header-irwanalessatyme-

Blogger Belia Blogger Cool

on 7 February 2013

Segmen : Blogger Belia Blogger Cool   

Kami+Blogger+Belia

Nama Blogger : Irwan Alessa
Tagline Blog : "Setiap coretan mempunyai cerita, dalam cerita adanya kehidupan"
Url Blog : www.irwanalessatyme.com

" Suka berkawan, tak gemar mencari lawan.. Bergurau, bersama berkongsi tips dan mudah berdamping dengan orang lain, juga peramah dan sentiasa ceria"

Berblog datang dari hati, bila menulis keikhlasan akan terpancar, hidup untuk berkawan bukan mencari lawan..



Keputusan Penuh Malaysia Vs Qatar 06.02.2013

Qatar-vs-Malaysia-6-Februari-2013

Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Qatar : Kelayakan Piala Asia 2015


Baru sahaja berakhir.. Perlawanan ini berkesudahan dengan Harimau Malaya kecundang 2-0 di pentas pertama pembukaan perlawanan bagi kelayakan Piala Asia 2015 yang akan di adakan di Australia nanti.. Walaubagaimanapun pujian harus di berikan kepada skuad bimbingan K.Rajagopal, meskipun mereka tewas, dapat di lihat mempamerkan corak permainan yang amat baik sekali..

Namun, percaturan baru K.Rajagopal dengan mencampurkan pemain kebangsaan yang sudah berpengalaman di pentas dunia dengan pemain yang baru nampak sedikit longgar di barisan pertahanan, di mana kalau kita dapat imbas kembali, pasukan Qatar lebih suka berlegar-legar atau membuat satu dorongan yang cantik ke sebelah kiri kita, namun tidak sama sekali boleh di katakan bahawa pemain di bahagian sayap kiri kita lemah.. Cuma kurang sedia barangkali.. Faktor keadaan padang yang boleh di katakan cantik, stadium yang luas dan Qatar juga akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022 nanti.. 

Mungkin percaturan skuad K.Rajagopal perlu di rombak dan banyak perlawanan persahabatan dengan negara Teluk seperti Qatar, Bahrain akan di lakukan untuk mendedahkan serba sedikit kepada pemain kebangsaan dengan corak yang di pamerkan oleh pemain Qatar.. Meskipun dapat kita lihat, pemain Qatar mempunyai pemain-pemain yang bertaraf " world class" tetapi kita mesti ingat mengikut sejarah perlawanan negara kita menentang Qatar, tidak pernah sekali pun negara kita menang, dan negara Qatar pun tidak pernah menjuarai Piala Asia yang berprestij ini..

Namun pujian harus di berikan kepada pemain kita yang sentiasa mencuba untuk merobek jentera Qatar yang tebal, warga Malaysia yang turut berada di sana turut membanjiri stadium, walau jumlahnya tidak ramai.. Namun pada saya sendiri merasa bangga apabila melihat Jalur Gemilang dan jersey Harimau Malaya di sana.. Syabas! 

Live Streaming Malaysia VS Qatar 06.02.2013

on 6 February 2013

live-malaysia-vs-qatar-2013


Live Streaming Malaysia Vs Qatar : Pembukaan Kelayakan Piala Asia 2015

Malam ini akan menyaksikan perlawanan pembuka tirai bagi Kelayakan Piala Asia pada 2015 nanti.. Mampukah jentera Harimau Malaya memberikan saingan yang hebat di perlawanan pertama ini? Perlawanan ini akan berlansung pada 11 malam ini waktu Malaysia..
  

Live Streaming Malaysia VS Qatar

Bagi kaki bola hari ini boleh di katakan malam KAKI BOLA di sebabkan malam ini ada perlawanan yang hebat selain perlawanan ini.. Perlawanan tersebut adalah :

  • Spain vs Uruguay 2am (Astro ch 811) - FIFA friendly
  • England vs Brazil 3.30am (Astro ch 817) - FIFA friendly
  • Germany vs France 4.00am (Astro ch 816) - FIFA friendly

Bagi kaki bola yang lebih suka lepak di kedai mamak, jom meriah kan !

Semakan BR1M 2.0

br1m+2.0

Stastistik Permohonan BR1M 2.0

  • 2.3 Juta permohonan telah di terima.
  • Lebih 1.6 juta permohonan di buat adalah dalam kalangan individu bujang (RM250), manakala 720,000 orang yang memohon adalah dari isi rumah (RM500).
  • Melalui data yang di terima, sebanyak 54% permohonan yang dibuat secara manual, manakala selebihnya melalui online BR1M.

Semakan BR1M 2.0 :

  • Semakan melalui online sedang di kemas kini. ( Febuari 2013) tarikh belum dapat di kenalpasti.
  • Status permohonan akan di maklumkan melalui pos, dan setiap pemohon BR1M 2.0 yang berjaya akan di maklumkan secara berperingkat dan di sertakan tempat dan tarikh penyerahan BR1M 2.0.
  • Semakan juga boleh di buat menerusi talian hotline di 1-800-222-500/1-300-88-3010

10 Blog Paling Terbaik Di Malaysia 2013

Rasanya baru pertama kali aku buat research macam ini. So, dalam pengamatan aku setelah aku meneliti maka aku dapat jawapan 10 Top Blog Terbaik Di Malaysia di dalam penilaian aku..



Banyak lagi blogger yang super duper awesome ni di Malaysia, rasanya kalau aku senaraikan mungkin seminggu tak tidur malam.. Hehe nampak tak kehangatan blogger di Malaysia ni.. Oh ya bagi sesiapa nak check pageranking google, boleh la cuba di bawah ni ok..



Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
Powered By www.irwanalessatyme.com




 
© Blog CCK All Rights Reserved