header-irwanalessatyme-

Merah Kuning Tewas

on 17 April 2013

Assalamualaikum..

JDT


Terasa sedikit kecewa apabila tak dapat menyaksikan secara live di Stadium Shah Alam, sedih juga sebab orang kampung datang berpusu-pusu penuhkan stadium dan bersorak untuk JDT malam tadi. Yup! Aku anak jati JOHOR. Malam tadi malam tadi menyaksikan Merah Kuning tewas di tangan JDT di tempat lawan dengan berkesudahan dengan sepakan penalti.

Yahoo.. Dapat melangkah ke separuh akhir, pun sudah cukup membanggakan. Apetah lagi dapat mengalahkan pasukan yang sememangnya gah dan berpengaruh besar. Malam tadi menyaksikan corak permainan kedua-dua pasukan yang di tonjolkan amat baik sekali. Fuhh terima kasih sebab tengok live streaming dengan bantuan line yang tersangat gagah.

Menanti di separuh akhir adalah pasukan Pahang yang berjaya mengalahkan Sime Darby dengan agregat 2-0. Manakala separuh akhir yang lain adalah melibatkan 2 pasukan dari pantai timur Terengganu bakal menentang Kelantan.

Luaskan Kuasamu JOHOR!!


Perang Bendera

perang+bendera

Cik Lyeen Review Blog

on 16 April 2013


Cik+Lyeen+Review+Segmen


Assalamualaikum..

Review Blog | Untuk pemenang segmen yang di anjurkan oleh blogger adik manis kita ni, blog CCK mengambil peluang ini untuk mengambil 5 peserta bertuah yang di pilih oleh Cik Lyeen sendiri melalui random.org.. Cik Lyeen kata, segmen ini di sumber aspirasikan dari segmen Blogger Terpantas .. Terima kasih Cik Lyeen.. Jom kita terjah siapakah yang bertuah!

Belog+Fakhruru
http://fakhruru.blogspot.com/

  • Santai dan tenang bila masuk ke Blog Jejaka Terhangat di pasaran ini, Fakhruru menggunakan templete yang santai dan kemas dengan widget yang sempoi, header yang awesome, dan dihiasi dengan susunan widget yang superb kemas.
  • Blog yang ringan, salah seorang blogger yang bakal akan naik nama nya suatu hari nanti. 
  • Entry nya yang mempunyai banyak segmen dan join GA, tetapi bermotifkan sebagai galakkan kepada blogger yang membuat segmen / GA itu sendiri malah menambah rakan kenalan.
  • Menggunakan tagline "Lebih Awesome Daripada Biasa".
  • Blog CCK pernah mereview blog ini suatu ketika dulu dan Fakhruru ternyata telah membuat kajian tentang penggunaan Tabbed Widget amat ringkas/ ruang sidebar juga akan lebih kemas.. Terima kasih Fakhruru.
  • Rating blog : 4.5/5.
  • Jom berkenalan dengan Fakhruru ! [ SINI ]

Si+Pink+Merah+Jambu
http://pinkylady687.blogspot.com/
  • Fully pink! itu yang terpacul keluar bila tekan link yang di berikan oleh Cik Lyeen.. Woww memang menarik dan kena dengan si pemilik blog.. Mungkin memang menyukai warna pink.. Tapi takpe, pink kan comel.
  • Templete kemas, tidak serabut dengan widget yang membebankan.
  • Load blog ringan mungkin di bahagian sidebar tidak banyak widget.. Memang ini yang sepatutnya, tetapi terpulang juga kepada pemilik blog.. Jika selesa boleh juga letak banyak.
  • Tagline " Si Pink Merah Jambu".
  • Keserian blog ini ditambah lagi dengan menggunakan satu page satu entry.. Memang terbaik..
  • Rating Blog : 4/5.
  • Jom berkenalan dengan Si Gadis Merah Jambu . [ SINI ]

