header-irwanalessatyme-

Ramadhan: Sahur Menurut Sunnah Rasulullah SAW

on 25 July 2012

Definisi sahur yang digunakan dalam bahasa melayu berasal daripada perkataan suhur yang bererti perbuatan bangun sebelum fajar untuk makan.. Adapun perkataan sahur pula bererti makanan yang dihidangkan ketika bersahur...
Kelebihan dan hikhmah difardhukan sahur:


  1. Dapat membezakan puasa golongan muslimin dan golongan ahli kitab
  2. Pada sahur itu sendiri ada keberkatan.
Sabda Nabi SAW,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk memakan sahur..
Melewatkan untuk bersuhur
Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.” (riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)
Maksud azan yang diertikan dalam hadis ini ialah al-iqamah. Di negara kita ada diletakkan waktu imsak iaitu 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Mereka menetapkan waktu imsak ini atas dasar berhati-hati. Tetapi tiada dalil daripada hadis Nabi yang menetapkan waktu imsak.
Imsak yang mereka tetapkan adalah waktu mula menahan diri daripada makan dan minum, sedangkan waktu mula menahan diri kembali kepada waktu mula berpuasa, iaitu apabila telah terbit fajar shadiq. Jadi waktu imsak yang sebenarnya adalah apabila masuknya waktu untuk solat subuh. Dan jarak antara azan subuh dengan solat subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat.
Ini yang diceritakan oleh para sahabat RA. Maksudnya di sini ialah Nabi SAW melewatkan waktu bersuhur. Nabi tidak makan sahur pada jam 2 atau 3 pagi. Apabila Nabi melewatkan makan sahur, berlaku beberapa isu seperti kata Nabi SAW di dalam hadis,
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
Maksudnya: “Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan bekas makanan terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga dia menunaikan hajatnya (makan) hingga selesai.” (riwayat Abu Dawud, dinilai hasan sahih oleh Albani)
Ini menunjukkan bahawasanya pada zaman Nabi SAW telah berlaku isu atau situasi di mana orang masih makan ketika azan dikumandangkan. Ini sekali lagi membuktikan bahawa pada zaman Nabi, waktu suhur itu dilewatkan, bukan diawalkan dan tidak wujud istilah imsak pada masa itu. Kita boleh makan sehingga diyakini telah terbit fajar shadiq..



Hukum bersuhur
Dari hadis-hadis yang lalu maka dapat disimpulkan di sini bahawa hukum bersuhur adalah sunnah muakkadah berdasarkan tiga qarinah (bukti); pertama ialah perintah Nabi supaya bersuhur, kedua bersuhur membezakan puasa muslimin dan puasa ahli kitab, ketiga larangan Nabi SAW daripada meninggalkan suhur.
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (riwayat Ibn Hibban)



on 24 July 2012


10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami



1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat ..

Lailatul Qadar

'' Sesungguhnya telah kami turunkan al- Quran pada Lailatul Qadar, Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripda 1000bulan. ''

Surah al -Qadr, ayat 1-2




انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها 
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Malam yang sentiasa di nanti oleh semua umat islam.. 

Ya allah, temukan lah aku dengan malam Lailatul Qadar..

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  

“Barang siapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”


menu terbaik ramadhan 2012

on 22 July 2012

images
buah+melaka+4
c1c9a2c2d6f744175f962bf42b7e9b02sinarsuria_roti-jala



menu yang xpernah miss dalam bulan ramadhan.. tiap2 hari mesti ada menu salah satu dari atas.. aku pun tak tahu nape aku mengidam kan sangt mende nih.. asal g bazar xlain mesti plih salah satu dari atas ni.. kat mane pergi, ceruk mana bazar,pun mesti xlari dari beli menu ni..

mak : Abg kene la cari bakal bini yang pandai buat semua kuih n makanan yang abg suke..
sy : wajib mak,mesti cari,kalau xpandai kene blaja sebelum bernikah..


hahahah dialog aku ngan mak aku sebelum aku bertolak balik..

sabar laa mak, wan masih blum dapat cari pengganti lg.. bunga yang penah mak suka dulu ada dah software yang hacked..

huhuhuhu nak dapt menantu baik mmg susah mak...

xpe wan akan cari pgganti juga...



selamat berbuka puasa...

on 19 July 2012

V1

Si Gadis BLOGGER ni lyssa nama dia.. cer tengok blog dia http://www.lyssasecret.com/ ...

amacam ???? terkesima bukan?? realiti beb!! mmg cantik blog dia.. xdapat dinafikan aku blajar banyak dari tutorial yg dia buat.. skan blog aku bertambah baik walaupun xde orang follow seramai dia.. Tapi tu bukan penghalang untuk aku untuk menulis entry baru..


So tanda penghargaan aku buat dia, aku dah vote dia untuk LEVI'S CURVE ID BLOGGER AWARD...


Aku harap dia menang n aku sentiasa menantikan tutorial dr dia untuk cantik kan lagi blog aku..



Cara nak mengundi :


2. Tekan LOGIN di bahagian kanan PC anda .

3. Register terlebih dahulu !

0v2 


4. Isi apa yang patut.. Lepas tu check laa..


0v1
 

5. Kemudian , korang LOGIN balik menggunakan email yang korang register tadi tu .

6. Tekan nama "LYSSA" . Scroll down sampai bawah dan TEKAN VOTE !

credit to http://www.lyssasecret.com/...
 
© Blog CCK All Rights Reserved