header-irwanalessatyme-

Tips Perjalanan Jauh

on 4 April 2013

Rancang+Perjalanan+Anda


Tips Perjalanan Jauh | Untuk memulakan perjalanan yang jauh, hendaklah kita untuk memastikan yang paling penting keadaan kenderaan yang selamat, sikap pemanduan dengan betul, dan patuhi undang-undang jalan raya..

Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain dimata..

Enjin+Selamat

Paling penting, memastikan kondisi/ keadaan kenderaan yang selamat dapat memastikan perjalanan yang selamat sehingga sampai ke destinasi yang hendak di tuju.. Ini adalah faktor yang paling penting dalam perancangan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Contohnya keadaan enjin : Mesti lah di servis terlebih dahulu, keadaan angin yang mencukupi, tayar yang elok.

Utamakan keselamatan diri anda juga penting, rehat yang cukup merupakan faktor yang paling penting.. Ditambah pula dengan patuhi keselamatan dan undang-undang negara.. Keselamatan diri juga penting, andaikata anda membawa motosikal, jaket keselamatan, halmet /topi keledar yang di perakui oleh sirim..

SafetyFirst

Akhir sekali, pemanduan berhemah dapat mengurangkan kadar kemalangan maut.. Tidak guna kerajaan buat Ops Sikap dan bermacam Ops lagi, jika sikap pemanduan tidak berhemah, pemanduan yang bahaya, sikap pengguna jalanraya masa kini memang boleh dikatakan pada tahap yang kritikal. Patuhi la undang-undang jalanraya, ingatlah orang yang tersayang..

Pandulah+Kenderaan+Dengan+Berhati-hati



p/s : Ada gambar yang memang takde kena mengena.. Layan je lah.. 



Sistem Pilihan Raya Di Malaysia

PRU13

Sistem Pilihan Raya Malaysia | Sejak tahun 1957 lagi Kerajaan Malaysia menggunakan sitem politik pelbagai parti,dan sehingga kini masih di teruskan kerana negara kita berkonsepkan negara demokrasi.. Di mana parti politik yang memperoleh kemenangan majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau DUN (Dewan Undangan Negeri) boleh membentuk Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri..

Secara ringkas ingin berkongsi maklumat kepada semua tentang Sistem Pilihan Raya Di Malaysia :

Sistem Pilihan Raya Di Malaysia :

  • Tidak kira sama ada Pilihan Raya bagi Dewan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri) DUN, seperti mana yang telah di tetapkan oleh undang-undang, perlu di adakan setiap 5 tahun sekali, kecuali jika dewan di bubarkan, maka pilihan raya akan di buat dalam tempoh 60 hari.
  • Pilihan Raya Kecil juga di buat di sebabkan sebagai contoh kematian / kekosongan di bahagian kerusi DUN, juga pihak SPR akan mengambil langkah untuk buat Pilihan Raya Kecil dalam masa 60 hari selepas kekosongan tersebut.
  • Penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi akan dibuat dalam tempoh 60hari selepas Parlimen dan DUN bubar.
Sejarah+Pilihan+Raya+Di+Malaysia
Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Info Dipetik Daripada :

Budak HOT

on 3 April 2013

Budak HOT | Gelaran Budak HOT

Assalamualaikum..

Hot


Di dalam suasana yang hangat ini, aku mencuba merungkaikan sesuatu permasalahan yang berlaku, mungkin belum terlalu lama.. Aku sekadar ingin mengupas serba sedikit tentang perkara ini, jika ada sesiapa yang terasa atau berkecil hati, maaf di hulur..

Budak HOT?? Kira aku  ni memang lah ketinggalan zaman.. Ada juga gelaran seperti ini.. Time aku sekolah dulu takde pulak gelaran yang serupa ini.. Bukan takde lelaki yang jambu, yang kacak dan bergaya, lebih hensem dari Shah Rukh Khan pun ada,tetapi takde pula gelaran serupa itu..

Apa yang Hot tu?? Adakah rupa ataupun sikapnya?? Sikap yang buat kaum Hawa " macam tukar baju" tu ke?? Hari ini lain,esok lain.. Hot la kate kan.. 

p/s : Dari bangga bercerita itu ini, hot sana sini.. Baik kita jadi diri sendiri.. Dunia ini pinjaman, bila kita mati dah tarik satu nikmat.. Sebab itu kalau hidup jangan ada sikap "biar papa asal bergaya"..

Pantun Merisik

Adat Melayu | Koleksi Pantun Merisik



Merisik

Assalamualaikum..

Dapat kongsikan sedikit dari bahan bacaan untuk di kongsikan bersama dengan pembaca, semoga bermanfaat untuk semua..

Kami datang menaiki kereta,
walau jauh tidak terasa,
hajat ingin memetik bunga,
kerana kumbang mengada-ngada.

Kelapa tua dibelah belah,
Masak gulai kupang & lokah,
Duduk salah baring pun salah,
Rupanya kumbang gatal nak bernikah.

Bersyair merdu seorang biduan,
Biduan kelana dari Parsi,
Ingin ditanya gerangan tuan,
Dalam hati sudahkah terisi.

Kain songket dibuat baju,
Songket dibeli dari pekan,
Kedua keluarga sudah setuju,
Cepat-cepatlah mereka disatukan.

p/s : Belum ada pengalaman lagi.. Tapi pernah ikut family kawan dulu :D

Tempahan Design Terbaik

Assalamualaikum..

Tempahan+Design


Service Tempahan Design | Blog Tempahan Design menyediakan service tempahan design buat anda semua.. Banyak pakej yang di sediakan oleh blogger tersebut.. Berminat?? Boleh menghubungi beliau di sini.. Jangan merasa tidak yakin, memang kebanyakkan yang edit blog di monopoli oleh kaum Hawa, jangan risau dan merasa gundah gulana, kerana blogger ini akan membuat design yang semestinya terbaik dari ladang, dan yang lagi penting design tersebut akan memuaskan hati anda.

timeline+facebook
Tempahan Design Timeline Facebook


header2
Tempahan Design Header Blog


banner
Tempahan Design Banner

watermark
Tempahan Design Watermark

Ini adalah sebahagian dari hasil fikiran dan design ini memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan.. Blogger ini juga menerima tempahan edit blog, salah satu bukti yang paling jelas.. Blog CCK juga telah membuat tempahan dengan blogger ini.. Memang cepat proses pembuatan templete nya.. Menunjukkan beliau sememangnya mahir dalam coding / design blog.. 

Untuk menempah sila klik pautan :

Klik sini!








 
© Blog CCK All Rights Reserved