Siti+Zawiah+Life
http://sitizawiah95.blogspot.com/
  • Kemas blog ini.. Templete yang ringan, tanpa widget yang boleh memberatkan loading blog.
  • Pemilik blog in juga menyediakan perkhidmatan untuk edit blog, so sesiapa yang berhajat untuk menempah, boleh menghubungi beliau.
  • Bahagian header yang permenent / kekal tidak bergerak mungkin akan menambahkan seri blog ini lagi.
  • Blogger yang banyak join segmen dan GA yang di buat oleh rakan blogger, wajar di ikuti sifat ini.
  • Rating Blog : 4/5
  • Jom berkenalan dengan Siti Zawiah. [ SINI ]

Bicara+Hati+Dot+Blogspot
http://sharfynarzmiss.blogspot.com/
  • Susunan blognya yang kemas, dihiasi dengan backround blog yang nyaman sahaja bila melihat.
  • Sidebar yang mempunyai widget yang kemas susunan nya, tidak terlampau banyak dan tidak terlampau sedikit, yang sedang-sedang sahaja.
  • Load blog ini memang ringan,seriusly dengan internet yang slow (menggunakan hotspot) pun masih mampu membuka blog ini dengan pantas..
  • Blogger yang telah 3 tahun bertapak, tahniah. Dan paling penting bila nak blogwalking ke sini tentu lama sebab layan lagu blog ini, tidak la terlampau keras. Memang sesuai dengan hati yang sedang lara ini.
  • Rating untuk blog : 4.5/5
  • Jom berkenalan dengan pemilik blog. [ SINI ]

Istikharah+Cinta
http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/
  • Kuning menjadi pilihan blogger ini untuk di jadikan theme blognya. Memang cantik dan tidak terlalu memberatkan mata.
  • Ruangan sidebar pada pendapat Wan boleh di kemas kan lagi. Penggunaan tabbed widget yang ternyata akan memberikan impak kepada blog anda dengan mengemaskan lagi susun atur widget dan ruang antara sidebar juga dapat di kurangkan.. Ianya nampak berkesan kerana anda juga menggunakan skill 1 page 1 entry. Di situ akan membuatkan blog anda menjadi kemas.
  • Contoh widget yang boleh di tabbed widget : Bloglist, Blog Archieve, label.. Cuba cari tutorialnya di google. Jika mengalami masalah boleh hubungi saya di chatbox.
  • Widget Follower itu juga jika di bahagian sidebar tentu lebih menarik.
  • Rating untuk blog ini : 4.5/5
  • Jom berkenalan dengan pemilik blog. [ SINI ]

Ok selesai sudah mereview peserta yang bertuah di blog Cik Lyeen.. Nantikan setiap hari Sabtu blog ini akan menukar blog pilihan mingguan.. Hari Ahad pula buat Segmen Blogger Terpantas, sama ada blog CCK memilih 3 atau 5 blogger yang terpantas untuk melayakkan diri mereka di review..

Nota CCK : Berkongsi pendapat itu perlu untuk memantapkan diri,jika ada terguris hati Wan menyusun sepuluh jari. Dan terima kasih Cik Lyeen kerana memberi peluang untuk blog ini mereview dalam segmen Cik Lyeen kali ini. 



Belajar SEO

on 13 April 2013


Belajar Cara Buat Entry SEO | Tak rugi kalau nak belajar SEO ni, sebab kalau di perhatikan yang tiada kata penamat buat kita untuk mencari dan belajar apa yang sebenarnya yang di maksudkan dengan SEO ini.

Cara+membuat+entry+SEO

Langkah Buat Entry SEO :

