga kualiti ngan biz.. Bermacam service ada, cuma kakitangan xcukup.. Biar lah, baru je mula kan.. Nanti dah maju, ada rezeki insyaallah aku akan bukak macam ni gak dengan hasil titik peluh aku sendiri..

Dah mula berminat dalam bidang maintanance, IT ni.. Terus terang la cakap, lau tak keje sini xde la pandai sangat, nak typing pun dulu slow.. lagi banyak software.. Bidang IT memang tiada sempadan, makin banyak yang aku nak tahu semakin luas..

Dah tua baru nak belaja, otak mula nak tepu kalau nak blaja g kolej komuniti, giat ke.. yang ada kait mengait dengan bidang pekerjaan aku ni.. So, aku kene la bertanya orang, tebal kan muka untuk mendapatkan satu ilmu yang tak pernah aku akan tahu kalau bukan aku sendiri yang discover benda tu.. Buat ape nak malu, tak bertanya selama tu kita akan sesat jalan, selamanya kita akan bodoh..

Sambil2 on9, blog ke ape ke.. Cari ilmu kat internet lebih luas, bahasa bukan penghalang.. Bukan susah sangat, paham gambar atau pun translate je la.. Hehehe :D


Ada masa buat entry lagi ok? Tengah mencari tutorial untuk blog.. Kemaskan lagi.. Thanks sekali lagi, penat menaip letih korang membaca, aku doakan korang semua berjaya di dunia dan di akhirat.. Aminnn .. : D

AES ( Automated Enforcement System )

on 23 September 2012

assalamualaikum3

Salam kepada readers yang sudi membaca entry ni.. Jutaan terima kasih buat anda semua.. Entry ini di buat sebab rasa tertarik dengan perkara ini..

Seperti mana yang kita sedia maklum, kadar kemalangan di negara kita semakin meruncing..
Tetapi pada OPS sikap 25 (2012) , sebanyak 226 kes kemalangan maut dengan 243 kematian direkodkan.. Penurunan di catatkan berbanding Ops sikap 24(2011), mencatatkan 259 kes kemalangan maut, dan 289 kematian..

Justeru itu , AES ( Automated Enforcement System ) telah di perkenal kan. Dan setakat ini 7  lokasi telah di pasang dalam FASA PERCUBAAN.. 

  1. KM D7.7 Sungai Besi
  2. Jalan Persiaran Timur
  3. KM 301.9 Kajang
  4. Jalan Lebuh Sentosa
  5. KM 6.6 Jalan Kajang / Puchong
  6. Jalan Klang Lama
  7. Jalan Ipoh


Apa guna kalau sistem sahaja bertukar ganti, tapi sikap pengguna di jalan raya?? Masih pada takuk yang sama.. Pasang kamera sana sini tapi sikap pengguna seperti biasa pun tidak menjadi apa.. Bukan nak membangkang tapi hairan dengan sikap pengguna jalan raya..

67356_456747314016_300718539016_5463740_1790726_n
rasa ngeri kan?? Takut sangat bila tengok kejadian macam ni.. Lebih sedih kalau terjadi dalam  keluarga sendiri..




Salahkah aku??

assalamualaikum3

Salam semua kepada readers yang sudi membaca entry ni.. mmm hmm lama tak meluah apa isi hati kat sini..

Salah ke kita fikirkan awak?
Salah ke kita rindukan awak?
Salah ke saya menyayangi awak?
Salah ke saya cuba mendekati awak??
Salah ke??

boy: i tunngu u ok? i paham kita agak terlalu awal untuk declair mende ni??
gurl: u ta paham ke? jgn la tungu i, i ta nak u sakit ati sebb i, sebb i syg u dear..

Alolo sweet je ayat tu.. Kembang kempis da nih.. Hehehe : D

Boy : Sehari xde u i jdi angau, makan tak lalu,tidoq xlena,mandi xbasah.. Mesti
ingatkan u walau ape pun..
Gurl: Eeee!!! senget la u ni, hehe mm i ta tau nak ckap pe, so shy lahhhh :p

Untuk 'si DIA' saya dah bagitahu yang saya tak akan kecewakan awak seperti mana ex awak buat tu.. Saya suka time kita macam senget dulu2, p saya kene paham.. Lusa dah exam, buat betul2 sayang, nanti dah jadi nurse saya sakit awak boleh rawat saya : D

1st time la semalam, awak tak tidur lagi.. Agak lewat juga semalam, maybe awak dah tidur kot.. Memandangkan jam pun dah pukul 12am saya taknak ganggu masa rehat awak.. Tetiba......

Gurl : U call i x?

Tak reply pun msg tu terus call.. Sebab mmg ada janji mmg nak call lagi sebelum tido.. 

Borak jap je sebab dah pukul 2am..  

Tengah meluahkan rasa hati si dia cakap macam biasa la.. Tak tahu nak cakap apa..  
Saya tahu awak dah lama mengantuk tapi awak jenis ingat dan berpegang pada janji..

Thanks sayang..

  • Sebab u terima i seadanya walaupun i banyak kekurangan nya...
  • Sebab u cintakan kekurangan yang ada pada i juga..
  • Sebab u banyak sedarkan i bahawa pentingnya setia..
  • Sebab u ada sentiasa pada hati i..
  • Sebab u take care pada i walupun i rasa itu belum cukup.. tapi i rase syukur..
  • Sebab u sanggup korban kan masa, walupun sekejap untuk i..
  • Sebab u jaga bunga "cinta PLATONIK" kita..

Tuhan janjikan terbaik untuk kita kalau diri kita terbaik.. SILAP dahulu tidak akan berulang lagi.. 

TAKKAN SESEKALI TERJADI LAGI!!!

Boy : u, if nanti u kat sana ada pilihan lain, u tak payah la serabut pk pasal i nie,i boleh ok kot..
Gurl: tak payah la sangat, macam tak tahu u tu macam mana.. Jangan nk buat2 kuat hati :p

Hahahaha..
Kantoi sudah.. Dia tahu aku ni mmg kuat jeles..
Tapi u perlu tahu  I SAYANGKAN U.. 
Sebab tu lah i sering tengok twitter u sebb u aktif tweet kan??
i skod je dari jauh..
tapi i ta penah cakap yang i cemburu, i takut u ta suka i nnti : D


H.A.C.K.S 


























 
© Blog CCK All Rights Reserved