Assalamualaikum..
Bagi kita yang tak menempuhi kejadian ini jangan lah menuduh tanpa bukti.. Buat apa mereka sahaja nak buat provokasi yang terang-terang akan mengancam nyawa mereka.. Dan ada satu blok di UiTM Lendu itu telah di kosongkan buat sementara waktu, bacaan Yasin di blok berkenaan di lakukan setiap malam.. Ayuh mendoakan saudara kita di sana sentiasa di lindungi daripada Syaitan yang di rejam.. Semoga apa yang mereka lalui kita ambil iktibar..
Heboh baru-baru ni dengan kisah yang aku baru je tahu ni.. Sehinggakan menjadi trending di laman sosial Twitter.. Apa yang berlaku sebalik kejadian ini?? Dakwaan pelajar di sana selalu di ganggu makhluk halus, kejadiann seperti rasuk, histeria dan sebagainya semakin kerap berlaku.. Dan yang paling menyeramkan adalah penampakkan ulek mayang sedang menari..
![]() |
Ikhsan Oh! Media |
Berikutan perkara di atas, aku menyeru agar orang luar di sana tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi yang pastinya akan memburukkan lagi perkara ini..