header-irwanalessatyme-
Showing posts with label Penyamun Inc. Show all posts
Showing posts with label Penyamun Inc. Show all posts

Pesta Buku Antarabangsa 2013

on 30 April 2013

Assalamualaikum..

Baru-baru ni dapat juga berkesempatan untuk pergi ke Pesta Buku untuk julung-julung kalinya.. Kenapa?? Sebab terus terang aku memang sangat sukar untuk membeli koleksi buku baru, dan juga faktor masa yang semakin menekan.. Namun atas saranan dari blogger ini, aku pun terus mengatakan YA untuk pergi..

Pesta+Buku+Antarabangsa+2013

Pada 26April yang lalu aku pun dapat pergi, untuk mengelakkan kesesakan yang sangat membosankan, pergi menaiki motosikal.. Berbekalkan jiwa yang kental dan semangat merempit yang jitu, aku pun selamat sampai ke sana dengan selamat.. Woww memang sangat sesak, bayangkan lah hari pertama.. Terhimpit-himpit sesak, tercabar juga naluriku yang hensem ni.. 

Pesta+Buku+Antarabangsa+2013

Sebenarnya aku tidak lah berdua sahaja dengan blogger ini, tetapi juga berjimba-jimba di PWTC dengan Penyamun Inc, siapa yang tak kenal diorang?? Meh sini aku sekeh.. Hahaha.. Wooooo aku dah la peminat diorang.. Lama dah sebenarnya simpan hasrat, walaupun tak semua ada, tapi lepak dengan korang semua memang suatu pengalaman yang best.. Haaaa sebab aku kena usik la aku tak sempat nak ambil gambar.. 

Tetapi apa yang buat aku terkejut, Malik memang sibuk mencari Shark la.. Sampai kat PWTC Shark kena kejar.. Ish diorang ni tak habis-jabis nak gaduh.. Ada juga wartawan yang kurang bertauliah di sana.. Apa pun layan..


Penyamun Inc : Geng Samun Kah?

on 19 February 2013

Geng Terhebat Di Malaysia: Penyamun Inc

Assalamualaikum..

154765_528482867170795_1897770954_n

Peace yaww! Salam 1 Malaysia.. Hari ni aku nak share sikit buat readers aku yang sanggup baca entry aku ni walau kurang ummpphh ni, hehe tapi aku nak cuba share apa yang aku minat sekarang ni dan geng ini sebenarnya dalam pemerhatian aku.. Cewaahhh macam penganalisis artis pulak.. Dek kerana aku terlalu asyik menonton pelbagai video parody , short filem yang di hasilkan oleh Penyamun Inc .. 


Keterujaan aku semakin melampau apabila salah seorang daripada ahli Geng ni baru aku kenali dan dapat bersua 4 mata, ohhh hampir saja aku menelan ubat gegat dan berlari lintang pukang.. Teruja beb, siapa tak kenal dengan BoniKacak.. Serius hensem baq hang..  Kalau lah aku ni perempuan serius aku mintak no telefon dia.. Tapi dalam entry Siapa Irwan Alessa Ini dia ada cakap aku ni separuh lelaki separuh perempuan.. Hahaha lawak la, aku ni jenis susah nak melatah.. Sempoi juga orangnya..


Berbalik pada Penyamun Inc ni, mereka ni berbakat besar dalam dunia perfileman.. Banyak dah shortfilem yang mereka dah buat.. Kalau ada kolaborasi dengan pengarah yang termuka seperti Yusuf Haslam, Mamat Khalid ke, wah boleh jadi pelakon diaorang semua ni.. Tentu havoc kan?? Adakalanya, bila aku melihat shortfilem yang di hasilkan oleh mereka membuatkan aku tak keruan, hilang kewarasan, ketawa sesorang diri.. Simtom macam ni aku rasakan luarbiasa.. 

Diantara shortfilem/video yang aku gemari :


  1. Boni Kacak Vs Razi
  2. Keajaiban Bookcafe
  3. Terlambat (ShortFilem)
  4. Pupus (ShortFilem)
  5. Masa Kecil Dulu


Bagi youtubers boleh je subscribe Bophairy di channel beliau agar kita semua dapat info terbaru tentang video yang di buat oleh Penyamun Inc. Atau lebih senang boleh je like mereka di Facebook : Penyamun Inc
 
© Blog CCK All Rights Reserved