  1. Tajuk Entry - Mesti mempunyai keyword yang ummph ! atau pun yang sentiasa di cari oleh si pencari, tidak semestinya berkaitan dengan artis, gosip, politik itu semua. Ada juga keyword yang menyinggah ke blog kita. Contoh yang masih hangat : PRU13, WeChat, Tutorial Blog, Tips Blogging. Dan jika boleh tajuk entry pun terus menembak kepada keyword dan jangan terlalu panjang, kerana URL dari entry kita itu juga merupakan "Secret Weapon" yang membolehkan blog kita terindex di muka halaman satu Google.
  2. Permulaan Entry - Elakkan dari permulaan entry yang meleret-leret. Terus sahaja tembak kepada keyword yang ingin di buat. Kerana daripada penelitian aku selama ini, Google.com terus akan mengambil frasa atau perenggan pertama. So kalau boleh hindarkan ya.
  3. Isi Entry - Cuba selitkan beberapa entry yang berbaur SEO pada entry kita. Contoh : Kita buat entry  " Tips Trafik Tinggi", entry yang berkaitan yang kita selitkan dari entry lama kita. Contoh entry berkaitan " Ping Entry" , "Niche Blog Yang Sering Dapat Komen Tinggi", tetapi pastikan jangan hanya bold kan perkataan itu, link kan juga kepada entry itu. Itu lah kunci sebenar untuk menghasilkan SEO on Page.
  4. Bantuan Gambar - Gambar yang berkenaan dengan blog dapat membantu. Tetapi diingatkan kepada setiap blogger untuk memasang fungsi "Alt Tag Pada Gambar" sama ada cara automatik ataupun secara manual. Ini sangat penting untuk membolehkan entry kita itu di baca dengan mudah di sesuatu enjin carian.
  5. Tambahan Keyword Dalam Carian Google - Penggunaan Label di setiap entry juga banyak membantu para blogger untuk mendapatkan trafik yang meroket tinggi secara amnya blogger yang berplatformkan Blogspot. Jika menggunakan platform wordpress mungkin penggunaan pelbagai plugin yang mudah di sediakan oleh platform wordpress. 
  6. Penutup Entry - Cukup dengan memasukkan keyword sebagai penutup entry, selitkan juga keyword yang ingin di sampaikan di awal entry. 

Nota CCK : Gunakan bahasa baku / bahasa ketika menjawab soalan peperiksaan rasanya lebih elok untuk entry SEO ni, tetapi ini sekadar hanya perkongsian dari blogger picisan untuk semua readers sekalian. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Pasang Alt Tag


Langkah Pemasangan Alt Tag Pada Imej | Penggunaan / penambahan fungsi Alt Tag pada gambar tampak lebih berkesan untuk memastikan entry kita akan cepat terindeks di halaman pertama Google. Ada yang mencari maklumat menerusi Google pastinya akan kelihatan imej yang pastinya akan menarik minat readers untuk pergi ke entry kita.


Alt+Tag+Pada+Imej

Langkah pemasangan Alt Tag pada imej :


Cara+pasang+Alt+Tag

  1. Secara Manual : Ramai yang tidak tahu sebenarnya boleh untuk memasang tag pada imej yang kita muatnaik ke dalam entry kita itu. Cara nya cukup mudah dan senang. Hanya muatnaik imej pada entry dan klik pada "Properties" pada gambar tersebut. Hanya isikan pada ruangan yang di sediakan. Dan imej tersebut pastinya akan mempunyai tag. Pastikan imej dan tag saling berkaitan.
  2. Secara Automatik : Terdapat juga script ataupun CSS yang membolehkan kita memasang tag pada imej secara automatik. Tentu kita tidak mempunyai masa yang banyak kan?? Jadi ikuti tutorial di bawah ini :
Pemasangan Tag Pada Imej Secara Automatik:

  • Pergi ke Dashbord > Template > Edit HTML > Tick Expand Widget
  • Cari kod  </body> ,sdan paste kod di bawah ini sebelum kod yang anda telah di cari tadi.
  • Kod :
<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
$(document).ready(function() {
$('img').each(function(){
var $img = $(this);
var filename = $img.attr('src')
$img.attr('alt', filename.substring((filename.lastIndexOf('/'))+1, filename.lastIndexOf('.')));
});
});
//]]>
</script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
$(document).ready(function() {
$('img').each(function(){
var $img = $(this);
var filename = $img.attr('src')
$img.attr('title', filename.substring((filename.lastIndexOf('/'))+1, filename.lastIndexOf('.')));
});
});
//]]>
</script>

  • Anda di nasihatkan untuk PREVIEW terlebih dahulu sebelum save.
  • Bila hendak memuatnaik imej hendak lah rename/ namakan semula yang berkenaan dengan tag dan gambar yang kita muat naik. 

Contoh kod yang telah di pasang dengan fungsi Alt Tag :


Cara+Pasang+Alt+Tag+Imej


Nota CCK : Selamat mencuba ! Perkongsian ini di harapkan dapat membantu blogger semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


 
© Blog CCK All Rights Reserved